Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, October 14, 2012

350 juta kemurungan

GENEVA - Lebih 350 juta penduduk di seluruh dunia dilaporkan mengalami kemurungan, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semasa Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Kesihatan Mental WHO, Dr Shekhar Saxena berkata, ia bukan satu 'penyakit' di negara membangun tetapi ia telah menjadi satu fenomena global.

"Ia melibatkan kedua-dua jantina dan tidak mengira status golongan masyarakat," katanya.

tekanan perasaan
gambar hiasan
Saxena turut menjelaskan laporan itu menunjukkan lebih 50 peratus golongan wanita mengalami masalah tersebut berbanding lelaki.  

Dalam satu kenyataan, pakar kesihatan juga berpendapat tiada negara yang terkecuali daripada masalah kemurungan itu memandangkan laporan terbaru menunjukkan kira-kira lima peratus  populasi dunia mengalami masalah gangguan psikologi tersebut.

sumber- AFP

Rempuh lori dan terbalik

Proton Iswara Aeroback
Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk teruk dalam kemalangan, semalam. Gambar kecil: Mohd Sahir
SEREMBAN – Seorang lelaki parah apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah lori di Kilometer 262.4 Lebuh Raya Utara – Selatan, berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an itu memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback sendirian merempuh belakang lori yang diletakkan di laluan kecemasan akibat kerosakan enjin.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer dari arah Seremban.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ungku Abdul Jalil Ismail berkata, sebuah jentera membabitkan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.40 pagi.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kita dapati mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada berlaku tumpahan minyak yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Pemandu lori terbabit, Mohamad Sahir, 40, berkata, dia dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Kota Tinggi, Johor dengan membawa muatan baja.

“Saya terpaksa memberhentikan lori di lorong kecemasan kira-kira 3 pagi kerana berlaku masalah enjin.

“Sementara menunggu siang, saya tidur dalam lori, tetapi terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat dari arah belakang lori,” katanya.

Menurutnya, dia segera keluar dari lori dan terkejut melihat sebuah kereta Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk di lorong kanan lebuhraya.

“Saya berlari ke arah kereta itu sebelum mendapati pemandu tersepit kerana kereta remuk teruk.

“Saya segera meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan lain yang memberhentikan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya.

Mohamad Sahir berkata, lelaki berkenaan cedera parah di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut.

sumber- Sinar

Dua maut dalam dua jam

Honda CRV
Keadaan kenderaan dipandu Gobi yang melanggar pokok di tepi jalan dalam kejadian kemalangan awal pagi, semalam.
IPOH - Hanya dalam tempoh dua jam, nyawa dua lelaki yang memandu berseorangan melayang setelah terlibat dalam kemalangan maut berasingan di lokasi berbeza, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar memaklumkan, kejadian pertama berlaku pada lebih kurang jam 11.30 malam kelmarin di Jalan Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, mangsa, Khairul Amilin Abd Rashid, 28 maut di tempat kejadian selepas dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kenderaan yang dinaikinya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda arah di pembahagi jalan.

"Impak pelanggaran yang kuat mengakibatkan kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa melekat pada tiang papan tanda berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menambah, mangsa yang bekerja di sebuah premis makanan segera di Medan Gopeng, di sni, kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapat rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi (semalam) ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HRPB. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, mangsa dipercayai mati akibat kecederaan parah pada kepala serta badan dan jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga untuk dibawa ke Kluang, Johor bagi urusan pengebumian.

Sementara itu, Wan Sharuddin memaklumkan kejadian kedua berlaku di Jalan Falim-Ipoh, di sini, melibatkan kehilangan nyawa P Gobi, 32, yang maut di tempat kejadian.

Beliau menjelaskan, mangsa dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kereta jenis Honda CRV yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

"Kemalangan berkenaan telah menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu selama hampir setengah jam sebelum dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

"Mangsa berasal dari Desa Permata, Chemor maut serta merta dalam kejadian berkenaan dan mayatnya di bawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga," katanya.

Polis kini masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kedua-dua kemalangan berkenaan.

sumber- Sinar

Kruiser tembung dengan kapal selam nuklear AS

WASHINGTON - Sebuah kruiser atau kapal perang peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan kapal selam nuklear negara itu semasa menjalani latihan di perairan Atlantik, sebelah timur laut Florida, petang semalam, menyebabkan peralatan sonarnya rosak.

Perlanggaran antara kruiser USS San Jacinto dan kapal selam berkuasa nuklear, USS Montpelier berlaku kira-kira 3.30 petang (1.30 pagi waktu tempatan).

Dalam satu kenyataan, tentera laut AS enggan menyatakan lokasi kemalangan.

USS San Jacinto
Kapal perang USS San Jacinto
Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dan kedua-dua kapal itu masih mampu  beroperasi menggunakan kuasa enjin masing-masing selepas kejadian.

Menurutnya, insiden itu ‘jarang berlaku’ dan sedang disiasat.

USS Montpelier
Kapal selam USS Montpelier kembali ke Naval Station Norfolk baru-baru ini selepas operasi selama enam bulan. - Foto ihsan nbcnews
Sementara itu, menurut satu sumber tentera laut memberitahu Reuters, perlanggaran telah menyebabkan kubah sonar kruiser runtuh.

Katanya, kubah sonar itu berbentuk bulat dan terdapat peranti getah pada haluan kapal yang terletak di bawah garis air.

sumber- Sinar

Bomba bakar rumah kosong dibelasah

gambar lelaki dibelasah
Pemuda yang dilihat membakar rumah kosong diserahkan kepada polis selepas dibelasah sekumpulan penduduk.
GEORGETOWN - Tindakan seorang anggota bomba sukarela yang cuba membakar rumah kosong mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan penduduk di Jalan Tengku di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan mencurahkan minyak tanah di dua rumah yang tidak berpenghuni di kampung terbabit sebelum membakarnya.

Namun perbuatannya yang mahu ‘mencipta’ kebakaran itu dilihat beberapa penduduk.

Menurut sumber, tindakan lelaki itu menyebabkan sebuah rumah berpenghuni terbakar dan ini menimbulkan kemarahan penduduk sebelum mereka menangkap suspek yang ketika itu cuba melarikan diri.

“Berang dengan tindakan lelaki berkenaan, sekumpulan penduduk kampung mengejar dan menangkapnya sebelum membelasah suspek.

“Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami pendarahan hidung dan bengkak bibir apabila dibelasah kira-kira 20 penduduk sebelum menyerahnya kepada polis,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah bekas penduduk kawasan berkenaan namun sudah berpindah sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata, empat jentera dengan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Api dapat dikawal dalam tempoh lima minit dan kebakaran itu memusnahkan dua rumah kosong serta sebuah rumah yang didiami namun pemiliknya tiada di rumah ketika kejadian.

“Setakat ini, kita masih menyiasat lanjut untuk mengesan punca kebakaran dan juga jumlah kerugian dan kita serahkan kepada polis berhubung perbuatan seorang lelaki yang dikatakan cuba membakar dua rumah kosong terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Setakat ini, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran dengan niat untuk melakukan kerosakan,” katanya.

sumber- Sinar

Warga emas maut digilis lori

MUAR – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan isi perut terburai apabila digilis sebuah lori selepas terbabit dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, dekat Bakri di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, mangsa, Lee Kih Seng, 70, dari Jalan Khalidi, menunggang motosikal sendirian dari jalan pintasan Jalan Dato’ Haji Kosai menghala ke Bakri.

Malangnya, setiba di tempat kejadian dipercayai motosikal mangsa bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama menyebabkannya hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis lori berkenaan.

Lee Kih Seng
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, semalam. Gambar kecil: Kih Seng.
Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Zarib, 30an berkata, dia merasakan tayar belakang lori yang dipandunya  terangkat selepas terdengar seperti sesuatu merempuh belakang lori yang dipandunya.

Menurutnya, apabila melihat cermin sisi kelihatan seorang penunggang motosikal sedang digilis sebelum terseret dan tergolek di jalan raya.

“Saya tidak sedar motosikal ini dari arah mana tetapi sejurus melepasi simpang empat di jalan pintasan tersebut, kejadian itu berlaku.

“Tidak ada seorang pun yang nampak dari arah mana motosikal mangsa datang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, menyedari keadaan tersebut, dia terpaksa menghentikan lorinya di kawasan yang agak jauh kerana ketika itu, keadaan mula sesak dan mangsa dilihat sudah tidak bernyawa dengan isi perut terburai dan cebisan daging di atas jalan raya.

Zarib berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Jalan Junid menuju ke Pagoh untuk mengisi batu sebelum terdengar satu bunyi di persimpangan tersebut yang merupakan simpat empat.

“Kemungkinan besar mangsa datang dari arah belakang kerana saya tidak nampak motosikal dari simpang kiri atau kanan semasa di persimpangan empat  tersebut, semuanya berlaku dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987  dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

sumber- Sinar

Pasar gelap sperma di China meningkat

Beijing: Pasaran gelap bagi sperma semakin meningkat di China berikutan kewujudan hanya 11 bank sperma di negara itu gagal memenuhi keperluan pasangan yang tidak mempunyai anak, menjadikan semakin ramai penderma tampil menjual sperma mereka. 

Pasangan suami isteri dari wilayah Shanxi, Yu Hua dan suaminya yang inginkan anak turut mendapatkan perkhidmatan Huang, seorang penderma sperma pasaran gelap profesional. 

Dengan penuh yakin, Huang berkata bahawa pasangan suami isteri boleh memilih sama ada melalui suntikan sperma ke dalam tubuh isteri pesakit secara tiruan atau melakukan hubungan seks. 

Global Times berkata, Yu Hua dan suaminya menandatangani satu perjanjian untuk membenarkan Huang menderma spermanya, sekali gus menyertai pasangan suami isteri di China yang memilih pasaran gelap berasaskan internet. 

Hanya ada 11 bank sperma di China dan mereka berhadapan dengan kekurangan penderma, kata pengarah Bank Sperma Jiangxi, Jiang Xiang-long.

air mani dalam botol
Seorang jururawat memegang sperma yang diderma
Yu Hua juga termasuk dalam senarai menunggu Bank Sperma Manusia Shanxi sejak setahun tanpa sebarang kejayaan. 

“Pusat pembiakan perubatan memaklumkan kami bahawa kami perlu menunggu 15 bulan lagi, selepas saya melakukan semua pemeriksaan perubatan. 
“Saya sudah 32 tahun dan tidak boleh menunggu lebih lama lagi,” kata Yu Hua kepada akhbar harian itu. 

“Saya sudah membantu ramai pasangan dan mengumpulkan banyak pengalaman. Kebanyakan pelanggan berjumpa saya kerana mereka tidak mendapat sperma dari bank sperma. 

“Saya akan menyimpan sperma dalam cawan vakum kecil dan kemudian menyuntik ke tubuh isteri menggunakan penyuntik plastik. Ia dilakukan sendiri Huang tanpa doktor yang akan terbabit dalam proses berkenaan,” katanya. 

Penganjur sebuah kumpulan sukarelawan penderma sperma internet berkata, penderma berpendapat hubungan seksual lebih mudah dan lebih berjaya berbanding kaedah suntikan. 

“Kebanyakan pasangan bagaimanapun mahu memilih kaedah suntikan tetapi akhirnya terpaksa melakukan hubungan seks. 

“Kementerian kesihatan berkata bahawa bank sperma adalah satu-satunya tempat untuk mendapatkan sperma secara sah. 

“Bagaimanapun kaedah perjanjian menjual atau menawarkan sperma tidak dilindungi undang-undang China atau diterima masyarakat,” kata seorang pegawai. 

sumber- Agensi

Pesakit maut jatuh bangunan

TEMERLOH – Seorang pesakit Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan hospital tersebut kira-kira jam 8.50 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Zundin Mahmood berkata, mangsa Wong Kuew Yoon 37, beralamat di Setapak Kuala Lumpur mati serta merta akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Menurutnya, kejadian disedari beberapa petugas HoSHAS awal pagi semalam selepas mangsa jatuh berhampiran pejabat bahagian pembersihan di hospital terbabit.

“Polis masih punca kejadian tetapi setakat ini kami anggap satu kemalangan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pesakit maut jatuh bangunan
Seorang anggota polis memeriksa mayat pesakit itu.
Sementara itu, Pengarah HoSHAS, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, mangsa dimasukkan ke HoSHAS kelmarin selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah lori.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar orang ramai mendapatkan rawatan di HoSHAS sebelum ditemui mati pagi semalam.

Sementara itu beberapa petugas HoSHAS yang menceritakan kejadian berkata, mereka terdengar bunyi jeritan sejurus sebelum mangsa ditemui mati.

Salah seorang petugas wanita yang enggan dikenali berkata, ketika bertugas jam 8.50 pagi semalam dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda jatuh dua kali.

“Pada mulanya saya ingatkan ada orang bergaduh, ketika menjenguk keluar tingkap saya nampak objek besar jatuh betul-betul di atas jalan berhampiran parkir motosikal petugas HoSHAS.

“Saya kemudian turun dan lihat mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya semalam.

sumber- Sinar

Maram dinobat ratu cantik Arab Saudi

Maram Zaki al-Saif
Maram Zaki al-Saif
Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’, di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif. 

Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.

Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.

Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. 

Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta. 

sumber- Agensi

Terselamat maut ditikam kerana gemuk

Terselamat maut ditikam kerana gemuk

London: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang dijerut dan ditikam 38 kali dalam satu kejadian serangan di kediamannya dilaporkan terselamat dari maut disebabkan kegemukannya. 

Danny Ross, dari Exeter, diserang David Johnson di pangsapuri miliknya berhampiran Devon memiliki berat badan 102 kilogram dan memerlukan 70 jahitan selepas kejadian serangan itu. 

Bekas penganalisis komputer itu mendakwa sedang menonton televisyen di rumahnya ketika Johnson muncul dan tersilap menuduh beliau mencuri wang. 

“Saya tidak percaya selepas melihat foto (serangan) yang diambil oleh pihak polis, jika saya lebih kurus tentu saya akan mati,” kata Ross. 

“Kakitangan perubatan cuba menjelaskan secara rasional tentang apa yang berlaku bahawa saya terlalu gemuk daripada sepatutnya tetapi mereka mengatakan bahawa berat badan berlebihan itu sebenarnya menyelamatkan saya. 

Johnson dari Exeter memberitahu seorang rakannya selepas kejadian itu: “Saya sudah membunuhnya, lupakan semuanya.” 

Danny dirawat sebelum tekanan darahnya mencecah ke tahap kritikal. 

Johnson yang mendakwa Danny mencederakan dirinya sendiri untuk menuntut pampasan, disabitkan kesalahan atas cubaan membunuh oleh sekumpulan juri di Mahkamah Diraja Exeter dan dipenjara selama 22 tahun. 

Hakim Graham Cottle berkata bahawa Danny adalah seorang mangsa yang tidak berupaya mempertahankan diri dan memberitahu Johnson: “Anda ke rumahnya untuk menyerang beliau dengan menjerut mangsa menggunakan tali pinggang beliau hingga tidak sedarkan diri.” 

“Beliau tidak sedarkan diri ketika anda mula menikamnya menunjukkan mangsa langsung tidak boleh pertahankan diri. Kamu menikamnya berulang kali.” 

Danny berkata beliau berharap penyerangnya mendapat balasan setimpal terhadap apa yang dilakukan terhadapnya. 

“Anda pastinya seorang yang penuh kebencian apabila menikam seseorang 38 kali” katanya. 

sumber- Agensi

Kad kredit berkompas

Kad kredit berkompas
Kad kredit MasterCard dikeluarkan Bank Al Hillal turut tidak mengenakan faedah terhadap penggunanya. - Agensi
ABU DHABI - Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat.

Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab.

Jurucakap Mastercard, Hames Issokson berkata, pihaknya melihat terdapat peningkatan terutama di Asia Barat untuk perbankan Islam dan dalam kes itu, pengeluaran kad kredit mengikut undang-undang syariah.

Selain kompas, katanya, pemilik kad kredit baru itu akan mendapat beberapa faedah lain iaitu baucer perjalanan untuk mengerjakan haji.

"Sejumlah wang daripada penggunaan kad kredit itu juga akan didermakan kepada badan kebajikan tempatan,'' katanya kepada agensi berita, NBCNEWS.com.

Operator kad kredit di negara-negara Arab akan melaksanakan yuran kad selepas mereka dilarang mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat oleh pelanggan. 

sumber- Agensi

Jantan tercabar buat benda bodoh

KUALA LUMPUR: Rasa tercabar antara penyebab segelintir lelaki sanggup memakai gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan untuk meningkatkan keupayaan seksual mereka sedangkan perkara itu tidak perlu dilakukan.

Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh berkata, hubungan intim pasangan suami isteri menyentuh soal emosi, pemikiran dan psikologi.

“Kadang kala disebabkan emosi terganggu mungkin akibat tekanan kerja menyebabkan lelaki cepat klimaks ketika melakukan hubungan seks.

cara tingkatkan keupayaan seksual
gambar hiasan
“Disebabkan rasa tercabar ini, mereka mula menggunakan pelbagai cara termasuk memasang cincin di kemaluan yang tidak mendapat pengiktirafan pihak berkuasa sehingga menyebabkan risiko termasuk kecederaan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai tambahan bidang tugas anggota bomba dan penyelamat yang terpaksa memotong cincin tersangkut di kemaluan lelaki.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad dilaporkan berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selepas nat besi bersaiz syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Hushim berkata, memang terdapat gegelang yang mendapat pengiktirafan pihak berkuasa kesihatan di jual di pasaran bagi membantu lelaki yang berdepan masalah seksual terutama penghidap diabetes.

“Tetapi apabila ada orang memilih membeli di tepi jalan kerana harganya lebih murah, risikonya bukan sekadar membahayakan kesihatan malah terpaksa menanggung malu apabila cincin yang dipakai tidak dapat ditanggalkan sehingga perlu mendapatkan pertolongan.

sumber- HMetro

Penduduk Pontianak ditimpa hujan ais

PONTIANAK, Kalimantan Barat - Bandar Pontianak dan daerah Kubu Raya di sini baru-baru ini, digemparkan dengan fenomena hujan ais berserta angin kencang.

Menurut seorang penduduk tempatan, Dewi, fenomena yang berlaku pada waktu petang itu merupakan kejadian pertama yang melanda bandar ini.

"Pada mulanya, saya menyangka ada orang membaling batu ke arah saya. Namun apabila diteliti, batu tersebut adalah ais dan jumlahnya semakin banyak.

hujan ais
Sejumlah ketulan ais yang turun berserta hujan di Pontianak, baru-baru ini. - AGENSI
"Ais yang turun berserta hujan lebat itu berukuran seperti batu kerikil," katanya kepada Metrovnews.com.

Seorang lagi penduduk, Erwin Harahap berkata, dia ditimpa hujan ais ketika sedang membaiki radio di belakang rumahnya.

"Rasanya sakit seperti terkena batu," ujarnya.

Pegawai Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Pontianak, Sutikno berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan proses kondensasi di atmosfera melalui lapisan sejuk di atas paras beku.

"Ais akan terbentuk dalam ukuran yang besar, namun saat turun bersama hujan, saiz ais akan berubah menjadi kecil disebabkan perubahan suhu.

"Hujan ais ini akan berlanjutan selama beberapa hari. Oleh itu, penduduk perlu berhati-hati agar tidak terkena ketulan ais," katanya. 

sumber- AGENSI

Gara-gara RM3.10, 4 murid lari nampak polis

WATAMPONE, Sulawesi Selatan - Gara-gara melihat kelibat pengunjung pasar raya berpakaian seperti polis, empat murid perempuan dari sebuah sekolah rendah di sini bertindak melarikan diri daripada tahanan pengawal keselamatan premis berkenaan.

Menurut Tribunnews.com. murid perempuan yang melepaskan diri itu berlari sambil menangis kerana khuatir akan ditahan polis.

Murid-murid tersebut telah ditahan lebih sejam oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan kerana gagal membayar wang untuk permainan video, dalam kejadian Isnin lalu.

Usaha pengawal keselamatan untuk mengejar kesemua murid perempuan itu tidak berjaya.

foto polis lucu
gambar hiasan
Murid perempuan itu ditahan setelah gagal membayar wang untuk permainan video di sebuah pusat permainan berbayar di tingkat dua premis tersebut.

Kesemua mereka didapati terlalu asyik bermain permainan video sebelum pemilik premis meminta setiap daripada mereka membayar sejumlah Rp10,000 (RM3.10) untuk permainan itu.

Pemilik premis itu kemudian menyerahkan murid-murid tersebut kepada pengawal keselamatan pasar raya.

Mereka dipercayai telah kehabisan wang setelah berbelanja terlebih dahulu di tingkat bawah pasar raya tersebut. 

sumber- AGENSI

Bongkah batu menyerupai bayi

Bongkah batu menyerupai bayi
Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini. - AGENSI
GARUT, Jawa Barat - Sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung dekat sini didapati menyerupai wajah seorang bayi.

Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.

Dadan Supriatna, pengunjung dari Cimahi, Bandung berkata, jika diperhatikan, batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria.

''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 35, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.

Bagaimanapun, penduduk dari sekitar Garut menganggap fenomena itu sebagai perkara biasa.

Namun, perasaan ingin tahu telah membuatkan kawasan itu mula dikunjungi ramai orang. 

sumber- AGENSI

Labi-labi gergasi ditangkap

Labi-labi gergasi
BEBERAPA penduduk kampung mengangkat labi-labi gergasi seberat 100 kilogram yang ditemui di Bojonegoro, Jawa Timur, baru-baru ini. - AGENSI
BOJONEGORO, Jawa Timur - Misteri kemunculan seekor labi-labi gergasi yang sering dilihat penduduk Kampung Pucangarum di sini akhirnya terjawab selepas haiwan itu ditangkap ketika cuba menyeberangi Sungai Bengawan Solo.

Malah beberapa penduduk tempatan terpaksa bekerja keras untuk menangkap labi-labi seberat kira-kira 100 kilogram tersebut dan membawanya ke darat sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

Menurut seorang penduduk kampung, Darun, labi-labi gergasi berwarna perang itu mempunyai ukuran panjang 1.4 meter dan lebar 93 sentimeter.

Katanya, haiwan amfibia itu dipercayai berusia beratus-ratus tahun berdasarkan warna kulitnya.

"Pada mulanya, kami hanya melihat kepalanya dan penduduk kampung tidak berani untuk menangkapnya," katanya kepada beritatajim.com.

Darun bersama empat rakannya, Wito, Sarijan, Purdi dan Kusni terpaksa memanggil lebih ramai penduduk untuk membantu mereka menangkap labi-labi tersebut sebelum membawanya ke darat.

Malah semasa mengangkat labi-labi itu keluar dari air, seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Kasan mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat digigit haiwan itu.

Beberapa penduduk kampung mendakwa, mereka sering melihat labi-labi gergasi itu sebelum ini, namun hanya untuk tempoh yang singkat. 

sumber- AGENSI

Jutawan air minuman individu terkaya China

Orang paling kaya di China
Zong Qinghou
SHANGHAI- Jutawan air minuman, Zong Qinghou, merampas kembali kedudukan individu terkaya China, tahun ini dengan jumlah kekayaan AS$10 bilion (RM30.6 bilion), lapor majalah Forbes hari ini.

Menurut senarai 400 individu terkaya China 2012 yang dikeluarkan oleh majalah itu, Qinghou yang merupakan pengeluar air minuman jenama Wahaha, mengembalikan kedudukan sebagai orang paling kaya tahun ini, selepas gagal tahun lalu.

Senarai sama yang dikeluarkan oleh agensi berita China, Hurun bulan lalu turut mengumumkan beliau sebagai individu terkaya.

Usahawan pembinaan Liang Wengen, yang dinobatkan sebagai terkaya tahun lalu, jatuh ke tempat keenam senarai, selepas kekayaan miliknya menurun sebanyak 37 peratus kepada AS$5.9 bilion (RM18.1 bilion).

Menurut Forbes, senarai jutawan di negara ini menurun kepada 113 orang berbanding 146 orang pada tahun lalu.

Robin Li, pengasas bersama enjin carian terkemuka China, Baidu, berada di tempat kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$8.1 bilion (RM24.8 bilion) dan pemaju hartanah Wanda, Wang Jianlin, pula berada di tempat ketiga dengan kekayaan sebanyak AS$8 bilion (RM24.5 bilion).

Pengusaha hartanah terkenal, Wu Yajun dinamakan wanita paling kaya dengan kekayaan sebanyak AS$6.2 bilion (19.1 bilion), meningkat lima peratus berbanding tahun lalu.

sumber- AFP

Model Hot mabuk, 7 cedera dirempuh

 Novi Amalia bogel
NOVI mengaku ambil dadah, minum arak sebelum memandu.
JAKARTA: Seorang model majalah dewasa berusia 25 tahun berdepan pelbagai pertuduhan selepas mencederakan tujuh orang, termasuk dua anggota polis ketika memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, kata polis.

Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, Novi Amalia yang hanya berseluar dalam enggan menurut arahan polis supaya berpakaian selepas insiden itu. 

Dia yang memandu kereta Honda Jazz secara membuta-tuli di pusat bandar melanggar seorang penunggang basikal dan penjaja jalanan pada jam 5.30 petang Khamis lalu. 

“Dia yang terus memandu kemudian merempuh dua anggota polis di Taman Sari Jakarta Pusat,” katanya.

Laporan media menyatakan seorang daripada anggota polis itu cuba untuk menghentikan kereta Novi selepas wanita terbabit melanggar deretan penjaja jalanan. 

Novi kemudian memecut kenderaannya sebelum merempuh van mini awam hingga pemandunya cedera. 

Dia turut melanggar seorang penunggang motosikal dan sebuah lagi van mini.

Semua mangsa cedera dan dirawat di Hospital Husada di Jakarta Pusat.

Menurut Rikwanto, polis belum mendakwa Novi kerana dia masih tidak stabil secara fizikal dan mental, selain perlu menjalani ujian psikologi terlebih dulu.

“Novi mengakui mengambil ecstasy dan meminum arak di kediamannya sebelum memandu,” katanya.

Menurut keterangan saksi, Novi yang dalam perjalanan ke Ancol menanggalkan pakaian dan membuangnya keluar dari kereta.

“Dia hanya memakai seluar dalam ketika ditahan. Dia juga membuang dompetnya keluar dari kereta ketika memandu,” katanya.

Jika disabitkan bersalah Novi mungkin dikenakan hukuman penjara 16 tahun. 

sumber- Agensi

Calon dihalang duduki PMR

semakan keputusan PMR
Rodzi Hassan
MANJUNG - Bapa kepada seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dihalang menduduki peperiksaan berkenaan kesal kerana pihak sekolah memberi alasan anaknya telah dibuang sekolah.

Rodzi Hassan, 47, berkata, dia rasa hairan apabila mendapati anaknya tidak ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain untuk menduduki peperiksaan itu.

"Saya ada bertanyakannya tentang perkara itu dan dia memberitahu, guru kelasnya tidak membenarkan pelajar yang telah dibuang  sekolah untuk menduduki  peperiksaan berkenaan.

“Alasan yang diberikan memang tidak masuk akal dan saya rasa hairan sehingga kini mengapa pihak sekolah tidak memberikan sebarang surat berkenaan anak saya yang telah dibuang sekolah,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini pihak sekolah telah memberi amaran sebanyak dua kali kepada anaknya kerana didapati sering ponteng sekolah.

“Amaran pertama diberikan dengan merotan anak saya dan amaran kedua, saya dipanggil ke sekolah.

“Saya sedia menerima sekiranya anak saya dihukum kerana masalah berkenaan tetapi mengapa dia dihalang daripada menduduki PMR.

“Peperiksaan itu penting bagi menentukan masa depannya dan saya amat berharap supaya pihak sekolah atau pihak berkaitan membenarkannya menduduki PMR selepas ini,” katanya.

Sementara itu Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Manjung, Muhd Suod Mat Thani ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara berkenaan.

“Perkara ini di luar pengetahuan saya dan saya akan menghubungi pihak sekolah bagi mengetahui kejadian sebenar,” katanya.

Dia menambah, walaupun seseorang pelajar itu telah dibuang sekolah, dia masih boleh menduduki PMR  seperti biasa.

“Walaupun dia tidak menduduki PMR sekalipun dia tetap boleh naik ke tingkatan empat jika dia masih mahu meneruskan persekolahannya.

“Cuma dia tidak dapat mengikuti kelas aliran sains ataupun bertukar ke sekolah berasrama penuh kerana tidak ada PMR,” katanya.

sumber- Sinar

Ngeri! Telinga hilang dihakis kanser kulit

rawatan kanser kulit
KENTY GABOT, 18, mencuci luka di kepala ibunya yang menghidap kanser kulit di Lundu, Sarawak semalam.
LUNDU – Tiada apa yang diinginkan oleh seorang pesara tentera, Gabot Sindoh selain melihat isterinya kembali ceria selain memiliki wajah seperti manusia normal.

Namun, suami berusia 57 tahun itu terpaksa pasrah menerima takdir bahawa isterinya, Jingus Nyambei, 50, berdepan dengan perubahan wajah yang mengerikan apabila menghidap kanser kulit sejak lima tahun lalu.

Penyakit yang menyerang bahagian sebelah kiri kepala wanita dari Kampung Stoum Muda dekat sini semakin merebak sehingga peluangnya untuk hidup kini tipis.

Bermula dengan kerosakan kulit kepala, Jinggus sudah hilang telinga kiri sementara mata kiri pula membengkak hingga hampir buta.

Gabot memberitahu, kisah pahit kehidupan mereka sekeluarga bermula selepas isterinya disahkan menghidap kanser kulit tahap empat pada Februari 2007.

Penyakit tersebut hanya dikesan selepas ia membesar dan cukup menyakitkan.

“Doktor sudah beritahu bahawa isteri saya tidak ada lagi harapan untuk hidup,” katanya diiringi air mata kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Gabot menambah, doktor turut mengesan beberapa ketumbuhan lain di bahagian saraf kepala yang menyebabkan isterinya semakin lemah.

Katanya, hanya harapan dan ketabahan dapat mengatasi penderitaan yang ditanggung isterinya apabila rambutnya semakin menipis dan kandungan cecair di dalam badannya juga dikatakan tidak stabil.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...