Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, October 28, 2012

Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit

London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya. 

Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu. 

hanset jatuh lubang jamban
gambar hiasan
Antara alasan paling pelik syarikat insurans itu adalah kisah petani di Devon yang mendakwa telefonnya termasuk dalam dubur lembu. Petani itu berkata, alat komunikasi berkenaan dipegangnya ketika membantu seekor lembu beranak, lapor akhbar, di sini.

Alasan kedua paling pelik membabitkan seorang wanita berusia 40-an di Nottingham. 

Dia mendakwa termasak alat itu ketika membuat kek untuk anak perempuannya menyambut hari jadi. 

Seorang wanita 30-an pula berkata, telefonnya dirampas seekor burung di Barry Island, Wales. 

Seorang wanita berusia 20 tahun di Bristol pula mendakwa gegaran telefonnya tidak berfungsi ketika menggunakan alat itu untuk tujuan peribadi. 

Dalam satu lagi kes, seorang pekerja berusia 40 tahun berkata, telefonnya terjatuh ketika mahu duduk di mangkuk tandas. 

Seorang lagi lelaki berisia 30-an mendakwa, ketika merakamkan aksi monyet dari dalam keretanya di Tamah Safari Longleat, seekor monyet naik ke bumbung kenderaan dan merampas alat itu daripadanya. 

sumber- Agensi

Kutip mayat jadi sumber rezeki

New Delhi: Ravi baru berusia tujuh tahun ketika lari dari rumah, menaiki kereta api dari utara India ke Mumbai. Selepas 25 tahun dia masih berada di landasan kereta api, melakukan kerja yang langsung tidak terlintas di fikiran ketika tiba di bandar raya itu berurusan dengan mayat untuk mencari rezeki.

Memindahkan mayat dari landasan kereta api di bandar raya itu memang tugas menggerunkan tetapi Ravi cukup terdesak untuk melakukannya.

kutip mayat

Ramai yang maut ketika cuba menyeberangi landasan. Sebanyak 6,000 maut setahun akibat perbuatan itu di Mumbai, menurut satu kajian. 

Segelintir lagi membunuh diri atau jatuh ke atas landasan dan yang lain terkena tiang trek ketika bergantung di luar kereta api yang penuh sesak. Mayat cacat teruk sehingga seseorang itu perlu khayal sebelum mengutipnya. 

Kami menghidu sebelum mengutip mayat, jika tidak kami tidak dapat melakukannya, jelas Ravi, 35, yang menghidu pakaian yang direndam dalam cecair pencuci menyebabkan ketagihan. 

Duduk dalam gerabak kosong dalam lingkungan stesen Gothic CST, Ravi berkata, dia menghidu tiga botol kecil cecair itu setiap hari, setiap satunya berharga tiga sen Amerika Syarikat (9 sen) dan digunakan untuk membersihkan peralatan pejabat. 

Seharian mereka hidup dengan melakukan kerja pengangkut tidak rasmi, berharap kepada ehsan penumpang dan melakukan kerja pelik bagi pihak berkuasa.

Namun apabila mayat atau orang yang cedera dikesan atas landasan berhampiran CST, pegawai stesen memberitahu mereka tugas yang boleh menggandakan pendapatan harian. 

Mereka menceritakan bagaimana pindahkan mangsa dari rel dengan pengusung atau kadangkala membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke rumah mayat selain mereka yang masih hidup. 

Sebagai balasan, kuli pengusung ini memperoleh sehingga 100 hingga 150 rupee (RM6 hingga RM9). 

sumber- Agensi

Penderma susu badan terbanyak

TEXAS - Seorang wanita yang tinggal di North Texas diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penderma susu badan terbanyak bagi membantu kanak-kanak malang.

Alicia Richman, 28 dari Granbury, menderma 86 gelen atau 325.3 liter susu badan di antara Jun 2011 dan Mac lalu kepada badan kebajikan The Mothers' Milk Bank of North Texas.

Alicia Richman
Alicia Richman menjadi wanita pertama menderma 86 gelen susu badan kepada The Mothers' Milk Bank of North Texas.
Badan kebajikan tersebut membekalkan susu ibu kepada unit rawatan rapi neonatal.

Jumlah tersebut dianggap terlalu besar kerana seorang bayi yang baru lahir hanya minum susu kira-kira 88 mililiter sehari.

Richman berkata, dia mengumpul susu badannya di mana-mana sahaja termasuk ketika bekerja dan bercuti.

''Saya tidak pernah membeli formula untuk meningkatkan pengeluaran susu badan,'' katanya.

Richman mula menderma susu badan selepas melahirkan anak lelakinya yang kini berumur 19 bulan selepas mendapati dia mengumpul susu melebihi keperluan anaknya.

''Saya mengumpul susu yang boleh memenuhi dua peti sejuk, ia melebihi apa yang anak saya perlukan,'' katanya.

Kemudian wanita tersebut memutuskan untuk membantu anak pra-matang dan bayi yang tidak sihat yang memerlukan susu badan berbanding susu formula.

''Saya merasakan Tuhan merahmati saya dengan pengeluaran susu badan yang banyak dan saya perlu membantu bayi yang sakit untuk mereka terus hidup,'' katanya. 

sumber- Agensi

Mini Cooper klasik ditemui

DORSET- Sebuah kereta klasik Mini Cooper yang disimpan di dalam garaj sebuah kediaman sejak tahun 1976, ditemui baru-baru ini.

Kereta klasik itu ditemukan ahli keluarga mendiang Brian Smith, yang membersihkan kediaman mendiang itu di Christchurch, di sini, selepas dia meninggal dunia pada Mei lalu.

Mini Cooper untuk dijual
KERETA kecil klasik ini dijangka mampu dijual dengan harga 12,000 pound (RM60,000). - AGENSI
Kenderaan itu akan dilelong dan harganya dijangka boleh mencecah 12,000 pound (RM60,000).

Anak saudara Smith, Neil Piper, 44, berkata, keluarganya memutuskan untuk menjual kereta tersebut kerana tidak ada seorang pun ahli keluarga mereka yang merupakan peminat kereta.

"Kereta itu perlu diubah suai dan kami tidak arif mengenainya," katanya.

Smith yang masih bujang, membeli kereta tersebut pada tahun 1966 di Portsmouth, Hampshire dan kali terakhir memandunya pada musim panas tahun 1976, sebelum menyimpannya di dalam garaj di kediamannya itu.

Sejak itu, kenderaan tersebut tidak pernah dipandu atau dikeluarkan dari garaj tersebut sehinggalah kereta itu ditemui baru-baru ini.

Bacaan meter perbatuan kenderaan itu menunjukkan 22,270 batu (35,840 kilometer), dan keadaan itu dijangka meningkatkan lagi harga bidaan bagi kenderaan tersebut.

Matthew Whitney, dari syarikat bidaan Charterhouse berkata, Mini Cooper sangat sinonim dengan tahun 60-an dan menjadi ikon bagi industri permotoran Britain ketika itu.

"Kebanyakan kereta klasik jenis itu sudah diubah suai, namun kenderaan itu masih berada dalam keadaan asal 100 peratus termasuk enjin dan panelnya," katanya. 

sumber- AGENSI

Sarung tangan pintar

HUNTSVILLE, Alabama - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut.

Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002.

Gountlet Keyboard
CIPTAAN Gountlet Keyboard membolehkan pengguna menggunakan ibu jari untuk menaip mesej tanpa perlu menaip pada papan kekunci atau skrin sentuh yang terdapat pada telefon pintar. - AFP
Seorang daripada pereka cipta tersebut, Jiake Liu berkata, dengan sarung tangan itu, pengguna boleh menggunakan ibu jari mereka untuk menyentuh huruf yang terdapat pada jari dan tapak tangan mereka tanpa perlu menggunakan papan kekunci atau skrin sentuh pada alatan elektronik mereka.

Katanya, fungsi space dan enter turut dimasukkan dalam sarung tangan terbabit yang dihubungkan melalui Bluetooth.

"Gauntlet Keyboard boleh berfungsi dengan komputer, telefon pintar, alat kawalan permainan video, alat muzik dan peralatan tentera.

"Ciptaan ini juga boleh digunakan sebagai papan kekunci kepada penguna yang cacat sebelah tangan atau kekurangan jari," katanya. 

sumber- AGENSI

Beri ganja kepada bayi

WELLINGTON: Seorang ibu mengaku memberi ganja kepada bayinya yang berusia tiga bulan melalui susu badan, lapor media semalam.

Ibu berusia 29 tahun itu berasal dari bandar Wanganui dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa selama enam bulan.

rokok ganja
gambar hiasan
Wanganui Chronicle melaporkan, polis menahan wanita terbabit dalam pemeriksaan di rumahnya baru-baru ini.

Jurucakap polis berkata, perbuatan wanita itu boleh dianggap mendera bayi.

Bagaimanapun, pensyarah undang-undang Universiti Auckland, Warren Brookbanks, berkata wanita terbabit tidak dapat disabitkan kesalahan jika tidak mengaku salah. 

“Pendakwa perlu membuktikan wanita terbabit menyedari ganja ada dalam sistem badannya dan dia sengaja memberikan bahan itu kepada bayinya,” katanya. 

sumber- AFP

Gadis bisu terlanjur

KUALA LUMPUR: Hinanya seorang lelaki apabila tergamak mengambil kesempatan terhadap gadis kelainan upaya (OKU) hingga menyebabkan remaja berusia 17 tahun itu hamil enam bulan dan kini menunggu masa melahirkan kandungannya di Rumah Sinar Salam, Chow Kit, di sini.

Penyelia rumah berkenaan, Nurul Husna Hamid berkata, punca remaja itu terlanjur akibat hubungan terlarang daripada pergaulan bebas dan terpedaya dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga disahkan hamil, awal tahun ini.

awek buat seks terlanjur
gambar hiasan
“Walaupun dia bisu, teknologi canggih (laman web dan telefon bimbit) hari ini membolehkan pasangan kekasih berhubungan antara satu sama lain hingga terlanjur.

“Kami tidak menafikan walaupun fizikalnya serba kekurangan, keinginan golongan ini sama dengan gadis normal lain,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Remaja itu ditempatkan di rumah berkenaan disebabkan keluarganya enggan menerimanya semula selain malu dengan jiran dan masyarakat sekeliling.

Ditanya bagaimana arahan diberi kepada remaja OKU itu, Nurul Husna berkata, mesej berbentuk tulisan dan gerakan badan serta isyarat tangan antara kaedah komunikasi berkesan digunakan.

“Di rumah ini, kami menjaga makan minum dan membawa gadis berkenaan ke klinik untuk pemeriksaan setiap bulan bagi memastikan kandungan sihat serta tiada tekanan sepanjang kehamilan,” katanya.

Rumah Sinar Salam dinaungi Yayasan Salam Malaysia (YSM) menghulurkan bantuan dalam bentuk kepakaran dan pengurusan sejak 2007 khusus untuk gadis yang terbabit dalam kancah sosial sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing apabila pulih kelak.

Beliau berkata, di rumah itu, penghuninya diberi motivasi untuk membina semula imej yang tercalar, manakala ibu bapa diberi kesedaran supaya memberi peluang kedua kepada anak menerusi memberi bimbingan agama.

“Selain itu, menerusi perkongsian bersama sebuah agensi swasta, kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti kelas masakan, kemahiran komputer dan kraftangan kepada penghuni supaya masa lapang mereka lebih terisi.

“Sebaik keluar dari rumah ini, ada di kalangan mereka diterima bekerja sebagai tukang cuci di hospital atau pembantu restoran.

“Sekurang-kurangnya, dengan kemahiran yang dibekalkan, mereka mampu berdikari, sekali gus boleh membina hidup baru,” katanya.

sumber- HMetro

Peras foto bogel

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila bukan saja gagal menyelamatkan anak gadisnya daripada menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki zuriatnya, malah terpaksa menampung perbelanjaan anak dan lelaki itu sejak sembilan bulan lalu.

Difahamkan, anak mangsa berumur 19 tahun bukan saja dipaksa melayan nafsu lelaki itu, malah mengikutnya ke Pulau Pinang dengan bermodalkan gambar bogel remaja itu sebagai taruhan.

foto bogel awek melayu
gambar hiasan
Mangsa yang berasal dari Perak dan mahu dikenali sebagai Shiela, 45, berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu ketika melanjutkan pelajaran di utara tanah air selepas terjerat dengan ayat-ayat cinta bapa ayam terbabit.

“Anak saya terlanjur buat kali pertama sembilan bulan lalu dan kesempatan itu digunakan lelaki terbabit untuk merakam gambar bogelnya sebelum dijadikan modal bagi memaksa anak saya meneruskan hubungan terlarang itu.

“Anak saya pernah cuba bunuh diri beberapa kali akibat tekanan perasaan, namun berjaya diselamatkan dan apabila dia melarikan diri ke Perak, lelaki itu menjejakinya semula sebelum memaksa dia mengikutinya pulang ke Pulau Pinang,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, dia turut dipaksa menghantar wang perbelanjaan bagi mengelak anaknya dibelasah lelaki itu.

Katanya, akibat tidak mampu menahan penderaan fizikal dan seksual lelaki itu, dia dan anaknya berjaya melarikan diri ke ibu kota pada awal bulan ini, malangnya dapat dijejaki semula lelaki itu.

“Pada 25 Oktober lalu, lelaki itu memaksa anak saya mengikutnya semula dan apabila saya menghalang, saya turut dipukul.

“Bagi mencari penyelesaian untuk masalah ini, saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kelmarin dengan harapan lelaki itu ditahan dan anak saya dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber- HMetro

Telur ayam sebesar guli

KOTA TINGGI  - Seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini, menggemparkan penduduk apabila memiliki ayam kampung yang mengeluarkan telur bersaiz sebesar guli.

Zaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang.

telur ayam pelik
Zaiton menunjukkan berbandingan telur ayam kampung yang dimilikinya dengan telur ayam biasa.
Menurutnya, kira-kira tiga tahun lalu, perkara aneh telah berlaku apabila ayam yang dibelanya mengeluarkan telur lebih kecil berbanding saiz telur ayam biasa.

“Kebanyakan telur tersebut bersaiz telur puyuh dan yang paling kecil adalah sebesar guli. Ada orang cakap,  ayam jantan sahaja yang akan mengeluarkan telur kecil, namun berbeza pula dengan ayam saya kerana yang bertelur itu ayam betina, ibu ayam.

“Malah, kesemua orang yang datang melihat telur ini berasa pelik kerana saiznya yang begitu berbeza. Tetapi, bagi saya dan keluarga ia sudah menjadi kebiasaan kerana boleh dikatakan setiap bulan pasti ayam saya akan mengeluarkan telur dalam saiz tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia juga memiliki lebih daripada seekor ayam yang boleh mengeluarkan telur bersaiz kecil itu dan kesemuanya disimpan di dalam reban bersebelahan kediamannya.

Menurutnya, tidak seperti telur ayam biasa, telur tersebut mempunyai perbezaannya di mana ia lebih hanyir manakala isinya bewarna putih dan tidak mempunyai kuning telur.

Zaiton berkata, bagi dirinya, telur tersebut dimakan begitu sahaja kerana yakin ia boleh menyembuhkan penyakit.

“Untuk sebiji telur ini saya menjualnya dengan harga RM3. Malah, kebanyakan mereka yang mencari telur ini adalah untuk tujuan berubat.  

“Tambahan pula, ia tidak membusuk, sebaliknya jika disimpan dalam tempoh yang lebih lama, isinya akan mengering dan ia menjadi ringan. Tidak seperti telur lain apabila disimpan lama ia akan rosak,” katanya.

sumber- Sinar

Lelaki Nigeria guna sihir paksa kanak-kanak jual tubuh

Osezua Osolase

LONDON: Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol.

Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit. 

Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan diambil darah bagi membolehkan mereka ‘disihir.’ Osezua Osolase, 42, menyamar sebagai pekerja pusat pungutan bahan kitar semula dan menetap di sebuah rumah teres di Gravesend, Kent.

Namun, tanpa disedari ramai, dia adalah sebahagian daripada anggota rangkaian penyeludup kanak-kanak yang menggunakan ancaman sihir bagi menakut-nakutkan mangsa supaya menjadi pelacur. 

Penyiasat berkata, mangsa sentiasa ditakut-takutkan akan mati atau mandul jika mereka cuba melarikan diri atau membuka rahsia kegiatan itu kepada sesiapa. Ketika ditahan, polis menemui bukti sekurang-kurangnya 28 mangsa diseludup masuk dan keluar oleh Osolase sepanjang tempoh 14 bulan.

Kegiatan itu membolehkan dia mendapat keuntungan sehingga £1.5 juta (RM7.3 juta). Bagaimanapun, polis yakin angka sebenar keuntungan diperolehnya jauh lebih tinggi berdasarkan bukti dikumpul setakat ini.

Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Osolase hari ini. 

sumber- DM

Wanita kerdil tertua di dunia

NEW DELHI: Seorang wanita Bhopal, India bakal ‘mencabar’ maklumat Buku Rekod Dunia Guinness apabila mendakwa dia adalah wanita kerdil tertua di dunia.

Mengaku berusia 113 tahun, Zeenat Bi berkata, dia masih ingat suasana India ketika ditadbir Inggeris dan keluarga bangsawan berpengaruh besar dalam kehidupan seharian.

Zeenat Bi
ZEENAT menunjukkan sijil lahir dikeluarkan kerajaan menyatakan dia berusia 101 tahun, tetapi mendakwa 12 tahun lebih tua daripada itu.
Menurut wanita setinggi 91 sentimeter itu, dia melihat bagaimana Bhopal dipenuhi hutan tebal ketika zaman Inggeris bertukar wajah dari semasa ke semasa. 

“Pada satu ketika, Inggeris membawa roti mereka untuk kali pertama dan penduduk setempat begitu teruja melihatnya,” katanya. Jika dakwaan Zeenat itu benar, bermakna dia dilahirkan ketika British ditadbir Ratu Victoria (meninggal dunia pada 22 Januari 1901) yang menggunakan gelaran Maharani India. 

Rekod wanita kerdil tertua diiktiraf Buku Rekod Guinness ketika ini ialah Deforest Mason, 74. Tidak pernah berkahwin, Zeenat kini hidup dengan pencen kerajaan bernilai 272 rupee (RM15.55) sebulan dan menumpang di rumah seorang lelaki tempatan, Abrar Muhammad Khan, sejak 20 tahun lalu.

Kata Zeenat, satu-satunya harta yang ada padanya ialah katil kecil dihadiahkan bekas Ketua Menteri Bhopal, Uma Bharti.

“Dia juga pernah menghantar bantuan 2,500 rupee (RM 141) setiap bulan tetapi kini kerajaan tidak mempedulikan saya,” katanya.

Menurut Zeenat, dia mempunyai beberapa hajat sebelum meninggal dunia.

Antaranya, kata Zeenat, dia mahu bertemu bintang Bollywood, Salman Khan.

“Saya juga mahu mengerjakan haji, tetapi ia terlalu mahal dan tiada sesiapa dapat menemankan saya,” katanya. 

sumber- DM

Warga emas mati dihentak dumbell 10 kilogram

SHAH ALAM - Seorang warga emas berumur 60 tahun ditemui mati dengan kesan cedera parah di kepala dipercayai akibat dihentak menggunakan pengangkat besi atau dumbell seberat 10 kilogram (kg) di rumahnya di Jalan Spektrum U16/22, Bukit Subang di sini semalam.

Warga emas mati
ANGGOTA polis mengangkat mayat Kin Geok selepas ditemui mati di rumahnya di Bukit Subang, Shah Alam semalam.
Mangsa, Teh Kin Geok ditemui anak saudaranya dalam keadaan berlumuran darah di bawah longgokan baju dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah itu pada pukul 1.30 petang.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner, Rusdi Mohd. Isa berkata, anak saudaranya pergi ke rumah terbabit selepas mangsa yang merupakan ibu tunggal gagal dihubungi sejak pagi semalam.

Menurutnya, pengadu yang terkejut apabila menemui mayat ibu saudaranya dalam bilik itu terus menghubungi polis.

"Hasil pemeriksaan ke atas mangsa menemui tiga kesan kecederaan di kepala dan senjata digunakan dipercayai dumbell yang ditemui dalam rumah tersebut.

"Polis juga mendapati tiada kesan rumah itu dipecah masuk namun kami masih menyiasat jika ada barang milik mangsa yang hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rusdi memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama seorang anak lelaki berumur 28 tahun dan dua anak angkat berusia 6 bulan dan 2 tahun di rumah berkenaan.

sumber- Kosmo

Misteri penemuan mayat wanita bertatu

JOHOR BAHRU - Mayat seorang wanita dengan kesan tikaman di perut ditemui di dalam but sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini kelmarin.

jumpa mayat wanita
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita yang ditemui di dalam but kereta Perodua Kancil di Taman Johor Jaya, Johor Bahru malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang ramai yang lalu di kawasan tersebut pada kira-kira pukul 7 malam.

Katanya, ketika ditemui, mayat wanita yang dipercayai berketurunan Melayu itu lengkap berpakaian tetapi tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

"Mayat tersebut ditemui di dalam but kereta dan siasatan awal kami menemui satu kesan tikaman di perut. Wanita berkenaan tidak mempunyai pengenalan diri tetapi mempunyai tatu berbentuk sayap di bahagian pinggul," katanya di sini semalam.

Jelas Roslan, hasil siasatan awal mendapati, kereta Perodua Kancil terbabit yang didaftarkan atas nama seorang wanita Melayu telah berada di lokasi kejadian sejak Rabu lalu.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Ibrahim di sini untuk bedah siasat dan keputusan hanya akan diketahui esok.

sumber- Kosmo

Bayi didera dikata digigit hantu

GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.

digigit hantu
KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town.
Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.

Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.

"Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia mendakwa kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.

"Saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk sehinggalah baru-baru ini (22 Oktober) anak saya mengalami demam panas dan doktor memberitahu terdapat kesan pendarahan lama di kepalanya," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

sumber- Kosmo

Tuisyen dagang tubuh

kelas bahasa ayam

KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.

Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.

Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul 
Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...