Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, January 9, 2013
Kanak-kanak berwajah tua
Malang menimpa kanak-kanak ini. Usianya baru mencecah setahun, namun wajahnya jelas kelihatan seperti seorang tua yang berusia sekitar 80-an. Yuxin, yang berasal dari Zhengzhou, Wilayah Henan, China ini disyaki mengalami masalah curtis laxa. Akibatnya, terjadi masalah penyusunan tisu badan dan kulitnya turut mengendur.
Yuxin juga mengalami masalah jantung, radang paru-paru dan juga asma. "Dia kelihatan seperti orang tua. Kali terakhir saya membawa dia berjumpa doktor, kanak-kanak lain takut dan menangis," kata neneknya, Cao Niu.
Berdasarkan Institut Kesihatan Kebangsaan China, hanya 200 keluarga di seluruh dunia yang menderita akibat masalah ini.
Kerat kemaluan sendiri kerana ingin menjadi perempuan
Seorang lelaki Hong Kong berusia 29 tahun dimasukkan ke hospital setelah cuba untuk memotong kemaluan sendiri kerana ingin menjadi perempuan.
Lelaki yang dikenali sebagai Luk tersebut gemar memakai baju perempuan ketika zaman kanak-kanaknya. Kemahuan Luk untuk menjadi wanita sebenar mula memberontak berikutan usianya yang semakin meningkat. Luk pernah cuba untuk mengaturkan pembedahan penukaran jantina, namun prosedur yang harus dilalui amat merumitkan, ditambah pula tentangan keras oleh keluarganya.
Pada suatu malam, Luk memberontak dan mengambil keputusan untuk menggunting kemaluannya sendiri. Jeritan kesakitannya yang kuat telah mengejutkan ayahnya dari tidur. Dengan segera ayahnya menelefon polis dan dibawa ke hospital. Polis menyangkakan ianya cubaan membunuh diri sehinggalah Luk berkata, "Saya tidak mahu menjadi lelaki! Saya mahu menjadi perempuan!"
Kemaluannya disambungkan semula dan kini dia boleh membuang air seperti biasa. Walaubagaimanapun, pakar mengatakan agak mustahil untuk dia pulih sepenuhnya. Dengan kata lain, kemungkinan Luk akan mati pucuk.
Akuarium ais di Jepun
Pada kebiasaannya, akuarium menempatkan hidupan air yang masih bernyawa. Berbeza pula di Jepun, akuarium di sini menempatkan hidupan air yang telah dibekukan. Antara hidupan tersebut ialah ikan, ketam, udang, dan pelbagai spesis marin lain.
Pengunjung yang datang dan ingin memasuki ke kawasan akuarium tersebut harus memakai pakaian khas. Ini kerana, suhu di sekitar kawasan akuarium tersebut berkadar -20 darjah Celcius. Akuarium beku ini terletak di Kesennuma, Utara Jepun. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai Kori no Suizokukan.
Kesemua hidupan marin yang berada dalam akuarium ini telah dibekukan sepenuhnya. Dikatakan lebih dari 450 spesis berada di sini. Tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong walaupun haiwan-haiwan yang dipamerkan tersebut sudah tidak bernyawa.
Kereta elektrik buatan Kemboja dipamerkan
PHNOM PENH - Sebuah kereta elektrik buatan Kemboja yang diberi nama Angkor EV 2013 dipamerkan di sebuah bilik pameran di sini semalam. Kereta itu dikeluarkan sebuah firma tempatan, Syarikat Pembangunan Heng di daerah Takhmao, dalam wilayah Kandal. Ia mempunyai kelajuan maksimum 60 kilometer sejam. Reka bentuk kenderaan tersebut dihasilkan seorang penduduk tempatan, Nhean Phaloek.
Kereta Angkor EV 2013 dipamerkan di sebuah bilik pameran di Phnom Penh semalam. |
Butang menghidupkan enjin terletak berhampiran stereng kereta. |
sumber- Agensi
Termometer tertinggi di dunia untuk dijual
BAKER, Amerika Syarikat - Sebuah termometer paling tinggi di dunia yang terletak di sini kini ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga AS$1.75 juta (RM5.32 juta).
Pemilik termometer itu, Matt Pike dari daerah Orange membelinya daripada seorang rakan perniagaan restoran Bun Boy pada tahun 2005.
Termometer itu dibina oleh Willis Herron yang juga pemilik bersama restoran tersebut pada tahun 1991.
Pike yang merupakan pemilik restoran Bob's Big Boy menyatakan, bil lampu termometer itu ialah AS$8,000 (RM24,336) sebulan.
sumber- Agensi
Polis rampas senjata disaluti emas, berlian
TEGUCIGALPA, Honduras - Pihak berkuasa merampas selaras senjata api AK-47 yang disaluti emas, batu berlian dan zamrud, kata seorang pendakwa raya kelmarin.
SEORANG anggota polis menunjukkan selaras senjata api AK-47 bersalut emas yang dihiasi batu berlian dan zamrud di Ciudad Jardin de Choloma pada Sabtu lalu. |
Menurut pendakwa raya itu, Marlen Banegas, senjata tersebut dipercayai milik kumpulan penyeludupan dadah Zetas di Mexico.
Senjata itu dianggarkan berharga AS$50,000 (RM152,114).
sumber- AFP
Artis gagal guna nama Allah sebagai jenama
THE HAGUE, Belanda - Seorang artis seni Belanda gagal menggunakan nama Allah sebagai jenama, kata Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP) kelmarin.
"Permohonan itu ditolak," menurut satu dokumen di laman web BIOP.
Artis seni itu, Teun Castelein menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan nama Allah sebagai jenama pada 29 Disember tahun lalu di pejabat berkenaan.
"Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya.
Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.
Pihak BIOP enggan mengulas berhubung keputusan tersebut.
sumber- AFP
Operasi menyelamat yang mengarut
London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).
Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.
ANGGOTA bomba tiba di tempat kejadian. |
Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.
“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.
Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: “Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.
TUPAI yang ketakutan berlari menaiki tangga ketika diselamatkan. |
Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati.
sumber- The Sun
Subscribe to:
Posts (Atom)