Pokok Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara.
Antara khasiat tumbuhan senduduk ialah:
- Untuk merawat luka luar dan dalaman.
- Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim.
- Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit.
- Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.
- Bagi anda yang menghidapi penyakit buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut.
- Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut.
- Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.
- Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian.
Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk di mana-mana kawasan yang anda berkenan.
sumber- Epetua
sumber- Epetua
0 comments:
Post a Comment