Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Monday, December 24, 2012
Ibu bapa enggan anak terkunci dalam kereta diselamatkan
Seorang kanak-kanak telah terperangkap di dalam Kenderaan. Namun, ibu bapa kanak-kanak tersebut enggan membenarkan dia diselamatkan kerana kos memperbaiki cermin tingkap yang pecah adalah mahal.
Kejadian ini berlaku di bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang, China. Difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tertinggal kunci di dalam kereta. Secara tidak sengaja, pintu kenderaan tersebut pula terkunci secara automatik dan pada masa yang sama anak mereka masih berada di dalam. Pasukan penyelamat terpaksa dipanggil untuk memberi bantuan.
Setelah berbincang, pihak bomba tiada cara lain melainkan dengan memecahkan salah satu dari cermin kenderaan tersebut. Tetapi ibu bapa kanak-kanak ini enggan membenarkannya. Alasannya kereta ini baru sahaja dibeli dan kos memperbaiki cermin yang pecah adalah amat tinggi. Pihak polis dan bomba terpaksa menunggu sambil memikirkan cara lain walaupun telah menemui jalan buntu.
Keadaan menjadi semakin serius apabila kanak-kanak malang ini dilihat semakin pucat akibat kekurangan udara, serta tangisan akibat tekanan yang dihadapinya. Ianya adalah petanda yang mungkin boleh membawa maut. Selepas sejam, mereka bersetuju cermin kenderaan ini dipecahkan dan kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan.
Trak terbalik, orang ramai sibuk mencuri
Pada 21 Disember yang lalu, seorang pengguna Weibo telah mengemaskini statusnya yang berbunyi, "Sebuah kenderaan terbaik, orang ramai datang tetapi bukanlah untuk membantu sebaliknya mereka hanya mencuri barangan yang bergelimpangan." Disamping itu, pengguna Weibo tersebut turut menyelitkan sekeping gambar. Foto tersebut menunjukkan berpuluh-puluh orang datang mengerumuni tempat kejadian semata-mata untuk mengutip lobak yang bertaburan.
Difahamkan trak tersebut membawa lobak yang bernilai kira-kira 38,000 yuan dan terbalik di Guidang, Guangxi, China. Keadaan jalan raya yang berais menyebabkan insiden tersebut berlaku. Malangnya, penduduk tempatan bukanlah datang untuk membantu sebaliknya mencuri lobak di situ. Pemandu tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka terlalu ramai.
Insiden yang sama turut berlaku beberapa hari sebelum itu. Sebuah trak yang membawa epal telah terbalik di Shaanxi. Kira-kira 60 orang telah datang mengutip epal yang bertaburan. Perbuatan ini amat dikecam kerana mereka mengambil kesempatan diatas kesulitan yang dihadapi oleh orang lain sedangkan barangan yang bertaburan itu bukanlah hak mereka.
Gugur kandungan kerana didera suami
ALOR GAJAH - Seorang wanita bukan sahaja menjadi mangsa sikap panas baran suaminya, malah pernah menggugurkan dua kali kandungannya akibat tekanan dihadapinya.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Mashitah (bukan nama sebenar), 31, berkata, kejadian terbaru, dia disepak suaminya yang berusia 29 tahun ketika menghadiri kenduri di rumah mertuanya di daerah ini, malam kelmarin.
"Namun ketika itu, suami tersalah mengambil beg dan memaki hamun sebelum menendang saya dari arah belakang,” katanya.
Mashitah berkata, dia bukan sahaja ditendang, malah suaminya turut menampar mukanya hingga terjatuh.
“Saya ditendang di belakang badan dan ditampar di pipi sebelah kanan,” katanya.
Menurut Mashitah yang mempunyai dua anak berusia empat dan enam tahun, dia mengenali suaminya itu yang berkerja di Sabah sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.
Katanya, akibat tekanan, dia terpaksa menggugurkan kandungan berusia lima bulan Februari lalu dan kali kedua Oktober lalu ketika kandungan mencecah empat bulan.
"Ketika saya mengandung, suami tetap memukul saya dan akibat tekanan itu, saya menggugurkan kandungan,” katanya.
Mangsa yang tidak tahan dengan sikap suaminya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan.
sumber- Sinar
Rebus telur guna air kencing
Tibanya musim bunga, bandar Dounia di Wilayah Zhejiang, China mula diselubungi bau pelik tetapi ianya adalah perkara biasa bagi penduduk setempat. Bau tersebut datangnya dari hidangan popular Tuntszydan yang bermaksud 'telur budak lelaki'. Hidangan ini dikatakan terlalu menyelerakan dan amat berkhasiat.
Bagi menyediakan Tuntsydan yang lazat, air kencing kanak-kanak lelaki berusia dibawah sepuluh tahun akan digunakan. Sekolah-sekolah menjadi tempat terbaik untuk mendapakant takungan air kencing yang secukupnya. Pada sebelah petang, air kencing yang bertakung akan dikutip oleh para peniaga dan digunakan untuk merebus telur. "Telur ini amat baik untuk kesihatan. Keluarga kami memakannya setiap hari. Di Dunyane, setiap keluarga amat menggemarinya," kata salah seorang penjual Tuntszydan.
Penghasilan hidangan tersebut mengambil masa seharian. Pertama sekali, telur haruslah direndam dan direbus menggunakan air kencing. Setelah masak, kulit telur tersebut akan merekah dan agak berbeza berbanding telur rebus biasa.
Hadiah Krismas Anak Tom Cruise RM74,000
HOLLYWOOD: Sebagai anak perempuan kepada dua bintang terbesar dunia, Suri Cruise boleh dapat apa saja.
Jadi ketika memilih hadiah untuk anak perempuannya yang berusia enam tahun itu, Katie Holmes nampaknya langsung tidak teragak-agak.
Katie dilaporkan membeli rumah mainan Victoria berharga 15,000 pound (RM74,188) yang dikatakan akan diletakkan di laman rumah mereka.
Rumah mainan Grand Victoria mewah dari laman web Sweet Retreat Kids itu lengkap dengan bekalan air dan bekalan elektrik.
Pilihan tambahan lain termasuk, ‘lampu terbenam, loteng untuk bermain, bilik cahaya, bilik media, dapur, ruang makan, interkom bersambung dengan rumah, garaj untuk menyimpan kereta mainan, pagar kayu putih dan lanskap.’
Laman web itu menambah, memandangkan ketinggiannya kira-kira dua meter, orang dewasa juga boleh bermain di dalamnya.
Dan sudah tentu, rumah mainan itu bukan satu-satunya hadiah yang diterima daripada ibunya, bintang Dawson Creek, untuk Krismas ini.
Menurut The Sun, Suri juga akan menerima hadiah iPad dan kereta Mercedes Benz versi kanak-kanak berharga 6,000 pound (RM29,675).
Seorang yang suka berfesyen, Suri juga akan menerima antaranya, baju baru seperti kot berbulu Chloe dan gaun Ralph Lauren.
Tapi, nampaknya Katie terpaksa menunggu untuk memberi hadiah itu buat sementara waktu kerana bapa Suri, Tom Cruise baru-baru ini mendedahkan dia akan bersama Suri meraikan hari Krismas.
Selain Suri, kakaknya Isabella dan abangnya Connor akan bersama di kediaman aktor itu di Los Angeles.
sumber- DM
Jadi ketika memilih hadiah untuk anak perempuannya yang berusia enam tahun itu, Katie Holmes nampaknya langsung tidak teragak-agak.
Rumah mainan Grand Victoria mewah dari laman web Sweet Retreat Kids itu lengkap dengan bekalan air dan bekalan elektrik.
Pilihan tambahan lain termasuk, ‘lampu terbenam, loteng untuk bermain, bilik cahaya, bilik media, dapur, ruang makan, interkom bersambung dengan rumah, garaj untuk menyimpan kereta mainan, pagar kayu putih dan lanskap.’
Laman web itu menambah, memandangkan ketinggiannya kira-kira dua meter, orang dewasa juga boleh bermain di dalamnya.
Dan sudah tentu, rumah mainan itu bukan satu-satunya hadiah yang diterima daripada ibunya, bintang Dawson Creek, untuk Krismas ini.
Menurut The Sun, Suri juga akan menerima hadiah iPad dan kereta Mercedes Benz versi kanak-kanak berharga 6,000 pound (RM29,675).
Seorang yang suka berfesyen, Suri juga akan menerima antaranya, baju baru seperti kot berbulu Chloe dan gaun Ralph Lauren.
Tapi, nampaknya Katie terpaksa menunggu untuk memberi hadiah itu buat sementara waktu kerana bapa Suri, Tom Cruise baru-baru ini mendedahkan dia akan bersama Suri meraikan hari Krismas.
Selain Suri, kakaknya Isabella dan abangnya Connor akan bersama di kediaman aktor itu di Los Angeles.
sumber- DM
Mangsa simbah asid jadi Jutawan
NEW DELHI: Mangsa yang selamat daripada serangan asid ketika masih remaja, memenangi tempat pertama, sekali gus menjadi jutawan, dalam rancangan kuiz televisyen paling popular di India.
Sonali Mukherjee, melecur teruk di muka disebabkan serangan itu yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun dan keluarganya menggunakan semua wang mereka untuk rawatannya.
Namun wanita berusia 27 tahun dari New Delhi ini mungkin akan dapat membayar kos rawatan pembedahan plastik apabila memenangi kuiz Who Wants to be a Milionaire versi India.
Hos rancangan itu, Amitabh Bachchan memuji Sonali kerana berani tampil di rancangan itu.
Katanya: “Haknya untuk keadilan dinafikan, malah dia merayu supaya nyawanya diambil. Itu juga dinafikan kerana eutanasia diharamkkan di negara ini.
“Dia membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan menderita sendirian.
“Kisahnya adalah kisah keberanian yang tinggi. Negara ini memuji dia dan begitu juga kami.
Sonali yang telah melalui pembedahan sebanyak 22 kali sejak serangan pada 2003 berkata, kemenangannya itu bertepatan untuk rawatan yang akan dilaluinya selepas ini.
Dia adalah pelajar cemerlang di Dhanbad, di wilayah Jharkhad ketika diserang dengan bahan kimia dikenali sebagai Tezaab, yang biasanya digunakan untuk membersihkan peralatan berkarat.
Penyerangnya memecah masuk rumahnya dan menyimbah asid ke mukanya ketika dia tidur.
Sonali kini separuh buta dan pekak disebabkan kecederaannya.
Sejak serangan itu, dia tidak langsung menerima dana untuk rawatan dan awal tahun ini dia menulis surat kepada kerajaan India, mengugut untuk membunuh diri sekiranya tidak mendapat bantuan kerajaan.
Penyerangnya kini diikat jamin selepas dipenjara hanya empat bulan dan mereka tidak didakwa dengan betul atas jenayah yang dilakukan.
sumber- DM
sumber- DM
Wanita Arab-Israel meninggal dunia pada usia 124 tahun
TEL AVIV: Seorang wanita Arab warga Israel dilaporkan meninggal dunia pada usia 124 tahun.
Sekiranya disahkan, ia bermakna wanita itu dalah wanita paling lama hidup, lapor media Israel.
Mariam Amash dari Kampung Arab di Jisr al-Zarqa, kira-kira 400 kilometer dari utara Tel Aviv, meninggalkan 10 anak dan kira-kira 300 cucu dan cicit, menurut ynet, versi internet akhbar terlaris Israel, Yedioth Ahronot.
MARIAM menunjukkan dokumen pengenalan dirinya beberapa tahun lalu. |
Kad pengenalan Israelnya menunjukkan dia dilahirkan pada 1888.
Buat masa ini, orang tertua yang pernah disahkan dan didokumenkan ialah Jeanne Calment dari Perancis (1875-1997) yang meninggal dunia ketika berusia 122 tahun.
Beberapa bulan lalu, Mariam memberitahu ynet bahawa dia memang berusia 124 tahun dan dia masih ingat tahun dia dilahirkan tetapi tidak tarikh tepatnya.
Maka, kerani yang mengeluarkan kad pengenalannya berpuluh-puluh tahun lalu meletakkan 00.00.1888 sebagai tarikh dia dilahirkan dalam dokumen pengenalan itu.
“Jadi, keluarga saya akan mengadakan majlis keraian dan memberi hadiah pada setiap akhir tahun,” katanya.
Berita mengenai Mariam ini diketahui selang seminggu selepas Buku Rekod Guinness mengesahkan Jiroemon Kumura, lelaki berusia 115 tahun dari Jepun sebagai lelaki tertua hidup di dunia selepas wanita dari Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 115 tahun.
sumber- Agensi
Serpihan limbungan dari Jepun ditemui di pantai timur AS
FORKS, Washington - Serpihan limbungan terapung yang hanyut akibat kejadian tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu ditemui di sebuah pantai di negeri Washington, timur Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu.
Seorang pegawai menyatakan, terdapat tulisan Jepun ditemui pada struktur itu.
Satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar serpihan tsunami kini cuba mengesahkan sama ada ia berasal dari Jepun.
SERPIHAN limbungan terapung dari Jepun dihanyutkan di sebuah pantai di dekat Forks, Washington pada Selasa lalu. |
Pasukan pakar-pakar tersebut mengambil lima sampel bagi menentukan sama ada terdapat bahan radioaktif kerana sebuah loji nuklear di timur laut Jepun pernah mengalami kerosakan akibat tsunami itu.
Serpihan limbungan itu ditemui pada Selasa lalu oleh Pasukan Pengawal Pantai AS.
Sebelum ini, serpihan sebuah lagi limbungan terapung dari Jepun turut ditemui di Newport, Oregon, AS, pada Jun lalu.
Bencana tsunami itu menyebabkan hampir 16,000 orang terbunuh di timur laut Jepun.
sumber- Agensi
Ubi kentang diuji ganti penumpang pesawat
CHICAGO - Para jurutera sebuah syarikat yang membina pesawat Boeing di sini menggunakan guni yang mengandungi sejumlah ubi kentang untuk menggantikan penumpang bagi menguji pengesanan gelombang bagi gajet tanpa wayar.
Guni itu diletakkan di tempat duduk penumpang dan ia kelihatan seperti manusia semasa ujian tersebut dilakukan.
GUNI mengandungi ubi kentang diletakkan di tempat duduk sebuah pesawat Boeing untuk menggantikan manusia dalam ujian pengesanan isyarat tanpa wayar. |
Menurut jurucakap Boeing, Adam Tischler, ubi kentang mengandungi kandungan air dan menyerap serta memancarkan isyarat gelombang radio sama seperti tubuh manusia.
Beliau berkata, ia membolehkan ubi kentang sesuai untuk menggantikan manusia dalam ujian tersebut.
Pihak syarikat Boeing membeli sebanyak 9,000 kilogram ubi kentang untuk ujian itu.
Hasil ujian tersebut, para jurutera syarikat berkenaan mewujudkan sistem proprietari untuk pelarasan isyarat internet.
Menurut Boeing, sistem itu memastikan gelombang isyarat tanpa wayar tidak akan mengganggu peralatan komunikasi dan peralatan penerbangan yang sensitif.
Syarikat itu menyatakan, isyarat tanpa wayar kini boleh diperoleh dalam pesawat Boeing 777, 747-8 dan 787 Dreamliner.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)