Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, February 6, 2013
Video: Pemain sarkas diserang harimau sehingga mati
Detik cemas apabila seorang jurulatih dibaham sehingga mati oleh seekor harimau Bengal ketika melakukan persembahan. Insiden tersebut sempat dirakamkan dan menunjukkan detik dimana Alexander Crispin, 35, diserang haiwan tersebut ketika persembahan Circo Suarez di Etchojoa.
Berdasarkan laporan, mangsa mengalami kecederaan serius termasuklah gigitan pada leher ketika dia diheret mengelilingi sangkar oleh seekor dari dua ekor harimau yang berada di situ. Dia kemudiannya meninggal dunia di hospital selepas kehilangan banyak darah.
Video yang dimuat naik ke laman Youtube ini memaparkan babak dimana mangsa diterkam dan tertiarap ke tanah. Para penonton yang panik menjerit dan segera meninggalkan arena. Dalam masa yang sama, rakan-rakan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan memukul harimau tersebut dengan apa sahaja yang sempat dicapai untuk menyelamatkan mangsa.
Tatu nama kekasih di muka
Moscow: Seorang lelaki yang gemarkan tatu mengabadikan namanya di wajah teman wanitanya kurang daripada 24 jam selepas mereka bertemu buat kali pertama.
Lesya Toumaniantz dari Saransk, Russia membenarkan Rouslan Toumaniantz mengukir nama ‘Ruslan’ di wajahnya menerusi tulisan gergasi Gothik pada hari mereka bertemu.
Pasangan itu yang bertemu di laman sembang dalam talian berkata, mereka serta-merta ‘jatuh cinta’ dan kemudian segera bertemu di Moscow, tempat di mana mereka akan berkahwin.
“Ia adalah simbol kesetiaan abadi kami. Saya mahu dia mentatu setiap inci tubuh saya,” kata Lesya.
Bekas pelajar sastera yang gilakan tatu dan mempunyai kakak yang bekerja sebagai pelukis tatu itu berkata, di atas keningnya, Toumaniantz melukis ‘Semuanya Untuk Cinta’.
“Semuanya untuk Ruslan,” katanya ketika memuat naik gambar tatunya dalam Facebook hari ini.
Dan kini Lesya yang sudah pun menggunakan nama Toumaniantz walaupun baru sahaja bertunang pada 20 Januari lalu belajar untuk membuat tatu di bawah bimbingan tunangnya itu.
“Rancangan mereka untuk hidup bersama, termasuk Lesya belajar melukis tatu dan membolehkan seluruh tubuhnya ditatu seperti mana yang selalu diidamkannya, selain sudah tentu untuk membina keluarga,” kata seorang rakan Toumaniantz.
Toumaniantz berkata: “Saya tahu ada orang yang bimbang Lesya membuat keputusan terburu-buru yang akan dikesalinya kelak, tetapi kadangkala keputusan terbaik dibuat serta-merta berdasarkan gerak hati berbanding keputusan yang sudah lama berlegar di fikiran anda.
Rakan Lesya membanjirinya dengan mesej memuji kerja seni itu dan mengatakan betapa cantik dia kelihatan.
“Kamu pasti sangat gembira kerana mempunyai tatu itu. Ia nampak hebat,” tulis Ralf Bieler.
Kerja seni Toumaniantz itu pernah menjadi tajuk utama akhbar pada 2009 selepas dia mentatu 56 bintang di wajah seorang gadis berusia 18 tahun yang kemudian menipu dan menuduhnya mentatunya ketika dia tidur.
Toumaniantz melarikan diri dari Belgium selepas skandal yang dicetuskan Kimberley Vlaeminckin pada 2009.
sumber- Daily Mail
Memang tabik dengan mak cik ni
Peliknya rekaan tandas di China
Banyak kisah yang kita dengar mengenai segelintir warga China yang berkelakuan tidak senonoh sehingga sanggup membuang air di tempat awam. Mengapa mereka tidak menggunakan tandas? Atau mungkin tiada tandas yang disediakan?
Sebenarnya sama seperti mana-mana tempat dimana mereka juga mempunyai tandas. Namun ada tandas yang disediakan dibina dalam keadaan yang tidak dijangkakan. Mungkin sebab itulah ada diantara mereka lebih memilih tempat awam berbanding kemudahan tersebut. Kita sendiri pun akan berfikir dua tiga kali sebelum menggunakan tandas ini.
Hotel yang melarang tetamu menjilat dinding
Hotel ini mempunyai undang-undang kelakar yang tercatat pada papan kenyataan dengan berbunyi, 'Dilarang menjilat dinding'. Ini kerana keseluruhan hotel tersebut diperbuat daripada garam termasuklah meja, kerusi, malah lantai juga disaluti garam.
Hotel Garam (Salt Hotel) yang terletak di Bolivia ini dibina pada tahun 1993. Ianya memuatkan 15 bilik tidur, dewan makan, ruang tamu, dan sebuah bar. Dindingnya diperbuat daripada blok ketulan garam yang dilekatkan bersama dengan menggunakan air dan juga garam. Konsepnya sama seperti melekatkan batu-bata dengan menggunakan simen.
Ketika musim hujan, dinding hotel ini akan diperkukuhkan dengan blok garam yang baru sementara pemilik hotel tersebut melarang para tetamu untuk menjilat dinding bagi mengelak ianya runtuh.
Wanita rompak dua bank selang 15 minit
WASHINGTON D.C. - Seorang wanita dipercayai merompak dua buah bank di sini selang 15 minit kelmarin.
Perompak itu yang memakai cermin mata dan skaf hitam menghantar nota kepada juruwang di kedua-dua bank tersebut supaya mereka memberikannya sejumlah wang.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah wang itu. Jarak antara kedua-dua buah bank itu ialah 2.41 kilometer. Pihak polis kini memburu wanita tersebut.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)