Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, January 16, 2013
Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula
Seorang lelaki yang kurang waras telah membawa pulang mayat ayahnya dari kubur dengan harapan mayat tersebut dapat dihidupkan semula. Dikatakan ayahnya, Clarence Bright, baru sahaja meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Mayat Bright ditemui semula dalam sebuah peti beku yang terdapat di ruang bawah tanah rumah anaknya. Bright dibawa lari bersama kerandanya dari sebuah makan yang terletak di Tanah Perkuburan Gethsemane pada pagi Isnin lalu. Saksi mengatakan ternampak van putih di tempat kejadian sebelum mayat Bright dilaporkan hilang.
Polis berjaya menemui van tersebut yang diletakkan di stesen minyak Citgo pada awal pagi tadi. Mereka turut menjumpai keranda yang ditinggalkan kosong. Polis telah menahan anak Bright dan seorang lelaki berusia 38 tahun untuk diambil keterangan. Nama mereka tidak didedahkan buat masa ini.
Tidak lama kemudian, polis menggeledah rumah anak Bright dan menemui semula mayatnya disitu. Anaknya yang berusia 48 tahun ada memberitahu ahli keluarganya yang lain untuk membawa mayat Bright pulang dari kubur bagi dihidupkan semula. Majlis pengkebumian Bright telah diadakan pada Sabtu lalu tetapi masih belum ditanam kerana keadaan tanah yang masih lembab.
Seksanya pekerja bank apabila mendapat pelanggan sebegini
Gambar yang anda lihat ini bukanlah adegan mengira wang hasil rompakan atau pengubahan wang haram. Sebaliknya gambar ini menunjukkan para pekerja bank sedang bertungkus-lumus menyusun dan mengira timbunan wang kertas yang dihantar oleh seorang pelanggan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.
Pelanggan yang dikenali sebagai Cui tersebut telah mengumpul wang sebanyak hampir 162,000 yuan (kira-kira RM78,646.00) dalam masa enam bulan. Cui dipercayai bekerja sendiri atau mungkin mempunyai sebuah kilang dan wang tersebut datangnya dari para pelanggan. Namun tidak jelas mengapa Cui mengambil masa yang terlalu lama untuk menyimpan wang tersebut ke dalam bank.
Sebelum ini dia pernah bertanyakan kepada beberapa bank lain, namun hanya Bank Zhengzhou di wilayah Henan yang bersetuju untuk menerima wang tersebut. Sumber dari China mengatakan ianya mengambil masa kira-kira tiga hari untuk kakitangan bank mengira 11,500 yuan, namun tidak tahu apa yang berlaku pada baki 148,500 yuan lagi.
Gambar sebelum insiden disondol badak sumbu
Gambar ini diambil beberapa detik sebelum insiden serangan badak sumbu yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah. Pada hari kejadian, Chantal Beyer, 24, bersama teman lelakinya telah melawat sebuah taman safari di Afrika Selatan dan berhenti di suatu kawasan untuk melihat badak sumbu. Berdasarkan laporan, mereka disarankan oleh pengiring mereka, Alex Richter, untuk berdiri lebih dekat bersama haiwan tersebut sebelum disondol dari belakang. Alex dikatakan memberi peluang kepada pelancong untuk keluar dari kenderaan dan bergambar disamping memberi makanan supaya badak-badak tersebut datang dengan lebih dekat.
Gambar tersebut jelas menunjukkan jarak yang hanya beberapa kaki antara Beyer bersama teman lelakinya dan dua ekor badak sumbu putih. Badak ini dikatakan boleh membesar sehingga dua tan dan mampu berdiri setinggi 1.8 meter. Selepas gambar ini diambil, badak tersebut menyondol dari belakang dan sumbunya menembusi dada Beyer. Akibatnya, paru-paru Beyer tercedera dan tulang rusuknya patah. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Krugersdorp dan kini dalam keadaan stabil.
Sami mabuk curi bas
Bangkok: Seorang sami mabuk dilapor memandu sebuah bas awam dari sebuah depot di wilayah Samut Perakan, awal pagi semalam.
Polis berkata, bas itu kemudian ditemui ditinggalkan kira-kira lima kilometer dari depot berkenaan, tetapi sami terbabit menghilangkan diri.
Polis kemudian menemui sami terbabit, Phra Yotpetch Khunwanchum, 37, di kawasan berhampiran tempat bas itu ditinggalkan. Dia hanya berpakaian bahagian bawah jubahnya dan masih mabuk ketika disoal sebelum polis membawanya ke balai.
sumber- HMetro
Pasangan kembar pekak bunuh diri
Brussels: Pasangan kembar yang pekak mengambil keputusan membunuh diri selepas kecewa mengetahui bakal menjadi buta, kata ahli keluarga mereka, semalam.
Kembar berusia 45 tahun itu dikenali sebagai Marc dan Eddy Verbessem tinggal bersama sejak kecil dan tidak mampu berkomunikasi dengan dunia luar. Abang mereka, Dirk Verbessem berkata, Marc dan Eddy terlalu takut jika tidak lagi boleh melihat antara satu sama lain serta gagal berdikari.
Menurut Dirk, 46, Marc dan Eddy sentiasa membantu antara satu sama lain termasuk memasak dan membersih rumah.
Namun, katanya, jika mereka buta tidak lama lagi, keadaan akan menjadi sangat berbeza dan mereka tidak lagi boleh berdikari. “Kadang-kadang saya terfikir jika mereka mempunyai isteri dan anak, mungkin mereka tidak membunuh diri,” katanya. Kembar dari Putte dekat bandar Mechelen itu berkata, mereka bakal mengalami buta kerana glaukoma akibat faktor genetik.
Kata Dirk, beberapa ahli keluarga cuba memujuk Mark dan Eddy membatalkan niat mereka.
“Namun, akhirnya hujah dikemukakan meyakinkan kami membiarkan pilihan mereka” katanya. Amalan membunuh diri di institusi perubatan dibenarkan di Belgium jika pihak terbabit mampu membuktikan mereka mengalami penderitaan serius.
sumber- Daily Mail
Bersahaja dalam timbunan salji
YANJI, China - Seorang lelaki, Jin Songhao duduk di dalam timbunan salji paras pinggang di sini pada Sabtu lalu.
Songhao, 55, menunjukkan kebolehannya itu tanpa memakai baju di depan orang ramai.
Lelaki itu juga berdiri di dalam timbunan salji.
Dia sebelum ini mencipta rekod Guinness World Records apabila duduk di dalam sebuah bekas yang mengandungi ais selama dua jam pada 7 Januari 2011.
sumber- Agensi
Lelaki itu juga berdiri di dalam timbunan salji.
sumber- Agensi
Kerjaya musnah, Hulk Hogan saman institut perubatan
CLEARWATER, Florida - Bintang gusti, Hulk Hogan menyaman Institut Tulang Belakang Laser di sini kerana dia mendakwa pusat perubatan itu membuat pembedahan yang tidak perlu sehingga menjejaskan kerjayanya.
Hogan, 59, menuntut ganti rugi berjumlah AS$50 juta (RM149.2 juta).
Akhbar Tampa Bay Times melaporkan, Hogan atau nama sebenarnya, Terry Bollea memfailkan saman itu kelmarin.
Menurut portal hiburan TMZ.com, penggusti itu yang pernah terlibat dengan skandal seks didakwa mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut pada tahun 2009 kerana dia mengalami masalah tulang belakang.
Skandal seks itu terdedah selepas klip video yang menunjukkan dia tidur dengan isteri seorang rakannya tersebar di internet.
Sementara itu, pihak institut tersebut enggan memberi sebarang komen bagi melindungi privasi pesakit.
sumber- Agensi
Aktivis haiwan selamatkan 1,000 kucing dari disembelih
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)