Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, November 28, 2012

Lembaga lidah terjelir dirakam

KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Lembaga lidah terjelir
Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam.
Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

sumber- Sinar

14 senjata bergaya yang artistik

Peter Gronquist

Peter Gronquist telah mereka senjata yang dilabel dengan pelbagai jenama terkenal seperti Chanel, Gucci, Versace, Dolce & Gabanna, dan sebagainya. Dia mengatakan, manusia hari ini lebih gemar meletakkan label berjenama untuk sebarang perkakas bagi melihat dan merasai kehebatannya. Oleh itu, dia cuba melakukan keseronokan dengan cara tersebut.

senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya
senjata bergaya

Finalis ratu cantik Mexico mati ditembak

CULIACAN - Finalis ratu cantik Mexico maut ditembak ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan kumpulan kartel dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, kelmarin.

Maria Susana Flores Gamez
Maria Susana Flores Gamez
Ketua Pendawa Raya Sinaloa, Marco Antonio Higuera berkata, mayat Maria Susana Flores Gamez, 20, ditemui di tepi jalan sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu tembakan di badannya.

“Dia bersama kumpulan penjenayah berkenaan tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam pertempuran dengan anggota tentera tersebut,” katanya.

Menurutnya, Flores Gamez dipercayai dalam perjalanan ke destinasi yang tidak diketahui sebelum bertembung dengan tentera lalu berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak.

Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juga mati ditembak, manakala empat yang lain ditahan.

Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu, namun tewas diperingkat akhir. 

sumber- AP

Anjing berbadan sasa

Jika dilihat pada gambar anjing dibawah, pasti ramai menyangka ianya adalah gambar yang dimanipulasi. Namun, percaya atau tidak, anjing ini benar-benar wujud.

Ianya dari jenis Bully Whippet. Mutasi genetik pada anjing jenis ini membuatkan ototnya berkembang lebih cepat berbanding Whippet biasa. Ada juga yang menggelar anjing jenis ini sebagai Anjing Schwarzenegger (diambil dari nama pelakon berbadan sasa terkenal Arnold Schwarzenegger).

Wendy, anjing Bully Whippet dalam gambar ini, kini tinggal di Victoria, British Columbia. Walaupun ianya seekor anjing betina, namun badannya kelihatan amat mengagumkan.

Bully Whippet
Bully Whippet

Badak sumbu selamatkan anak sebelum mati

CAPE TOWN - Seekor badak sumbu betina yang cedera teruk akibat ditembak pemburu haram di Afrika Selatan, berjaya membawa anaknya ke sebuah ladang penjagaan haiwan sebelum mati.

Badak sumbu bernama Longhorn itu merupakan antara mangsa pembunuhan besar-besaran selama empat hari oleh pemburu haram di Hutan Simpan Finfoot berdekatan Sun City, wilayah barat laut negara ini.

Badak sumbu
Miles Lappeman memerhatikan bangkai badak sumbu bernama Longhorn yang ditemui mati tanpa tanduknya. - AGENSI 
Kakitangan ladang penjagaan haiwan, Miles Lappeman berkata, Longhorn yang berusia 24 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di perut kira-kira 300 meter dari ladang tersebut.

"Longhorn yang menyedari akan mati, bersusah payah membawa anaknya berumur 18 bulan ke ladang ini yang menjadi tempat badak sumbu itu membesar.

"Haiwan itu membawa anaknya ke tempat yang selamat,'' kata Lappeman yang merupakan penjaga badak sumbu sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Beliau berkata, bangkai Longhorn juga ditemui tanpa tanduknya yang sepanjang 91.44 sentimeter.

"Anak Longhorn kini berada di tempat yang selamat,'' katanya.

Sejak serangan pemburu haram itu, tujuh orang pengawal kini menjaga kawanan badak sumbu yang masih hidup sepanjang masa.

Lappeman berkata, pemburu haram berkenaan dijangka kembali untuk mendapatkan tanduk haiwan tersebut. 

sumber- AGENSI

10 produk berbentuk janin

Ramai yang sensitif apabila disebut mengenai janin. Ianya sering dikaitkan dengan kes pengguguran serta pembuangan bayi. Berbeza dengan produk-produk dibawah ini dimana ia dihasilkan berinspirasikan janin.

produk berbentuk janin
Hasil kerja mengait berbentuk janin yang disesuaikan sebagai cenderamata untuk ibu mengandung.

produk berbentuk janin

Perhiasan berbentuk janin tentera ini diumpamakan seperti sokongan untuk bayi yang masih dalam kandungan melindungi diri sehingga lahir.

produk berbentuk janin
Perhiasan krismas berbentuk janin. Mungkin disesuaikan untuk keluarga yang mempunyai ahlinya yang sedang hamil ketika menyambut perayaan tersebut.

produk berbentuk janin
Mainan janin dalam karung. Mainan klasik sebegini dikatakan agak popular dimainkan oleh kanak-kanak pada era 80-an.

produk berbentuk janin
Dompet duit syiling yang dihasilkan dari benang kait.

produk berbentuk janin
Keychain berbentuk janin yang berdarah dalam kandungan. Ianya pernah dijadikan aksesori popular yang digantung pada beg satu ketika dulu.

produk berbentuk janin
Patung janin karakter kartun Hello Kitty. Adakah ianya masih kelihatan comel dalam keadaan sebegini?

produk berbentuk janin
Mainan untuk kucing sebagai ganti bebola benang kait atau patung tikus.

produk berbentuk janin
Biskut dengan acuan berbentuk janin.

produk berbentuk janin
Sabun limau dengan bentuk janin di dalamnya.

Gadai emak pada along

Gadai emak

KUALA LUMPUR: Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along.

Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.

“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.

“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.

sumber- HMetro

Tragedi penyembelihan Sabra Shatilla

Peristiwa penyembelihan di Kem Sabra dan Shatilla telah berlaku pada bulan September 1982, di Beirut, Lubnan.

Sabra Shatilla

Pada awalnya, Palestine Liberation Organization (PLO) telah terlibat dalam satu pertikaian dengan Israel dan Kumpulan Nasrani Lubnan, Phalangist. Ketika itu, Phalangist diketuai oleh Bachir Gemayel yang terkenal dengan kekejaman.

Pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah di bunuh dan PLO dituduh terlibat dalam pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan Phalangist. Mereka berpakat dengan regim Israel bagi menceroboh Kem Sabra dan Shatilla yang menempatkan pelarian Palestin.

Sabra Shatilla

Dalam tempoh 36 jam, Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang pelarian di kem itu. Dalam masa yang sama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem tersebut. Pembunuhan ini berterusan selama 3 hari dan laporan perkembangannyatelah dihantar ke Tel Aviv dari semasa ke semasa.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban tidak diketahui namun International Committee of The Red Cross (ICRC) melaporkan seramai 2,750 orang mangsa terkorban manakala Amon Kapeliuk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan seramai lebih 3,000 orang telah terkorban. Manakalapihak tentera Israel hanya melaporkan seramai 700 hingga 800 orang sahaja yang terkorban.

Sabra Shatilla

Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel ketika itu yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel dilaporkan telah mengarah tentera Zionis Israel untuk bekerjasama dengan Phalagist bagi menjalankan misi pembunuhan kejam terhadap pelarian kem berkenaan.

Akibat peristiwa itu juga, Ariel Sharon telah didapati bersalah dan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Israel dilucutkan dan kini beliau masih koma terdampar di hospital sejak beberapa tahun lepas. Mungkin inilah balasan tuhan di dunia di atas kekejaman yang telah dilakukan untuk peringatan.

(rujukan: Travelog misteri: Israel Kuasai Dunia, Mohd Nadzri Kamsin)
sumber- budakkg-setiu

Bos mafia sembunyi di dapur ibu

ROME: Seorang ketua mafia dianggap satu daripada pemimpin kumpulan penjenayah paling muda di Itali, ditahan polis semalam.

Digelar “Baby Boss” oleh media Itali, Mariano Abete, 21, diberkas ketika bersembunyi di sebuah bilik rahsia di rumah ibunya.

tempat persembunyian Abete
POLIS menunjukkan ruang rahsia yang menjadi tempat persembunyian Abete.
Pintu masuk ke bilik rahsia itu hanya boleh dibuka dengan alat kawalan jauh. Abete mengetuai keluarganya dalam pertikaian dengan kumpulan penjenayah Neapolitan Camorra yang diketahui pernah membunuh ramai mangsa. Abete dilantik menjadi ketua kumpulan berkenaan selepas bapanya ditangkap, manakala bapa saudaranya dibunuh.

Dia diburu polis kerana terbabit dalam kegiatan jenayah serta bersubahat dengan aktiviti penjualan dadah. Walaupun masih muda, polis berpendapat, Abete sangat berkuasa dan berbahaya.

Jurucakap polis berkata, mereka menyerbu sebuah rumah di Naples pada awal pagi Ahad lalu sebelum berjaya mengesannya bersembunyi dalam bilik rahsia. “Apabila polis menemui ruang rahsia itu, ibu Abete merayu supaya anaknya tidak dicederakan.

“Ibunya juga menawarkan diri untuk membuka pintu rahsia berkenaan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ibu Abete baru berusia 39 tahun. Rakaman video ruang rahsia itu - terletak di antara dua dinding yang boleh digerakkan - tersebar di laman sesawang semalam. Ia hanya dilengkapi sebuah tilam, bantal, salib dan satu tong oksigen. Abete dianggap mempunyai kedudukan tinggi di kalangan mafia kerana sebelum ini mengetuai kumpulan serpihan menolak keluarganya. 

sumber- DM

Cemas! Ditawan penyamun

KUALA KRAI - Suasana tenang di Dataran Guchil di sini semalam bertukar kecoh apabila seramai 2,000 orang awam berkumpul untuk menyaksikan adegan cemas melibatkan lima pekerja salun dan seorang pekerja restoran yang dijadikan tebusan selama tiga jam setengah oleh penyamun bersenjatakan pistol palsu.

kes pekerja salun dijadikan tebusan
ORANG ramai berkumpul untuk mengetahui perkembangan kes pekerja salun dijadikan tebusan di Kuala Krai semalam.
Kejadian mendebarkan pukul 2 petang itu berakhir tiga jam setengah kemudian dengan polis dapat memberkas suspek berusia 27 tahun dari Tanah Merah selepas berjaya menjalankan rundingan tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

Pemeriksaan mendapati, suspek merupakan seorang graduan pereka grafik dari salah sebuah universiti tempatan.

Kejadian itu turut mengakibatkan dua mangsa pengsan dengan salah seorang diserang asma.

Difahamkan, suspek datang ke premis itu dengan memakai topi keledar dan menutup mulut sebelum mengacukan pistol palsu ke arah pekerja. Suspek turut membawa sebilah pisau.

Ketika kejadian, dua pekerja yang berada di dalam tandas dan bilik rawatan muka yang tidak disedari suspek telah menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Sepanjang tempoh tiga jam setengah itu, suspek telah melepaskan seorang demi seorang tebusan sehingga tinggal seorang pekerja wanita sebelum dia diberkas.

Sementara itu, salah seorang pekerja salun, Muhamad Zafri Mat Hussein, 24, berkata, dia berada di dalam tandas ketika suspek memasuki kedai sebelum bertindak mendiamkan diri dan menghubungi polis.

"Saya ada keluar sebentar apabila terdengar bunyi kecoh dan masuk semula ke dalam tandas sebaik melihat penyamun mengacukan pistol dan mencekik salah seorang rakan saya.

"Saya duduk selama tiga jam di dalam tandas dan hanya keluar selepas segalanya selesai. Ketika itu, suspek tidak menyedari kehadiran saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Kuala Krai.

Seorang lagi mangsa, Siti Roskasma Rozali, 25, memberitahu, suspek terus memegang rakannya, Nazirah Isa, 18, sebaik pintu dibuka selepas loceng ditekan.

"Dia kemudian meminta Nazirah membuka peti simpanan wang. Suspek kemudian meminta saya menghubungi majikan selepas dimaklumkan yang kunci peti berada dalam simpanannya."

sumber- Kosmo

Kemalangan ngeri, lima terkorban

SLIM RIVER - Hasrat 11 rakan untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan di Muar, Johor berkecai apabila lima daripadanya maut, empat parah dan dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara- Selatan arah Selatan dekat sini semalam.

Hyundai Starex kemalangan
BEGINILAH keadaan MPV jenis Hyundai Starex yang remuk hingga mengorbankan lima nyawa di Slim River semalam.
Kejadian pukul 7 pagi itu mengakibatkan Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; budak, Juvien Chin Yu Xuan, 12, serta Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini dan Hong Choon Tee, 33, mati di tempat kejadian.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk bedah siasat.

Tiga penumpang, Bu Wei Hong, 50; Heng Ah Lee, 60, dan Lim Tau Hong, 3, dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi HSR.

Sementara itu, Chong Soon Choy, 61, patah tangan manakala dua lagi, Ho Seok Yi, 18, dan Goey Wen Ni, 16, cedera ringan. Kesemua mangsa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Hyundai Starex yang dipandu Soon Choy.

Kemalangan itu mengakibatkan salah seorang mangsa putus kepala selain hancur anggota badan.

Ia berlaku tujuh hari selepas kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad yang maut dirempuh treler semasa bertugas di lorong kecemasan, lebuh raya sama yang terletak kira-kira 78 kilometer dari sini.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Muar bagi memenuhi satu jemputan melakukan persembahan kebudayaan Cina.

sumber- Kosmo

Lauk basi, syarikat sanggup bayar ganti rugi

GEORGE TOWN - Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini Ahad lalu yang berakhir dengan lauk-pauk menjadi basi manakala nasi yang ditanak pula mentah.

Kenduri lauk basi
SEBAHAGIAN daripada kumpulan pertama tetamu kenduri di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Ahad menceduk lauk sebelum menyedari sajian yang dihidangkan sudah basi.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 25, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini.

Menurutnya, lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.

Kata Nor, semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.

"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah.

"Kami minta maaf sebab benda sudah nak terjadi dan sekiranya mereka mahu tuntut ganti rugi kami akan bayar semula semua lauk yang basi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kemeriahan majlis persandingan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan basi.

Akibatnya, lebih 1,000 tetamu jemputan terpaksa pulang dengan perut kosong.

sumber- Kosmo

Taman tema tandas pertama di dunia di Korea Selatan

SUWON - Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.

Taman tema tandas
BEBERAPA kanak-kanak melihat patung-patung manusia yang mencangkung di sebuah taman tema tandas di Suwon pada 22 November lalu.
Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.

Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.

Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.

Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.

Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.

Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. 

sumber- Agensi

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya

RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.

Ular sawa gergasi
GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.

Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.

Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...