Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, October 20, 2012

Scha Al Yahya nafi mencuri pakaian

Pelakon popular, Scha Al-Yahya menafikan tuduhan yang mengatakan dia dan suaminya Awal Ashaari telah mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian terkemuka. 

Dipetik daripada Malaysian Digest, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, tuduhan yang dilemparkan itu telah menjejaskan reputasinya dan suami. 

"Saya pening sebenarnya. Ada yang kata saya yang mencuri pakaian itu dan ada pula yang kata suami yang mencuri."

Scha Al Yahya

"Saya tahu mungkin orang kurang mempercayai penjelasan saya, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran treler filem "Awan Dania The Movie" di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang baru-baru ini. 

Pada bulan lepas, telah timbul gosip yang mengatakan seorang pelakon popular yang dijemput ke majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang dianggarkan bernilai RM2,000. 

Kemudian pelbagai spekulasi timbul yang menuduh Scha dan Awal didakwa ada kaitan dengan gosip tersebut, dimana mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai pakaian milik mereka. 

Sementara itu, Scha, 29 tahun memberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan pihak pengurusan gedung pakaian tersebut untuk meminta pihak tersebut membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan keadaan sebenar. 

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata tak ada. Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk membuat sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian," jelas Scha yang terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat pihak gedung pakaian tersebut.

sumber- Tupai

Porsche, BMW hilang ditemui semula

MELAKA – Dua buah kereta mewah jenis Porsche Panamera 3.6 dan BMW 5 Series serta barangan berharga bernilai RM1.5 juta milik seorang ahli perniagaan yang dilarikan Rabu lalu dari banglonya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini ditemui semula di Taman Bahariah Indah, Muar, Johor kelmarin.

Jarak antara dua tempat itu kira-kira 60 kilometer.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pukul 6.30 pagi itu berlaku apabila rumah mangsa berusia 51 tahun tersebut dimasuki empat daripada enam penjenayah bertopeng.

banglo mewah
BANGLO milik seorang ahli perniagaan yang diceroboh oleh empat lelaki sebelum melarikan dua buah kereta mewah dan barangan berharga di Melaka Rabu lalu.
Katanya, empat suspek dapat masuk selepas pintu belakang banglo dua tingkat itu dibuka oleh pembantu rumah mangsa untuk membasuh baju. Dua lagi rakan mereka menunggu di luar.

“Mangsa dan isterinya yang berada di tingkat atas bergegas turun sebaik terdengar bunyi bising sebelum si suami dipukul dengan benda tumpul dan diacu parang.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama barangan kemas, telefon bimbit, jam tangan, beg duit serta kereta mewah jenis Porsche Panamera 3.6 dan BMW 5 Series yang kesemuanya bernilai RM1.5 juta selepas menggeledah selama 20 minit,” katanya pada sidang akhbar.

Tambahnya, polis yang menerima laporan kemudian telah menubuhkan satu pasukan khas selain bekerjasama dengan polis Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut Raja Shahrom, kira-kira 28 jam kemudian, pihaknya menemui semula Porsche putih bernilai RM800,000 dan BMW hitam berharga RM500,000 itu di tepi jalan di Taman Bahariah Indah, Muar.

sumber- Kosmo

Tayang video lucah dalam bas

MANADO, Sulawesi Utara - Timbalan Gabenor Sulawesi Utara, Djauhari Kansil memberi amaran keras kepada pemandu pengangkutan awam di bandar ini supaya tidak menayangkan video lucah dalam kenderaan mereka dalam usaha menarik penumpang.

Djauhari berkata, pihak berkuasa seperti polis dan jabatan pengangkutan di wilayah ini akan memastikan perbuatan tidak bermoral itu tidak berulang.

koleksi filem lucah
gambar hiasan
"Masyarakat juga seharusnya berani untuk menegur sekiranya mendapati ada pemandu pengangkutan awam menayangkan video lucah dalam kenderaan mereka,'' katanya kepada tribunnews.com.

Kenyataan Djauhari itu menyusul ekoran aduan masyarakat di Manado yang khuatir dengan penayangan video lucah berkenaan yang mampu memberi kesan negatif khasnya kepada pelajar. 

sumber- AGENSI

Warga Itali tak buang makanan lebihan

Milan: Lebih separuh penduduk Itali kini menggunakan semula makanan berlebihan, dijadikan hidangan baru untuk berjimat ketika menghadapi kemelesetan ekonomi sejak setahun lalu. 

Sebanyak 59 peratus penduduk Itali menggunakan semula pasta, roti dan sayur lebihan untuk hidangan baru, menurut kajian persatuan pengeluar makanan Coldiretti. 

Ia satu trend yang menunjukkan bagaimana langkah berjimat dan masalah pengangguran memberi kesan kepada penduduk.

cara membuat roti
gambar hiasan
Itali juga membuang 10 juta tan makanan setiap tahun bernilai 11 bilion euro (RM49.5 bilion), menurut kajian itu. 

Bagaimanapun, penduduk Itali kini berubah sikap kerana negara menghadapi masalah ekonomi, kata penyelidik yang membuat kajian bersama agensi SWG. 

“Resipi menggunakan makanan lebihan banyak di Itali,” kata pengerusi Coldiretti, Sergio Marini ketika membentangkan laporan itu. 

“Anda hanya perlu sedikit kreativiti untuk memasak bebola daging sedap dengan lebihan telur, roti dan keju,” katanya lagi. 

Coldiretti menyatakan, satu daripada empat keluarga Itali kini menghadapi masalah kewangan. 

sumber- Reuters

Najis lembu buat elektrtik

LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini. 

Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.

Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini. 

Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin.

tahi lembu

Program tenaga kitar semula 

Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power.

Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram ‘kuasa lembu’ itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini. 

Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu. 

Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. 

sumber- REUTERS

Pemilik pusat jagaan haiwan dipenjara tiga bulan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin meminda hukuman denda terhadap pemilik pusat jagaan haiwan yang mengaku salah atas 30 tuduhan mengabaikan kucing peliharaan diamanahkan pemiliknya untuk dijaga ketika cuti Aidilfitri tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli memerintahkan pemilik Petknode Online Pet Store, Shahrul Azuwan Adanan dan Yushairi Khairuddin, masing-masing berusia 30 tahun, dipenjara tiga bulan, selepas menerima rayuan pihak pendakwaan.

Petknode Online Pet Store
gambar hiasan
Beliau berkata, ia adalah hukuman tambahan kepada hukuman denda RM6,000 atau RM200 bagi setiap pertuduhan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 28 Jun lalu.

Katanya, hukuman itu berjalan mulai kelmarin.

Sebelum ini, Majistret Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman denda itu kepada Shahrul Azuwan dan Yushairi yang mengaku salah atas semua pertuduhan.

Kedua-duanya didakwa mengabaikan tanggungjawab dan penjagaan kebajikan untuk memberi makanan dan minuman kepada 30 kucing milik 10 pelanggannya sehingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan terbabit.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kedai Petknode Online Pet Store di Nombor F001B, Level 1, Seasons Square Plaza, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai di sini, antara 3 dan 4 September 2011.

Shahrul dan Yushairi yang kini tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu membuat pembayaran secara atas talian ketika menghantar kucing mereka ke pusat jagaan itu dan menuntut kembali kucing mereka selepas pulang bercuti sempena Aidilfitri.

sumber- HMetro

2 lelaki cuba jual tablet curi dicekup

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dicekup apabila cuba menjual tablet dipercayai dicuri kepada anggota polis yang berpakaian awam di sebuah restoran di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian jam 5.15 pagi itu dua suspek terbabit yang menyandang beg menghampiri anggota polis di dalam sebuah restoran sebelum menawarkan tablet dengan harga RM500.
harga pc tablet murah
gambar hiasan
Menurutnya, anggota polis yang mengesyaki barang terbabit barang curi menahan kedua-dua lelaki dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati gajet itu milik pelajar sebuah sekolah di negeri Pantai Timur yang menyertai rombongan dan menginap di sebuah hotel bajet di Jalan Haji Hussein, di sini,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang masing-masing mempunyai dua dan tiga rekod jenayah lampau membabitkan dadah ditahan reman bagi membantu siasatan.

sumber- HMetro

Ajar OKU hidu gam

Ajar OKU hidu gam

PARIT BUNTAR: Hati ibu mana tidak remuk apabila anak lelakinya yang menghidap sindrom Down diperbodohkan kumpulan penagih dadah dan turut diasuh menjadi ‘mayat hidup’.

Ibu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 70-an, berkata, anak lelakinya berusia 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU) kini menjadi penagih dadah selepas dipengaruhi pemuda liar supaya menghidu gam, dua tahun lalu

“Selain disuruh menghidu gam, anak saya turut diajar merokok dan diberikan rokok mengandungi ganja oleh pemuda kampung yang liar dan terbabit penagihan dadah.

“Akibatnya, anak saya kini penagih dadah seperti mereka,” katanya yang ditemui ketika menemani anaknya menjalani sesi rawatan dan pemulihan penagih dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian, di sini.

Menurutnya, masalah ketagihan dialami anaknya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, menyebabkan hidupnya yang sedia susah bertambah sukar.

sumber- HMetro

Mayat lelaki dalam bungkusan plastik

ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki, dipercayai rakyat asing, ditemui dalam bungkusan plastik di Kilometer 65 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 40-an itu dijumpai oleh seorang pekerja kontrak yang sedang memotong rumput di kawasan itu pada jam 10.50 pagi.

Mayat lelaki dalam bungkusan plastik
Anggota Kementerian Kesihatan dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar membuat pengesahan sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan berbaju dan berkain sarung. Juga terdapat bantal dan tilam nipis dalam bungkusan itu.

“Pekerja kontrak itu ternampak kaki mayat dan terus membuat laporan polis. Berdasarkan keadaan mayat yang tidak berbau itu, kami percaya lelaki itu mati dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Kami masih berusaha mengesan identiti mayat kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Tiada kesan cedera atau darah pada mayat itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan rakan atau anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

sumber- Bernama

Warga emas cedera dikelar penyamun

TELUK BIDARA – Seorang warga emas berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa samun dua penjenayah bersenjata yang menceroboh kediamannya di sini, awal pagi tadi.

Bukan setakat kehilangan wang hasil titik peluhnya menangkap ikan, malah nelayan berusia 75 tahun itu turut dibelasah penjenayah yang tidak berhati perut itu.

kepala dikelar
Awi Che Min menunjukkan kecederaan dialami.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu dipercayai berlaku ketika Awi Che Min, sedang tidur di rumahnya dekat sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali, salah seorang daripadanya memakai topeng.

Menurut mangsa, ketika sedang tidur, dia tiba-tiba dikejutkan oleh suspek yang meminta wang daripadanya selain turut mengacu senjata tajam ke arahnya.

Awi berkata, sebaik bingkas dari tidur, suspek sekali lagi mendesaknya menyerahkan wang sebelum mengikat tangannya dengan kain.

kepala terluka
Bahagian kecederaan dialami.
Warga emas itu menceritakan, tidak cukup mengikat tangan, suspek bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka mangsa selain mengelar kepalanya dengan senjata tajam.

“Pak cik tak terdaya hendak melawan, jadi pak cik kata kalau nak duit ambillah.

“Selepas menyelongkar bawah tilam, dia berjaya menemui dompet lalu mengambil wang RM250,” kata Awi yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurut Awi, selepas berjaya mendapat habuan dihajati, dua penyamun berkenaan melarikan diri.

Dalam keadaan lemah, Awi kemudiannya berusaha untuk melepaskan ikatan kain pada tangannya sebelum keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada seorang jiran.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Mangsa yang tinggal seorang diri itu turut mengalami luka sepanjang kira-kira lima sentimeter pada bahagian kepala dipercayai kesan kelar senjata milik penjenayah terbabit, selain cedera pada bahagian mulut serta telinga kanan.

Dia mendapatkan rawatan di unit pesakit luar Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan laporan berkenaan dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek.

sumber- Sinar

Samseng serang bengkel motosikal

GEORGE TOWN - Lebih 10 lelaki bertindak ala samseng apabila menyerang sebuah bengkel membaiki motosikal sebelum melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM150,000 di Lorong Sungai Pinang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku ketika tujuh pekerja termasuk seorang saudara pemilik bengkel yang sedang mengandung lima bulan didatangi samseng-samseng bersenjatakan parang, tukul, kayu dan besi berkenaan.

Samseng serang bengkel motosikal
BEGINILAH keadaan di dalam sebuah bengkel membaiki motosikal yang diserang lebih 10 lelaki di Lorong Sungai Pinang, George Town kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek kemudian telah mengarahkan kesemua pekerja diam dan mengikut arahan jika tidak mahu dicederakan.

Katanya, suspek kemudian merosakkan perkakasan bengkel selain melarikan wang dan barangan berharga pekerja yang dianggarkan bernilai RM150,000.

"Polis yang meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis itu kemudian dapat menahan lapan lelaki berusia antara 16 hingga 38 tahun secara berasingan di sekitar Jelutong hari ini (semalam).

sumber- Kosmo

Tinggalkan suami kerana kekasih FB

JEMPOL – Seorang pengusaha gerai makanan bimbang selepas isteri bersama seorang anaknya yang berusia tiga tahun dikatakan menghilangkan diri dari rumah sejak empat hari lalu gara-gara mengikut seorang lelaki yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

Mohd. Salleh Hussin, 54, mendakwa, isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28, bersama anak bongsu mereka, Nur Alia Nadira, 3, tidak pulang ke rumah di Felda Lui Selatan dekat sini selepas keluar ke pekan Bahau pada Isnin lalu atas alasan untuk membaiki komputer riba.

isteri lari ikut kekasih
MOHD. Salleh menunjukkan salinan laporan polis (kiri) dan gambar isteri serta anaknya di Bandar Seri Jempol semalam.
“Saya jadi bimbang apabila isteri dan anak saya tidak balik ke rumah selepas itu, malah panggilan telefon juga tidak dijawab sampai sekarang,” katanya di sini semalam.

Lebih mengejutkan Mohd. Salleh, dia hanya menyedari dompetnya yang mengandungi kad mesin teler automatik (ATM) lesap pada Selasa lalu sebelum mendapati wang sebanyak RM5,000 dalam akaun bank telah dikeluarkan.

“Saya tidak tahu kenapa dia sanggup meninggalkan saya, kami tidak berselisih faham,” katanya.

Mohd. Salleh bercerai kira-kira 10 tahun lalu sebelum berkahwin dengan Nik Rosmalina pada tujuh tahun lepas.

sumber- Kosmo

Lelaki Jerman enggan tiduri pondan dirompak

CHON BURI: Seorang pondan ditahan kerana merompak lelaki Jerman yang enggan menidurinya selepas mangsa mendapat tahu dia bukan wanita tulen, lapor akhbar.

Dia menyangka suspek seorang wanita dan membawanya pulang ke rumah. 

Apabila mendapat tahu suspek sebenarnya pondan, dia menawarkan menghantar suspek kembali ke tempat kerjanya. 

gambar pondan
gambar hiasan
Ketika mangsa berada dibilik air, suspek mencuri ipod dan alat GPS bernilai lebih 10,000 baht (RM993) milik mangsa. 

sumber- BP

Siswa papar video seks disiasat

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam berkata, ia akan menyoal seorang pelajar undang-undang warga Malaysia ekoran blog seks yang mencetuskan skandal di kedua-dua negara itu.

Alvin Tan, 24, yang memperoleh biasiswa kerajaan Singapura dan teman wanitanya juga rakyat Malaysia, Vivian Lee, 23, sudah menutup blog itu yang bergelar Sumptuos Erotica buat sementara waktu atas tekanan keluarga.

video seks siswa
gambar hiasan
Tan dan teman wanitanya mencetuskan sensasi dalam sekelip mata selepas blog mereka yang memuatkan foto dan video asmara, selain rakaman secara dekat alat sulit mereka mendapat publisiti meluas di Singapura dan Malaysia. Jurucakap NUS berkata, “prosiding disiplin” akan dikenakan terhadap Tan.

“Pelajar itu telah diberikan notis inkuiri Lembaga Disiplin (BOD). Dia juga telah memaklumkan kepada universiti dia akan menghadiri perbicaraan BOD,” katanya kepada media. 

sumber- ST

Aplikasi iPhone mampu hodohkan wajah

LONDON: Peter Andre kelihatan seperti mengalami bengkak misteri.

Sebenarnya, gambar penyanyi itu telah digunakan oleh seseorang untuk menghasilkan wajah yang begitu buruk menerusi UglyBooth pada iPhone.

Ia applikasi muat turun yang mengubah orang berwajah biasa menjadi begitu hodoh.

muka paling hodoh di dunia

Hidung dibuat untuk kelihatan besar dan penyek. Muka pula ditempel dengan dengan jerawat bernanah.

Seorang pengguna menggunakan gambar beberapa selebriti pada aplikasi itu dan hasilnya memang melucukan.

Gambar selebriti televisyen, Amanda Holden dan pemain bola sepak, Peter Crouch juga diberi layanan buruk itu.

sumber- DM

Rantai anak untuk kerja

GUANGZHOU: Dua kanak-kanak dirantai pada sebuah bangunan di bandar raya ini ketika ibu bapa mereka bekerja.

Budak lelaki dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun diikat dengan rantai besar supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau diambil oleh orang tidak dikenali.
kanak-kanak dirantai
KANAK-KANAK ini dirantai ibu bapa mereka.
Kanak-kanak berkenaan, yang ibu bapanya pekerja pendatang yang miskin, pernah dilihat menangis mengenangkan keadaan mereka yang terpaksa di rantai itu.

Penduduk berhampiran berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Hunan, wilayah selatan China dan melakukan pelbagai jenis kerja di kawasan itu.

Terlalu bahaya untuk membawa mereka ke kawasan pembinaan ketika mereka bekerja.

Kerana itu, pasangan berkenaan merantai anak mereka untuk memastikan mereka selamat.

Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian. 

kanak-kanak dirantai
JIANG Manqi diikat datuknya pada basikal.
“Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka. 
Tetapi, kami tidak punyai pilihan,” katanya.

Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China.

Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja.

Bulan lalu, gambar mendedahkan nasib seorang gadis berusia 13 tahun, Jiang Manqi, yang diikat pada basikal berenjin di Fuzhou, wilayah Fujian. 

Dia diikat sedemikian untuk membolehkan datuknya mengutip sampah untuk dikitar semula.

Keluarganya tidak mampu untuk mengubati penyakit sawannya. Kerana itu dia diikat pada basikal supaya anggota keluarganya boleh mengawasinya.

Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita merantai anaknya dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu.

Hong Chunlin, 37, menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tangan dirantai pada katil.

Dia dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang yang beryusia 71 tahun. 

Wanita itu berkata, dia bertindak demikian selepas kelakuan anaknya menjadi ganas. 

sumber- DM

Rozita Che Wan nafi bergambar bogel

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di internet adalah dirinya.

Gambar bogel yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan sebahagian daripada payu daranya.

Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.

gambar Rozita Che Wan bogel
ROZITA mendakwa beliau tidak ada kena-mengena dengan gambar bogel yang tersebar di internet ini.
“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu.

“Mungkin itu pelanduk dua serupa sebab ramai yang cakap ada wanita dan pondan memiliki rupa seperti saya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sambil tidak menolak ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang iri hati terhadapnya, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, itu belum bercadang mengambil tindakan undang-undang.

sumber- Kosmo

Lelaki paling tinggi di AS dapat kasut baharu

ROCHESTER, Minnesota - Lelaki paling tinggi di Amerika Syarikat (AS), Igor Vovkovinskiy memperoleh tiga pasang kasut tenis Reebok pada Khamis lalu.

Kasut itu ditempah khas oleh Vovkovinskiy, 30, yang setinggi 2.35 meter dan ia mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.

Sepanjang ingatannya, dia hanya mempunyai sepasang kasut kerana ketiadaan saiz yang sesuai untuk kakinya.

Igor Vovkovinskiy
VOVKOVINSKIY memegang kasutnya semasa dia diwawancara wartawan televisyen WCCO, Holly Wagner di Kelab Atlet Rochester di Rochester kelmarin.
Vovkovinskiy berkata, dia telah menjalani 16 kali pembedahan pada kakinya dalam tempoh enam tahun kerana kecederaan akibat memakai kasut yang tidak sesuai.

Menurut laporan akhbar The Post- Bulletin, orang pertama yang diberitahunya tentang kasut itu ialah ibunya.

Kos tinggi diperlukan untuk membuat kasut yang bersaiz 24 itu.

Namun, Vovkovinskiy mengutip derma di internet pada awal tahun ini.

Dia berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$32,000 (RM97,666).

Selepas memperoleh wang itu, dia mengunjungi ibu pejabat Reebok di Canton, Massachusetts, AS dan menjalani beberapa siri ujian.

Ujian itu dilakukan bagi membolehkan syarikat tersebut menghasilkan kasut yang sesuai untuk kakinya.

Kasut tersebut telah mengubah corak kehidupan Vovkovinskiy.

"Saya kini boleh pergi ke kedai runcit atau perkakasan jika saya memerlukan barang untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di rumah ibu saya," katanya. 

sumber- Agensi

Objek berwarna cerah ditemui di Marikh

LOS ANGELES - Kenderaan robotik Curiosity menemui satu objek kecil yang berwarna cerah di sebuah kawasan di planet Marikh, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Saiz objek tersebut hanya satu milimeter dan ditemui selepas kenderaan robotik milik NASA itu menggunakan peralatan penggalian.

Seorang saintis projek Marikh, John Grotzinger berkata, para penyelidik pada mulanya menyangka objek tersebut berasal dari kenderaan robotik itu.

permukaan Marikh
GAMBAR yang dirakamkan pada 15 Oktober lalu menunjukkan satu objek kecil berwarna cerah di planet Marikh.
Bagaimanapun, para saintis berpendapat objek itu mungkin sebahagian daripada kandungan yang terdapat di dalam tanah planet berkenaan.

Objek tersebut mungkin sejenis mineral.

Pada minggu lalu, NASA menyatakan satu lagi objek berwarna cerah yang turut ditemui Curiosity di planet Marikh sebenarnya serpihan plastik.

Menurut NASA, plastik tersebut mungkin jatuh dari kenderaan robotik itu.

Curiosity melakukan misi penerokaan di Marikh selepas ia tiba di planet tersebut pada 6 Ogos lalu.

Misi penerokaan selama dua tahun itu melibatkan kos sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.62 bilion). 

sumber- Agensi

Restoran di Gaza dikendalikan pekerja bisu

BANDAR GAZA, Palestin - Sebuah restoran di sini yang dikendalikan beberapa pekerja bisu dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu.

Restoran Atfaluna yang terletak dekat sebuah pelabuhan digerakkan para pekerjanya yang berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa isyarat.

pekerja restoran bisu
BEBERAPA pekerja menggunakan bahasa isyarat di dapur restoran Atfaluna di Bandar Gaza kelmarin.
Ia ditubuhkan dengan bantuan Yayasan Drosos, Switzerland bagi mempromosikan golongan bisu yang boleh bekerja.

Seramai 12 orang bekerja di restoran tersebut.

"Golongan bisu mempunyai keazaman dan tiada sebarang kebimbangan kecuali ketika pekerja berkomunikasi," kata seorang penyelia, Ayat Imtair.

Selepas para pekerja bisu itu menghadiri latihan selama enam bulan, Ayat yakin operasi di restoran tersebut akan berjalan dengan lancar.

sumber- Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...