Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, October 5, 2012

Singapura pengimport kondom utama buatan Malaysia

gambar kondom

SINGAPURA: Malaysia adalah pengeksport kondom terbesar di dunia dan Singapura menjadi destinasi utama eksportnya.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pengimportan kondom buatan Malaysia oleh Singapura hanya 72,500 kilogram pada 2009. Namun, angka itu melonjak kepada 594,000 kilogram pada 2010 sebelum mencecah 1.43 juta kilogram atau 572 juta tahun lalu, mengatasi China yang mengimport hampir 1.4 juta kilogram kondom.

“Kami musykil jika ada kesilapan. Bagaimana Singapura menggunakan lebih kondom berbanding China?,” kata Pengarah Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat yang mempunyai akses kepada data itu.

Bagaimanapun, kemudiannya didapati projek derma kerajaan Amerika Syarikat telah memindahkan hab utama mereka dari Korea Selatan ke Singapura kerana pertumbuhan pengeluaran kondom di rantau ini. 

sumber- AsiaOne

Ombak membeku di Antartika

Antartika merupakan antara kawasan paling sejuk sejak berdekad lamanya. Di Bandar Macinaw, air di bawah permukaan ais Tasik Huron mempunyai tahap kesejukan yang terlampau. Air tersebut menembusi permukaan ais dan kemudiannya membeku seakan gelombang yang menakjubkan. Ianya jelas kelihatan seperti ombak. Keajaiban alam sebegini amat jarang dijumpai di kawasan lain.

Ombak membeku di Antartika

Filem bunuh Osama ditayang 4 November

Osama bin Laden
Osama bin Laden
LOS ANGELES - Filem penangkapan dan pembunuhan Osama bin Laden akan ditayangkan dua hari sebelum pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) menerusi National Geographic Channel.

Filem edaran syarikat Weinstein, yang dimiliki oleh Harvey Weinstein, merupakan penyokong utama kempen pemilihan semula Presiden Barack Obama.

Beliau juga pengumpul dana bagi kempen pemilihan Obama.

Saluran itu akan menayangkan Seal Team Six: The Raid on Osama bin Laden, yang akan disiarkan pada 4 November depan, lapor AP.

Filem itu memaparkan serbuan di Pakistan dan mengupas kejayaan AS menangkap ketua pemimpin Al-Qaeda yang disifatkan sebagai pengganas oleh Barat.

Penayangan filem itu bakal memberi tempias kepada Obama secara positif dan mempunyai kesan kepada pengundi.

sumber- Sinar

Safee: Itu bukan saya, Julia bukan kekasih saya

Julia Hana
Julia Hana
PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali menafikan laporan laman sosial dan blog  yang mendakwa beliau kini sedang dilamun cinta dengan pelakon, Julia Hana dan telah menghabiskan cuti di Langkawi.

Gosip antara keduanya timbul selepas blog berkenaan mendakwa kedua-dua mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah kelmarin.

“Itu bukan saya…saya tidak pernah ke Langkawi pun sebelum ini,” katabeliau kepada Sinar Harian Online.

Pengurusnya, Zakaria Abd. Rahim berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menyertai sesi penggambaran pada sebelah pagi di Petaling Jaya.

“Pada sebelah petang Safee ke gim untuk latihan di Kem Latihan Nasional, Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Hong Kong, 16 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Sehubungan itu, Safee berharap dengan penjelasan yang diberikan, gosip percintaannya dengan pelakon berkenaan akan dihentikan.

Ketika ditanya mengenai kekasih, Safee turut mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Saya bukan artis untuk bercerita mengenai perkara ini. Saya hanya pemain bola sepak.

“Walaupun dilanda gosip sebegini, tumpuan saya terhadap bola sepak masih tidak terganggu dengan gosip tidak menentu seperti ini,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, menerusi laman sosial Facebook  beliau, SafeeSali_10 Official mengatakan, Safee kini dilantik sebagai duta produk minyak wangi Avon, Centre Action, hari ini.

Dengan lantikan itu, menjadikan menjadikan anak jati Selangor itu sebagai satu-satunya ahli sukan dan pemain bola sepak di Malaysia dilantik sebagai Duta Avon.

Sebaik pelancaran itu, Safee juga dilaporkan terus ke LCCT untuk pulang ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan persahabatan antara Pelita Arema dan The Real Garuda di Malang, Indonesia, petang esok.

sumber- Sinar

Suami isteri didakwa dera amah

Daeng Norulasyikin Bachok
Daeng Norulasyikin Bachok
JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan menggunakan pisau, kayu golf dan minyak panas, antara Julai hingga September lalu.

Tertuduh, Mohd Shukur Suradi, 28, dan bersama isteri, Daeng Norulasyikin Bachok, 27, turut didakwa memperdagangkan mangsa, Marsini, 21, di sebuah rumah di Taman D Utama Perling di sini.

Mohd Shukur, yang bekerja sebagai penjual kereta dan isterinya, seorang guru, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamri Bakar.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat yang sama antara bulan Julai hingga 23 September lalu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Marsini dengan menggunakan satu alat untuk menikam iaitu sebilah pisau, selain alat yang boleh menyebabkan kematian iaitu kayu golf, penyangkut baju, tali pinggang, serta menggunakan benda hangat dan melecur iaitu air panas, minyak panas, senduk dan sudu panas.

Atas kesalahan itu, dakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mohd Shukur Suradi
Mohd Shukur Suradi
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Di bawah tuduhan kedua pula, pasangan suami isteri itu didakwa memperdagangkan Marsini bagi tujuan mengeksploitasi wanita itu dengan cara memaksa bekerja sebagai pembantu rumah di alamat yang sama 23 September  lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikenakan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Zamri membenarkan pasangan suami isteri tersebut diikat jamin RM20,000 dengan masing-masing seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 16 Oktober ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Chuah Shyue Chien, Norashikin Ibrahim dan Jasmee Hameeza Jaafar yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM50,000 bagi dua pertuduhan yang dihadapi oleh Mohd Shukur dan Daeng Norulasyikin.

Peguam Noordin Hussin yang mewakili Mohd Shukur manakala Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Daeng Norulasyikin memohon jumlah itu dikurangkan memandangkan pasangan tersebut mempunyai seorang anak berusia sembilan bulan.

Pada 26 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pembantu rumah dipukul majikannya dengan menggunakan kayu golf kerana hanya lambat membuat kerja rumah.

Mangsa, Marsini, 21 ditemui orang awam kira-kira jam 12.15, 23 September lalu ketika sedang merayau-rayau di sekitar kawasan kedai Taman Perling selepas melarikan diri dari rumah pasangan majikan guru dan penjual kereta itu.

Mangsa dikatakan datang ke Malaysia Januari lalu dan bekerja dengan kedua-dua mereka sejak Februari yang didakwanya telah dipukul di kepala, belakang badan dan diseterika di dada sehingga melecur.

sumber- Sinar

Lori terjunam masuk gaung

Lori terjunam masuk gaung
Keadaan lori tangki yang terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter.
REMBAU – Seorang pemandu lori tangki berdepan detik mencemaskan apabila lori yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Kilometer 227.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Rahman Rais, 30-an, dipercayai dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor ke Pelabuhan Klang untuk menghantar muatan minyak kelapa sawit.

Menurut rakan mangsa, Shahrul, 30-an, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada rakannya yang lain.

"Saya segera memberhentikan lori yang dipandu untuk melihat keadaan mangsa tetapi dia telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk rawatan lanjut.

"Mangsa sebenarnya rakan sekampung dan saya telah memaklumkan kejadian ini kepada keluarganya," katanya.

sumber- Sinar

Pokok pisang miliki dua tandan, tiga jantung

resep pisang
Jemain menunjukkan pisangnya yang mempunyai dua tandan dan tiga jantung dalam satu pokok.
BATU PAHAT – Ganjil dan pelik, hanya itu yang diluahkan oleh Jemain Sediman, 73, ketika ditemui di Kampung Parit Kemang, Senggarang apabila pokok pisangnya mempunyai dua tandan dan tiga jantung.

Pokok pisang yang terletak di hadapan rumahnya itu mula menjadi tarikan ramai setelah beberapa orang anak saudaranya memberitahu hal tersebut.

Menurut Jemain, ketika diberitahu oleh anak saudara, pada mulanya ingatkan sekadar gurauan tetapi setelah melihatnya sendiri baru percaya dan amat terkejut kerana kejadian ini adalah kali pertama pernah dialami sepanjang hidup.

Katanya, buat masa ini dia tidak mahu mengapa-apakan pisang itu, tetapi ingin melihat kesudahan yang berlaku sama ada ianya akan berbuah secara normal atau sebaliknya.

“Sekiranya pisang ini sama dengan pisang yang lain, pakcik akan tebang dan melakukannya seperti biasa,” katanya.

sumber- Sinar

Janet Jackson Peluk Islam, Mahu Nikah Jutawan Arab

Janet Jackson Peluk Islam
Janet dan tunangnya Wissam Al Mana seorang jutawan berbangsa Arab.
PENYANYI terkenal Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab iaitu Wissam Al Mana.

Pasangan tersebut diberitakan akah bernikah pada tahun hadapan di tempat kelahiran jutawan itu di Doha, Qatar.

Portal www.emirates247 pada Rabu lalu melaporkan, pasangan tersebut akan bernikah dalam satu majlis Islam sementara Janet, adik kepada bintang pop Micheal Jackson itu mahu merahsiakan agama barunya itu daripada pengetahuan peminatnya.

Sumber berkata, pasangan itu juga akan menjadikan perkahwinan berkenaan sebagai majlis terbesar selain dapat diingati dalam sejarah.

Portal itu yang turut memetik sumber majalah National Enquirer melaporkan pasangan berkenaan telah menetapkan tahun 2013 tetapi masih memilih hari yang sesuai untuk majlis itu.

Mereka juga dilaporkan berhasrat membelanjakan wang kira-kira RM6 juta (AS$3 juta) untuk sebuah majlis gilang-gemilang sementara Wissam akan menghadiahkan sebuah jam Rolex berharga RM30,000 (AS$10,000) kepada setiap tetamu yang menyaksikan perkahwinan berkenaan.

“Wissam akan menjadikan majlis bahagia itu sebagai ‘perkahwinan abad ini’ dan terbesar dalam sejarah hidup mereka,” lapor portal itu.

Wissam merupakan jutawan yang memiliki kekayaan keluarga dalam bidang hartanah dan media itu melamar Janet, 46, pada tahun lalu dengan memberikannya sebentuk cincin berlian 15 karat.

Pasangan tersebut bertemu pada bulan Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Timur Tengah.

Mereka pada mulanya dilaporkan mahu berkahwin pada 2011 tetapi telah menangguhkannya beberapa tahun untuk melakukan perancangan rapi.

Janet telah keluar bersama Wissam yang hampir 10 tahun lebih muda daripadanya sejak musim panas 2010.

Malah penyanyi wanita itu berkata, bukan satu kesalahan untuk beliau keluar dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

Janet yang sebelum ini mempunyai hubungan sembilan tahun dengan penerbit album Jermaine Dupri berkata, ibunya sentiasa memberitahu umur hanyalah sekadar angka.

sumber- MStar

Izara Aishah Mengaku Menari Seksi

Izara Aishah Mengaku Menari Seksi
Izara Aishah mengakui video seorang wanita yang menari tarian tango dengan aksi ghairah adalah dirinya.
PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.

Izara dalam laporan Harian Metro pada Jumaat berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.

"Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu," ujarnya.

Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.

"Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.

Dalam video tersebut, Izara memberitahu dia memegang watak seorang pengemis.

Menurut Izara oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Izara juga tidak sangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

sumber- MStar

160 spesies baru ditemui di Gunung Kinabalu

Katak tanduk
Katak tanduk juga ditemui pasukan penyelidik di kawasan Gunung Kinabalu. - Foto ihsan Naturalis Biodiversity Center
KOTA KINABALU - Penyelidik Malaysia dan Belanda menemui kira-kira 160 spesies baru di kawasan pergunungan Borneo baru-baru ini – penemuan yang menakjubkan dunia sains.

Dalam penemuan itu, kulat dan labah-labah menguasai spesies baru di Gunung Kinabalu manakala kumbang dan siput juga termasuk dalam senarai haiwan serta paku-pakis pada senarai tumbuhan.

József Geml, salah seorang penyelidik berkata, katak juga mungkin boleh dibuktikan sebagai spesies baru.

"Walaupun kerja-kerja saintifik terperinci yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun, pasukan kami sudah tahu bahawa banyak spesies ini adalah baru kepada sains," katanya dalam satu kenyataan dipetik CNN.

Rama-rama Atlas
Rama-rama Atlas dipercayai paling terbesar di dunia. - Foto ihsan Naturalis Biodiversity Center
Dalam pada itu, kajian tersebut telah dijalankan oleh Sabah Parks dan Pusat Biodiversiti Naturalis Belanda.

Para penyelidik telah mengutip sampel DNA dan memastikan sama ada spesies tersebut merupakan spesies baru ataupun sudah lama berada di puncak tertinggi di Malaysia itu.

Sementara itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, terdapat kira-kira 3,500 sampel DNA telah diambil daripada 1,400 spesies.

Penyelidik turut merancang untuk menerbitkan evolusi bergerak di Borneo pada pertengahan tahun depan.

sumber- Sinar

Dicekup leka hisap dadah

budak kulim hisap dadah
Kesemua suspek dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
KULIM - Lima lelaki dan seorang perempuan berusia antara 18 dan 22 tahun ditahan, dipercayai leka menghisap dadah di bilik tengah sebuah rumah di Taman Selasih di sini, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diketuai Inspektor Muhamad Amin Mat Yassin.

Ketika serbuan, dua suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang bagaimanapun berjaya ditahan.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis turut merampas lapan paket lut sinar dipercayai dadah seberat lima gram.

“Semua suspek merupakan pekerja industri dan tinggal di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati lima lelaki terbabir positif dadah manakala seorang remaja perempuan negatif,” katanya.

Kesemua mereka akan ditahan mengikut seksyen 39A(1) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Ghuzlan berkata, sehingga kini polis sudah mengenal pasti beberapa premis di sekitar kawasan taman perumahan dan kampung dipercayai dijadikan tempat menghisap dadah.

sumber- Sinar

Bekas pemain Selangor Ezmi derita barah hidung

Mohd Ezmi Mad Jan
Kanser dialami merubah wajah Mohd Ezmi.
BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, kini menderita barah hidung atau limfoma.

Dia yang ditemui di rumahnya semalam kelihatan kurang bermaya dan lebih kerap berbaring kerana serangan barah yang merosakkan keseluruhan hidungnya.

Ibunya, Latifah Daud, 55, berkata, anak sulungnya itu mula menunjukkan gejala serangan kuman limfoma sejak empat tahun lalu apabila dia kerap menghembus cecair seperti hingus daripada hidungnya.

Bagaimanapun, katanya saban hari kesan itu dilihat bertambah teruk sehingga memaksa anaknya menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan dalam hidungnya.

“Makcik pernah tegur dia kenapa menghembus sampai nak terkeluar isi hidung, dia kata sebab hidungnya tersumbat sesuatu.

“Bila keadaan itu tidak berubah, dia menjalani pembedahan bagi membuang sesuatu yang menyekat pernafasannya. 

Tetapi, selepas itu keadaannya bertambah teruk hinggalah kesan yang dilihat sekarang,” katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor, Maznah Othman semalam.

Latifah berkata, kuman limfoma merebak dan memakan tisu-tisu hidung anaknya bermula di sebelah kiri sehingga menjejaskan keseluruhan hidung termasuk bahagian atas bibir.

Katanya, pakar perubatan juga mengakui tidak mampu merawat penyakit tersebut dan memaksa ahli keluarga mengambil ikhtiar melakukan rawatan tradisional.

“Ezmi tidak mampu berjalan seperti biasa dan ia menghalang daripada meneruskan terapi di hospital, sebab itu kami teruskan rawatan tradisional di rumah.

“Dia ada harapan untuk sembuh tapi perlu pastikan lukanya kering dan bebas kuman bagi memudahkan doktor menggunakan tisu sesuai menampal luka tersebut,” katanya.

Menurutnya, jika tidak kuman limfoma akan terus merosakkan tisu badannya.

Katanya, berat badan Mohd Ezmi semakin susut sehingga 37 kilogram (kg) sekarang berbanding 56 kg sebelum ini.

Malah, rumahtangganya juga tidak mampu bertahan hingga memaksa dia dan bekas isterinya kini tinggal berasingan.

Sementara itu Maznah berkata, JKM Hulu Selangor menyenaraikan Mohd Ezmi sebagai penerima Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar berjumlah RM300 sebulan.

Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan untuk meringankan beban terpaksa ditanggung keluarga pesakit.

“Kita telah mengambil kira beban keluarga yang terpaksa menanggung beberapa perbelanjaan berkaitan.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit beban ahli keluarga pesakit,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat keluarga berkenaan semalam.

Turut hadir, Pembantu Pegawai Kebajikan Kanan, JKM Hulu Selangor, Tuan Rosli Tuan Ahmad.

Pada lawatan tersebut, JKM turut menghulurkan bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga bekas pemain bola sepak Selangor itu.

sumber- Sinar

Gadis pintar 12 tahun

Olivia Manning
Olivia Manning diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua, Mensa, selepas mencatat mata 162 dalam ujian IQ yang dijalaninya. - Agensi
LONDON - Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia, Mensa, selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Olivia Manning yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata.

Pencapaian yang diperolehinya itu bukan sahaja dua mata lebih tinggi daripada ahli fizik Jerman, Einstein dan Profesor Hawking, tetapi juga meletakkannya dalam kalangan satu peratus manusia paling bijak di dunia.

Dia kini diberi penghormatan untuk menganggotai Mensa, sekali gus membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia.

Selepas disahkan sebagai genius, Manning juga kini telah menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy di Everton.

"Kini semakin ramai orang datang menemui saya untuk meminta bantuan menyelesaikan kerja sekolah mereka.

"Saya sememangnya sukakan cabaran yang boleh membuatkan otak saya terus berfikir," katanya.

Manning yang tinggal di Norris Green mengaku mempunyai cara untuk cepat memahami atau mengingati sesuatu maklumat baru, tetapi dia turut terkejut dengan keputusan ujian IQ yang dijalaninya. 

sumber- AGENSI

Jalan lubang didakwa punca bekas pemimpin Cuepacs koma

Bahardin Mohd Sohor
Bahardin kini koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Gara-gara jalan rosak tidak dibaik pulih, bekas Naib Presiden  Cuepacs, Bahardin Mohd Sohor, 67, koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana Fasa 1, Seri Kembangan  28 September lalu.

Kejadian  jam  8.30 malam itu berlaku apabila Bahardin terhumban ke atas jalan selepas motosikal Yamaha Lagenda yang ditungganginya terperosok ke dalam lubang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil.

Mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang dan terpaksa menjalani pembedahan mata selain disahkan mengalami patah tulang rusuk dan mempunyai darah beku di otak.

Menurut anaknya, Izwan Bahardin, 34, kes ayahnya kemudian dirujuk di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum satu pembedahan dijalankan bagi membuang darah beku di otak dan paru-paru.

“Saksi memberitahu ayah yang menunggang  perlahan tiba-tiba  tercampak dan mukanya tersembam di atas jalan sebaik motosikalnya terlanggar lubang berikutan lampu jalan yang ada tidak berfungsi,” katanya.

Izwan berkata,  sehingga kini ayahnya terpaksa menerima bantuan pernafasan dan makan melalui tiub berikutan kecederaan yang dialaminya agak serius.

“Mujur ketika kejadian tiada kenderaan lain mengekorinya dari belakang  jika tidak keadaan pasti lebih buruk dari ini saya kesal kerana  lubang yang wujud di jalan ini  tidak dibaik pulih meskipun aduan pernah dibuat penduduk beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu semalam  mendapati keadaan jalan tidak  rata dan berlubang teruk sepanjang  20 meter.

Difahamkan beberapa kemalangan membabitkan penunggang motosikal pernah berlaku sejak dua bulan lalu di jalan itu namun tiada sebarang usaha daripada pihak berwajib untuk menurapnya.

“Saya harap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera kerana kami mahu menuntut sejumlah pampasan rawatan perubatan ayah kerana kejadian ini berlaku disebabkan keadaan jalan yang tidak diselenggarakan dengan baik," katanya.

Susulan kejadian, dua  laporan polis  telah dibuat di Balai Polis Trafik Serdang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias mengesahkan menerima laporan dan siasatan mendapati mangsa tidak sedar kewujudan jalan yang  berlubang di situ berikutan keadaan kawasan agak gelap.

Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ketika dihubungi akan menyiasat dakwaan itu dan akan memberi maklum balas dalam waktu terdekat berhubung kejadian yang berlaku.

sumber- Sinar

18 murid maut tertimbus

18 murid maut tertimbus
Keadaan sekolah dan dua rumah ladang musnah dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Yunnan.
BEIJING - Seramai 18 murid sekolah rendah maut ditimbus tanah runtuh di wilayah barat daya China, yang sebelum ini, musnah akibat gempa bumi bulan lalu.

Media tempatan melaporkan, selain bilik darjah, insiden di perkampungan Zhenhe, wilayah Yunnan itu turut meranapkan dua rumah ladang menyebabkan seorang penghuni terperangkap.

Insiden di Sekolah Rendah Youfangtai itu menimbulkan tanda tanya kerana minggu ini musim cuti umum di negara itu..

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan bertindak memindahkan penduduk berhampiran kawasan bencana selepas pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian.

Perkampungan Zhenhe merupakan satu daripada kawasan paling teruk terjejas apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Yunnan awal bulan lalu.

Susulan itu, seramai 81 penduduk terbunuh, manakala 820 yang lain cedera dan lebih 200,000 orang terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan baru. 

sumber- AFP

Kapal gugur janin disekat

Kapal gugur janin

RABAT: Tentera laut Maghribi menghalang laluan di pelabuhan Mediterranean ekoran isu kontroversi di mana “kapal pengguguran” Belanda dijangka berlabuh semalam. 

Ia adalah kunjungan pertama kapal itu ke sebuah negara Islam, kata satu daripada penganjurnya.

“Mereka menghalang laluan ke pelabuhan itu. Kami dapat melihat kapal perang yang besar di depan pelabuhan itu,” kata pakar sakit puan, Gunilla Kleiverga kepada media melalui telefon daripada sebuah apartmen dekat pelabuhan Smir, 40 kilometer di timur Tangier.

“Kami sedang merancang pelan alternatif. Jadi, kami meminta wartawan untuk datang ke pelabuhan itu pada jam 1 petang, ketika kapal itu dijangka tiba,” katanya. 

Kumpulan Belanda yang menganjurkan kunjungan itu, Women on Waves ingin memaklumkan kepada kaum wanita cara bagaimana melakukan “pengguguran secara sah dan selamat”. 

sumber- AFP

Pemilik Bugatti Veyron dituduh tenggelamkan kereta untuk insurans

Bugatti Veyron

AUSTIN (Texas): Ketika kereta mewah edisi terhad Bugatti Veyron milik Andy House terbabas dan terhumban ke laut tiga tahun lalu, dia tidak menyangka insiden itu dirakamkan.

House memberi tahu polis, ketika dia memandu di laluan jalan antara negeri di Texas untuk ke lagun La Marque, telefon bimbitnya terjatuh.

Apabila dia melihat ke jalan semula selepas mengambil telefon bimbit berkenaan, House mendakwa dia hampir melanggar seekor burung undan.

Tindakan itu menyebabkan dia terbabas. Namun, selepas memfailkan tuntutan bernilai AS$2 juta (RM6 juta) bagi kerosakan keretanya, House terkejut apabila dia disaman kerana menipu.

House dijadual hadir di mahkamah di Galveston minggu ini bagi menjelaskan bagaimana insiden itu sebenarnya berlaku.

Satu rakaman video menunjukkan tiada burung undan kelihatan di laluan House.

Syarikat Insurans Philadelphia Indemnity berkata, mereka mengeluarkan polisi insuran bernilai AS$2.2 juta untuk kereta House pada 2006 - kira-kira tiga minggu sebelum kemalangan berlaku.

Rakaman video juga menunjukkan House tidak cuba menekan brek ketika kejadian, sebaliknya “sengaja” memandu kereta Bugatti itu ke arah lagun bagi merosakkannya sebelum membuat tuntutan dua kali ganda daripada nilai sebenar kenderaan berkenaan. 

Sebuah firma insurans lain juga berkata, mereka dimaklumkan pihak tertentu, House pernah menawarkan upah kepada seseorang supaya mencuri dan membakar keretanya. 

sumber- DM

Guna jengkaut rempuh bank, larikan ATM

Barclays Bank, Long Sutton

LONDON: Sekumpulan perompak merempuh dinding sebuah bank menggunakan jengkaut curi, menyebabkan lubang sebesar kira-kira empat meter, sebelum mereka melarikan mesin teler automatik (ATM) di situ, semalam.

Polis kini memburu empat lelaki bertopeng kerana merempuh Bank Barclays cawangan Long Sutton di Lincolnshire.

Jurucakap polis berkata, perompak terbabit menggunakan jengkaut yang dicuri dari sebuah ladang di Gedney sebelum mengangkut ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Walaupun sepatutnya insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), tiada bukti dapat digunakan polis pada alat berkenaan kerana ia tidak dihidupkan ketika itu. 

Ahli Majlis Tempatan, John Clarey, berkata dia amat terkejut insiden itu boleh berlaku di tengah bandar ketika dua CCTV terarah ke dinding bank berkenaan. 

“Apa guna membayar wang yang banyak untuk kamera CCTV jika tiada apa dapat dirakam?” katanya.

Awal tahun ini, pihak berkuasa tempatan Clare Clarey menggantung pembiayaan skim kamera rasmi bagi membolehkan siasatan dibuat memastikan ia benar-benar berfungsi. 

Siasatan dibuat selepas sekumpulan pencuri melarikan hampir £700,000 (RM3.5 juta) dari mesin tunai pasar raya di seluruh Britain menggunakan mesin gergaji.

Mereka bagaimanapun didapati bersalah dan dipenjara bulan lalu. Sepanjang 14 bulan, mereka mencuri 33 pasar raya dan kediaman. 

sumber- DM

2kg rambut, kapur dalam perut

2kg rambut, kapur dalam perut
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
NEW DELHI: Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.

Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.

Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya. 

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.

Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit - dari Rajgarh dan Madhya Pradesh - berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu. 

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan. 

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari. 

Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu. 

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.

Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan. 

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit. 

Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. 

sumber- DM

GRO, kekasih dijel seumur hidup

menculik seorang kanak-kanak lelaki
KHAN MEI (kanan) dan Bingju dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan menculik di Mahkamah Tinggi George Town semalam.
GEORGE TOWN – Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang tebusan berjumlah RM200,000 tiga tahun lepas.

Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam dekat sini pada pukul 5.30 petang 19 Disember 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Khan Mei, seorang penjual alat mencuci kereta selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata, mahkamah menolak keterangan Khan Mei yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Bingju ditangkap di Genting Highlands, Pahang adalah pemberian kawan-kawannya.

“Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini,” kata beliau.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

sumber- Kosmo

Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya

makam permaisuri Maya
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan satu rangka manusia ditemui di dalam makam Permaisuri Kalomt'e K'abel di hutan Peten, Guatemala. - AFP
BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun.

Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya.

Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini.

Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut.

Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin.

Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II.

Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.

sumber- Agensi

Thu jadi jutawan kerana eksport rambut manusia ke luar negara

pembekal rambut manusia
DUA wanita bekerja di sebuah bengkel yang mengumpulkan rambut manusia di Kampung Binh An pada 15 Jun lalu. - AFP
BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.

Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.

"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.

"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.

Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.

Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.

"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.

Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.

Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.

Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. 

sumber- AFP

Zhang Ziyi saman portal berita didakwa pelacur

Zhang Ziyi
Zhang Ziyi
LOS ANGELES - Aktres terkenal China, Zhang Ziyi menyaman portal berita Boxun News kerana menyiarkan laporan yang mendakwa dia merupakan seorang pelacur, kata seorang peguam pelakon itu kelmarin.

Portal berita itu yang berpangkalan di sini mendakwa Ziyi melakukan hubungan seks dengan seorang ahli politik China, Bo Xilai.

"Boxun News berulang kali melaporkan bahawa Ziyi ialah seorang pelacur," kata peguam tersebut, Adam LeBerthon.

Pendengaran saman itu dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini di sebuah mahkamah di sini.

Pada Jun lalu, Ziyi, 33, yang merupakan pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon menyaman sebuah akhbar di Hong Kong, Apple Daily dan majalah mingguan, Next kerana mendakwa dia melacur untuk beberapa pegawai kanan China.

Bo dipecat sebagai setiausaha parti komunis di bandar Chongqing pada Mac lalu kerana didakwa menerima rasuah. 

sumber- Agensi

Spesies baharu dinosaur diberi nama

Pegomastax africanus
GAMBAR menunjukkan bentuk kepala spesies baharu dinosaur yang diberi nama Pegomastax africanus.
WASHINGTON - Seorang pengkaji haiwan purba, Paul Sereno mengenal pasti identiti satu spesies baharu dinosaur yang mempunyai badan seperti landak.

Sereno membuat kajian tentang identiti dinosaur yang mempunyai gigi taring dan paruh seperti burung kakak tua itu selepas melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Spesimen haiwan itu ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an.

Dia memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.

"Saya menggambarkan dinosaur itu sebagai seekor burung, puntianak dan landak," katanya yang merupakan pakar dinosaur di Universiti Chicago.

Penemuan tersebut dilaporkan kelmarin dalam jurnal ZooKeys di internet.

Panjang dinosaur itu kurang 61 sentimeter (sm) dan ia memakan tumbuh-tumbuhan.

Sereno berkata, dinosaur itu mempunyai berat seperti seekor kucing yang dipelihara di rumah manakala ketinggian haiwan tersebut kurang 30sm. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...