Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 4, 2012

10 anggota bomba cedera tangki minyak diesel meletup

KOTA BHARU: Sepuluh anggota bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah tangki minyak diesel yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup yang menyebabkan api menyambar anggota terbabit.

"Ada empat tangki minyak diesel dengan dua daripadanya mengalami kebocoran. Semasa operasi pemadaman itu, berlaku satu letupan daripada salah sebuah tangki tersebut yang menyebabkan 10 anggota bomba mengalami kecederaan dengan empat daripadanya agak serius," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba terbabit yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

bomba terbakar
Seorang anggota bomba dan penyelamat terbakar selepas sebuah tangki minyak pelincir bocor sehingga mengakibatkan letusan api setinggi lebih 30 meter di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi setahun lalu di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Sumber gambar- HMetro
Azmi berkata anggota terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki dihantar menerima rawatan iaitu tujuh orang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga orang di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Empat anggota yang cedera agak serius itu ialah Wan Asri Wan Yaakob, Zulkifli Mahmod, Razak Abdullah dan Abdullah Din Mohamad, katanya dan menurutnya keadaan mereka dilaporkan stabil.

bomba terbakar
Sumber gambar- HMetro
Azmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.30 pagi dan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung di sini, ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Operasi pemadaman berjalan lancar, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya tetapi tiba-tiba berlaku letupan daripada salah satu tangki minyak diesel itu. Semasa kejadian saya berada di tempat kejadian," katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata punca kebakaran tersebut sedang disiasat. 

sumber- Bernama

Arca Kuda Kertas

Dari jauh, arca kuda putih ini kelihatan seperti ukiran dari marmar ataupun gading. Namun bahan yang digunakan tidaklah seperti yang disangka. Arca kuda ini sebenarnya dihasilkan daripada kertas. Ianya adalah hasil karya Richard Sweeny.

kuda putih

Pada awalnya, Sweeny menghasilkan rangka kuda ini menggunakan kayu. Rangka tersebut kemudiannya dibalut dengan menggunakan kertas. Hasilnya adalah arca kuda yang amat mengagumkan. Selain menghasilkan kuda kertas ini, Sweeny turut pernah menghasilkan manusia cardboard, anjing kertas serta pelbagai karya lagi.

patung kuda putih

Tak sangka anak sendiri

Keadaan mangsa yang dilanggar lari sebuah kenderaan di Jalan Bandar Putra Permai, pagi, semalam.
SERI KEMBANGAN -  “Perut dia terburai, muka dia hancur menyebabkan saya hampir tidak cam itu wajah anak lelaki saya sendiri, kata M Sundera Raju, 61,  bapa kepada seorang juru kimpal  yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Bandar Putra Permai, pagi, semalam.

Kata Sundera, sebelum kejadian dia ada melalui jalan di mana anaknya dipercayai terbabit  kemalangan namun tidak menyangka mangsa  yang maut membabitkan darah dagingnya sendiri.

Katanya, dia melihat darah penuh di atas jalan namun tidak memberhentikan kenderaan kerana perlu mengambil penumpang yang mahu menaiki teksi dipandunya.

Sundera memberitahu dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi isteri sebelum bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya, S Muniandy, 25, yang maut dalam keadaan mengerikan itu.

“Ketika dalam perjalanan mengambil penumpang, saya memang sudah nampak kemalangan itu, saya juga ada beritahu rakan nampak kemalangan itu sangat teruk kerana darah penuh di atas jalan.

“Memang tidak disangka, mangsa yang maut itu rupanya anak saya sendiri,” katanya memberitahu anak keempatnya daripada lima beradik itu keluar rumah sejak jam 9 malam kelmarin menunggang sebuah motosikal sebelum mayatnya yang terbaring ditemui orang ramai.

Sundera berkata, hanya air mata yang dapat menggambarkan perasaan sedih melihat keadaan anaknya itu di rumah mayat Hospital Serdang.

“Sedih sangat...kepalanya pecah dan tubuh badannya teruk menyebabkan pada mulanya sukar mengecam mayat anak sendiri,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.15 pagi di Jalan Putra Permai dari arah Seri Kembangan menuju ke Taman Equine.

Katanya, mangsa yang dipercayai hendak melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dirempuh sebuah kenderaan sebelum dipercayai digilis dan tercampak di tengah jalan.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci giat dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-8074 2222 atau 016-905  5595 untuk membantu siasatan.

sumber- Sinar

Lelaki yang boleh merapatkan bahu

Joshua Carter dari Leesburg, Georgia, mampu merapatkan bahunya sehingga menyentuh antara satu sama lain di hadapan dadanya. Joshua sebenarnya dilahirkan tanpa tulang selangka dan membolehkan dia untuk melakukan aksi sebegitu. Walaupun ianya bersifat kecacatan fizikal, bagi Joshua ini merupakan satu kelebihan, "Tiada tulang selangka membolehkan saya masuk ke ruang yang kecil dan melalui kawasan yang sesak dengan mudah!"

Joshua Carter

Keluarga suspek pengganas mengamuk

mengamuk di Poso

POSO (Indonesia): Puluhan penduduk, termasuk anggota keluarga Abdul Halid Tumbingoa, suspek pengganas yang ditembak mati di sini pagi semalam, mengamuk di depan balai polis.

Mereka menuntut polis menyerahkan mayat Halid, 24, tetapi mendapati ia sudah dihantar ke Palu di Sulawesi Tengah. Mereka mengamuk sambil melaung ‘Kami tidak percaya polis,’ di depan Balai Polis Poso.

Kejadian itu menyebabkan pintu masuk balai berkenaan rosak.

Polis yang merancang menerbangkan mayat itu dari Palu ke Jakarta akhirnya tunduk kepada desakan itu dan menyerahkannya kepada keluarga Halid.

Keputusan dibuat selepas Ketua Polis Sulawesi Tengah, Dewa Parsana yang berada di Poso sejak beberapa hari lalu kerana operasi antipengganas, berbincang dengan keluarga Halid.

Dalam kejadian awal semalam, polis menembak mati Halid, yang disyaki pengganas dan menahan rakannya selepas berlaku tembak- menembak, membabitkan polis antikeganasan berhampiran sebuah sekolah di Kayamanya, daerah Poso Kota.

Dewa berkata, Halid ditembak mati selepas dia melontar bom ke arah polis.

sumber- JP

Khidmat gugur janin kepada pelajar sekolah

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah yang terbabit dalam hubungan terlarang.

Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.

wartawan menyamar
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.

Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.

“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.

sumber- HMetro

Pelajar IPT maut langgar tembok plaza tol

Pelajar IPT maut
Keadaan kereta yang dipandu Hsing On remuk teruk akibat melanggar penghadang Touch n Go di plaza tol NKVE.
PETALING JAYA - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan maut dalam kemalangan di Plaza Tol Damansara Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa, Chua Hsing On, 18, berasal dari Subang Jaya, memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan, sebelum merempuh tembok penghadang di laluan Touch n Go di plaza tol berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mangsa tersepit kira-kira setengah jam sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama.

“Ekoran rempuhan itu, mangsa cedera parah di dada dan kaki. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

sumber- Sinar

Wanita paling kurang menipu

London: Lelaki memang berkemungkinan tinggi lebih banyak menipu apabila tinjauan mendapati golongan itu secara purata menipu tiga kali sehari atau 1,092 setahun, manakala wanita cuma berbuat demikian 728 kali setahun atau dua kali sehari. 

bibir wanita seksi
gambar hiasan
Wanita bohong demi beli baju baru 

Namun, keadaan berbeza apabila menyentuh usaha menyembunyikan baju baru daripada pasangan dengan 39 peratus wanita berasa perlu membohongi mengenai pertambahan baju dalam almari mereka, berbanding cuma 26 peratus lelaki. 

Laporan akhbar Daily Express melaporkan, wanita lebih berkemungkinan berpura-pura sibuk untuk mengelakkan panggilan telefon, 50 peratus mengaku berbuat demikian berbanding cuma 33.33 peratus lelaki, menurut penyelidikan Perkhidmatan Kewangan BMW. 

Sifat manusia 

Walaupun menipu menyebabkan dilema moral, Profesor Perkembangan Psikologi di Universiti Hertfordshire, Karen Pine, berkata ia adalah sifat manusia. 

“Kita rasa menipu itu sifat buruk tetapi sebenarnya kemampuan memperdaya orang lain membantu kelangsungan hidup. Nenek moyang kita perlu bersaing mendapatkan sumber dan menipu untuk mengatasi musuh,” katanya. 

sumber- Agensi

Lelaki tua semakin diminati

perempuan suka lelaki tua
Lelaki tua kini semakin diminati wanita muda. - Gambar hiasan
Gadis mahukan kesenangan, hidup selesa 

Washington: Golongan lelaki tua dikatakan semakin mendapat perhatian golongan wanita masa kini yang menyifatkan mereka memiliki gaya kedewasaan dan berkemampuan. 
Penulis Changing Your Game A Man’s Guide to Sucess with Women, Christie Hartman, berkata kebanyakan wanita muda mahukan kesenangan, kedewasaan, kepercayaan tinggi terhadap sikap bijak dan mempunyai kematangan seperti yang dimiliki Sarkozy. 

Lelaki muda tiada hala tuju 

“Lelaki berusia dua puluhan terutama di bawah usia 27 tahun cukup dewasa tetapi mereka belum menentukan apa yang dimahukan dalam hidup dan mempunyai masalah sekiranya menjalinkan hubungan dengan wanita,” kata Hartman. 

Keadaan demikian tidak berlaku kepada semua orang tetapi dari kaca mata Hartman, ia kebanyakannya terjadi. 

Lelaki lebih tua bagaimanapun memiliki lebih keberanian untuk mendekati wanita dan turut berpengalaman dalam seks. 

Namun begitu, wanita muda takut membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki matang, tambahan pula sekiranya lelaki terbabit pernah berkahwin dan memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu. 

“Inilah yang akan menjadi dilema bagi wanita usia 20-an. Mereka berpendapat akan menjadi ibu tiri dan mungkin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya lagi. 

Kebanyakan wanita muda lebih memilih lelaki berusia disebabkan kebanyakan mereka lebih berkemampuan dari segi ekonomi berbanding lelaki muda. 

sumber- Agensi

Kereta api langgar trak

kereta api Australia eksiden

SYDNEY - Seorang lelaki terbunuh manakala enam lagi cedera apabila sebuah kereta api berlanggar dengan sebuah trak di Victoria, selatan negara ini, hari ini.

Menurut polis, kejadian berlaku apabila trak tersebut cuba melintas lintasan kereta api di Dandenong South, pinggir bandar Melbourne.

"Seorang lelaki meninggal dunia ditempat kejadian walaupun paramedik sempat memberi rawatan," kata polis Victoria dalam satu kenyataan.

Turut mengalami kecederaan ialah pemandu kereta api yang cedera di bahagian kaki manakala pemandu trak tidak mengalami sebarang kecederaan. 

sumber- AFP

Gadis 14 tahun urus sindiket pelacuran ditangkap

BANGKOK: Polis semalam menahan seorang gadis berusia 14 tahun yang menguruskan satu sindiket pelacuran di sebuah motel di wilayah Samut Perakan.

Pihak berkuasa yang menerima aduan daripada orang ramai, melancarkan operasi di daerah Bang Phli, kata Ketua Bahagian Antipemerdagangan manusia, Chavalit Sawaengphuet Menurutnya, pegawai yang menyamar sebagai pelanggan, cuba mendapatkan khidmat seks daripada gadis itu.

pelacur siam
gambar hiasan
Gadis berkenaan mengenakan bayaran 2,000 baht (RM200) untuk dua pelacur muda berusia 14 dan 16 tahun.

Ketiga-tiga gadis itu kemudian ditahan di luar motel itu.

Gadis berkenaan memberitahu polis, dia biasanya memperoleh upah 500 baht (RM50) daripada setiap gadis yang dikenalkannya kepada pelanggan. 

sumber- BP

38 tahun angkat tangan

Manhant Amar Bharti Ji
MANHANT dengan tangan kanan yang tidak pernah diturunkan.
NEW DELHI: Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973.

Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.

Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva.

Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.

Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun. 

sumber- Agensi

Isteri tauke balak Sibu maut ditembak ketika sarapan

isteri kena tembak
DUA anggota polis menjalankan siasatan di meja tempat Leh Kuong mati ditembak ketika bersarapan di Jalan Pahlawan, Sibu semalam.
SIBU - Seorang suri rumah yang juga isteri kepada seorang tauke balak mati ditembak sewaktu dia menikmati sarapan bersama suami dan dua rakan di sebuah kafe di Jalan Pahlawan di sini pagi semalam.

Law Leh Kuong, 44, disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu pada pukul 3.15 petang selepas terkena tembakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, suami mangsa, Lau Ngik Yin, 43, cedera di belakang badan akibat terkena serpihan peluru.

Sebelum ditembak, mangsa bersama suami dan dua orang rakan sedang duduk di meja kaki lima kafe berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati sebuah kereta Proton Wira berwarna merah berhenti tidak jauh dari situ sebelum dua daripada empat orang yang berada di dalamnya keluar dan seorang melepaskan tembakan.

sumber- Kosmo

Diana, Farid bulan madu di Turki

gambar kahwin Diana Danielle dan Farid Kamil
DIANA menyarungkan cincin pada jari Farid selepas mereka diijabkabulkan di Ampang semalam.
AMPANG - Pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil yang selamat dinikahkan semalam memilih destinasi bulan madu mereka di Istanbul, Turki pada bulan depan.

Walaupun pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah tetapi ia terpaksa ditunda gara-gara kesukaran mendapatkan visa ke Tanah Suci pada bulan Disember.

"Sebab itu, kami akan pergi bulan madu ke Istanbul dulu dan selepas itu mungkin terus ke Mekah," ujar Diana ketika ditemui selepas majlis akad nikah semalam.

Farid Kamil, 31, dan Diana, 21, selamat dinikahkan di Hotel Flamingo by The Lake di sini pada pukul 9.10 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Daim Jajuli berwalikan hakim disebabkan Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson tidak dapat mengesan bapa kandungnya.

Majlis turut dihadiri ibu Diana, Norsiah Ramli dan ibu bapa Farid, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta kira-kira 300 tetamu.

sumber- Kosmo

Maut dihempap pokok ketika berbasikal

Abd. Ghani Hashim
SEORANG penduduk kampung, Mohd. Hasbullah Mohd. Zain menunjukkan basikal yang digunakan Abd. Ghani yang maut ditimpa pokok tumbang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Sarang Semut, Alor Setar kelmarin.
ALOR SETAR - Rutin harian seorang warga emas sejak 25 tahun lalu mengayuh basikal sejauh satu kilometer ke tempat kerja berakhir kelmarin apabila dia maut dihempap pokok tumbang ketika hujan di Batu 10, Kota Sarang Semut di sini kelmarin.

Abd. Ghani Hashim (gambar kecil), 58, yang merupakan juruwang sebuah stesen minyak maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di tengkuk dan kepala dalam kejadian pada pukul 6 petang.

Kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari tempat kerja mangsa yang tinggal di Batu 11, Jalan Pendang dekat sini.

Menurut isteri mangsa, Pawan Awang, 44, ketika suaminya keluar dari rumah pada pukul 5.45 petang, dia bersama dua anak, Siti Nur Puspayanti, 24, dan Mohd. Irman, 10, tiada di rumah kerana ke Pendang membeli barang.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu daripada abangnya, Ramli, 47, yang bergegas ke tempat kejadian sejurus diberitahu penduduk kampung.

"Tiada perubahan luar biasa pada arwah sebelum keluar bekerja," kata Pawan yang bekerja sebagai pembantu di kedai makan.

sumber- Kosmo

Katak berjari tiga spesies baharu

Brachycephalus tridactylus
KATAK kecil berjari tiga, Brachycephalus tridactylus yang ditemui di hutan simpan di selatan Brazil.
BRASILIA - Sejenis katak unik berjari tiga yang hidup di sebuah hutan simpan di selatan Brazil diiktiraf sebagai spesies baharu pada minggu ini, lebih lima tahun selepas amfibia itu ditemui oleh seorang ahli biologi, Michel Garey.

"Saya sedang melakukan kajian bersama dua orang rakan di puncak sebuah bukit di hutan itu dan ternampak seekor katak ganjil berjari tiga," kata Garey.

"Penemuan tersebut berlaku pada 14 Februari yang juga hari jadi saya, ia hadiah yang sungguh istimewa," tambahnya.

Namun, hanya pada Jun lalu barulah katak berwarna oren dengan panjang kurang daripada 1.5 sentimeter itu disahkan sebagai spesies baharu.

Dikenali dengan nama saintifik, brachycephalus tridactylus, penemuan Garey disiarkan dalam jurnal antarabangsa, Herpetologica.

Ditemui pada ketinggian lebih 900 meter, brachycephalus tridactylus unik kerana memiliki tiga jari berbanding katak biasa yang berjari empat.

Menurut Garey, perbezaan ketara itu disebabkan oleh proses evolusi dan bukannya kesan pencemaran alam sekitar.

Pakar-pakar sebelum ini menganggarkan terdapat sekitar 950 spesies amfibia hidup di seluruh Brazil dan lebih 6,700 lagi spesies berada di seluruh dunia. 

sumber- Agensi

Kisah benar gorila menyelamatkan kanak-kanak

Binti Jua merupakan seekor gorila betina yang tinggal di Zoo Brookfield, di Brookfield, Illinois. Binti mula dikenali selepas berlakunya insiden pada 16 Ogos 1996. Ketika itu ia baru berumur 8 tahun.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun telah memanjat tembok konkrit lalu terjatuh dengan ketinggian 18 kaki. Kejadian tersebut menyebabkan kanak-kanak ini cedera parah di sebahagian mukanya dan langsung tidak sedarkan diri. Tangannya juga patah.

Binti menghampiri kanak-kanak tersebut manakala orang ramai terteriak takut kalau kanak-kanak ini diapa-apakan. Tiba-tiba, seekor gorila betina lain yang lebih besar cuba datang menghampirinya. Binti bingkas berderum dan mendukung kanak-kanak tersebut disebelah kanan lengannya.

Ia membawa kanak-kanak tersebut kira-kira 18 meter ke pintu masuk dan membolehkan kanak-kanak itu dibawa keluar. Sepanjang kejadian ini, Binti mengendong anaknya, Koola yang masih berusia 17 bulan.

Kanak-kanak tersebut menghabiskan masa selama 4 hari di hospital untuk pulih sepenuhnya.

kisah sebenar gorila selamatkan budak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...