Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, October 6, 2012

Penunjuk perasaan bantah promosi amalan gugur janin

bayi yang digugurkan

SMIR (Maghribi): Penunjuk perasaan yang menyasarkan seorang aktivis menyokong amalan menggugurkan janin Belanda bergelut dengan polis semalam, ketika sebuah kapal mempromosikan aktiviti itu, Women on Waves, dijangka berlabuh.

Penunjuk perasaan terbabit - sesetengahnya kumpulan konservatif Islam - membawa poster memaparkan gambar janin berdarah sambil melaungkan kecaman terhadap Rebecca Gomperts di bandar pelabuhan Smir.

Ketika mereka cuba mendekati aktivis itu, polis menolak mereka supaya berundur, manakala Rebecca diiring pihak berkuasa bagi melindunginya. Rebecca berada di Smir untuk menyambut Women on Waves yang menyediakan maklumat mengenai amalan pengguguran janin.

Sejurus sebelum kapal itu tiba, pihak berkuasa menutup pelabuhan berkenaan.

Jurucakap pelabuhan berkata, ia ditutup bagi membolehkan “aktiviti ketenteraan” dijalankan, tetapi tiada sebarang penjelasan lanjut diberi.

Sebuah kapal dan bot angin tentera dilihat meronda di pelabuhan yang dipenuhi kapal layar riadah itu. Women on Waves cuba berlabuh untuk kali pertama di negara Islam selepas dijemput sebuah pertubuhan hak asasi wanita Maghribi yang berjuang untuk menghalalkan amalan itu di negara berkenaan. 

Kerajaan pula berkata, Women on Waves tidak dibenarkan berlabuh di Maghribi. Aktivis berkata, kira-kira 600 hingga 800 kes pengguguran haram berlaku setiap hari di Maghribi dengan hanya 250 daripadanya dilakukan pengamal berlesen.

Diasaskan pada 1999, pertubuhan Women on Waves aktif menyebarkan maklumat mengenai pengguguran selamat melalui ubat-ubatan. 

sumber- AN

2 warga Afrika tawar wang palsu ditahan

wang palsu

DUBAI: Unit Antijenayah Ekonomi Polis Dubai menahan dua lelaki Afrika yang cuba menipu seorang penduduk tempatan kononnya mereka boleh menghasilkan wang bernilai AS$2.5 juta (RM7.6 juta), semalam.

Pengarah unit itu, Salah Bu Osaiba, berkata mereka mendapat maklumat mengenai aktiviti suspek itu yang menawarkan dolar Amerika Syarikat (AS) menggunakan sejenis cat hitam serta sebuk khas. “Kami memasang perangkap dan menghantar seorang polis untuk menyamar sebagai pelanggan.

“Suspek bertemu dengan polis terbabit di sebuah pusat membeli-belah dan menunjukkan bagaimana mereka menghasilkan wang bernilai AS$200 (RM610) Mereka kemudian mempelawa polis itu pergi ke pusat pengurup wang bagi membuktikan wang itu asli,” katanya. Akhirnya, kata Salah, mereka pergi ke sebuah hotel untuk membuat perjanjian sebelum polis bertindak menyerbu suspek,” katanya. Polis kemudian menemui wang bernilai AS$600 (RM1,832) yang dicat hitam serta sejumlah beg plastik berisi serbuh putih di bilik suspek terbabit. 

sumber- GN

Pelajar menengah sasaran syarikat rokok

gambar puntung rokok

JEDDAH: Dianggarkan 15 peratus daripada remaja Arab Saudi merokok selepas syarikat tembakau menyasarkan pasaran mereka kepada pelajar sekolah menengah negara itu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Antirokok, Sulaiman Alsabi, berkata strategi syarikat tembakau itu menyebabkan kempen “Sebelum Dia Merokok” dilancarkan pertubuhan itu.

Katanya, mereka menjalankan kajian di beberapa sekolah di Riyadh bagi mengetahui bagaimana syarikat tembakau mempengaruhi pelajar. “Penyelidik mencadangkan kempen antirokok disasarkan kepada pelajar sekolah menengah,” katanya.

Menurut Sulaiman, sangat penting mendidik pelajar mengenai bahaya rokok supaya mereka sedar kesan langsung daripada amalan itu, seperti kanser dan masalah jantung. “Kira-kira 90 peratus penagih dadah merokok ketika remaja,” katanya. 

sumber- GN

186 jemaah tersesat diselamatkan

kejadian sesat di Mekah

MAKKAH: Unit Khidmat Pelanggan Tabung Haji ‘menyelamatkan’ 186 jemaah haji Malaysia yang tersesat selepas menunaikan ibadat di Masjidil Haram.

Pengurus Unit Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Rahmat Baba berkata, jumlah itu dicatatkan sejak ketibaan kumpulan pertama jemaah di Makkah pada 26 September lalu sehingga 2 Oktober.

“Jemaah yang tersesat itu kebiasaannya mereka yang baru sampai ke Makkah atau jemaah berusia 60 tahun ke atas, katanya kepada wakil media Malaysia.

“Kiami juga berterima kasih kepada jemaah haji Malaysia yang muda kerana membantu jemaah sudah berusia ini.

“Tabung Haji mempunyai pasukan peronda yang turut bekerjasama dengan pasukan peronda dari India, Indonesia dan negara lain membantu jemaah haji negara masing-masing yang tersesat," katanya.

Katanya, jemaah haji Malaysia mengalami insiden ‘tersesat’ apabila gagal mencari jalan untuk pulang ke hotel penginapan masing-masing.

sumber- HMetro

Renjatan dalam parit

bahaya renjatan elektrik

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai cuba membaiki sambungan paip air yang pecah, maut terkena renjatan elektrik di dalam parit di Kampung Suang Parai, dekat sini, semalam.

Mayat Moksin Sibok, 31, ditemui sekumpulan kanak-kanak yang bermain bola sepak berhampiran parit berkenaan, kira-kira jam 5 petang. 

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Jaffar Manaf, 70, berkata ketika kejadian dia sedang membersihkan semak-samun di kawasan tanah miliknya berhampiran lokasi kejadian. 

sumber- HMetro

Bekas kekasih mahu terbit memoir Steve Jobs

Chris Ann Brennan
Chris Ann Brennan
BEKAS kekasih pengasas Apple, Steve Jobs, Chris Ann Brennan akan menulis sebuah memoir mengenainya dan bakal diterbitkan tahun depan.

Menurut penerbit memoir yang masih belum diberikan judulnya itu, St Martin’s Press, mereka telah mendapatkan hak untuk menerbitkan memoir yang bakal ditulis oleh Brennan, yang kini merupakan seorang pelukis yang menetap di San Francisco Bay Area.

Brennan bertemu dengan Jobs di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California pada 1972 dan kemudiannya tinggal di kabin serta menghadiri kuliah bersama Jobs selepas menghabiskan zaman persekolahan.

“Semasa Jobs berumur 17 tahun, dia mempunyai bakat dalam penulisan puisi,” kata Brennan dalam sebuah artikel yang disiarkan majalah Rolling Stone selepas kematian Jobs Oktober tahun lalu.

Pada ketika umur Brennan mencecah awal 20-an, dia melahirkan anak mereka yang dikenali sebagai Lisa Brennan-Jobs.

Jobs pada mulanya menafikan Lisa adalah anaknya tetapi lama-kelamaan mendiang cuba membina hubungan yang lebih rapat dan baik dengan anak perempuannya itu.

Memoir yang bakal diterbitkan itu akan merangkumi pelbagai topik termasuk hubungan Brennan dengan Jobs, selain kesungguhan, keazaman dan kepayahan Jobs dalam mengemudi syarikat Apple sehingga ia menjadi antara
syarikat korporat yang paling disanjungi di seluruh dunia.

Semalam, genap setahun Jobs meninggal dunia, di rumahnya di California akibat komplikasi penyakit kanser pankreas yang dihidapinya sejak 2003 sehingga menyebabkan sistem pernafasannya terganggu.

sumber- Sinar

Budak kerdil mula bersekolah

Charlotte Garside
Charlotte bersama rakan sekelasnya pada hari pertama persekolahan.
Seorang kanak-kanak kerdil dunia, Charlotte Garside mengorak langkah dalam hidupnya apabila memasuki alam persekolahan, bulan lalu.

Charlotte, 5, berketinggian 68 sentimeter (sm) dan berat 4.8 kilogram (kg), mengikuti pembelajaran prasekolah bersama kanak-kanak seusianya yang  bersaiz dua kali ganda besar daripada tubuhnya.

Hari pertama persekolahan Charlotte merupakan tarikh istimewa buat ibu bapanya, Scott Garside dan Emma Newman yang selama ini berjuang memberi perubahan kehidupan normal kepada anak bongsunya itu.

Emma berkata, disebabkan Charlotte sering menunjukkan sikap ingin tahu, lalu pihak sekolah kini membenarkan dia mengikuti kelas pembelajaran bersama kanak-kanak berumur tiga tahun.

"Saya bimbang jika Charlotte dicederakan oleh rakan sekelas, tetapi saya perlu bersikap positif dalam usaha mendidiknya untuk menjadi lebih berdikari," katanya.

Ketika dilahirkan, Charlotte memiliki berat 0.9 kg dengan tinggi 25sm dan keadaan itu memaksa Emma mengenakan pakaian anak patung kepada bayinya itu.

"Charlotte sering menjadi perhatian ketika kami  berlibur kerana saiznya yang terlalu kecil, saya terpaksa masukkannya ke dalam poket hadapan baju dengan dilengkapi lampin sebesar kad kredit.

"Ketika Charlotte dilahirkan, doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Primordial Dwarfis dan mengesahkan jangka hayatnya hanya kurang setahun," katanya.

Kini, segala andaian itu tidak tepat kerana Charlotte sudah memiliki ketinggian 70sm dan mampu berinteraksi dengan rakan sekelasnya, walaupun masih mengenakan pakaian bayi. 

sumber- The Mail

Ada pelajar bergelar ibu ayam

awek lacur diri
gambar hiasan
KULIM - Permasalahan remaja, terutama dalam kalangan pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun semakin membimbangkan kerana ada dalam kalangan mereka sudah bergelar ibu ayam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pelajar berusia 17 tahun yang masih bersekolah dan dia hanya mahu dikenali sebagai Jaja.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah dirogol ahli keluarganya, bagaimanapun perkara itu dirahsiakan kerana tidak mahu dimarahi ibunya.

Perlakuan sumbang mahram itu berterusan sehingga dia sendiri berasa seronok dan sering bertukar pasangan melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Ketika berusia 16 tahun, hubungannya dengan mat rempit semakin luas kerana sering menunggang motosikal bersama mereka.

Ini membuatkan dia semakin ghairah untuk mendapatkan wang, malah setiap pelajar yang berhadapan dengan masalah kewangan akan berjumpa dengannya dan meminta supaya dicarikan pelanggan untuk dilayan.

"Selalunya saya akan mengenakan bayaran RM150 hingga RM200 kepada mana-mana mat rempit yang ingin melakukan hubungan seks dengan mereka.

"Dari jumlah itu saya hanya mengambil RM50 sahaja. Kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan ini terdiri daripada remaja miskin, berpelesiran dan lari dari rumah," katanya.

Jaja berkata, remaja bawah umur bukan sahaja ditiduri mat rempit, malah ada dalam kalangan mereka yang lebih dewasa juga ingin meniduri mereka.

Katanya, setiap remaja perempuan yang ingin melakukan kerja itu mesti pernah melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dengan teman lelaki mereka.

"Ini kerana kebanyakan lelaki tidak mahu melakukan hubungan seks dengan remaja yang masih dara kerana bimbang akan timbul sebarang masalah," katanya.

Bagi mat rempit, pelajar yang pernah melakukan hubungan seks mudah dipujuk kerana apa yang dilakukan dibayar berbanding melakukan hubungan seks dengan kekasih dilakukan secara percuma.

Menurutnya, terdapat beberapa cara memastikan remaja perempuan tidak mengandung antaranya memakan ubat, memakai kondom dan sebagainya.

Bagaimanapun, jika ada dalam kalangan mereka yang hamil, dia mendapatkan nasihat seorang teman untuk membeli ubat RM400 untuk menggugurkan kandungan.

Bagi remaja perempuan yang tidak ada modal untuk menggugurkan kandungan, mereka terpaksa tinggal bersama teman lain sehingga bersalin dan bayi itu akan dijual dengan harga RM5,000 hingga RM10,000, termasuk wang rawatan sebelum dan selepas bersalin.

"Sekarang ada beberapa pelajar hamil dan masih bersekolah. Ada antaranya berusia 14 tahun. Perut mereka lambat membesar kerana badan mereka kecil.

Jaja berkata, ketika kandungan berusia lima bulan, pasangan yang ingin membeli bayi itu harus membawa pelajar terbabit untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan jantina bayi dalam kandungan.

"Sekiranya bersetuju, pasangan itu akan membawa remaja itu tinggal bersama mereka sehingga bersalin. Kerana itu ada dalam kalangan mereka yang lari dari rumah dan balik ke pangkuan keluarga setelah hampir setahun melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, perlakuan memperdagangkan manusia satu kesalahan jenayah serius yang boleh dihukum penjara.

Menurutnya, sehingga kini perlakuan seks yang dilakukan terhadap mana-mana remaja perempuan bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol.

Mereka yang melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan.

"Permasalahan remaja hari ini sememangnya membimbangkan. Kebanyakan dari mereka terlalu terpengaruh dengan janji kekasih.

"Apabila ini berlaku, remaja perempuan khususnya sanggup meninggalkan keluarga walaupun baru berusia 14 tahun," katanya.

sumber- Sinar

Kemalangan Maut

kemalangan maut

Norazila Ahmad, 29, yang maut selepas kenderaannya yang dipanggil 'Belalang' itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 31.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, berhampiran Bandar Penawar. 

sumber- Bernama

Gadis terkejut dicabul bapa jam 4 pagi

awek kena cabul

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam, semalam.

Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.

Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.

Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.

“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.

sumber- HMetro

Layan 200 lelaki sebulan

pelacur melayu layan jantan
gambar hiasan
KUALA LUMPUR: “Secara purata pekerja seks berusia 16 hingga 25 tahun di Malaysia melayan 10 lelaki sehari. Mereka biasanya bekerja 20 hari sebulan dan ini bermakna mereka melayan 200 lelaki sebulan.

“Keadaan itu menyebabkan kemungkinan untuk lelaki yang melanggan mereka dijangkiti penyakit kelamin termasuk virus HIV amat tinggi,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan. 

Ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya di D7, kebanyakan pekerja seks sama ada dari dalam atau luar negara yang ditahan dalam serbuan mengakui mereka menghidap penyakit kelamin.

“Jadi, kepada lelaki yang suka melanggani pekerja seks mereka perlu tahu risiko mereka dijangkiti penyakit kelamin dan virus HIV amat tinggi,” katanya. Beliau turut menasihatkan supaya lelaki hidung belang terbabit supaya tidak terpedaya dengan kecantikan pekerja seks itu terutama dari Vietnam yang kini laris di kalangan pelanggan.

Ditanya kenapa permintaan terhadap pelacur Vietnam kini meningkat, Abd Jalil berkata, terdapat dua faktor utama situasi itu berlaku.

“Pertama, faktor usia. Kebanyakan bapa ayam menawarkan remaja Vietnam berusia seawal 16 tahun. Kedua, faktor komunikasi kerana perempuan Vietnam mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr Ismail Tamby berkata, penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seks dengan pelacur tidak menjamin seseorang itu terselamat daripada terkena jangkitan penyakit kelamin.

Menurutnya, ini kerana kondom yang digunakan mungkin sudah rosak kerana tidak disimpan dengan elok atau terdedah cuaca panas.

“Ramai yang tak tahu kondom ada tarikh luput dan tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan pecah dan tidak lagi boleh berfungsi sebagai alat perlindungan,” katanya.

Ismail berkata, lebih membimbangkan, kini, penyakit kelamin sukar dikesan kerana sikap masyarakat yang lebih gemar merawat sendiri tanpa merujuk pakar.

sumber- HMetro

TV Internet haram dibongkar

TV Internet haram
Lima suspek yang ditahan dalam serbuan di premis menyediakan perkhidmatan saluran haram di Butterworth semalam diiringi anggota polis untuk mendapat perintah tahanan reman
BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru sekaligus berjaya membongkar sindiket menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

“Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

“Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang  Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Di Pulau Pinang, kegiatan menyediakan perkhidmatan aplikasi kandungan secara haram itu ditumpas selepas serbuan dijalankan di sebuah premis kondominium di Jalan Chain Fery di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Premis di tingkat enam itu dipercayai telah beroperasi lebih setahun lalu dengan menyediakan lebih lima saluran haram untuk pelanggan melalui saluran MY IPTV yang dilanggan secara bulanan.

Mohd Rodwan berkata, pemeriksaan kemudiannya mendapati premis itu dijadikan sebagai pusat menyediakan pelbagai filem termasuk filem lucah dari luar negara untuk kegunaan lebih 2,000 pelanggan dengan mengenakan bayaran langganan sebanyak RM29 sebulan.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati premis ini dipenuhi dengan pelbagai peralatan elektrik dan alatan komunikasi canggih bernilai lebih RM400,000 merangkumi pot streaming, pelayan, komputer, dekoder dan kamera digital,” katanya.

Menurutnya, premis itu dipercayai menjadi hab utama pengedaran pelbagai filem untuk pelanggan melalui penetapan RM400 sebagai deposit sebelum mereka dikenakan bayaran bulanan untuk menonton pelbagai filem dari luar negara.

“Berdasarkan penemuan peralatan canggih kita yakin sindiket ini berjaya mengaut pendapatan jutaan ringgit sebulan kerana ianya mempunyai rangkaian pelanggan di seluruh negara.

“Selepas menjalankan siasatan lanjut pihak kita membebaskan tujuh pekerja dan menahan reman tiga lelaki dan dua wanita selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 205, Akta Komunikasi Multimedia kerana menyediakan perkhidmatan Larangan Terhadap Pemberian Perkhidmatan Aplikasi Kandungan,” katanya.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama lima tahun.

sumber- Sinar

Mayat mertua atas pokok

Mayat atas pokok
Suhaidi tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui bapanya sudah meninggal dunia.
ROMPIN - Hasrat seorang lelaki melepaskan 'hajat' dalam kawasan semak terbantut apabila dikejutkan dengan penemuan mayat bapa mertuanya tergantung di atas sebatang pokok berdekatan tebing Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Denai, di sini, pagi semalam.

Belaran a/l Iman, 52, berkata, dia keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk ke hulu sungai mencari daun pucuk palas, tetapi perutnya secara tiba-tiba memulas.

Menurutnya, dia kemudiannya mengambil keputusan membuang air di kawasan semak berhampiran tebing sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Saya letakkan pisau dan minyak bot fiber di tepi semak, sementara mencari tempat yang sesuai untuk membuang air.

“Belum sempat saya membuang air, saya terkejut melihat sekujur mayat tergantung di atas pokok,” katanya kepada Sinar Harian.

Belaran berkata, pada mulanya dia tidak menyedari mayat itu adalah jasad bapa mertuanya, Sudin a/l Iman, 52, memandangkan tubuh lelaki itu tergantung menghadap ke sungai.

“Saya beranikan diri menghampiri mayat itu dan alangkah terkejutnya apabila mendapati lelaki itu adalah bapa mentua saya yang hilang sejak seminggu lalu.

“Longlai tubuh badan saya ketika itu. Kaki dan tangan saya menggeletar ketakutan, namun saya perlu keluar dari hutan untuk memberitahu ahli keluarga yang lain,” katanya.

Isteri mangsa, Bedah a/p Lera, 50, berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada malam Sabtu lalu.

Menurutnya, suaminya dipercayai keluar untuk mencari daun pucuk palas di kawasan seberang sungai bagi menambah pendapatan keluarga.

“Sebelum ini, dia (suami) pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah mental, namun sejak beberapa bulan lalu kesihatannya kembali pulih, tapi mungkin sakitnya itu menyerangnya semula selepas dia keluar dari rumah,” katanya.

Bedah berkata, suaminya seorang yang penyabar, peramah dan mengambil berat hal kekeluargaan .

Malah katanya, kehilangan suaminya itu menyebabkan anak bongsu mereka, Suhaidi a/l Sudin, 10, sering menangis kerana terkenangkan bapanya itu.

“Suhaidi masih tidak boleh terima kenyataan bapanya sudah tiada dan sering menangis hingga membuatkan kami sekeluarga risau.

“Biasanya, dia akan bermain bola sepak di tepi halaman rumah bersama bapanya, sebab itu kehilangan Sudin memberi kesan mendalam kepadanya,” katanya.

Bedah bagaimanapun menerima berita sedih itu dengan tabah dan berharap anak-anaknya juga dapat menerima kematian bapa mereka sebagai dugaan hidup.

“Saya pesan kepada anak-anak supaya jangan terlalu sedih kerana yang pergi tetap akan pergi.

"Kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan,” katanya.

sumber- Sinar

Al-Quran sebesar setem

Al-Quran sebesar setem
Mahadi menunjukkan Al- Quran yang dimilikinya dipercayai berusia 80 tahun yang diwarisi keluarganya. Gambar kiri: Al-quran yang hanya sebesar setem.
JERANTUT - Seorang pesara tentera, Mahadi Othman 41, yang menetap di perumahan Taman Damai memiliki khazanah yang cukup bernilai iaitu sebuah al-Quran kecil yang dipercayai berusia hampir 80 tahun.

Menurutnya, al-Quran yang hanya sebesar sekeping setem itu adalah milik turun-temurun keluarganya yang disimpan setelah bapanya meninggal dunia tiga bulan lalu.

“Ketika usia saya 10 tahun, saya pernah lihat arwah ayah saya menunjukkan al-Quran ini kepada saya. Menurut arwah, al-Quran ini diambil dari arwah datuknya dahulu”, katanya.

“Semasa dalam simpanan ayah saya, al-Quran ini dijaga dengan rapi dan dibalut dengan kain supaya ia sentiasa kelihatan baik dan tidak hilang," katanya sambil memegang kitab suci itu.

Mahadi berkata, selepas pemergian ayahnya, yang ketika itu menetap di Kampung Sungai Asap Gua Musang Kelantan, dia telah mengambil Al-Quran itu untuk disimpan.

"Saya sedia dikunjungi oleh mana-mana pihak yang ingin mengesahkan status al-Quran ini adakah benar ia berusia hampir 80 tahun dan dari mana asal usulnya atau sebaliknya.

“Saya juga bersedia untuk menjualnya sekiranya ada individu yang berminat dengannya serta harga yang berpatutan," katanya.

sumber- Sinar

Pendandan salun mati tergantung

rambut wanita cantik
gambar hiasan
PARIT BUNTAR - Seorang pemuda dijumpai mati dalam keadaan tergantung di bilik sebuah rumah di Taman Seri Tenggara, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mayat Tan Yong Jing, 28, ditemui tergantung pada sebuah kipas di dalam bilik tidurnya dan keadaan itu disedari bapanya kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salun rambut di sini dipercayai mati sejak malam tadi antara jam 12 tengah malam hingga pagi sewaktu ditemui.

“Bapanya menyedari kelibat tubuh mangsa tergantung melalui tingkap bilik sewaktu bapanya keluar ke pekarangan rumah pada waktu pagi.

“Bapa mangsa segera meluru ke dalam rumah untuk membuka pintu bilik mangsa tetapi berkunci. Dia terus memanggil mangsa, bagaimanapun tiada jawapan balas sehingga menyebabkan pintu dipecahkan dan ketika itu, keluarganya menyedari mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian  di sini, semalam.

Mat Fauzi berkata, punca sebenar kejadian itu masih disiasat, bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia melibatkan masalah peribadi.

Mangsa juga mempunyai sejarah terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan  masih dalam pengawasan polis di bawah Akta Rawatan dan Pemulihan Dadah.

“Mangsa yang masih bujang dan tinggal bersama keluarga itu terus dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tidak melibatkan unsur jenayah,” katanya.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa merupakan seorang yang ceria dan tidak mempunyai masalah.

“Mangsa juga sudah tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak lebih setahun lalu dan kini berusaha mendapatkan pekerjaan tetap.

“Kami sedih dengan kehilangannya memandangkan mendiang seorang anak dan adik yang baik,” katanya.

sumber- Sinar

Ular sawa melingkar bawah jambatan

JPAM tangkap ular
Ular sawa berjaya ditangkap pasukan JPAM Alor Gajah kurang 10 minit.
ALOR GAJAH - Kebimbangan pekerja di sebuah tempat mencuci kereta reda selepas tiga ular sawa yang menghuni bahagian bawah sebuah jambatan berjaya ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah, dekat sini tengah hari semalam.

Difahamkan, kewujudan tiga ular berkenaan disedari pemilik bengkel mencuci kenderaan, M Skumaran, 33, kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia bekerja sebelum melihat sekumpulan remaja memancing ikan di bawah jambatan.

Menurutnya, ketika itu saya secara tidak sengaja terlihat ular sawa di bahagian bawah jambatan berkenaan.

"Setelah diamati lebih dekat, bukan seekor tetapi ada tiga ekor ular sawa dewasa sepanjang 1.5 meter sedang bergumpal di celahan kayu dan batu di bawah jambatan dipercayai dalam proses bersalin kulit.

"Terkejut melihat ular itu, saya terus menjerit mengarahkan lima remaja terbabit beredar dari kawasan berkenaan kerana dibimbangi mengganggut habitat reptilia itu yang dipercayai sudah beranak pinak melebih lima ekor," katanya.

Skumaran berkata, bimbang perkara buruk berlaku, dia terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah untuk menangkap ular berkenaan yang menghuni di bawah jambatan berkenaan.

"Lebih membimbangkan kawasan berkenaan yang lembap dan sejuk selain dipenuhi semak samun tidak mustahil menjadi tempat membiak utama reptilia berkenaan dan menjadikan jambatan sebagai tempat berlindung.

"Saya juga bimbang kerana berdekatan jambatan itu juga terdapat sebuah rumah didiami sepasang suami isteri warga emas yang uzur," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Daerah Alor Gajah, Ismail Zulkifli berkata, tiga anggota ditugaskan ke lokasi setelah menerima maklumat lengkap daripada pengadu kira-kira jam 12.05 tengah hari bagi melakukan kerja menangkap ular.

“Setibanya di tempat kejadian, kami sukar mengesan kedudukan ular berkenaan yang berada di satu sudut di bawah jambatan namun dengan kemahiran ada kami berjaya menangkap ular itu dalam tempoh kurang 10 minit,” katanya.

sumber- Sinar

Bayi hampir reput dalam kolam

mayat bayi dijumpai
Anggota polis forensik melakukan pemeriksaan ke atas mayat bayi ditemui di kolam tadahan Puncak Jalil, semalam.
SERI KEMBANGAN – Penduduk Taman Puncak Jalil di sini gempar dengan penemuan mayat bayi hampir reput terapung di sebuah kolam tadahan berdekatan perumahan itu, petang semalam.

Difahamkan, bayi lelaki itu masih bertali pusat ditemui orang awam yang kebetulan berjoging berdekatan kawasan kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, bayi itu ditemui dalam balutan sehelai baju T berwarna merah kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, orang awam yang menemui bayi itu terus menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai sudah berada dalam takungan air itu antara empat hingga ke lima hari berdasarkan keadaannya yang hampir reput dan sudah berulat.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk memastikan sama ada bayi berkenaan dicampak ke kolam tadahan itu ketika masih hidup atau sebaliknya.

“Bayi cukup sifat dipercayai dibuang selepas dilahirkan itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, Abd Razak memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi IPD Serdang di talian 03-80620485 untuk membantu siasatan.

sumber- Sinar

Cucu Runme Shaw dihukum penjara

Howard Shaw
Howard Shaw
SINGAPURA: Seorang ahli perniagaan terkenal di sini mula menjalani hukuman penjara semalam selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Howard Shaw, 41, cucu ahli perniagaan pawagam terkenal Asia, Runme Shaw dan bekas aktivis alam sekitar memberitahu wartawan, dia “gementar” untuk melaporkan diri di mahkamah daerah untuk memulakan hukuman penjara 12 minggunya. 

Howard boleh dibebaskan selepas lapan minggu sekiranya dia layak untuk pengampunan satu pertiga sekiranya berkelakuan baik. 

Howard dijatuhkan hukuman Julai lalu kerana melakukan hubungan seks dengan pelacur bawah umur yang waktu itu belum menyambut harijadinya yang ke-18, pada Oktober 2010.

Di bawah undang-undang 2008, adalah satu kesalahan jenayah mendapatkan perkhidmatan seks berbayar dengan gadis bawah 18 tahun.

Selain Howard, 50 lelaki lain termasuk ahli perniagaan, penjawat awam dan pegawai berseragam telah didakwa kerana mengadakan hubungan seks berbayar dengan gadis yang sama. 

Identiti gadis itu tidak didedahkan atas arahan mahkamah. 

sumber- Straits Times 

3 beranak bunuh warga Afrika

Oswald Heinrich Duvel
Oswald Heinrich Duvel
BANGKOK: Polis menahan seorang wanita yang disyaki berkomplot dengan ibu dan abang tirinya dalam pembunuhan suaminya yang berasal dari Afrika Selatan, di daerah Keang Doi, wilayah Saraburi.

Kacharin Duvel dan abang tirinya,Surasith Pacchathepmonkol, didakwa membunuh Oswald Heinrich Duvel, 50, seorang warga Afrika Selatan yang dilaporkan bekerja sebagai pengurus di syarikat senireka. 

Polis menemui mayat Duvel yang bogel di tepi jalan pada 30 September lalu. Mangsa ditembak melalui mulut. 

Pada mulanya, Kacharin dan keluarganya menafikan mengetahui mengenai pembunuhan itu, kata polis.

Polis mendapat tahu pasangan itu masing-masing cuba mendapatkan hak penjagaan ke atas anak mereka yang berusia tiga tahun di mahkamah.

Kereta mangsa ditemui ditinggalkan di tepi jalan dan polis menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan itu dengan isteri dan abang tiri suspek. 

Menurut polis, mereka disoal siasat sekali lagi dan akhirnya mengaku membunuh Duvel. 

Polis berkata, Kacharin mengaku menarik perhatian Duvel dengan menawarkan kepada mangsa peluang menemui anak mereka dan kemudian membunuhnya. 

Abang tirinya yang menembak mangsa, kata polis. 

Kacharin merancang pembunuhan itu dengan ibu dan abang tirinya. 

Suspek memberitahu polis dia ditipu untuk mengahwini Duvel supaya suaminya itu dapat bekerja di Thailand. 

Mereka kemudian berpisah, tetapi apabila anak mereka semakin membesar, Duvel dikatakan mahu hak penjagaan terhadap anak mereka. 

Kacharin berkata, dia tidak mahu kehilangan hak penjagaan anak lalu merancang pembunuhan itu. 

Kacharin dan abang tirinya, Surasith didakwa membunuh dengan niat, sementara ibunya menjadi saksi dan penjaga anak Kacharin. 

sumber- BP 

Biri-biri berkepala terbalik jadi perhatian ramai

LONDON: Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.

Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.

kambing biri-biri pelik
RAKAMAN imej kambing di sebuah ladang di England yang menjadi perhatian di laman YouTube.
Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakan.

Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik.

“Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat,” katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biri berkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England.

sumber- TS

Pasangan bercinta dengan serigala

mencintai haiwan
ELLIS mengajar Isla bagaimana mendekati serigala dan mengelak daripada dicederakan.
LONDON: Menjalin hubungan dengan bekas tentera yang menghabiskan masa hampir tiga tahun dengan serigala dalam taman hidupan liar serta tanpa mandi bukanlah impian yang menarik.

Namun, dalam keadaan hidup begitulah Shaun Ellis bertemu pasangannya, Isla.

Digelar Wolfman, Ellis, 47, dipercayai menjalin hubungan sangat akrab dengan haiwan liar serta mengajar teman wanitanya itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
hubungan dengan haiwan
ADA dua ekor serigala jantan dan seekor betina di Pusat Penyelidikan Serigala di Coombe Martin, Devon.
Hasil persefahaman dengan Isla, 30, kini mereka melangsungkan perkahwinan secara tradisi selepas bertemu kali pertama pada September 2009. 

Lebih dua tahun selepas menjalin hubungan istimewa pada April 2010, Ellis dan Isla berkahwin mengikut adat tradisi suku pribumi Amerika Syarikat (AS) dalam satu majlis di Devon.

Disebabkan kecintaan mendalam terhadap pribumi AS, Ellis dan Isla membina khemah seperti kediaman suku Red Indian di taman dan ia menjadi rumah kedua untuk mereka ketika menjalankan kajian secara dekat hidupan liar di kawasan berkenaan. 

Kata Isla, cintanya terhadap Ellis adalah cinta pandang pertama “Saya tak tahu apakah cinta sehingga saya diperkenalkan kepada Ellis.

“Selepas sekian lama membayangkan lelaki idaman saya, nampaknya lelaki itu adalah Ellis,” katanya. 

Sejak berkenalan, kata Isla, Ellis banyak mengajarnya mengenai serigala, terutama bagaimana menghormati haiwan liar itu. Setakat ini, katanya, dia tidak pernah diserang atau dicederakan serigala.

Ellis menghabiskan masa dua setengah tahun memburu, makan, melolong dan tidur bersama empat serigala jantan di taman berkenaan yang terletak di Coombe Martin, Devon.

Dia juga mengehadkan pemakanannya kepada daging semata-mata, selain tidak mandi supaya bau badannya sesuai dengan haiwan liar berkenaan. 

Kata Ellis, dia lebih selesa hidup bersama serigala berbanding bergaul dengan manusia. “Jika berjauhan, saya akan merindui serigala itu.

“Bagi saya, serigala itu sama seperti keluarga manusia kerana pertalian sesama mereka rapat,” katanya. 

sumber- DM

Gadis mahu sebar sifilis

rawatan penyakit kelamin

KUALA LUMPUR: “Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.

Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.

Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

sumber- HMetro

Guna darah sendiri sebagai dakwat lukisan

Vincent Castiglia
VINCENT CASTIGLIA bergambar bersama beberapa lukisan yang dihasilkan dengan darahnya di Galeri Sacred, New York.
NEW YORK - Seorang pelukis Amerika Syarikat, Vincent Castiglia menggunakan darah sendiri untuk menghasilkan karya lukisannya.

Pelukis berkenaan melancarkan pameran lukisan terbaharunya, Resurrection yang dibuka kepada orang ramai sejak semalam hingga akhir bulan ini.

Pameran tersebut menampilkan sejumlah lukisan Castiglia yang dihasilkan sejak sepuluh tahun lalu.

Semua karya tersebut dihasil menggunakan darahnya sendiri. 

sumber- Reuters

Saintis guna sel biasa cipta sel telur

rupa bentuk sel
GAMBAR oleh Universiti Kyoto semalam menunjukkan sejumlah sel telur tikus yang dihasilkan daripada sel stem seekor tikus.
KYOTO - Sepasukan saintis Jepun menemui kaedah unik bagi mengubati masalah kemandulan dengan menggunakan sel biasa daripada tikus dewasa untuk menghasilkan sel telur.

Kejayaan mereka dipercayai dapat membantu wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur secara semula jadi untuk menghasilkan ovum di dalam tabung uji dengan menggunakan sel badan mereka.

Sel telur tersebut kemudian dimasukkan kembali ke dalam badan bagi membolehkan mereka bunting.

Pencapaian tersebut dibuat selepas sepasukan saintis Universiti Kyoto di sini menuai sejumlah sel stem atau sel asas daripada beberapa ekor tikus.

Mereka mengubah sel tersebut untuk menjadi sel germa yang menghasilkan sperma untuk lelaki dan telur bagi wanita.

Mereka kemudian menyuntik sel-sel telur itu ke dalam seekor tikus betina dewasa yang berperanan sebagai ibu tumpang.

Anak-anak tikus yang dilahirkan menerusi kaedah itu hidup sihat dan mampu membiak setelah dewasa seperti tikus normal.

"Eksperimen kami berperanan sebagai asas kukuh berhubung penghasilan sel germa bukan untuk tikus, tetapi juga manusia," kata penulis kajian itu, Katsuhiko Hayashi.

Penyelidikan tersebut disiarkan dalam jurnal Science. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...