Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, January 6, 2013

Pelik! Rerambut dalam mata

LONDON - Seorang remaja berumur 19 tahun di Iran mengalami masalah Limbal dermoid (tisu kulit ditumbuhi rerambut) yang jarang berlaku dan hanya menyerang satu daripada 100,000 orang di dunia.

Sista berukuran lima milimiter pada mata kanannya itu telah menjejaskan penglihatan remaja tersebut dan turut menyebabkannya berasa tidak selesa setiap kali dia mengelipkan mata.

Rerambut dalam mata
Doktor menyarankan remaja ini menjalani pembedahan untuk membuang sista diselaputi rerambut pada matanya itu.
Penyakit jarang berlaku itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England selepas mereka menerima laporan berhubung perkara tersebut daripada doktor di Universiti Sains Perubatan Tabriz di Iran.Menurut jurnal itu, sista tersebut tidak menyebabkan rasa sakit tetapi ia telah mengganggu penglihatannya.

Profesor klinikal di Pusat Optometri Universiti Indiana, Dr Richard Meetz berkata, ia didakwa dua kali ganda lebih besar daripada saiz Limbal dermoid yang biasa.

"Penyakit yang dihidapi sejak lahir itu berlaku apabila proses pembentukan sel kulit semasa dalam kandungan terganggu," jelasnya.

Difahamkan, ia juga boleh tumbuh di bahagian lain pada tubuh dan dalam kes yang agak luar biasa sista tersebut mungkin boleh ditumbuhi gigi.

Meetz memberitahu, ia sememangnya memberi kesan pada penglihatan kerana kedudukannya pada bebola mata pesakit. 

sumber- MailOnline

Evolusi karakter Cookie Monster

Sesame street adalah rancangan televisyen kanak-kanak yang terkenal di seluruh dunia. Rancangan berunsurkan pendidikan ini dihidupkan dengan karakter boneka yang cantik dan comel. Salah satu karakter terkenal ialah Cookie Monster. Namun tidak ramai yang tahu bentuk asal karakter tersebut sebenarnya agak menakutkan. Berikut merupakan sedikit fakta dan evolusi karakter tersebut.

Cookie Monster
Cookie Monster pada awalnya dikenali sebagai Wheel Stealer. Ianya dihasilkan untuk iklan yang tidak pernah ditayangkan bagi produk snek Wheels, Crowns, dan Flutes.

Cookie Monster
Boneka ini pada asalnya mempunyai gigi yang tajam serta berbulu hijau gelap dan tompok coklat kehitaman

Cookie Monster
Wheel Stealer diubah dalam versi yang lebih kecil dan muda dengan nama baru iaitu Arnold. Arnold dihasilkan untuk pengiklanan produk Munchos. Ianya tidak bergigi dan mempunyai bulu berwarna ungu lembut. Sedikit sebanyak, bentuknya sudah menyerupai kemunculan pertama Cookie Monster dalam Sesame Street.

Cookie Monster
Boneka ini kemudian dikembalikan pada saiz asal dan bulunya ditukar kepada warna biru. Julung kalinya ia dikenali sebagai Cookie Monster ketika tayangan Sesame Street pada musim pertama. Bulunya masih kelihatan tidak kemas dan agak gelap.

Cookie Monster
Pada penghujung musim kedua, boneka ini menjalani sedikit pengubahsuaian. Rahangnya lebih petak berbanding sebelum ini, matanya dianjakkan lebih tinggi ke atas kepala, manakala bulu disekeliling mulutnya turut dibuang. Anak matanya diletakkan pada sudut lebih rendah memberi gambaran bahawa dia sedang melihat ke bawah.

Cookie Monster
Cookie Monster
Bermula sekitar pertengahan tahun 80-an, dua variasi rekaan Cookie Monster digunakan silih berganti. Satu daripadanya mengikut rekaan sebelum ini dengan mulut yang luas dan bulu yang pendek. Variasi rekaan lagi satu mempunyai mulut yang lebih melengkung. Secara keseluruhan, bulu boneka ini lebih lembut dan berwarna terang. Saiz anak matanya juga turut diubah.

Teknik gunting rambut dengan kepala diterbalik ke bawah

Seorang tukang gunting mempraktikkan seni kungfu dengan menterbalikkan kepalanya ke bawah ketika memotong rambut pelanggannya.

gunting rambut

Wang Xioyu yang berasal dari Changsha, wilayah Hunan, China, mula dikenali ramai setelah terserempak dengan media ketika sibuk melayan pelanggan dengan berdiri menggunakan tangan pada tahun lepas.

tukang gunting

Wang, 36, telah bekerja sebagai tukang gunting sejak 16 tahun yang lalu. Teknik luar biasa ini adalah hasil latihan kung fu yang dipelajarinya selama 18 tahun. Walaupun ada yang menganggap ianya sekadar gimik bagi menarik pelanggan, namun sebenarnya ramai pelanggan yang datang amat berpuas hati dengan kerja tangan Wang.

Baik pulih tiang elektrik di China

Mungkin keadaan ini masih belum pernah dijumpai di mana-mana kecuali di China. Sebatang tiang elektrik patah lalu dibaik pulih semula dengan menggunakan pita pelekat. Perkara ini benar-benar berlaku di Guilin, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, China.

Penduduk tempatan mengatakan tiang elektrik tersebut patah akibat kemalangan kereta. Selepas dilaporkan kepada pihak berwajib, beberapa pekerja datang untuk memperbaiki 'kerosakan' dengan mengikat semula tiang yang patah menggunakan wayar dan juga pita pelekat.

Pihak berkenaan mengatakan tiang tersebut akan digantikan secepat mungkin tetapi penduduk tempatan mendakwa ianya berlarutan lebih dari enam bulan. Mungkin mereka menggunakan konsep 'guna selagi boleh' bagi mengurangkan kos penggantian tiang tersebut.

foto lucu
tiang letrik
tiang eletrik
tiang eletrik tepi jalan

Tuna dilelong RM5.5 juta

TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.

Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.

gambar ikan tuna
KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi miliknya di Tokyo, Jepun semalam.
Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.

"Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.

Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).

Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...