Saturday, October 20, 2012

Warga Itali tak buang makanan lebihan

Milan: Lebih separuh penduduk Itali kini menggunakan semula makanan berlebihan, dijadikan hidangan baru untuk berjimat ketika menghadapi kemelesetan ekonomi sejak setahun lalu. 

Sebanyak 59 peratus penduduk Itali menggunakan semula pasta, roti dan sayur lebihan untuk hidangan baru, menurut kajian persatuan pengeluar makanan Coldiretti. 

Ia satu trend yang menunjukkan bagaimana langkah berjimat dan masalah pengangguran memberi kesan kepada penduduk.

cara membuat roti
gambar hiasan
Itali juga membuang 10 juta tan makanan setiap tahun bernilai 11 bilion euro (RM49.5 bilion), menurut kajian itu. 

Bagaimanapun, penduduk Itali kini berubah sikap kerana negara menghadapi masalah ekonomi, kata penyelidik yang membuat kajian bersama agensi SWG. 

“Resipi menggunakan makanan lebihan banyak di Itali,” kata pengerusi Coldiretti, Sergio Marini ketika membentangkan laporan itu. 

“Anda hanya perlu sedikit kreativiti untuk memasak bebola daging sedap dengan lebihan telur, roti dan keju,” katanya lagi. 

Coldiretti menyatakan, satu daripada empat keluarga Itali kini menghadapi masalah kewangan. 

sumber- Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...