Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, October 9, 2012

Bekas askar kecewa layanan hospital pecah cermin kaunter

bekas askar mengamuk
Seorang bekas tentera berusia 40-an dilaporkan mengamuk tiba-tiba di hadapan kaunter pendaftaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini - Foto Bernama
IPOH - Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas. 
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
   
"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.
   
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.
   
Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.

sumber- Bernama

Lelaki didakwa bunuh bapa kandung guna batang kayu

bunuh ayah sendiri
D.Muthtamil, 22, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh bapa kandungnya dengan menggunakan batang kayu di Pelabuhan Klang akhir bulan lepas. - Foto Bernama
KLANG - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh dengan menggunakan batang kayu bapa kandungnya yang merupakan seorang kontraktor, di Pelabuhan Klang di sini pada akhir bulan lepas.
   
D.Muthtamil, 22, didakwa membunuh S. Doraisamy, 58, dengan cara memukul mangsa di kepala di rumah No.3, Lorong Sungai Sama Gagah 18C, Taman Telok Gadong Indera, kira-kira pukul 6.20 pagi pada 29 September.
   
Tertuduh yang bekerja dengan bapanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
   
Muthtamil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.
   
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
   
Majistret Azlinda Ahmad Sharif menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Terdahulu, peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh memaklumkan  mahkamah bahawa sejak ditangkap anak guamnya telah dipukul serta diseksa dan tertuduh juga ada mengemukakan nama alibi kepada pihak polis tetapi sehingga kini tiada sebarang siasatan dijalankan.   
   
Sehubungan itu, beliau memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.
   
Azlinda kemudian membenarkan tertuduh membuat laporan polis di penjara Sungai Buloh.
   
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim.
   
Menurut laporan awal, mangsa ditemui mati dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik tidurnya dengan kesan kecederaan di kepala.   
   
Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu juga disamun sebelum dibunuh kerana wang mangsa berjumlah RM2,500 dalam dompet hilang. 

sumber- Bernama

Rahsia Daun Senduduk

Pokok Senduduk

Pokok Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara.

Antara khasiat tumbuhan senduduk ialah:

  • Untuk merawat luka luar dan dalaman
  • Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim
  • Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit
  • Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.
  • Bagi anda yang menghidapi penyakit buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. 
  • Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut.
  •  Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.
  • Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian.  
Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk di mana-mana kawasan yang anda berkenan.

sumber- Epetua

Lelaki Thai ditangkap kerana membunuh 19 tahun lalu di Jepun

Wirasak Iamphongsa

BANGKOK- Seorang lelaki Thai yang dikehendaki bagi pembunuhan yang dilakukannya di Jepun pada 19 tahun yang lalu telah ditangkap di Selatan Thailand.

Mahkamah Jepun mengeluarkan waran tangkap pada tahun 1993 terhadap Wirasak Iamphongsa kerana menyebabkan kematian Megumi Awaji di Tokyo pada tahun tersebut.

Wirasak, 39, telah ditangkap dalam sebuah bas di Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand pada ahad lalu, kata pegawai polis Col Prasopchok Prommoon.

Wirasak, bekas pekerja bar, memberitahu kepada pemberita pada Isnin kelmarin bahawa dia membunuh wanita berusia 33 tahun tersebut semasa pergaduhan. Dia melarikan diri ke Thailand pada hari berikutnya dengan mengambil beberapa barangan Megumi bersama.

"Perkataan maaf hanyalah sesuatu yang sia-sia. Ianya tidak akan mengembalikannya," kata Wirasak. "Saya mungkin akan dipenjara 30 atau 40 tahun tetapi saya masih berpeluang untuk keluar. Tetapi dirinya tidak dapat dihidupkan semula."

Wirasak akan didakwa di bawah sistem kehakiman Thailand kerana kedua-dua negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi.

Dia menghadapi pertuduhan membunuh dengan sengaja. Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

Madu berwarna pelik disebabkan M&M

madu berwarna pelik
Antara warna madu yang dihasilkan oleh lebah di Ribeauville, wilayah Alsace, Perancis selepas haiwan itu hinggap pada bahan buangan gula-gula M&M. - AGENSI
PARIS - Penternak lebah madu Perancis hairan dan pelik selepas madu yang dihasilkan serangga tersebut berwarna biru dan hijau berbanding biasa.

Perkara itu menyebabkan penternak mengalami kerugian kerana madu berkenaan tidak boleh dijual, sebaliknya menambah masalah dihadapi mereka termasuk kematian tinggi lebah dan kekurangan bekalan madu ekoran cuaca buruk.

Penternak di sekitar Ribeauville, wilayah Alsace sejak Ogos lalu melihat lebah mereka pulang ke sarang membawa sejenis bahan berwarna yang menyebabkan madu dihasilkan bertukar warna.

Oleh sebab itu, penternak berkenaan melancarkan siasatan bagi mengetahui mengapa kejadian itu berlaku.

Misteri tersebut diselesaikan apabila bahan tersebut dipercayai berasal daripada bekas gula-gula M&M yang dihasilkan di sebuah kilang biogas berdekatan.

Kilang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi penternakan lebah itu memproses bahan buangan gula-gula keluaran Mars tersebut yang berwarna merah, biru, hijau, kuning dan coklat.

Pengurus Bersama kilang tersebut, Agrivalor, Philippe Meinrad berkata, pihaknya maklum tentang perkara itu dan pada masa sama telah mengambil tindakan untuk menghentikannya.

''Kami sudah membersihkan bekas-bekas hasil pemprosesan. Hasil buangan pada masa akan datang, perlu disimpan dalam ruang dewan tertutup bagi mengelak masalah tersebut berlarutan,'' katanya. 

sumber- AGENSI

Eksekutif dipecat kutuk Melayu

Amy Cheong kutuk Melayu

SINGAPURA - Kongres Kesatuan Perdagangan Kebangsaan (NTUC) hari ini, memecat seorang pegawai eksekutif kanannya selepas dia didakwa mengutuk perkahwinan masyarakat Melayu di dalam laman sosial Facebook.

Penolong Pengarah Keanggotaan NTUC, Amy Cheong didakwa mengutuk majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang dianggap remeh, termasuk isu perceraian melibatkan kaum tersebut.

Setiausaha Agung NTUC, Lim Swee Say yang juga menteri dalam pentadbiran Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan, laman Facebook NTUC sudah ditutup ekoran dihujani komen tidak puas hati daripada pelbagai pihak.

"Kami tidak akan menerima dan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang bersifat perkauman.

"Kami memohon maaf atas perkara yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, laman Facebook Cheong tidak dapat diakses, namun wanita terbabit memohon maaf menerusi akaun Twitternya.

"Saya benar-benar minta maaf atas apa yang diperkatakan mengenai masyarakat Melayu. Saya tidak sengaja," ujarnya.

Singapura didiami 74 peratus kaum Cina, 13 peratus Melayu, sembilan peratus India dan selebihnya terdiri daripada golongan warga asing.

Akta hasutan di negara ini bakal menyebabkan pesalah berdepan dengan hukuman denda sehingga S$5,000 (RM12,500) atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

sumber- AFP

Bahaya permainan video

permainan video ganas

OTTAWA - Remaja yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun, didapati cenderung berkelakuan ganas terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas.

Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer berunsur ganas semasa zaman persekolahan mereka juga didapati turut sama cenderung berkelakuan ganas seperti kanak-kanak lelaki.

Pasukan penyelidikan dari Universiti Brock di Kanada berkata, keputusan kajian itu agak 'membimbangkan'.

Pada masa yang sama, keputusan itu mengukuhkan lagi tanggapan bahawa permainan ganas dipercayai mewujudkan perbuatan ganas yang didapati sesuai untuk menangani konflik dan kemarahan.

Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah lama bermain permainan video berunsur ganas cenderung untuk bertindak balas secara ganas terhadap provokasi yang tidak disengajakan seperti terlanggar orang.

Hasil kajian itu dibuat setelah seorang koroner di sini, menggesa ibu bapa supaya menghentikan tabiat membenarkan permainan video yang biasa digunakan oleh golongan dewasa terhadap anak-anak mereka.

Desakan itu dibuat ekoran kematian Callum Green, 14, dari Stockport yang membunuh dirinya selepas bermain permainan video, Call of Duty yang memaparkan adegan ngeri iaitu tentera saling berbunuhan antara satu sama lain.

Malah, pelampau Kristian, Anders Behring Breivik yang membunuh 77 orang di Norway sebelum ini mendakwa dia telah bermain permainan Call of Duty bagi melatihnya untuk melakukan serangan berdarah itu. 

sumber- AGENSI

4 jam diratah 10 jantan bergilir-gilir

rogol awek bergilir-gilir

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

sumber- HMetro

Nabila Huda : Saya tak bogel

Nabila Huda seksi
Nabila Huda Suhaimi
KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.

“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.

sumber- HMetro

Gadis 14 tahun patah tulang betis

Proton Waja
Motosikal Honda yang ditunggang Atikah terperosok ke bawah kereta dan hampir melanggar hadapan rumah Rosni, kelmarin.
PASIR MAS – Seorang pelajar perempuan, tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong, patah tulang betis, apabila motosikal yang ditunggangginya dilanggar sebuah kereta Proton Waja, pada jam 2.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa Nurul Atikah Mohd Azani, 14, dalam perjalanan pulang selepas tamat persekolahan, dipercayai cuba memasuki lorong kanan, di Cabang Tiga Kangkong.

Bagaimanapun, pemandu kereta Waja dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas, terkejut dengan tindakan mangsa, tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikalnya sehingga ke bahu jalan.

“Atikah yang memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu, patah di betis kiri, manakala pemandu kereta bersama seorang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, saksi, Rosni Mat, 40, berkata, dia terkejut apabila mendengar tangisan seorang gadis di hadapan rumahnya, petang berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama anak-anak sedang berehat di ruang tamu dan mendengar dentuman kuat, dekat jalan raya.

“Pelajar perempuan itu menangis dan meraung kesakitan, malah saya lihat banyak darah di atas lantai rumah.

“Kami angkat mangsa ke tempat yang lebih selamat, sebelum dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosni berkata, dia lega kerana anak-anak tidak bermain di depan rumah, jika tidak mereka mungkin turut menjadi mangsa dalam kemalangan itu

Katanya, kereta Waja melanggar motosikal yang diletakkan di depan rumah, namun bersyukur ia tidak melanggar dinding, yang terletak kurang satu meter daripada tempat kejadian.

sumber- Sinar

Ditemui mati tergantung

Ditemui mati tergantung
Anggota polis sedang menguruskan mayat seorang remaja dijumpai mati tergantung, pagi semalam.
GUA MUSANG - Seorang remaja lelaki berperangai pelik apabila pergi ke rumah rakannya dan mengamuk serta menghalau mereka keluar sebelum ditemui mati tergantung di belakang rumah kongsinya di Kampung Kundur, dekat sini, pagi semalam.

Mayat remaja berusia 16 tahun itu ditemui rakannya tergantung dengan leher terjerut dawai diikat pada sebatang besi tangki air kira-kira jam 8.30 pagi ketika hendak mencuci tangan sebelum sarapan pagi.

Remaja berkenaan yang berasal dari Kuala Krai itu juga dikatakan bertukar menjadi pendiam dan tidak bercakap bukan sahaja dengan dua abangnya, tetapi rakan lain yang bekerja sekali sebagai buruh mesin rumput.

Walaupun dua abangnya itu tinggal serumah, namun remaja itu tidak mempedulikan nasihat mereka dan tetap keluar rumah dalam keadaan fikiran tertekan tanpa diketahui sebabnya.

Menurut rakan mangsa, dia tidak sangka kelakuan remaja itu tiba-tiba bertukar pelik hingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberitahu tujuannya.

Katanya, remaja itu berulang kali menghalaunya keluar dan cuba berkurung dalam rumahnya kira-kira jam 9 malam kelmarin hingga dia sendiri rasa takut, tetapi tetap berkeras tidak membenarkan remaja itu berada dalam rumahnya.

“Sebaik saya tidak membenarnya berbuat demikian, dia terus berjalan keluar dan berehat di padang bola kampung tersebut hingga saya bersama rakan dan dua abang dia tidak sanggup mengawal perangainya sebelum pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Rakan remaja itu berkata, dia tidak tahu apa sebabnya  dia mengalami tekanan fikiran dan cuba memujuknya supaya bertenang serta terangkan apa masalah sebenar, tetapi dia enggan bercakap.

Seorang lagi rakannya berusia 20 tahun pula berkata, beliau menemui mayat mangsa tergantung di besi tangki air belakang rumah kongsi itu kira-kira jam 8.30 pagi ketika hendak membasuh tangan sebelum sarapan pagi.

Katanya, dia yang bangun lebih awal untuk bersarapan pagi selepas majikannya membeli nasi bungkus manakala dua abang remaja itu dan beberapa rakan yang lain sedang berkemas dalam bilik rumah.

“Pada mulanya saya bercadang untuk basuh tangan dalam rumah kongsi, tetapi secara kebetulan telah berada di luar terus berjalan ke paip dekat tangki itu sebelum ternampak mayatnya tergantung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Sauful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berhubung penemuan mayat remaja lelaki itu dan mayat tersebut dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

sumber- Sinar

Sempat cium ibu sebelum tinggalkan rumah

Proton Iswara Aeroback tembung Honda EX5
Rosiah (duduk, tengah) tidak dapat menahan sebak melihat mayat anaknya atas jalan raya. Gambar kecil: Nurul Nabilah
MASJID TANAH - Seorang penuntut Kolej Komuniti Masjid Tanah, di sini sempat mencium ibunya dan bergegas keluar rumah sebelum dia maut terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Durian Daut, dekat sini, semalam.

Nurul Nabilah Daud, 18, dari Kampung Lendu, dekat sini, maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya terbabas, lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback.

Mangsa dalam perjalanan menuju ke kolej di pekan Masjid Tanah.

Ibu mangsa, Rosiah Sulong, 59, berkata, sebelum kejadian, anak bongsunya itu sempat mencium pipinya dan tergesa-gesa meninggalkan rumah untuk ke kolej kerana bimbang terlambat.

Dia yang ditemui di lokasi bagaimanapun tidak bercakap banyak kerana masih bersedih dengan kejadian menimpa anaknya itu.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Zaini Sidek, 42, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakan sekerjanya, Omar Md Dom, 52, dalam perjalanan ke tempat kerja di Durian Daun, tidak jauh dari tempat kejadian.

“Belum sempat saya melepasi selekoh, datang motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang sudah terjatuh atas jalan raya serta terseret. Saya tidak sempat mengelak dan terus merempuhnya.

"Saya hanya sempat memaut stereng ke kiri bagi mengelak dari terus bertembung, namun gagal kerana motosikal mangsa semakin hampir,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, motosikal mangsa merempuh bucu sebelah kanan keretanya mengakibatkan mangsa terbaring tidak sedarkan diri, manakala motosikalnya tercampak.

“Saya segera berhentikan kereta di tepi jalan dan berlari menuju ke arah mangsa yang terbaring," katanya.

Rakannya, Omar berkata, dia tergamam dan mendekati serta memanggil mangsa, tetapi tiada tindak balas.

"Saya tidak berani sentuh sebelum penduduk mula mengerumuni tempat kejadian dan bantu hubungi bantuan kecemasan," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

"Ia dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987.

Rosiah Sulong tidak dapat menahan sebak melihat mayat anaknya di atas jalan raya.

sumber- Sinar

Ambil dadah untuk suara sedap

dadah untuk karaoke
Mat didapati positif tiga jenis dadah selepas ditahan AADK berhampiran sebuah pusat karaoke di sini.
IPOH - “Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara selain menghayati lagu yang dinyanyikan di karaoke, bukan untuk berkhayal,” luah Mat yang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di sini.

Pemuda berusia 23 tahun itu memberi alasan setelah didapati positif selepas menjalani ujian air kencing dan dipercayai mengambil tiga jenis dadah iaitu syabu, heroin dan ganja.

Lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11 malam berhampiran sebuah pusat karaoke di Jalan Yang Kalsom, di sini selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebaik keluar dari pusat hiburan itu.

Jurucakap anggota AADK berkata, pada mulanya lelaki itu tidak mengaku mengambil dadah dan berpura-pura tidak sihat.

“Malah, dia turut mengaku mengalami demam denggi namun selepas keputusan ujian saringan awal diterima, kami mendapati suspek mengambil tiga jenis dadah berlainan sekaligus untuk mendapatkan kesan khayal berganda.

“Apa yang dilakukan remaja ini amat berbahaya boleh memudaratkan sistem badan serta merosakkan saraf otak jika diambil  berlebihan. Malah tindakan gila lelaki itu turut boleh meragut nyawa,” katanya.

Seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafizi, 20-an mendakwa dia memperolehi keseronokan berganda jika mengambil dadah sewaktu menyanyi di karaoke.

“Jika ambil benda tu (dadah) saya dapat menyanyi dengan penuh semangat dan nyaring terutama lagu rock malah ramai rakan saya turut melakukan perkara yang sama sebelum menyanyi,” katanya yang sudah menagih dadah sejak usia belasan tahun lagi.

Hasil ujian kemudiannya mendapati, suspek berkenaan positif mengambil dadah heroin dan ditahan bersama 10 penagih dadah lain.

sumber- Sinar

9 ekor tikus sudah dijual kepada MBKT

buat duit dengan tikus

KUALA TERENGGANU - Sebanyak sembilan ekor tikus sudah dijual oleh penduduk kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mulai semalam.

"Kempen ini kita sudah mulakan mulai semalam dan sehingga hari ini, sebanyak sembilan ekor tikus telah kita beli RM2 seekor daripada penduduk. Tikus yang kita beli itu akan ditandakan bagi menggelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan.

"Kempen ini kita buat bagi menghapuskan haiwan perosak ini dan kita akan buat sehingga tiada lagi tikus dijual kepada kita," kata Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang kepada pemberita di sini hari ini.

Namun tidak dinyatakan sama ada tikus yang dijual itu masih hidup atau telah mati.

Beliau mengulas mengenai perkembangan kempen MBKT untuk menghapus haiwan tersebut daripada mencemar kebersihan bandar raya ini sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Terengganu tahun depan.

Adzlan berkata lima kawasan disediakan untuk penduduk menjual tikus iaitu di Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga, Dewan Tunku Abdul Rahman, MBKT Cawangan Utara dan Padang Negara antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

sumber- Bernama

Anak ayam gred A ditahan

pelacur di Melaka
Wanita yang ditahan dalam operasi di sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, awal pagi kelmarin.
MELAKA - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen negeri akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, di sini, hingga membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A, awal pagi kelmarin.

Mereka, masing-masing 12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), kira-kira jam 1.15 pagi.

Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai ‘ibu ayam’ berusia 52 tahun.

Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus niaga aktiviti seks pada malam tersebut.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, semua wanita terbabit ditangkap sewaktu  bersembunyi di bilik  gelap di tingkat enam.

“Serbuan dilakukan di tingkat 10, namun hanya terdapat lelaki sahaja di situ sebelum kami menemui kasut wanita berhampiran kaunter dan pemeriksaan lanjut di tingkat enam menemui 17 wanita termasuk seorang dipercayai ‘ibu ayam’.

“Turut dirampas adalah sebuah buku perniagaan, wang tunai RM744 disyaki hasil pelacuran dan 49 keping kondom yang masih belum digunakan di dalam sebuah laci,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurutnya, dua lelaki warga Nepal dan Bangladesh turut ditahan bersama semua wanita berusia 17 hingga 52 tahun dalam serbuan berkenaan.

"Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik khidmat rumah urut, kononnya menawarkan spa di tingkat 10 hotel berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mereka menjalankan aktiviti mengurut dan spa di tingkat 10, pusat hiburan di tingkat sembilan dan aktiviti tidak bermoral di tingkat enam," katanya.

Kamalludin berkata, pihaknya percaya, sebelum melakukan hubungan seks, semua wanita terbabit berkumpul di tingkat sembilan hotel berkenaan, yang turut menempatkan sebuah disko.

"Mereka akan berunding dengan pelanggan masing-masing dan melakukan seks di tingkat enam,” katanya.

sumber- Sinar

Pemandu teksi maut di kubur

Pemandu teksi maut di kubur

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam dalam kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras, di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 40-an ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai diserang sebelum dirompak.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa mati parah di perut akibat ditikam selain dipukul dengan objek tumpul di kepala.

Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik di tempat kejadian menemui dua pisau pemotong sayur masing-masing berhampiran mayat mangsa dan dalam teksinya.

“Kami percaya mangsa diarahkan untuk memandu ke tanah perkuburan ini sebelum dirompak dan dicederakan. Kejadian itu dipercayai dilakukan lebih daripada seorang.

“Bagaimanapun, mangsa yang ketika itu parah cuba mendapatkan bantuan, tetapi gagal sebelum meninggal dunia,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga dan beg duitnya tidak ditemui.

“Pemeriksaan dalam teksi mangsa mendapati terdapat kesan darah di tempat duduk pemandu dan polis percaya mangsa diserang ketika berada dalam teksi,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sumber- HMetro

Mangsa belasahan 20 lelaki maut

SUNGAI PETANI: Gara-gara dipercayai tersalah identiti, seorang remaja lelaki yang dibelasah sekumpulan lebih 20 lelaki kerana disyaki terbabit kejadian ragut meninggal dunia selepas koma seminggu akibat parah di kepala dan badan, semalam.

Mangsa, Ku Ameerul Ashraf Ku Salim, 20, dari Taman Ria, di sini, disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, ketika menerima rawatan akibat menjadi mangsa belasahan dalam kejadian, Selasa lalu.

Kejadian berlaku jam 4 pagi selepas beberapa penduduk mengesyaki mangsa terbabit kejadian ragut di taman perumahan berkenaan tiga hari sebelum itu.

Ketika itu, mangsa dan empat rakannya berada di rumah seorang rakan terletak tidak jauh dari rumahnya sebelum muncul lebih 20 lelaki dan tiba-tiba menceroboh masuk ke rumah itu lalu memecahkan pintu sebelum membelasah rakan mangsa.

kes ragut Sungai Petani
gambar hiasan
Bapa mangsa, Ku Salim Ku Long, 54, berkata, anak lelakinya berjaya melarikan diri dengan memanjat bumbung, tetapi terjatuh ke rumah bersebelahan yang juga kenalan ibunya sebelum keluar mengikut pintu belakang.

Menurutnya, sebaik keluar, arwah ditangkap kumpulan terbabit yang kemudian memukulnya dengan pelbagai objek, namun anaknya berjaya melepaskan diri kali kedua.

Katanya, arwah kemudian terjatuh dalam longkang sebelum ditemui seorang lelaki lalu memberitahu kumpulan terbabit sebelum mereka menariknya keluar dan memukulnya semula berulang-kali. 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang yang dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas koma ketika menerima rawatan di wad ICU HSAH.

Menurutnya, polis sudah menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes itu yang sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebelum ditukar kepada Seksyen 302 kanun sama selepas mangsa meninggal dunia.

“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mangsa terbabit kejadian ragut yang didakwa itu atau sebaliknya,” katanya.

sumber- HMetro

Majlis kahwin mewah ditegah

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam melarang anggota Parti Komunis di bandar raya ini daripada menganjurkan majlis perkahwinan mewah, ekoran kecaman rakyat mengenai upacara perkahwinan besar-besaran.

Bilangan tetamu dihadkan kepada 600 orang untuk kedua-dua belah keluarga dan lokasi mewah seperti hotellima bintang perlu dielakkan, menurut notis di laman web rasmi bandar raya Hanoi semalam.

Majlis perkahwinan mewah yang dianjurkan anggota parti menimbulkan “kemarahan di kalangan rakyat dan menjejaskan imej peribadi anggota parti,” lapor kenyataan itu.

perkahwinan cara tradisional
perkahwinan cara tradisional masyarakat Vietnam
Kerajaan autoritarian Vietnam yang melancarkan kempen anti-rasuah beberapa bulan lalu, berusaha untuk menangani ketidakpuasan hati rakyat ekoran ekonomi yang lemah dan beberapa siri skandal membabitkan pegawai tinggi kerajaan. 

Majlis perkahwinan yang mewah perkara biasa di Vietnam dengan senarai tetamu sering kali mencapai 1,000 orang. 

Sesetengah anggota parti bertanya sama ada pihak berkuasa akan menguatkuasakan peraturan baru.

“Pihak berkuasa Vietnam bijak mengusul undang-undang tetapi sama ada ia dilaksanakan dan dipatuhi adalah cerita berbeza,” kata seorang anggota parti berusia 43 tahun yang enggan dikenali. 

sumber- AFP

Trak langgar periuk api anti-kereta kebal: Tiga peladang maut

periuk api perang Vietnam

PHNOM PENH: Tiga peladang Kemboja daripada keluarga sama maut selepas trak mereka melanggar periuk api anti-kereta kebal lama yang ditinggalkan sejak berdekad lalu selepas perang saudara di negara itu, kata polis semalam.

Dua lagi saudara mereka cedera parah dalam letupan di barat laut wilayah Battambang kelmarin, kata Ketua Polis Tentera tempatan, Eng Seng Ouen. 

“Hujan lebat menyebabkan jalan raya kotor menjadi becak. 

Jadi, ketika trak mereka tiba di kawasan itu, periuk api berkenaan meletup,“ katanya sambil menambah mangsa yang mati berusia 17, 19 dan 30 tahun dalam perjalanan pulang menaiki trak membawa jagung. 

sumber- AFP

Gadis 14 tahun didakwa cuba bunuh dengan brownie beracun

pegawai polis Australia

SYDNEY: Seorang remaja perempuan Australia berusia 14 tahun semalam didakwa dengan percubaan membunuh selepas dia meracun dua kanak-kanak, dilaporkan melalui brownie coklat dicemari bahan kimia.

Polis Queensland berkata, remaja perempuan itu didakwa selepas memberi dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 13 tahun makanan diracun dengan bahan kimia “biasa ditemui di rumah” di Richland, pinggir Brisbane kelmarin.

“Polis akan mendakwa remaja itu yang cuba meracun mangsa.

“Dia didakwa dengan satu pertuduhan atas setiap percubaan membunuh dan menggunakan racun dengan cubaan untuk menyakitkan, selain dua pertuduhan atas tindakan bertujuan untuk mencederakan,” lapor kenyataan polis. 

Menurut Stesen Penyiaran Australia (ABC), dua kanak-kanak lelaki itu yang tidak mempunyai ikatan dengan suspek dipercayai tidak menelan banyak bahan kimia berkenaan yang membolehkan mereka sakit tenat. 

sumber- AFP

Kereta diparkir di balkoni tingkat 3 apartmen

Toyota Yaris merah

KIEV: Usaha mencari ruang meletak kereta di sebuah pusat bandar raya yang sibuk sentiasa membuatkan setiap pemandu tertekan.

Jika meletak di tempat yang dilarang, pemandu terdedah kepada saman. Mereka juga berdepan dengan masalah kekurangan siling untuk dimasukkan ke dalam meter.

Tetapi pemilik kereta ini mengambil tindakan melampau untuk mengelak warden parkir dengan menempatkan keretanya 20 meter di udara.

Kereta Toyota Yaris merah ini dilihat diletakkan di balkoni sebuah blok apartmen di Kiev, ibu negara Ukraine.

Bagaimana dan mengapa kereta itu diletakkan di situ masih misteri.

Ia tidak mungkin dipandu menerusi tingkap.

Dan sudah pasti pemandu kren yang mempunyai kemahiran tinggi diperlukan untuk mengangkat kereta itu untuk diletakkan di tempat berkenaan.

Mungkin ia satu usaha pintar oleh pembuat kereta terbabit. 

sumber- DM

Warga emas maut selepas diseret sejauh dua km

mayat kemalangan
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang warga emas yang mati akibat kemalangan di Bukit Mertajam semalam.
BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas maut selepas diseret sejauh hampir dua kilometer (km) oleh sebuah kenderaan berat dipercayai lori selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan kenderaan itu dalam kejadian di Lebuhraya Kulim-Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi berhampiran stesen minyak Petronas Seberang Jaya itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan termasuk perutnya yang hampir hancur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu disedari oleh orang awam apabila mereka menemui mayat mangsa terbaring di tepi jalan bersama motosikalnya.

Katanya, mangsa, Shahidin@Moktar Ahmad, 70, yang berasal dari Permatang Bertam, Kepala Batas yang menunggang sendirian dipercayai telah bergesel dengan kenderaan berat disyaki lori.

sumber- Kosmo

Lady Gaga muntah di atas pentas

Lady gaga muntah atas pentas
GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan Lady Gaga berdiri di belakang seorang penari semasa dia muntah di atas pentas di Barcelona pada Sabtu lalu.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga muntah beberapa kali di atas pentas semasa dia membuat persembahan di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu lalu, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Sebuah klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan dia muntah di belakang seorang penari.

Semasa kejadian, bintang berusia 26 tahun itu menyanyikan lagu The Edge of Glory.

Bagaimanapun, penyanyi itu meneruskan persembahannya.

"Saya tidak akan melupakan Barcelona pada malam ini," kata Lady Gaga di laman Twitternya, Sabtu lalu.

Pada September lepas, bintang pop remaja, Justin Bieber muntah di atas pentas semasa konsert jelajahnya berlangsung di Glendale, Arizona.

Bieber yang berusia 18 tahun itu menyatakan dia muntah disebabkan meminum terlalu banyak susu.

Lady Gaga turut berada di Britain kelmarin untuk melancarkan minyak wanginya, Lady Gaga Fame di pusat beli-belah Harrods, tengah London. 

sumber- Agensi

Ikan paus ditemui mati terapung

bangkai ikan paus

BOSTON, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24 meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata beberapa pegawai.

Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui.

Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin.

Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada badan paus itu.

Haiwan itu merupakan ikan paus yang kedua terbesar di dunia selepas paus biru.

Ia boleh membesar sehingga 21.34 meter dengan berat mencecah 63.5 tan metrik.

sumber- Agensi

Kereta disembur asap pembunuh nyamuk

Kereta disembur asap pembunuh nyamuk
SEORANG pelancong (berbaju merah) berdiri di tepi keretanya yang disembur asap pembunuh nyamuk.
HAVANA, Cuba - Seorang pegawai kesihatan menyembur asap pembunuh nyamuk ke dalam beberapa buah kereta di Jimaguaye, dekat Camaguey, timur Cuba pada Khamis lalu.

Pemerintah Cuba melancarkan kempen menyembur asap itu untuk memerangi penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk yang disebabkan gigitan nyamuk aedes.

Penyakit itu boleh membawa maut. - Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...