Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, October 26, 2012

Tom Cruise saman majalah Life and Style RM50j

LOS ANGELES: Aktor Hollywood bermasalah, Tom Cruise, menyaman penerbit majalah Life And Style sebanyak AS$50 juta (RM150 juta) kerana mendakwa dia mengabaikan anak perempuannya, Suri.

Tom Cruise and Suri
Tom Cruise dan Suri
Peguam Cruise, Bert Fields, berkata pada 30 Julai lalu majalah berkenaan menyiarkan cerita dengan judul “Suri Menangis, Ditinggalkan Bapanya” bersama sekeping gambar kanak-kanak berusia enam tahun itu bersedih.

Suri kini tinggal bersama Katie Holmes, sejak bercerai Julai lalu. Menurut Fields, Cruise seorang bapa penyayang dan Suri adalah bahagian penting dalam hidupnya.

“Menuduh Cruise mengabaikan Suri adalah pembohongan,” katanya. 

sumber- AFP

Alasan kahwin 11 kali

KAJANG: “Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

lelaki kahwin ramai
CERITA...Mohd Razis ketika ditemu bual wartawan.
Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.

sumber- HMetro

Ugut potong telinga guru

KUALA TERENGGANU: Tiga beradik layak digelar samseng kini diburu polis selepas mencederakan seorang guru akibat tidak berpuas hati mangsa menampar anak seorang daripada mereka di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut.

suspek dikehendaki polis
DICARI...Manoharan (tengah) menunjukkan gambar enam suspek termasuk tiga beradik yang dicari untuk membantu siasatan polis.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berang mangsa menampar kanak-kanak berkenaan yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali.

sebelum kejadian guru itu menegur anak suspek kerana bising dalam masjid namun tidak diendahkan kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, mangsa kemudian menampar kanak-kanak itu yang memaklumkan bapanya menyebabkan guru berkenaan dipukul tiga beradik itu.

“Akibatnya, mangsa cedera dan dirawat di Hospital Besut sebelum membuat laporan polis. Bagaimanapun perasaan tidak puas hati suspek tidak berakhir di situ apabila mereka melawat mangsa di hospital dan mengugut memotong telinganya jika mangsa enggan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa yang ketakutan menarik semula laporan itu, tetapi mengubah fikiran dan membuat semula laporan di Balai Polis Jertih, Besut pada 4 Oktober lalu.

“Usaha memburu tiga beradik itu sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan cedera parah dan Seksyen 506 KK sama kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Sementara itu, katanya, polis memburu tiga lelaki lain dipercayai terbabit beberapa kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan di daerah Besut sejak Julai lalu.

Katanya, Che Wan Sharmizie Che Mat, 31, dipercayai menetak seorang guru sekolah rendah dengan parang panjang hingga cedera parah di badan, kaki dan tangan, Selasa lalu.

“Dua suspek lain ialah Mohd Amir Che Ya, 24, yang disiasat mengikut Seksyen 148 KK kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan hingga mencederakan seorang lelaki pada 1 Oktober lalu dan Zamri Husin, 30, atau dikenali sebagai Awie bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 KK.

“Kami memandang serius beberapa siri jenayah kekerasan di Terengganu terutama Besut dan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memburu suspek.

bagi memastikan mereka yang bersalah dikenakan tindakan sewajarnya.

“Keluarga atau rakan diingatkan tidak cuba melindungi suspek dan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan mereka,” katanya.

Mereka mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6956222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, 09-6246222.

sumber- HMetro

Ada perkara tidak perlu ditapis

Ada perkara tidak perlu ditapis. Jika ditapis, mungkin persepsi pandangan umum akan berubah. Contohnya seperti gambar ini. Apakah yang anda fikirkan tentang gambar yang ditapis ini jika tidak melihat gambar asal? 

foto lucu model tidak berbaju

Angelina syak Pitt masih ambil dadah

Angelina Jolie and Brad Pitt

LOS ANGELES: Sebuah laman sesawang hiburan mendakwa, Angelina Jolie masih enggan berkahwin dengan Brad Pitt kerana meragui kekasihnya benar-benar bebas daripada ketagihan dadah.

Menurut Entertainment Wise, Angelina percaya Pitt masih menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun mereka hidup bersama sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut sumber, keadaan itu mendorong Angelina, 37, terfikir untuk membatalkan pertunangan yang diikat sejak April lalu.

“Walaupun Pitt menafikan dia mengambil dadah, Angelina yakin aktor itu masih menggunakan bahan larangan itu secara tersembunyi,” katanya. 

Selain itu, Angelina juga mencurigai Pitt, 48, menjalin hubungan dengan wanita lain menjelang pembabitan aktor terbabit dalam sesi promosi produk Chanel.

Sumber itu berkata, apabila bergandingan dengan model jelita dan seksi, ada kemungkinan Pitt akan curang.

Pitt dan Angelina tinggal sebumbung sejak mereka menjalin hubungan intim tujuh tahun lalu.

Pasangan itu bersama-sama membesarkan tiga anak kandung, selain tiga anak angkat. 

sumber- EW

Wanita gigit telinga rakan sekerja hingga putus

Chalor Tuemboon

SAMUT PRAKAN: Seorang wanita dituduh menggigit telinga rakan sekerja hingga putus di tempat menunggu bas selepas bergaduh, kata polis.

Mangsa, Chalor Tuemboon, 52, membuat laporan bahawa rakan sekerjanya, Prasert Chuwong, 48, menyerangnya ketika dia menunggu bas selepas habis bekerja di sebuah kilang. 

Chalor berkata, Prasert menyimbahnya dengan minyak, menarik rambut dan menamparnya. Dia mendakwa Prasert juga menggigit telinga kirinya, meludah dan kemudian tersenyum. 

Seorang saksi berkata, dia dan rakannya cuba membantu tetapi tidak berjaya.

Mereka bagaimanapun dapat menghantar Chalor ke hospital dan doktor menjahit telinga mangsa.

Chalor berkata, dia mengalami 40 jahitan tetapi doktor memberitahunya, berkata, telinga kirinya mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik lagi. 

Menurut mangsa, dia dan Prasert pernah berkelahi sebelum ini tetapi tidak sangka rakan sekerjanya itu akan menyerangnya. 

Katanya, Prasert menyangka dia menceritakan hal buruk mengenai rakannya itu kepada orang lain. 

sumber- BP

Orang utan ditembak 100 kali selamat

JAKARTA: Seekor orang utan di pulau Borneo selamat walaupun ditembak lebih 100 kali dengan senapang udara.

Orang utan betina yang diberi nama Aan, oleh anggota perlindungan, buta sebelah mata dan cedera parah selepas kejadian itu. 

gambar orang utan
gambar hiasan
Pegawai perlindungan bimbang, orang utan itu yang ditemui di ladang kelapa sawit dengan 37 butir peluru di kepala dan 67 di bahagian badan yang lain akan mati tetapi mereka kini percaya, haiwan itu akan selamat. 

Ketua Agensi Perlindungan Haiwan Kerajaan Tempatan, Hartono berkata: “Haiwan itu berjuang untuk hidup.

“Dia cedera parah selepas ditembak, tetapi kini sudah boleh makan. Kami berharap dia pulih.”

Namun, dia bimbang orang utan betina itu mungkin akan buta kedua-dua belah matanya dan pendengarannya terganggu. 

sumber- AFP

Kopi najis gajah RM76 secawan

kopi tahi gajah

BANGKOK: Untuk mereka yang sukakan kopi, mungkin Thailand adalah destinasi terbaik apabila sebuah hotel mewah mula menjual kopi daripada najis gajah.

Campuran dinamakan Black Ivory, diperbuat daripada biji kopi yang dimakan, dihadam dan kemudian dikeluarkan sebagai najis oleh gajah di negara itu, dikatakan menghasilkan secangkir kopi yang sedap. 
Namun, harganya tidak murah. 

Menurut Anantara Hotel, kopi yang ‘ditapis secara semula jadi’ berharga AS$1,100 (RM3,344) sekilogram, menjadikan ia campuran kopi termahal di dunia.

“Kajian mendapati, ketika penghadaman, enzim gajah itu memecahkan protein kopi,” kata kenyataan yang dikeluarkan rangkaian hotel yang berpusat di Thailand itu.

Ia menjual dua cawan kopi yang berbau kuat itu pada harga AS$50 (RM152). 

“Oleh kerana protein adalah faktor utama bertanggungjawab menghasilkan kepahitan dalam kopi, ke kurangan protein bermakna tiada rasa pahit,” katanya. 

Sebaik saja gajah mengeluarkan najis, penjaganya akan mengasingkan biji kopi daripada najis itu dan mengeringkannya. 

Proses itu dibuat di pusat menyelamat gajah hotel berkenaan di utara Thai. 

Kira-kira 30 haiwan itu dipelihara di pusat itu dan tinggal bersama penjaga dan keluarga mereka. 

sumber- AFP

Dara laku RM2.4 juta, teruna cuma RM9,000

SYDNEY: Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).

Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.

Virgins Wanted
SEORANG lelaki melihat poster dipaparkan laman sesawang Virgins Wanted di Sydney, Australia, semalam, memaparkan Catarina (kiri) dan Stepanov.
Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.

Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.

Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.

Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.

Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai.

“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja.

“Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya.

sumber- AFP

Tarzan wanita dari Colombia

Marina Chapman

BRADFORD: Seorang wanita Yorkshire mendakwa dia menghabiskan masa kecilnya di kawasan hutan pedalaman di Colombia dan membesar bersama keluarga monyet.

Menurut Marina Chapman, bukan itu saja persamaan hidupnya dengan cerita legenda terkenal dunia, Tarzan. 

Menurut Marina, dia terpaksa tinggal di kawasan hutan tebal selepas diculik sekumpulan penjenayah sebelum ditinggalkan di kawasan terpencil.

Katanya, ketika itu dia baru berusia lima tahun.

“Saya bernasib baik kerana diselamatkan dan dibesarkan sekumpulan monyet di kawasan hutan itu,” katanya. Sejak itu, kata Marina, dia diajar menangkap arnab dan burung tanpa sebarang kelengkapan.

Marina hanya diselamatkan selepas seorang pemburu menemuinya secara kebetulan dan menjualnya ke sebuah rumah pelacuran di bandar Cucuta.

Nasib wanita itu baik apabila dia berjaya melarikan diri dan menghabiskan masa bertahun-tahun di jalanan. 

Ketika itu, kata Marina, tuah sekali lagi menyebelahinya apabila ada satu keluarga mengambilnya sebagai pembantu rumah.

“Di situ, saya dilayan dengan baik dan dianggap sebahagian daripada keluarga mereka,” katanya. 

Hanya selepas berusia 25 tahun, barulah Marina diajak mengunjungi Bradford bersama jiran majikannya. 

Di situ, kata Marina, dia menemui lelaki yang kemudian menjadi suaminya, John Chapman, yang ketika itu berusia 29 tahun. Mereka berkahwin pada 1977. 

Kata Marina, dia tampil mendedahkan kisah hidupnya untuk memberi kesedaran terhadap kegiatan perdagangan manusia.

“Kegiatan ini memang berlaku di Amerika Selatan,” katanya. 

sumber- DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...