Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Tuesday, December 25, 2012
11 murid mati nahas
BEIJING: Sebelas kanak-kanak mati apabila van yang mereka naiki terhumban ke dalam kolam di wilayah Jiangxi, timur China, semalam.
Kemalangan berlaku ketika van berkenaan membawa kanak-kanak ke sekolah. Semua 11 mangsa itu berusia antara empat dan enam tahun, lapor akhbar Henan Business Daily.
Menurut laporan itu, empat kanak-kanak lain, seorang guru dan pemandu, terselamat dalam kejadian yang berlaku pada sebelah pagi berhampiran bandar Guixi.
Agensi berita Xinhua yang sebelum ini melaporkan hanya tiga orang terbunuh, kemudian berkata, lapan mangsa mati selepas mereka dibawa ke hospital.
Menurut Pusat Penerangan Bagi Hak Asasi dan Demokrasi yang berpusat di Hong Kong, pasukan kecemasan mengambil masa 70 minit untuk tiba ditempat kejadian selepas penduduk tempatan memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kemalangan itu.
Kumpulan berkenaan berkata, van mini itu terlebih muatan. Kapasiti maksimumnya hanya tujuh orang.
Jalan raya di China amat berbahaya dengan undang-undang trafik dan keselamatan dilanggar secara berleluasa sementara pemandu trak sering kepenatan kerana kerja melebihi masa. Kemalangan maut membabitkan kenderaan terlebih muatan juga perkara biasa.
Tahun lalu, lebih 62,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, lapor media negara itu.
Ogos lalu, 36 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat merempuh belakang sebuah lori membawa metanol menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar dan hanya tiga daripada 39 penumpang bas terselamat.
Kemalangan di wilayah Shaanxi, utara China itu adalah yang paling buruk di negara itu dalam masa setahun.
sumber- AFP
Binaan bandar dari ribuan telur
Telur kebiasaannya hanyalah sebahagian dari sajian makanan. Namun bagi mereka yang benar-benar kreatif, telur boleh dijadikan bahan dalam penghasilan seni yang menarik. Kita biasa dengar ada yang menghasilkan potret mahupun struktur binaan menggunakan berdozen-dozen telur tetapi apabila kedua-dua seni tersebut digabungkan, ianya mampu membentuk sebuah bandar yang hebat. Struktur bandar yang diinspirasikan dari bandar China ini menggunakan lima ribu biji telur yang dicampur dari beberapa jenis haiwan yang berbeza. Di tengah-tengah bandar ini pula terdapat gambar pemerintah China. Bandar telur ini dipamerkan pada umum di sebuah pameran yang diadakan di Muzium Groninger, Belanda.
Bukan mudah untuk baham ular
TALLAHASSEE (Florida): Niat seekor burung pucung biru membaham mangsanya tergendala beberapa ketika selepas ular yang dipatuknya melawan.
Aksi itu dirakam seorang jurugambar, Peter Brannon, 35, ketika dia melawat kawasan perlindungan hidupan liar Green Cay Wetlands, di Delray Beach, Florida.
Katanya, dia nampak seekor burung pucung biru menggerak-gerakkan kepalanya lebih agresif dari biasa.
“Burung itu melompat-lompat untuk melepaskan lilitan ular pada mulutnya,” katanya. Selepas 15 minit, kata Brannon, ular itu masih enggan mengalah sehingga burung berkenaan menukar taktik dengan menggoyangkan kepalanya supaya reptilia itu terhempas ke bawah.
“Akhirnya ular itu kepenatan dan melonggarkan belitannya untuk menjadi santapan burung berkenaan,” katanya.
sumber- DM
Cinta Si Gadis Galah
RASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.
Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.
ELISANY bersama kekasihnya, Carvalho bercanda di tepi pantai di Salinopolis, Brazil. |
Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.
BAGI pasangan ini, perbezaan ketinggian tidak pernah menjadi masalah.
Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.
Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.
Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.
“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.
“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan. Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.
Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.
“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.
“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling.
sumber- DM
Video: Buaya melompat ke arah pelancong yang cuba mendekatinya
Seorang pelancong dari Sweden amat bernasib baik kerana dapat melepaskan diri dari terus diserang oleh seekor buaya. Kejadian ini berlaku di Utara Australia. Felix Andersson telah bercadang untuk menangkap gambar kenang-kenangan dengan mendekati seekor buaya yang sedang tidur. Ketika itu, buaya tersebut sedang bertenggek di atas batu.
Tanpa disangka, buaya itu secara tiba-tiba berlari lalu melompat sehingga terkena kepala Felix. Atas serangan itu, Felix yang panik segera melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat supaya tidak terus diserang oleh anak buaya itu lagi. Insiden ini dirakamkan oleh rakannya, Ulrik Bergsland yang turut sama berada di situ. Video tersebut telah dimuat naik ke Youtube dan telah ditonton oleh jutaan pengunjung.
Lelaki daki air terjun beku
AL KAIDA, Switzerland - Seorang lelaki, di sini dilabel sebagai seorang pendaki berani mati kerana sanggup membahayakan diri dengan mendaki air terjun yang membeku, berada pada ketinggian 137 meter, semata-semata mahu mencapai kepuasan diri.
Hungerbuhler mengakui dia telah banyak kali melakukan pendakian di air terjun yang membeku semasa musim sejuk dengan menggunakan peralatan seperti tali dan tukul ais.
Katanya, dia mengambil peluang untuk mendaki air terjun Al Kaide itu yang merupakan air terjun paling sukar, walaupun berdepan risiko ais pecah dan mencair.
"Semasa mendaki, ais terjun akan mengeluarkan bunyi menyeramkan seolah-olah ia akan pecah dan mencair, tetapi bunyi tersebut merupakan petanda yang selamat," katanya.
Jurufoto terbabit, Eder berkata, lokasi ais terjun tersebut tidak berada jauh dari rumahnya.
"Keberanian Hungerbuhler sangat mengagumkan dan foto yang saya ambil sudah cukup menggambarkan keberanian tersebut," katanya.
Wolfenschiessen terletak di kawasan pergunungan berdekatan Tasik Lucerne dan wilayah itu terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.
sumber- AGENSI
Pengumpul pakaian siri televisyen mahu bina muzium
PHOENIX, Amerika Syarikat - Seorang peminat dan bekas penulis skrip televisyen, James Comisar merancang untuk membina sebuah muzium televisyen di sini, dalam negeri Arizona.
Dia mengumpulkan banyak koleksi pakaian watak-watak dalam siri televisyen dan filem termasuk dari tahun 1930-an sehingga kepada sepasang kasut but yang dipakai pelakon Larry Hagman dalam drama bersiri Dallas.
DUA helai pakaian yang pernah digunakan dalam siri televisyen Star Trek juga berada dalam simpanan Comisar. |
Comisar juga mempunyai koleksi peralatan yang digunakan dalam siri-siri televisyen.
Jika dia menjual semua koleksinya, dia akan menjadi seorang jutawan, lapor agensi berita AP semalam.
Pada bulan lalu, terdapat seorang peminat membayar sebanyak AS$480,000 (RM1.47 juta) untuk memiliki sehelai pakaian yang dipakai Judy Garland dalam filem The Wizard of Oz pada tahun 1939.
"Saya mahu membina sebuah muzium untuk menceritakan segala-galanya tentang perkembangan televisyen sejak lebih 60 tahun lalu," katanya.
Mempunyai keluasan sekitar 4,645 meter persegi, Comisar, 48, berkata, dia memerlukan AS$35 juta (RM11.42 juta) untuk membina muzium berkenaan yang menyimpan koleksinya.
Menurutnya, dia berharap muzium tersebut dapat dibuka kepada orang ramai dalam tempoh tiga tahun lagi.
Setakat ini, Comisar menggunakan wang sendiri untuk merealisasikan impiannya tetapi dia berharap idea tersebut dapat menarik sumbangan penderma-penderma yang berminat.
Dia mengumpul koleksi itu sejak 25 tahun lalu.
Comisar berkata, mengumpulkan koleksi itu amat mudah bagi seseorang yang dapat memasuki studio televisyen.
Menurutnya, kebanyakan barang-barang itu hanya dibuang atau diberikan kepada orang lain selepas penerbitan sesebuah siri televisyen ditamatkan.
sumber- Agensi
Asteroid dirancang jadi stesen angkasa lepas
WASHINGTON - Saintis Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang menjadikan sebuah asteroid seberat 500 tan sebagai stesen angkasa lepas untuk angkasawan-angkasawan yang dalam perjalanan ke planet Marikh.
GAMBAR menunjukkan asteroid Eros yang terletak dekat dengan Bumi. |
Jika projek tersebut diluluskan, asteroid sebesar dua buah bas dua tingkat itu bakal menjadi objek angkasa lepas pertama yang dijadikan stesen angkasa lepas.
Menurut satu laporan oleh saintis-saintis NASA dan Institut Teknologi California, sebuah kapsul penangkap asteroid akan disambungkan pada roket Atlas yang menuju ke arah asteroid tersebut yang terletak antara Bumi dan Bulan.
Sebaik sahaja menghampiri asteroid berkenaan, sebuah sarung berdiameter sekitar 15 meter akan dikeluarkan daripada kapsul tersebut.
Sarung yang disambung dengan menggunakan kabel itu digunakan bagi membalut asteroid tersebut.
Kapsul berkenaan akan menggunakan enjin berisi 300 kilogram bahan api untuk menghentikan putaran asteroid itu dan menarik objek itu ke lokasi tanpa graviti.
Asteroid tersebut yang berada dalam keadaan pegun akan digunakan sebagai pangkalan masa depan untuk misi-misi meneroka angkasa raya.
"Idea mengeksploitasi sumber semula jadi asteroid telah dikemukakan sejak lebih seratus tahun dahulu tetapi hanya baru sekarang, manusia memiliki teknologi untuk menjadikannya sebagai satu realiti," kata laporan NASA.
sumber- Agensi
Majlis temu janji di Korea Selatan
SEOUL - Ribuan lelaki memenuhi sebuah taman di sini semalam untuk mencari pasangan yang sesuai dalam majlis temu janji anjuran pengguna-pengguna laman Facebook.
Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil wanita yang datang untuk menghadiri majlis tersebut, lapor agensi berita AFP semalam.
SEORANG lelaki meminta seorang wanita keluar dengannya dalam majlis temu janji di sebuah taman di daerah perniagaan Yeouido, Seoul semalam. |
Namun, hanya 3.500 orang yang datang pada majlis tersebut kebanyakannya lelaki yang berumur 20-an dan 30-an.
Kebanyakan wanita yang hadir pula membawa teman lelaki untuk menyaksikan majlis tersebut.
Wanita-wanita diminta datang dengan memakai pakaian berwarna merah manakala lelaki diminta berpakaian berwarna putih apabila mereka bertemu di sebuah taman di daerah perniagaan Yeouido di sini.
Kumpulan lelaki dan wanita diminta untuk berdiri menghadap antara satu sama lain sehingga majlis tersebut bermula pada pukul 3 petang dalam cuaca sejuk.
Mereka kemudian diminta berjalan mencari pasangan yang sesuai dan memegang tangan kekasih baharu yang ditemui dalam majlis berkenaan.
Bagaimanapun, bilangan wanita tidak sama dengan jumlah lelaki yang hadir.
"Di mana perginya semua wanita. Saya tidak dapat untuk mencari (pasangan yang sesuai)," kata seorang pemuda, Kim Sung-sik yang merupakan pelajar kolej berusia 23 tahun.
Dia menganggap majlis tersebut mengecewakan kerana kekurangan bilangan wanita.
"Ia sungguh dahsyat. Saya tidak datang ke sini hanya untuk mencium bauk badan lelaki," kata seorang lagi pemuda.
Bagaimanapun, ada sebahagian pemuda yang berjaya mengajak wanita untuk menjadi pasangan mereka dalam majlis tersebut.
Korea Selatan mempunyai hampir 20 juta pengguna Facebook dan Twitter.
Sebanyak 31 juta daripada 50 juta penduduk negara ini merupakan pengguna telefon bimbit.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)