Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, September 16, 2012

Tandas awam lutsinar

Tandas awam lutsinar

Beranikah anda membuang hajat di tengah-tengah laluan awam sambil diperhatikan umum?

Tandas yang unik ini sebenarnya mustahil untuk dilihat ke dalamnya dari luar tetapi penggunanya boleh melihat mereka yang lalu lalang dari dalam. Bererti, ianya bebas digunakan dan tetap menjaga rahsia apa yang dilakukan oleh pengguna di dalam tandas tersebut. 

Seorang artis telah mencipta tandas awam dari kiub gelas bagi mencabar perasaan ingin tahu serta keberanian seseorang yang melalui galeri London's Tate Britain. Pelawat yang ingin menggunakan tandas awam tersebut haruslah melawan perasaan malu dan benar-benar yakin bahawa cermin yang menjadi dinding tandas tersebut adalah pandangan sehala.

Pelik! Anjing melahirkan kucing

anjing lahirkan kucing

Jeong Pyong-bong, 63, mendakwa anjingnya telah melahirkan beberapa ekor anak. Apa yang membingungkan ialah salah seekor dari anak anjing tersebut seiras anak kucing malah bunyinya juga sama. Ianya adalah perkara mustahil untuk mana-mana anjing bagi melahirkan kucing. Akhirnya, pakar membuat spekulasi mudah bahawa ianya adalah anjing yang menyerupai kucing sahaja.

anjing lahirkan kucing

Johnny Depp Beli Rumah Untuk Bekas Kekasih

Johnny Depp Beli Rumah Untuk Bekas Kekasih
Johnny Depp dan bekas kekasihnya.
WALAUPUN hubungan pasangan Johnny Depp dan Vanessa Paradis sudah berakhir, bintang filem The Pirates of Carribein ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah mewah untuk bekas kekasihnya itu.

Daily Mail melaporkan, Depp membeli rumah tersebut di Los Angeles kerana ia berdekatan dengan sekolah anak-anak mereka.

Depp dan Vanessa sebelum ini telah tinggal bersama selama 14 tahun dan memutuskan untuk berpisah pada awal tahun ini.

sumber- DM

Bayi Perempuan Ditemui Mati Dipercayai Dicampak

rumah sewa Petaling Jaya

PETALING JAYA: Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini Ahad dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

mayat bayi dicampak
Mayat bayi perempuan yang mengalami kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi di kawasan tempat letak kereta, Pangsapuri Desa Mentari hari ini. - Foto Bernama
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, Ahad.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

"Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.

"Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. 

sumber- BERNAMA

Kotak rokok bertelefon

Sebagai perokok tegar, mungkin ramai yang tidak sukakan grafik amaran kesihatan pada kotak rokok yang dijual. Gambar seperti kanser paru-paru serta segala jenis penyakit amat menjijikkan namun ianya hanyalah tinggal gambar dan tidak dapat menghalang perokok dari terus merokok.

Kotak rokok bertelefon

Sebuah perusahaan dari China telah membuat inovasi baru dengan menghasilkan kotak rokok yang mempunyai telefon. Kotak ini mempunyai fungsi seperti telefon sebenar dan mampu menyimpan beberapa batang rokok. Rekaan terbarunya turut mempunyai skrin berwarna, MP3, dan kamera digital. 

Kotak rokok bertelefon

Bermain golf di dalam tandas

cara bermain golf dengan betul

Bermain golf sambil membuang air besar mungkin perkara yang aneh namun produk ini benar-benar diwujudkan bagi tujuan tersebut. 

Tee Time Toilet Potty Putter direka dengan tujuan pengguna tandas dapat merasai keriangan ketika membuang air besar. Rekaan ini disertakan padang golf kecil, dua biji bola, serta sebatang kayu pemukul. Dengan produk ini, mungkin seseorang mengambil masa yang lebih panjang untuk berada di dalam tandas.

set permainan golf murah

Enam maut protes filem anti-Islam di seluruh dunia

Enam maut protes filem anti-Islam di seluruh dunia
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat AS.
SYDNEY - Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan maut, manakala lebih 20 negara telah melakukan protes termasuk Mesir, Tunisia, Lebanon dan Sudan sejak protes filem Innocence of Muslims tercetus empat hari lalu.

Tidak terkecuali gelombang rusuhan turut tercetus di Syney, Australia, di mana beratus penunjuk perasaan melemparkan botol dan kasut di pekarangan konsulat Amerika Syarikat (AS).

Bendera AS dibakar di bandar utama di negara itu sebagai tindak balas penayangan filem yang direka oleh kumpulan sayap kanan Kristian yang mencemuh Nabi Muhammad.

Seorang saksi berkata, penunjuk perasaan itu turut disertai kanak-kanak sambil menjerit down, down USA dan membawa sepanduk seperti 'memotong kepala semua orang-orang yang menghina nabi.

sumber- AP

Tentera, seorang wanita ditembak di selatan Thailand

Tentera, seorang wanita ditembak di selatan Thailand
Polis memeriksa kawasan kejadian di Yala, Thailand.
YALA - Tiga anggota separa tentera dan seorang wanita ditembak mati dan mayat mangsa dibakar oleh ahli kumpulan pemisah dalam serang hendap di wilayah bergolak, selatan Thailand, semalam.

Polis daerah Muang, Leftenan Kolonel Charas Chinapong berkata, mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke pasar di Yala.

Lokasi berkenaan adalah satu daripada kawasan pemberontakan sejak lapan tahun lalu yang mempunyai penduduk berjumlah 5,300 orang di sempadan wilayah yang majoritinya umat Islam di Thailand.

“Saya fikir mereka sudah terbunuh sebelum sekumpulan lelaki bersenjata membakar trak pikap dan mayat mangsa dijumpai berada di dalam trak," katanya.

Menurutnya, ratusan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

sumber- AFP

Pemain ragbi maut terjatuh dalam tangki simen bersama ahli keluarga

Nevin Spence
Nevin Spence
LONDON: Pemain ragbi berbakat, Nevin Spence maut bersama-sama bapa dan adik lelakinya selepas terjatuh dalam tangki simen di ladang mereka di Ireland Utara, malam tadi. 

Spence, 22, beraksi cemerlang untuk skuad Ulster Rugby dan bakat yang meningkat naik dalam pasukan kebangsaan Ireland. Perkhidmatan Ambulans Ireland Utara (NIAS) berkata, adik perempuan mangsa dibawa ke hospital selepas terhidu gas ketika kejadian itu di ladang mereka di Hillsborough, County Down, timur negara berkenaan. 

sumber- AFP 

Banduan tawan 10 pengawal keselamatan

rusuhan penjara

BEIRUT - Sekumpulan banduan menjadikan sekurang-kurangnya 10 pengawal keselamatan sebagai tebusan dalam satu rusuhan di sebuah penjara, di sini semalam.

Menurut sumber, rusuhan di Penjara Roumieh itu tercetus selepas banduan menggesa pihak berkuasa membebaskan mereka atas alasan sebagai tahanan politik.

"Beberapa banduan di tingkat dua bangunan membakar tilam dan menjadikan 10 pengawal keselamatan sebagai tebusan," katanya. - REUTERS

Rumah teres simpan sundal

awek ringan-ringan
TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit.
KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.

Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa.

Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

awek geli-geli
MANJA... wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah.
Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.

Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.

sumber- HMetro

Jodoh tepi katil

Jodoh tepi katil
BERSATU... Sulaiman dan Salmah bernikah selepas berkenalan lima bulan.
KUALA LUMPUR: Berbaring di katil bersebelahan ketika menjalani terapi kesihatan di Pusat Ceragem Setapak berjaya menemukan jodoh sepasang duda berusia 75 tahun dengan janda 48 tahun.

Mereka kemudian diraikan pada majlis perkahwinan di pusat itu di sini, semalam.

Sulaiman Sihab dan Salmah Ismail dinikahkan di Surau At-Takwa, di sini, dengan mas kahwin RM80 pada majlis dihadiri lebih 400 tetamu membabitkan anggota keluarga dan teman rapat di pusat terapi itu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak terlintas akan bertemu jodoh selepas pemergian isterinya setahun lalu, tambahan pula kesihatannya tidak mengizinkannya apabila disahkan menghidapi penyakit darah tinggi dan diabetes.

“Saya mengunjungi pusat terapi ini untuk mengubati penyakit, tapi tak sangka sekali lagi menemui jodoh yang sesuai di mata dan di hati, biarpun hanya berkenalan lima bulan.

“Usikan teman mengatakan kami sepadan membuahkan hasil apabila kami mula bertegur sapa dan berbual. Saya mengambil langkah berani menyatakan hasrat ingin melamarnya sebagai isteri.

“Selain dia (Salmah) memiliki wajah cantik, saya terpesona dengan pertuturan lemah lembut.

“Insya-Allah, andai dimurahkan rezeki, saya ingin membawa Salmah mengerjakan umrah dalam tempoh terdekat, sekali gus menjadi destinasi bulan madu kami,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Salmah yang bernikah untuk kali ketiga berkata, pertemuan mereka tidak diatur, sebaliknya terserempak selepas menjalani terapi, namun jodoh mereka kuat hingga bergelar suami isteri.

“Selepas berjumpa beberapa kali dan selesa berbual, saya mendapati dia sesuai, apatah lagi mempunyai pengetahuan agama luas dan mampu membimbing saya,” katanya yang memakai persalinan berwarna hijau.

sumber- HMetro

Pengarah pornografi arah filem hina Nabi Muhammad

Young Lady Chatterley II
Young Lady Chatterley II
LOS ANGELES: Filem biadap yang menghina Islam, ‘Innocence of Muslims,’ hingga mencetuskan rusuhan di beberapa negara Islam dilapor diarah oleh seorang pornographer.

Alan Roberts, 65, sebelum ini pernah menerbitkan filem pornografi seperti ‘Young Lady Chatterley II’, menurut laman web Gawker.

Gawker menemuramah beberapa pelakon ‘Innocence of Muslims,’ yang berkata mereka ditipu untuk muncul dalam filem itu sebelum menyedari ia dialih suara untuk dijadikan propaganda anti-Islam.

Dalam filem asal, menurut pelakon berkenaan, watak utama dikenali sebagai George, Condalisa dan Hillary.

Namun versi akhirnya, skrip filem berkenaan diubah untuk menjadikan mereka Nabi Muhammad (SAW) serta beberapa orang yang namanya disebut dalam al-Quran.

Promosi filem itu dilakukan oleh pelampau Kristian yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam, seperti Morris Sadek, warga Amerika keturunan Mesir dan Terry Jones, paderi yang terkenal kerana membakar kitab suci al-Quran. 

sumber- Agensi

Padah tarik tudung pelajar

pelajar bertudung di turki

ANKARA: Seorang pensyarah dihukum penjara dua tahun sebulan selepas didapati bersalah menarik tudung seorang pelajar.

Akhbar Milliyet melaporkan, hakim yang membicarakan kes itu menolak rayuan Profesor Rennan Pekunlu supaya dia dikenakan denda saja. 

Rayuan supaya hukuman terhadapnya ditangguhkan juga ditolak. 

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak dan dikatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Turki.

Menurut laporan, pelajar bidang Matematik di Universiti Ege, Fatma Nur Gidal diganggu profesor itu yang kemudian menarik tudungnya serta memaki hamunnya.

Mahkamah diberitahu, Rennan mengancam memanggil semua pelajar yang bertudung dan menghalang mereka memasuki dewan kuliah. 

Rennan juga dikatakan berulang kali melanggar hak penuntut wanita di universiti berkenaan. 

sumber- Agensi

Saudi tangkap 4 tukang sihir

barang sihir

JEDDAH: Empat warga Asia, termasuk dua wanita, ditangkap atas tuduhan mengamalkan sihir dan menipu orang ramai.

Jurucakap polis Jeddah, Brigadier Misfer Al-Juaid berkata, seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz bersama-sama tangkal, beberapa kertas dan barangan berbau busuk.

Dalam kejadian lain, polis lapangan terbang menangkap seorang warga India yang cuba memasuki Arab Saudi dengan membawa barangan ilmu hitam dan tangkal yang didakwanya ubat.

Apabila disoal, lelaki itu mengaku merancang menggunakannya ke atas keluarga majikannya.

Pihak berkuasa lapangan terbang juga menahan seorang lelaki Pakistan yang membawa tangkal dan didakwa melakukan sihir.

Dalam pada itu, polis Jeddah menyerbu sebuah rumah di daerah Al-Rawabi selepas menerima maklumat mengenai seorang wanita Indonesia mengamalkan sihir.

Wanita itu dikatakan mengambil upah ‘menundukkan gadis’ untuk orang yang mengupahnya. Anggota dari Balai Polis Al-Jami’ah mengepung rumah itu sebelum menangkapnya ketika dia sedang melakukan sihir. 

sumber- SG

Psy rayu datuk bandar ambil semula pekerja dipecat

el monte lifeguards

LOS ANGELES – Penyanyi rap dari Korea Selatan yang kini terkenal dengan tarian kuda, Psy meminta supaya 13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte yang dipecat diambil semula bekerja, lapor akhbar Los Angeles Times kelmarin.

Semua anggota penyelamat itu dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan Psy.

Salah seorang anggota penyelamat itu yang dipecat, Michael Roa menyunting dan menghantar klip video yang menunjukkan mereka menari tarian kuda tersebut ke laman YouTube.

Pihak pentadbir kolam itu menyatakan 13 anggota penyelamat tersebut dipecat kerana mereka menggunakan pakaian dan kolam renang awam milik pihak pentadbiran bandar El Monte ketika menghasilkan video tersebut.

Psy membuat rayuan kepada Datuk Bandar El Monte, Andre Quintero dengan berkata: “Saya merayu anda tidak pecat (mereka), tolonglah.”

Menurut Psy, anggota-anggota penyelamat itu berkongsi kebudayaan dengan mempersembahkan tarian tersebut.

Sementara itu, muzik video Gangnam Style yang menunjukkan Psy menari tarian tersebut telah ditonton lebih 175 juta kali sejak dimuat naik pada Julai lalu.

sumber– Agensi

Saingan baharu Universal Studios

Saingan baharu Universal Studios

JOHOR BAHRU - Lebih 10,000 orang membanjiri Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam sekali gus menjadikan Johor dan Iskandar Malaysia sebagai antara hab hiburan utama di Asia.

Ribuan pengunjung berbaris menanti dengan penuh sabar seawal 7 pagi untuk memasuki taman tema yang berkeluasan 31 hektar itu yang terletak di Nusajaya dekat sini.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan baharu pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.

Ia merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman.

Sebagai simbolik kepada upacara pembukaan, Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst menaiki kereta penyelamat mini Lego sambil diiringi persembahan pancaragam dan maskot yang memeriahkan lagi suasana.

"Ia merupakan saat yang begitu emosi untuk saya dan setiap orang di Legoland. Saya amat bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang merasakan saat emosi seumpama itu di sini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

sumber- Kosmo

Khidmat bas terus ke Legoland dari Singapura

Khidmat bas terus ke Legoland dari Singapura
TAMAN tema Universal Studios di Singapura kini mendapat saingan baharu dengan kewujudan Taman Tema Legoland di Johor.
SINGAPURA - Warga Singapura boleh mengunjungi Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor menerusi perkhidmatan bas terus dari pusat bandar di sini yang disediakan mulai semalam.

Bas-bas tersebut akan bertolak dari Singapore Flyer setiap 30 minit pada waktu puncak dan tiba di Legoland dalam masa kurang daripada sejam.

Perkhidmatan itu dikendalikan oleh WTS Travel dan tambang yang dikenakan bagi laluan terus itu ialah S$20 (RM50) seorang.

Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, langkah itu bertujuan menjadikan perjalanan ke taman ini semudah mungkin terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.

"Dengan perkhidmatan hingga ke muka pintu ini, pelawat boleh mengunjungi taman ini dengan selesa dan boleh merasa pasti bahawa perjalanan mereka kurang meletihkan," katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang berminat untuk memandu sendiri, taman ini mempunyai lebih 3,500 ruang parkir. 

sumber- Bernama

Pengurus nafi Alyah akan lumpuh

Pengurus nafi Alyah akan lumpuh
ALYAH yang masih lemah menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, Selangor semalam.
PETALING JAYA - Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.

Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.

"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada Kosmo! Ahad di hospital berkenaan semalam.

sumber- Kosmo

Anak tok dalang mati terbenam

Anak tok dalang mati terbenam
KEADAAN sebuah traktor yang menghempap Nor Azman di Kampung Palas, Jitra semalam.
JITRA – Anak lelaki kepada tok dalang wayang kulit terkenal di negeri ini maut akibat dihempap traktor yang digunakan untuk membersihkan sebuah kebun getah di Kampung Palas, Jalan Lahar di sini petang kelmarin.

Mangsa, Nor Azman Abdul Majid, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman termasuk patah pinggang.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa cuba menaikkan semula traktor seberat enam tan tersebut selepas ia tergelincir ke dalam sebuah parit.

Bagaimanapun, traktor milik bapa saudaranya itu terbalik ketika ia cuba naik ke tebing menyebabkan mangsa dihempap jentera tersebut.

Mangsa ditemui terbenam di dalam tanah lumpur di bawah jentera dengan stereng traktor itu menghempap dadanya.

Kejadian ngeri itu disaksikan sendiri adiknya, Shahzual Suhaili, 15, yang berada tidak jauh dari tempat kejadian. Shahzual kini trauma serta enggan menceritakan kejadian itu.

Menurut bapa mangsa, Abdul Majid Mohd. Noh, 62, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan perkara itu oleh seorang saudaranya kira-kira pukul 8 malam.

“Saya pergi ke kebun getah itu dan nampak anak saya sudah tidak bernyawa di bawah traktor yang terbalik dengan empat tayarnya berada di atas.

“Usaha mengeluarkan arwah sukar dilakukan kerana traktor itu terlalu berat. Ia hanya dapat dialihkan dengan bantuan bomba yang menggunakan tiga jentolak kira-kira pukul 11 malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kunluang, Asun di sini semalam.

sumber- Kosmo

Pemandu lori maut tertimbus tanah runtuh

Pemandu lori maut tertimbus tanah runtuh
LOKASI kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa Mohd. Azharulnizam di Hulu Terengganu semalam.
HULU TERENGGANU – Seorang pemandu lori maut manakala rakannya patah tangan selepas mereka ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Kuala Ping dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 petang ketika mangsa, Mohd. Azharulnizam Daud, 24, dan rakannya, Muhammad Hanifah Mohd. Nawi, 19, berada berhampiran sebuah jentolak yang sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah di kawasan itu.

Jentolak berkenaan dikendalikan oleh adik Mohd. Azharulnizam iaitu Muhamad Zuraime, 17.

Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan pekerja sudah meninggalkan kawasan itu kerana waktu bekerja hampir tamat.

Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang menunggu tanah dipunggah ke dalam lorinya bagi trip terakhir untuk dihantar ke sebuah projek perumahan tidak jauh dari situ.

sumber- Kosmo

Cubaan rompak kapal minyak gagal

Cubaan rompak kapal minyak gagal
KAPAL MT Scorpio (kanan) yang cuba ditawan sekumpulan perompak berlabuh bersebelahan kapal MT Sea Jade di Tanjung Piai kelmarin.
JOHOR BAHRU - Cubaan enam perompak yang datang dari perairan negara jiran dengan menaiki bot kayu untuk merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan petang kelmarin.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Adon Shalan, pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah bot kayu yang mencurigakan merapati sebuah kapal MT Scorpio yang didaftarkan di Republik Kiribati kira-kira pukul 2.15 petang.

"Kapal APMM kemudian bergegas ke lokasi kejadian iaitu 3.8 batu nautika di barat daya Tanjung Piai dan menghampiri kapal tersebut.

"Bagaimanapun, bot kayu berkenaan dalam keadaan mencurigakan tergesa-gesa dipecut meninggalkan kapal dan menuju ke perairan negara jiran," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...