HUNTSVILLE, Alabama - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut.
Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002.
CIPTAAN Gountlet Keyboard membolehkan pengguna menggunakan ibu jari untuk menaip mesej tanpa perlu menaip pada papan kekunci atau skrin sentuh yang terdapat pada telefon pintar. - AFP |
Katanya, fungsi space dan enter turut dimasukkan dalam sarung tangan terbabit yang dihubungkan melalui Bluetooth.
"Gauntlet Keyboard boleh berfungsi dengan komputer, telefon pintar, alat kawalan permainan video, alat muzik dan peralatan tentera.
"Ciptaan ini juga boleh digunakan sebagai papan kekunci kepada penguna yang cacat sebelah tangan atau kekurangan jari," katanya.
sumber- AGENSI
0 comments:
Post a Comment