Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, July 24, 2012

Pontianak bertenggek atas pokok nangka

gambar pontianak / kuntilanak

MUARAENIM - Penduduk Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan  kecoh apabila salah seorang dari warganya menangkap gambar misteri tanpa disengajakan

Imej misteri itu dikatakan pontianak atau masyarakat setempat memanggilnya kuntilanak yang sedang bertenggek di atas pokok nangka sambil kepalanya menunduk ke bawah.

“Kejadian tersebut berlaku di Kelurahan Talang Ubi Timur, Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim,” kata Eddi, penduduk Talang Ubi Timur di Muaraenim.

Menurut Eddi, gambar tersebut di ambil secara tidak sengaja sekitar pukul 3.30 petang. Kebetulan waktu itu dia hendak ke rumah Riki yang terletak berdekatan dengan pejabat Camat Kelurahan Talang Ubi Timur.

Setelah tiba di rumah Riki, dia hampa kerana Riki tiada di rumah lalu dia beransur pulang.

Namun setelah berjalan hampir 10 meter, terdapat suara yang memanggil namanya “Eddi”. Dia menoleh sekeliling mencari dari manakah arah suara tersebut tetapi tiada sesiapa pun di situ. Dengan perasan yang berdebar dan menyeramkan, dia terus meninggalkan tempat tersebut.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia terlihat Sulastri, warga Talang Ubi Timur sedang duduk santai bersama anaknya di bawah pokok nangka.

Disebabkan Eddi agak mengenali Sulastri, terlintas untuk dia mengambil gambar Sulastri bersama anaknya menggunakan kamera digital yang di bawa.  Seminggu kemudian, Eddi mencuci gambar-gambar yang telah diambil sebelum ini.

Mengejutkan apabila hasil dari gambarnya mempunyai imej lembaga yang misteri . “Saya hanya mengambil gambar Sulastri. Tetapi, setelah dicetak lain pula yang keluar,” katanya.

Sementara pemberita ingin menghubungi Sulastri, warga Talang Ubi Timur yang berada dalam foto tersebut, dia tiada di rumah dan berada  di kebun sekitar daerah Setuntutung Talang Ojan.

Gadis 13 Tahun Hamil Selepas Berenang Dalam Kolam Renang

children
gambar hiasan

WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

“Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu.

sumber- Agensi

Sosej ular sawa kering

Untuk pengetahuan semua, ular merupakan sebahagian daripada zodiak Cina dimana mereka menganggap ular mempunyai kaitan dengan naga. Mengikut mitos pula, ular biasanya dikaitkan dengan perempuan cantik sebagai contoh dari Filem Whitesnake Lady, dan juga cerita klasik yang ditampilkan dalam wayang opera cina.

Gambar di bawah ini agak di luar dari kebiasaan. Ular sawa dijadikan sosej lalu dijual seperti ikan kering, udang kering dan sebagainya. Mengikut perubatan cina, ada juga yang menganggap ianya penyembuh kepada masalah kesihatan. Mungkin ianya terlalu eksotik untuk di terima dalam diet pemakanan umum namun inilah realitinya.

Sosej ular sawa kering
Sosej ular sawa kering
\Sosej ular sawa kering

sumber- taotauajer

Kecoh ikan gergasi masuk kampung

Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu.
Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu.
BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.

“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas  dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh  mengakibatkan pencemaran bau.

“Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.

Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan beriku-tan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.

Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.

sumber- Sinar

Dipenjara 20 tahun rogol menantu OKU

Dipenjara 20 tahun rogol menantu OKU
Warga emas yang dijatuhi penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam, selepas mengaku bersalah merogol menantunya yang juga OKU penglihatan, tahun lalu.
AYER KEROH – Seorang warga emas menerima hukuman penjara maksimum 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana merogol menantu sendiri yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, tahun lalu.

Tertuduh, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun itu diperintahkan Hakim Abu Bakar Katar menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap pada 15 Julai lalu, selain turut dikenakan lima kali sebatan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga menantunya berusia 26 tahun di sebuah rumah di Asahan, Jasin, kira-kira jam 8 malam pada pertengahan Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam dan 20 tahun penjara serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika rayuan meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana telah berusia selain perlu menanggung anak serta cucu.

“Anak juga masih bersekolah dan kami sekeluarga duduk di rumah sewa,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan keji.

“Tertuduh sebagai seorang yang boleh dianggap bapa kandung sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mahu meminta bantuan mengubati matanya sakit.

“Alasan mitigasi berbentuk peribadi diberikan tertuduh sepatut difikirnya sebelum melakukan perbuatan keji ini. Mohon hukuman berat diberikan sebagai pengajaran kepada diri tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa dan suaminya berusia 30 tahun datang ke rumah tertuduh untuk meminta bantuan mengubati secara tradisional mata mangsa yang tidak dapat melihat akibat kemalangan jalan raya.

Tertuduh kemudian meminta suami dan anak mangsa keluar dari rumah kerana boleh mengganggu proses perubatan sebelum mengarahkan mangsa masuk ke bilik di tingkat atas serta menukar kain batik.Tertuduh kemudian menyuruh mangsa baring lalu menindih badan mangsa serta meminta supaya senyap ketika mangsa cuba melawan sebelum memberi amaran supaya tidak memberitahu anaknya (suami mangsa) jika tidak mahu diceraikan.

Namun, selepas hampir setahun, pada 14 Julai lalu, mangsa yang tidak dapat menanggung derita dan trauma akhirnya memberitahu suaminya sebelum membuat laporan polis.

sumber- Sinar

Misteri beg hitam

jenis dadah
Md Azmi (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izhar Asli menunjukkan dadah serta peralatan yang dirampas ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Semabok.
BUKIT BERUANG – Seorang lelaki begitu bersungguh-sungguh menyelamatkan beg hitam yang dibawa bersamanya walaupun mengalami kecederaan dalam kemalangan.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan siasatan pada mangsa menemui plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 500 gram yang bernilai RM201,758.

Lebih mengejutkan, berikutan kemalangan itu, polis berjaya menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM584,958.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata,sebanyak 4,600 biji ekstasi dan ribuan gram dadah jenis ketamin serta  syabu bernilai RM0.5 juta berjaya dirampas polis selepas menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat memproses dadah di Semabok, di sini, Rabu lalu.

Menurutnya, pihaknya turut merampas peralatan dipercayai untuk memproses dadah dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Alor Gajah, kira-kira jam 11 pagi.

“Sebanyak 4,600 biji ekstasi dengan anggaran berat kasar 1,580 gram, dua bungkus plastik dadah dipercayai ketamin seberat kira-kira 2,106 gram yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM383,200 ditemui dalam rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Md Azmi berkata, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Hicom, Alor Gajah, dekat sini.

Menurutnya, ketika lelaki terbabit menerima rawatan, dia didatangi seorang wanita berusia 30 tahun yang mendakwa sebagai kekasih.

“Tiada barang salah didapati pada wanita tersebut selepas pemeriksaan, namun polis yang menjumpai serangkai kunci membawa kepada penemuan rumah teres berkenaan.

“Polis turut merampas kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan wanita terbabit, selain wang tunai RM1,310 yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan daripada kedua-dua suspek berjumlah RM584,958," katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan ditahan reman sehingga hari ini (24 Julai) dan permohonan melanjutkan tahanan reman akan dibuat di mahkamah untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta  Dadah  Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

sumber-Sinar

Seram! Imej wanita pada batang pokok


Gempar di Kedah khususnya bagi penduduk di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah. Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita yang muncul pada sebatang pokok pelik jenis akasia di taman itu.


Menurut seorang penduduk disitu 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku pada batang pokok pelik ini.


Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut panjang mengurai. Ia didakwa mula kelihatan pada Khamis lepas.

Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah manusia tersebut. Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.

sumber- Melayukini, Edisikini

Derita terkurung 21 tahun


CHITTAGONG (Bangladesh): Meyakini ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa termasuk yang buruk, satu tuntutan di kalangan umat Islam. Mengambil kira faktor ini, konflik berdarah antara etnik Rakhine dengan penduduk Islam Rohingya yang tercetus di Arakan, Myanmar, pada awal Jun lalu, turut tidak terkecuali.

Ini kerana konflik yang meragut ribuan nyawa umat Islam Rohingya itu serta mencetus derita kepada ratusan ribu yang lain, secara tidak langsung menggamit semula perhatian dunia luar terhadap hampir 90,000 pelarian Rohingya yang menghuni tiga kem pelarian di Bangladesh sejak 21 tahun lalu.

Berikutan tempoh panjang itu, mereka yang hidup serba kedaifan dan penuh penderitaan seakan-akan dilupakan apabila jarang menerima bantuan termasuk daripada saudara seagama.

Sepanjang tempoh 21 tahun itu, ramai di kalangan pelarian Rohingya yang sudah meninggal dunia sebagai orang buangan dan pada masa sama, ribuan juga dilahirkan di dalam kem untuk berkongsi status sama.

Sedikit latar belakang, pelarian Rohingya terbabit menyeberangi Sungai Naf yang menjadi sempadan Myanmar-Bangladesh pada 1991 selepas diusir kerajaan tentera Myanmar.

sumber- Harian Metro

Kepala berasap, Galah Aluminium tersangkut kabel elektrik


IPOH: “Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

“Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.

“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya.

sumber- Harian Metro

Ngeri, kepala dijadikan bola boling

Bola boling kini tidak lagi sebosan dahulu. Ianya kini terdapat dalam pelbagai corak yang menarik bersesuaian dengan kehendak pemain. Lebih cantik sesuatu corak maka lebih mahal harganya. Tapi, ada juga corak yang agak menakutkan.

Mengerikan apabila bola boling dicorak seperti kepala manusia ditambah pula dengan kesan luka dan darah. Mungkin ramai pemain tidak berani untuk memegangnya terutama wanita. Sebenarnya ini adalah satu kreativiti yang diluar jangkaan dan mungkin ramai juga yang meminati corak sebegini.

Sekali imbas, ianya nampak seakan kepala sebenar dan membuatkan pemain berfikir berkali-kali sama ada sanggup atau tidak untuk membalingnya.

Huru-hara kerana sex doll

sex doll

Apabila polis Shandong menerima panggilan melaporkan bahawa terdapat badan yang terapung di salah satu sungai di wilayah itu pada 11 Julai, mereka tanpa berlengah terus menghantar 18 pegawai terbaik mereka ke tempat kejadian.

Ketika polis bergelut untuk membawa mayat ke darat, khabar angin tentang kejadian penemuan itu tersebar dan lebih 1000 orang ramai berkumpul, menghalang lalu lintas dan menyulitkan anggota bomba daripada sampai cepat ke tempat kejadian.

Akhirnya, 40 minit kemudian, polis China berjaya menggapai mayat itu. Namun usaha pihak polis sia-sia kerana ia bukan mayat tetapi patung seks. Oleh kerana "mayat" itu terapung kira-kira 40-50 meter dari tebing sungai, jadi adalah sukar bagi polis untuk melihat apa yang sebenarnya ada dalam sungai itu sehinggalah pihak polis berada lebih dekat.

sumber- jennykaleyn

Kereta api termewah di Asia

Kereta api termewah

Beroperasi sejak Januari 2010, maharajas 'Express adalah kereta api termewah dari India dan turut merupakan salah satu kereta api tambang termahal di Asia. Perjalanan kereta api ini mengambil masa selama 8 hari untuk melintasi tempat-tempat terkenal di India seperti Taj Mahal, Kuil Khajuraho, Taman Negara Ranthambore, Fatehpur Sikri dan Ghats of Varanasi. Tambah termurah sehari ialah US $ 800 untuk pakej Cabin Deluxe. Harga berikutnya pula diantara US $ 900 dan US $ 1,400. Untuk pakej termewah iaitu Presidential Suite berharga US $ 2,500/hari.

Kereta api termewah

Kereta api ini terdiri dari 24 gerabak yang terdiri dari ruang kecemasan, dewan makan, bar, lounge, generator dan kedai-kedai. Setiap ruang tamu telah dihiasi kemewahan seperti gaya hidup seorang  Maharaja. Rekabentuk dalamannya amat mempesonakan. Kesemua kabin memiliki kawalan suhu individu, set televisyen LCD, pemain DVD, telefon, internet, dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Kereta api termewah

Gerabak turut dilengkapi tingkap bagi membolehkan penumpang melihat pemandangan indah sepanjang melintasi India. Kereta api ini juga memiliki ruang melepak yang disebut Rajah Club dengan bar peribadi. Dua gerabak lain dalam kereta api yang sama menawarkan berbagai masakan mewah untuk para tetamu. Bar pula mengsajikan arak-arak berkelas tinggi dari seluruh dunia dalam suasana yang tenang dan santai. 

Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah
Kereta api termewah

Lelaki curi kereta api untuk kekasih


PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.

Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan. 

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis. 

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api. 

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu. 

“Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa. 

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya. 

Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. 

sumber- Agensi

Mumia kelawar berusia 100 tahun

SEORANG kakitangan memegang seekor kelawar buah berusia 100 tahun yang telah diawet di Akademi Sains Semula Jadi di Philadelphia

PHILADELPHIA - Seekor kelawar buah dari India yang berusia 100 tahun yang telah diawet dipamerkan di Akademi Sains Semula Jadi di sini.

Kelawar itu merupakan antara haiwan yang dipamerkan sempena sambutan ulang tahun yang ke-200 akademi tersebut.

Haiwan tersebut juga merupakan antara 18 juta spesimen yang disimpan di akademi itu. - AP

Pertandingan lumba ketam

kisah bangau dan ketam
KETAM milik Kirk ini memenangi pertandingan larian di Bucco, Pulau Tobago dan Trinidad
BUCCO - Satu pertandingan larian ketam diadakan di sini, Pulau Tobago dan Trinidad.

Pertandingan itu diadakan sempena Festival Larian Ketam dan Kambing yang diadakan pada setiap tahun.

Tali akan diikat pada salah satu penyepit yang terdapat pada badan ketam itu.

Pengendali haiwan berkenaan akan memegang tali tersebut bagi memberikan panduan arah yang perlu dilalui ketam itu ke garisan penamat.

Ketam milik Georgina Kirk dari Britain menenangi pertandingan itu. 

sumber- Agensi

Ratu Cantik berkerusi roda di Eropah

Ratu Cantik berkerusi roda di Eropah

BUDAPEST - Siapa sangka, walaupun berkerusi roda, seorang wanita masih boleh dinobatkan sebagai Ratu Cantik.

Pertandingan luar biasa, Miss Colours di, Budapest, Eropah Timur pada Sabtu lalu berjaya meletakkan kedudukan golongan kurang upaya setaraf dengan ratu cantik di seluruh negara.

Penganjur, Tibor Kazany berkata, ia akan dijadikan sebagai acara tahunan di Eropah memandangkan Amerika Syarikat telah menjadi pelopor Pertandingan Ratu Cantik Berkerusi Roda seperti itu pada 1973.

Pemenang tempat pertama, Katalin Eszter Varga menyatakan dia akan memperjuangkan nasib golongan kurang upaya di Hungary.

sumber- Sinar

Ikan keli albino terbesar pernah dipancing

BANGGA...Chris  Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli  albino yang ditangkapnya, semalam.
BANGGA...Chris Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli albino yang ditangkapnya
LONDON: Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.

Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.

Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.

Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.

Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.

Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.

Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.

Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005.

sumber- HMetro

Obor-obor tiruan dari sel jantung tikus

Obor obor tiruan berenang di dalam sebuah kontena air masin di lokasi yang tidak didedahkan

Menggunakan sel daripada jantung tikus dan silikon polimer yang amat nipis, sekumpulan saintis kelmarin melaporkan mereka telah mencipta obor-obor tiruan yang mungkin boleh menyelamatkan pesakit jantung.

Penemuan itu diharapkan mampu untuk menghasilkan sebuah pam untuk jantung.Seorang profesor kejuruteraan bio di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Universiti Harvard, Kevin Kit Parker mengetuai kajian untuk menghasilkan obor- obor tersebut.

Penciptaan itu membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekali gus menciptanya untuk kegunaan jantung manusia yang bermasalah. 

Obor-obor itu diletakkan di dalam sebuah tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik.

Para saintis itu kemudian meletakkan suis bagi menyalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut bagi membolehkan obor-obor itu bergerak.

sumber- Kosmo

Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di Malaysia


DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ‘Paedocypris’ dari keluarga ‘Cyprinidae’ dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.

“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Azmi berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.

Menurut Azmi buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.

Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.

“Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah,” katanya.

Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya. 

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...