SYDNEY: Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).
Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.
SEORANG lelaki melihat poster dipaparkan laman sesawang Virgins Wanted di Sydney, Australia, semalam, memaparkan Catarina (kiri) dan Stepanov. |
Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).
Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.
Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.
Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.
Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.
Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai.
“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja.
“Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya.
sumber- AFP
0 comments:
Post a Comment