Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, November 30, 2012

Kapal selam Iran

TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin.

Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu.

Kapal selam Iran
BEBERAPA anggota tentera laut berdiri di atas kapal selam Qadir di depan sebuah hovercraft di pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran kelmarin. 
Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak.

Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini.

Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik. 

sumber- Agensi

Menyelam bersama buaya

Pengalaman menyelam bersama buaya besar pasti amat menakutkan. Crocosaurus Cove memberi peluang untuk pelancong merasai sendiri pengalaman tersebut. Mereka yang benar-benar berani akan diletakkan di dalam sangkar silinder lutsinar sementara haiwan ganas tersebut berlegar-legar didalam kolam. Sangkar tersebut turut digelar Cage of Death (sangkar kematian). Adakalanya si pemangsa ini akan mendekati anda dan pada waktu tersebut, anda mungkin dipandang sebagai makanan.

Menyelam bersama buaya
Menyelam bersama buaya
Menyelam bersama buaya
Menyelam bersama buaya
Menyelam bersama buaya

Kucing peliharaan selamatkan nyawa tuan

EDINBURGH - Seekor kucing peliharaan dipercayai menyelamatkan nyawa pemiliknya, seorang remaja perempuan yang mengalami serangan jantung.

Maria Gillon, 13, menghidap sejenis penyakit jantung dikenali sebagai ventricular tachycardia yang menggandakan kadar degupan jantungnya menyebabkannya sering mengalami serangan jantung sehingga dia sering mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak.

Kucing peliharaan selamatkan nyawa tuan
Gillon bersama Perla, kucing peliharaan yang telah menyelamatkan nyawanya ketika menghadapi serangan jantung. - AGENSI 
Ibu remaja itu, Adele Gillon berkata, kucing itu yang diberi nama Perla berumur tiga tahun sudah beberapa kali menyelamatkan nyawa anaknya itu dengan mengejutkan wanita tersebut daripada tidur apabila Maria mengalami serangan jantung.

‘‘Perla yang kami bela sejak berumur lapan minggu, akan menggigit ibu jari kaki saya apabila Maria mengalami serangan jantung.

‘‘Apabila keadaan ini berlaku, saya akan terus memanggil talian kecemasan, 999.’’ katanya.

Beliau berkata, keluarganya sangat bertuah dengan kehadiran Perla dalam keluarga mereka.

‘‘Baru-baru ini, Perla cedera teruk akibat dilanggar kereta dan Maria merasa sangat sedih.

‘‘Bagaimanapun, doktor haiwan berjaya menyelamatkannya dan kini Perla masih menjadi teman setia Maria,’’ katanya.

Adele berkata, anaknya itu akan menjalani pembedahan bagi merawat jantungnya dalam tempoh terdekat ini. 

sumber- AGENSI

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium

PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia sempat meninggalkan nota serta nombor telefon yang dibuang dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Kota Damansara meminta tolong supaya mencarikannya pekerjaan baru sebelum dia ditemui maut selepas terjatuh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 30-an itu yang baru beberapa bulan bekerja dengan majikannya bertindak nekad melarikan diri dengan memanjat balkoni, namun tergelincir sebelum terjatuh dan maut di tempat kejadian.

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium
MALANG...mayat mangsa diusung ke dalam trak untuk dibawa ke hospital.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dipercayai cuba melarikan dari rumah majikannya selepas penemuan bungkusan pakaian dan nota yang turut berada di bawah kondominium itu.

Menurutnya, pihaknya percaya mangsa membuang bungkusan baju dan nota terbabit terlebih dahulu sebelum dia bertindak berani memanjat balkoni dalam percubaannya untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, tindakannya itu tidak berhasil selepas gagal mengimbangi badan dan terjatuh dari tingkat sembilan serta maut di tempat kejadian.

sumber- HMetro

3 sekeluarga rentung berpelukan

BELURAN: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin.

3 sekeluarga rentung berpelukan
MARAK...rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, pekan Beluran yang terbakar, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.

3 sekeluarga rentung berpelukan
ANGKAT...anggota polis membawa mayat mangsa dari bahagian atas rumah kedai terbabit.
Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.

sumber- HMetro

Harimau 170kg jadi sahabat

MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Berkawan dengan harimau
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.
Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.

Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.

Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.

Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.

“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.

“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya. 

sumber- TS

Universiti Ketawa akan dibina di India

NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.

Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.

Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.

Universiti Ketawa
BEBERAPA orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria. 
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.

"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.

Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.

"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.

Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.

Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.

Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.

Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.

Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.

Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. 

sumber- AFP

Pemuda tarik trak dengan telinga

RUSTAVI, Georgia - Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di sini semalam.

Lasha Pataraia
PATARAIA menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia semalam. - REUTERS 
Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter.

Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu. 

sumber- Reuters

Inilah otak Albert Einstein

WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.

Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.

otak Albert Einstein
GAMBAR yang disiarkan pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Maryland menunjukkan otak Einstein. 
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.

Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.

Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.

Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.

Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS.

sumber- Agensi

Video Hantu Kanak-Kanak mengusik pengguna lif

RIO DE JANEIRO - Satu program televisyen cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat.

Hantu Kanak-Kanak
GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan seorang wanita cuba mengelak daripada melihat 'hantu' budak perempuan (kiri) di dalam sebuah lif dalam sebuah program televisyen di Brazil. 
Dalam program itu, hanya seorang atau dua pengguna sahaja berada di dalam lif tersebut.

Selepas pintu lif itu ditutup, pengguna tersebut tidak menyedari ia sebenarnya tidak bergerak.

Cahaya lampu di dalam lif tersebut kemudian terpadam seolah-olah menunjukkan bekalan elektrik terputus.

Semasa bekalan elektrik itu terputus, seorang budak perempuan yang menyamar sebagai hantu dengan membawa anak patung merangkak keluar dari sebuah pintu rahsia.

Apabila cahaya lampu dihidupkan semula, pengguna lif itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut muncul dengan tiba-tiba.

Wajah kanak-kanak itu yang kelihatan seperti hantu menyebabkan pengguna lif tersebut ada yang menutup mata dengan tangan.

Terdapat juga pengguna lif lelaki yang terus berlari sejurus pintu dibuka.

Salah seorang pengguna wanita pernah menjerit apabila melihat 'hantu' itu. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...