Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, August 22, 2012

Budak Terumbu Karang di China

Budak Terumbu Karang di China
TUBUH badan Li Shenghan kelihatan seperti terumbu karang. 
BEIJING - Seorang budak lelaki, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cengkerang.

Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka.

Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran alam sekitar.

Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup..

Nenek-Nenekku Gangster, Curi Hampir RM1.49 Juta

Kumpulan Nenek Curi Hampir RM1.49 Juta

DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar.

Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.

Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.

Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.

Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih..

Laluan basikal terpelik di dunia

Laluan basikal terpelik

CHESHIRE, Britain- Para penunggang basikal di Warrington terpaksa menggunakan laluan separuh bulat bagi mengelakkan mereka dilanggar, lapor sebuah akhbar.

Lebih membingungkan, laluan tersebut amat pendek dan direka dengan menggunakan kapur putih. Menurut seorang pengajar kenderaan, Dave Horgan, pihak majlis perbandaran perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat lambang yang mengelirukan seperti laluan basikal itu.

sumber- Agensi

Berkahwin dalam gelanggang tinju

Majlis perkahwinan yang kreatif

CANCUN, Mexico- Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju.

Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland.

bentuk hantaran perkahwinan

Pertandingan itu melibatkan kategori Super Welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya mengalahkan Angulo dalam pertarungan yang berlangsung selama enam pusingan. Bekas juara tinju dunia keturunan Mexico, Oscar De La Hoya menjadi saksi dalam majlis perkahwinan itu. 

sumber- Agensi

Manik dari abu mayat

Abu mayat diproses jadi manik

INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Bonhyang di Selatan Bandar Raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata Kim.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit.

sumber- Kosmo

Tiga anggota tentera Thai maut diserang hendap

BEBERAPA anggota skuad pemusnah bom memeriksa kawah yang terbentuk akibat letupan bom di tepi jalan yang dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah di Narathiwat semalam.
BEBERAPA anggota skuad pemusnah bom memeriksa kawah yang terbentuk akibat letupan bom di tepi jalan yang dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah di Narathiwat semalam.
BANGKOK - Tiga anggota keselamatan tentera Thailand maut dan dua lagi cedera semalam dalam serangan yang dilakukan gerila pemisah di selatan negara ini.

Menurut seorang pegawai Pusat Arahan Operasi Keselamatan, Kolonel Chatuporn Klumsud, seorang askar dan penduduk kampung menaiki sebuah trak pikap semasa mereka diserang hendap kira-kira pukul 10 pagi oleh sekumpulan gerila pemisah di daerah Rangae, wilayah Narathiwat, 825 kilometer ke selatan Bangkok.

Dalam kejadian itu, askar-askar tersebut mati manakala penduduk kampung itu cedera.

Menurut Klumsud, dua lagi anggota separa tentera mati ditembak dalam dua kejadian yang berasingan yang berlaku di Narathiwat dan Pattani

Agensi perisikan negara ini meramalkan peningkatan keganasan selepas bulan Ramadan berakhir.

Kira-kira 5,300 orang terbunuh dalam kejadian serangan bom, tembakan dan kebakaran sejak kumpulan gerila pemisah melancarkan serangan pada tahun 2004.

Para gerila itu mendakwa perjuangan mereka adalah untuk memisahkan tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala daripada Thailand. 

sumber- dpa

Koleksi Bas Comel Di Jepun

Adakah anda pernah melihat bas sekolah yang comel dalam kartun animasi Crayon Sin Chan?

Sebenarnya, bas sekolah sebegitu benar-benar wujud di Jepun. Reka bentuk bas yang comel ini adalah bertujuan menyampaikan mesej bahawa 'sekolah adalah tempat yang menyeronokkan'. Secara tidak langsung dapat menggalakkan kanak-kanak untuk ke sekolah.

Kanak-Kanak Seperti Anak Patung Kerana Penyakit

Kanak-Kanak Seperti Anak Patung Kerana Penyakit

KEPULAUAN SHEPPEY - Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar.

Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.

Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.

"Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal," kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini. 

"Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain," tambahnya.

Seru Jin Inggeris Untuk Lulus Periksa

Seru Jin Inggeris Untuk Lulus Periksa

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

KHURAFAT…Azman dan Rashid menunjukkan 'daun sirih hikmat'.
KHURAFAT…Azman dan Rashid menunjukkan 'daun sirih hikmat'.
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

Wanita menulis menggunakan alat sulit

Secara purata, ramai yang belajar menulis ketika bersekolah tadika. Secara amnya, manusia menulis menggunakan tangan kanan dan hanya segelintir menulis menggunakan tangan kiri (kidal). 

Secara khususnya pula, manusia normal menulis menggunakan tangan dan hanya beberapa kes istimewa yang menyebabkan seseorang terpaksa menulis menggunakan mulut atau kaki. 

Namun, wanita ini terlebih istimewa kerana mampu menulis menggunakan alat sulit sendiri.

awek jepun tulis guna alat sulit

Kejam! Tradisi kanibalisme di China

Masyarakat Kanibal Pemakan Daging Wanita di China,  Setiap tahun menjelang suatu perayaan di sebuah kampung terpencil di negara China, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging manusia secara besar-besaran. Bagi mereka, DAGING merupakan makanan mewah yang sukar diperolehi sehinggakan mereka hanya boleh memakannya setahun sekali sahaja iaitu pada hari perayaan tersebut.

Kampung terpencil ini berada di negara China. Walaupun agak terpencil, Setiap pelancong yang ingin ke salah satu tempat pelancongan di China harus melalui kampung tersebut. Biasanya pelancong berseorangan dalam perjalanan akan menumpang tidur di rumah penduduk kampung ini.

Jika pelancong tersebut adalah wanita, mereka akan ditangkap kemudiannya diikat lalu dilarang dari keluar rumah. Wanita tersebut akan disediakan tempat tidur serta makanan. Jika wanita tersebut masih dara, penduduk kampung akan berasa lebih beruntung kerana dikatakan alat sulit wanita tersebut lebih wangi berbanding yang telah kehilangannya.

Ketika menjelang perayaan, wanita yang malang tersebut akan dikorbankan. Badannya akan dibersihkan terlebih dahulu kemudiannya dicabut seluruh bulu di badan. Badan wanita tersebut juga turut ditelanjangkan serta dikerat.

Adat di kampung ini juga tidak membenarkan mana-mana lelaki dari kampung ini berkahwin dengan wanita dari luar kampung tersebut. Wanita luar hanya dianggap makanan untuk mereka.

Wanita malang dalam gambar ini berusia 20-an. Dia dikatakan bekas artis di bandar namun sudah lebih setengah tahun tiada pekerjaan. Dia mengambil keputusan untuk bercuti buat sementara waktu dan secara tidak sengaja turut menjadi korban.

kanibal di China
kampung kanibal di China
kanibalisme di China

* Artikel ini adalah berdasarkan beberapa sumber. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Ramai berpendapat bahawa ianya palsu. Jika begitu, anggaplah ia sebagai cerita menarik yang boleh dijadikan tauladan supaya sentiasa berjaga-jaga di tempat yang tidak diketahui.

Akibat kemaruk telefon pintar

pencuri handset
Imej lelaki bertubuh gempal dan berseluar pendek dirakam melarikan sebuah telefon pintar di sebuah kedai telefon bimbit.
KUALA ROMPIN - Gara-gara kemaruk memiliki Samsung Galaxy Note, seorang lelaki berbadan gempal sanggup mencuri, namun tanpa disedari, tindakannya itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menjual telefon bimbit dan aksesori di Bandar Kuala Rompin, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun lelaki itu licik menyembunyikan identitinya dengan memakai topi keledar dan cermin mata hitam bagi menyukarkan imejnya dirakamkan CCTV tersebut.

Peniaga kedai, Keh See Jing, 27, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 1 petang, selepas seorang pekerjanya melayan seorang pelanggan lelaki berbadan besar di sebuah kedainya.

See Jing yang ketika itu tidak berada di kedai terbabit berkata, lelaki itu dipercayai meminta pekerjanya menunjukkan sebuah telefon Samsung Galaxy Note yang berharga RM1,899 kerana berhasrat untuk membelinya.

“Saya tiada di kedai ketika itu dan hanya dimaklumkan pekerja ada pelanggan yang ingin membeli telefon itu di kedai. Saya menyuruh pekerja datang ke sebuah lagi kedai saya untuk mengambil telefon bimbit yang diinginkan pelanggan.

“Sebaik sahaja pekerja saya mengambil telefon bimbit itu, pelanggan itu meminta supaya pekerja mengambil sebuah lagi telefon yang sama jenis tetapi berlainan warna di kedai tempat dia (pekerja) mengambil telefon terbabit,” katanya.

Menurutnya, sebaik saja pelanggan itu menyuruh pekerjanya mengambil telefon pintar itu, tiba-tiba lelaki bertubuh gempal berseluar pendek terbabit dipercayai lesap dan menghilangkan diri.

“Pekerja saya yang datang semula ke kedai mendapati pelanggan itu sudah tiada, malah telefon pintar itu juga hilang dipercayai diambil lelaki terbabit tanpa disedari,” katanya.

Menurutnya, imej lelaki itu juga pernah dirakamkan CCTV di sebuah kedai menjual telefon bimbit milik rakannya di Endau, Johor kerana mengambil telefon Samsung Galaxy Tab, seminggu selepas melarikan telefon bimbit di kedainya.

“Modus operandi lelaki ini sama iaitu memakai topi keledar dan cermin mata hitam dan datang ke kedai, kononnya untuk membeli telefon bimbit, tetapi malangnya telefon yang diingininya pula dikebas,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.

“Kita minta supaya peniaga kedai telefon bimbit yang lain berhati-hati dengan tindakan lelaki ini bagi memastikan kedai mereka tidak menjadi mangsa seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

sumber- Sinar

Dendam kumpulan samseng

Dendam kumpulan samseng
Antara kenderaan penduduk yang sengaja dirosakkan kumpulan samseng berkenaan
PARIT BUNTAR – Tidak padan dengan usia, sekumpulan remaja belasan tahun, di sini dikatakan bertindak berani seperti samseng apabila bertempur di tempat awam menggunakan senjata.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, dua kumpulan remaja belasan tahun itu dikatakan bergaduh di sebuah kawasan lapang di Taman Semarak, dekat sini menyebabkan dua daripada mereka cedera parah.

Jurucakap polis memaklumkan, pergaduhan berpunca daripada dendam lama antara dua kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan gengsterisme itu juga berlarutan hingga menjadi perbuatan khianat.

Menurutnya, kerana kegilaan bergaduh, beberapa cermin kereta milik penduduk di kawasan berhampiran dipecahkan dengan sengaja.

“Empat kenderaan iaitu tiga daripadanya milik penduduk mengalami kerosakan di bahagian cermin, sementara tiga motosikal milik kumpulan samseng remaja itu dibakar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dipercayai, kumpulan remaja terbabit sudah sekian lama berdendam sebelum ia merebak kepada pergaduhan besar di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, kumpulan remaja tempatan itu bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk, tetapi memberi tekanan apabila beberapa kenderaan sengaja dirosakkan mereka.

“Situasi yang berlaku ini menakutkan kami di sini, mereka sudah berani mencederakan dan cuba membunuh, harap polis dapat mengambil tindakan tegas,” katanya.

sumber- Sinar

'Tolong mak, aku nak pulang'

foto bugil cewek Indonesia
Gambar Ida bersama anaknya yang dikirim kepada Mariam.
PASIR GUDANG – “Saya selalu berdoa dan yakin ‘esok’ ada hari kami boleh berkumpul bersama semula seperti hari raya tiga tahun lepas,” demikian luah seorang ibu, Mariam Sarian, 47, yang mendakwa anak perempuannya dihantar Imigresen ke Indonesia.

Mariam berkata, hanya tangisan yang tertumpah setiap kali anaknya, Faizada Aldam, 23, menghubungi sambil meratap meminta dia dibawa pulang untuk berhari raya bersama keluarga.

Menurutnya, hatinya bertambah sayu apabila Faizada yang mesra dipanggil Ida menceritakan kesusahan hidup bersama anaknya di Lombok, Indonesia.

“Bulan puasa banyak kali Ida hubungi saya sambil menangis nak balik beraya bersama kami, tapi saya cakap, mak tak mampu buat apa-apa selain turun naik berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak kerana kita tak ada kuasa.

“Hati saya sayu setiap kali membaca sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar berbunyi: Aku hidup di sini sengsara dan selalu menangis.. hidup aku macam neraka.. tolong aku mak, aku dah tak boleh hidup di sini.. aku nak pulang..,” katanya kepada Sinar Harian.

Mariam berkata, sudah dua tahun juga dia menyediakan rendang dan ketupat untuk mengubat rindu kepada Ida kerana masakan itu adalah kegemaran anaknya setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Biasanya dia yang paling sibuk menolong saya memasak di dapur pada malam raya, tapi sudah dua kali Aidilfitri, kegembiraan kami semakin beransur hilang,” katanya.

Katanya, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga ada memintanya ke Indonesia mengambil cap jari Ida untuk menguruskan MyKad anaknya itu.

Bagaimanapun katanya, untuk ke Indonesia memerlukan kos yang tinggi sedangkan beribu-ribu wangnya habis digunakan untuk berulang-alik ke Sabah sebelum ini bagi menguruskan MyKad anaknya.

“Saya tak mampu nak ke sana walaupun Ida ada memberikan saya alamat. Saya mohon pihak berkuasa yang menghantar anak saya ke sana yang bertanggungjawab membawanya pulang ke sini.

“Saya bukan sahaja ada bukti sijil lahir asli Ida, tapi hasil semakan juga menunjukkan nombor MyKad Ida sudah ada, cuma menunggu cap jarinya sahaja,” katanya.

Sinar Harian April lepas menyiarkan hasrat seorang ibu merayu anaknya dibawa pulang selepas didakwa dihantar Imigresen ke Indonesia setelah salinan sijil lahir yang ditunjukkan dikatakan palsu.

Menurut Mariam, pertemuannya dengan bekas pekerjanya yang juga warga Indonesia di stesen bas Masai awal tahun ini membongkar misteri kehilangan Ida.

Menurutnya, lelaki yang dikenali sebagai Roslan itu ada menemui Ida di Tanjung Pinang, Indonesia, dan diminta menyerahkan nombor telefonnya jika bertemu ibunya.

Melalui perbualan telefon katanya, Ida mendakwa dia ditahan Imigresen dan dihantar ke Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dimiliki dikatakan palsu.

“Ketika menumpang di Masjid Tanjung Pinang, seorang wanita warga emas telah membawanya pulang ke Lombok dan mengahwinkan Ida dengan anak lelakinya,” katanya.

Mariam berkata, sembilan anaknya yang berumur 11 sehingga 25 tahun memiliki sijil kelahiran dan MyKad, tetapi hanya Ida berdepan masalah walaupun sudah tujuh kali berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah.

sumber- Sinar

Keluarga Melis dinobat adik-beradik paling tua di dunia

Melis family

ROM 22 Ogos - Guinness World Record secara rasminya mengiktiraf adik-beradik keluarga Melis yang menetap di pulau Sardinia sebagai adik-beradik tertua di dunia dengan campuran usia berjumlah 818 tahun.

Media Itali semalam melaporkan, adik-beradik Melis terdiri daripada sembilan lelaki dan perempuan di mana anak sulung, Consolota berusia 104 dan bakal menyambut hari jadi ke-105 hari ini.

Adik-beradiknya yang lain termasuklah Claudia 99 tahun, Maria (97), Antonio (93), Concetta (91), Adolfo (89), Vitalio (86), Vitalia (81) dan Mafalda (78).

sumber- Reuters

Tauke emas rugi RM350,000

Inilah kedai emas yang dimasuki sekumpulan perompak di Plaza Melaka Sentral semalam.
Inilah kedai emas yang dimasuki sekumpulan perompak di Plaza Melaka Sentral semalam.
MELAKA – Sekumpulan penjenayah sanggup menebuk lima dinding papan lapis sebelum dapat melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM350,000 di sebuah kedai emas di Jalan PMS 1, Plaza Melaka Sentral di sini semalam.

Empat dinding tersebut melibatkan dinding-dinding yang memisahkan empat buah kedai iaitu butik andaman pengantin, pusat kecantikan, kedai kosong dan kedai emas itu sendiri.

Dinding kelima melibatkan dinding di dalam kedai emas itu yang dijadikan tempat menyimpan sebuah peti besi berisi barang kemas.

Saiz setiap lubang yang ditebuk boleh memuatkan seorang lelaki dewasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, rompakan itu disedari pada pukul 8 pagi apabila pemilik kedai emas itu menerima panggilan daripada pemilik bangunan tersebut yang ternampak pintu belakang butik andaman pengantin terbuka.

“Siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit memasuki kedai emas tersebut selepas menebuk tiga buah kedai lain di bangunan sama.

“Selepas berada di dalam kedai emas, penjenayah menebuk pula dinding papan yang menempatkan peti besi berisi barang kemas,” kata beliau ketika ditemui di sini.

sumber- Kosmo

Daging babi bertabur di taman tumpuan Muslim

Daging babi bertabur di taman tumpuan Muslim
Cebisan yang dipercayai daging babi.
NEW YORK - Polis  New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit.

Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah.

“Polis masih melakukan siasatan dan berharap tiada spekulasi berhubung kejadian yang dianggap sebagai Islamofobia,” katanya.

Dipercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan pengharaman penjualan daging babi di beberapa pasaran secara terbuka terutama di kawasan penduduk umat Islam.

Insiden ini adalah yang terbaru dalam peristiwa sentimen anti-Islam sejak beberapa minggu lalu, selepas sebuah masjid di Missouri dibakar diikuti sebuah sekolah swasta Islam di luar Chicago dibaling dengan molotov cocktail.

Manakala bulan lalu, beberapa kaki babi digantung di sebuah masjid di bandar selatan California sehingga mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan polis tempatan.

sumber- Sinar

Ditipu penjual beg tangan melalui internet

Ditipu penjual beg tangan melalui internet
LEONG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung pembelian barangan tiruan sambil diperhatikan oleh Alex di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan.

Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga murah ke atas produk tersebut menyebabkan pembeli mudah tertipu dengan produk tiruan tersebut.

“Selain harga murah, butik-butik dalam talian juga menawarkan pilihan yang banyak dengan potongan harga hingga 50 peratus.

“Ini telah menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa mengetahui ia adalah tiruan. Ini memberi peluang kepada peniaga untuk memperdaya pelanggan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Dalam hal ini, beliau menarik perhatian mengenai kes pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan baru-baru ini yang diperdaya oleh sebuah butik dalam talian yang menjual beg berjenama tiruan pada harga ribuan ringgit.

sumber- Kosmo

Ibu bunuh dua anak

Ibu bunuh dua anak
Beberapa anggota tubuh dua kanak-kanak malang itu turut ditemui berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.
CHIANG MAI - Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.

Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.

"Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.

Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi," jelas jurucakap polis tersebut lagi.

Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.

sumber- Sinar

Perkahwinan katak untuk atasi kemarau

the frog bride
Perkahwinan antara katak di Takhatpur ini dipercayai akan membawa hujan selepas kemarau berpanjangan.
TAKHATPUR - Upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India.

Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India.

Penduduk percaya, upacara perkahwinan luar biasa ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan hingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Perkahwinan antara katak tersebut dilakukan dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Takhatpur, termasuk dihiburkan dengan pelbagai lagu dan hadiah.

Mengikut kepercayaan, sejurus pasangan katak itu 'bercium', seluruh masyarakat di perkampungan itu akan bernazar untuk mohon hujan. Kemudian, pasangan katak tersebut dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu, sekali gus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.

Selain katak, perkahwinan antara haiwan seperti keldai dan kerbau juga masih dilakukan oleh beberapa golongan masyarakat di India bagi memenuhi niat.

Godaan palsu gadis 'ting-ting'

gadis bogel pelacur melayu
KELIHATAN sekumpulan wanita dipercayai gadis ‘ting-ting’ berkumpul di kaki lima kedai di Kampung Air, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.

Dikenali dengan gelaran 'ting-ting', godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.

Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.

Tinjauan Kosmo! di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia.

Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks.

sumber- Kosmo

Lagenda Hantu Jepun, Hanako-san

Hanako-san - Seorang gadis muda yang menyeramkan telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun.

Ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk sekolah mempunyai tandas yang dihuni oleh gadis misteri ini, yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia biasanya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga- terutama tandas perempuan. Dia datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan saksi melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan menpunyai potongan rambut yang pendek.

Hanako-san

Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani mencabarnya. Biasanya dengan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil menyeru namanya dan bertanyakan soalan tertentu. Soalan yang paling biasa ialah "Adakah kamu di sana, Hanako-san?" Jika Hanako-san benar-benar wujud, dia akan menjawab dengan nada yang perlahan "Ya, saya di sini." Ada berita yang mendakwa, sesiapa yang berani membuka pintu ketika Hanako-san di dalamnya akan ditarik  masuk ke dalam tandas.

Hanako-san

Cerita mengenai Hanako-san ini terdapat dalam pelbagai versi. Walaupun ia menjadi satu fenomena di jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa Hanako-san telah wujud sejak tahun 1950-an. Ada cerita yang mendakwa dia adalah hantu era Perang Dunia ke-2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok. Cerita-cerita lain mendakwa bahawa dia mati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorokkan didalam tandas bertahun-tahun. Dalam sesetengah versi, dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (satu cerita dari wilayah Fukushima, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan).

Tidak terkira banyaknya versi legenda Hanako-san telah muncul dari masa ke semasa. Berikut adalah beberapa variasi mengenai hantu ini:

Menurut salah satu legenda dari wilayah Yamagata, sesuatu yang dahsyat akan terjadi jika Hanako-san bercakap dengan suara yang jahat. Satu lagi legenda dari wilayah yang sama mendakwa bahawa Hanako-san sebenarnya 3 meter panjang dan mempunyai 3 kepala cicak yang menggunakan suara seorang gadis kecil untuk mengumpan mangsanya.

Di sebuah sekolah di bandar Kurosawajiri (wilayah Iwate), Hanako-san dikatakan mempunyai tangan yang besar dan berpakaian putih muncul dari lubang tandas di tandas yang ke tiga .

Tandas lelaki disebuah sekolah di Yokohama (wilayah Kanagawa), didakwa bahawa tangan berdarah akan muncul jika berjalan di sekitar kawasan tersebut sambil menyeru nama Hanako-san sebanyak tiga kali. 

Buat terjunan lelabah pada waktu malam

bungee jumps
GAMBAR menunjukkan seorang wanita bersedia untuk membuat terjunan lelabah.
KRASNOYARSK, Rusia - Sejumlah orang mengambil bahagian dalam terjunan lelabah waktu malam pada ketinggian 44 meter dari sebuah jambatan di Taiga dekat sini pada Ahad lalu.

Para peserta itu yang menyertai acara terjunan tersebut merupakan pelancong yang menginap dekat jambatan berkenaan. 

sumber- Reuters

Rihanna masih mencintai Brown

rihanna chris brown together again
GAMBAR yang dirakamkan pada 4 Ogos lalu menunjukkan Rihanna (kiri) diwawancara Winfrey di rumah penyanyi itu di Barbados.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Rihanna mengaku dia masih mencintai penyanyi Chris Brown walaupun selepas tiga tahun dia dipukul oleh bekas kekasihnya.

Penyanyi lagu Umbrella itu juga menganggap Brown mungkin kekasih untuk sepanjang hidupnya.

Dia meluahkan perasaan itu kepada pengacara program bual bicara popular, Oprah Winfrey ketika diwawancara televisyen yang disiarkan pada Ahad lalu.

Rihanna memberitahu, dia dan Brown kembali mempercayai antara satu sama lain dan hubungan mereka kini sangat rapat.

Brown, 23, didapati bersalah pada tahun 2009 kerana memukul Rihanna dalam satu serangan ganas menjelang majlis Anugerah Grammy.

Dia meminta maaf secara terbuka kerana melakukan perbuatan itu.

Brown dihukum menjalani tempoh pemerhatian selama lima tahun, melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat, menghadiri kaunseling tentang keganasan domestik dan diarahkan untuk tidak mendekati Rihanna.

Perintah larangan itu telah ditarik balik pada tahun lalu.

Mereka turut kembali bergandingan menerusi lagu Birthday Cake dan Turn Up the Music pada tahun ini sekali gus mencetuskan spekulasi kedua-duanya telah kembali menjadi kekasih.

"Kami mengekalkan hubungan yang sangat rapat sejak arahan larangan digugurkan.

"Kami membina semula kepercayaan. Kami saling mencintai dan kemungkinan tidak akan cuba mengubahnya," kata Rihanna kepada Winfrey.

Bintang berusia 24 tahun itu berkata, sukar untuk dia menyembunyikan perasaannya apabila bertemu Brown.

"Ia janggal kerana saya masih mencintainya. Saya harus membuat muka yang selamba. Saya menganggap ia merupakan cinta buat seumur hidup saya," katanya. 

sumber- Reuters

Tengkorak berusia antara 43,000 hingga 63,000 tahun ditemui

oldest human fossil ever found
GAMBAR menunjukkan bahagian-bahagian tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite di Laos.
CHICAGO - Satu tengkorak yang ditemui di dalam sebuah gua di Laos mungkin merupakan fosil manusia yang paling tua pernah ditemui di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang disiarkan kelmarin.

Tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite itu dipercayai berusia antara 46,000 hingga 63,000 tahun.

Penemuan itu memperkukuhkan kajian genetik sebelum ini yang mempercayai manusia moden tinggal di kawasan tersebut sejak 60,000 tahun lalu.

Tengkorak itu ditemui pada kedalaman lebih dua meter di gua tersebut pada tahun 2009.

Kajian tentang tengkorak itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences

sumber- AFP

Tulang singa Afrika jadi ubat pengasih

ilmu pengasih
SEORANG anggota renjer memegang tulang singa.
POTCHEFSTROOM, Afrika Selatan - Tulang singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional.

Kebanyakan tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos.

Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang.

Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.

Pemburu-pemburu itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.

"Baru-baru ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk menyertai aktiviti memburu itu," kata seorang pegawai daripada pertubuhan pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.

Tulang-tulang singa itu menjadi popular untuk dijadikan ubat pengasih.

Ia menjadi rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...