Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, August 26, 2012

Ngeri! Kilang proses organ manusia

Kilang proses organ manusia

Gambar-gambar ngeri ini adalah suasana di dalam kilang yang membedah mayat-mayat yang mati akibat kemalangan, tidak dituntut keluarga ataupun mayat mereka yang setuju untuk mendermakan organ mereka.

Antara mayat-mayat popular di sini adalah pemandu mabuk yang mati kemalangan, gelandangan yang mati kesejukan serta mayat penghuni penjara yang tidak dituntut telah dikumpulkan serta dijual kepada beberapa Universiti di seluruh dunia.

Tulang kaki pula dieksport kepada farmasi di Ireland dan Jerman untuk menghasilkan bahan yang digunakan bagi menampal gigi yang berlubang dan ianya amat popular di Eropah.

Kilang proses organ manusia
Kilang proses organ manusia
Kilang proses organ manusia
Kilang proses organ manusia
Kilang proses organ manusia

Zoo paling berbahaya di dunia

Zoo paling berbahaya di dunia

Sebuah zoo di Argentina yang diberi nama Lujan Zoo dianggap zoo paling berbahaya di dunia kerana zoo ini membenarkan pengunjung bertemu dengan haiwan-haiwan pemangsa yang ganas secara dekat. Pengunjung boleh menunggang, menggosok dan juga menyuap makanan kepada haiwan-haiwan yang berbahaya seperti harimau, singa, cheetah dan beruang.

Pengunjung boleh masuk ke dalam sangkar haiwan-haiwan ini dengan membayar $50 (RM158) dan juga menandatangani dokumen yang bertulis " jika anda dimakan, pihak zoo tidak akan bertanggungjawab ".

Zoo paling berbahaya di dunia
Zoo paling berbahaya di dunia

Motosikal Bertandas Hybrid Di Jepun

Motosikal Bertandas Hybrid Di Jepun

The ToiLet Bike Neo merupakan motosikal bertandas hybrid yang dijanakan sepenuhnya menggunakan sumber tenaga biogas atau lebih tepat najis manusia. Motosikal ini telah dicipta oleh pembuat tandas yang terbesar di Jepun , TOTO untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 atau karbon dioksida ke atmosfera.

Motosikal Bertandas Hybrid Di Jepun

Tom Cruise malu besar

Tom Cruise malu besar
Tom Cruise
LOS ANGELES 24 Ogos - Pelakon terkenal Tom Cruise, malu besar apabila restoran Veer Dhara di St Albans Hertfordshire di timur England tidak menerima kad kredit mahupun mata wang dolar ketika dia menjamu selera di restoran itu baru-baru ini.

Pelakon jutawan yang berusia 50 tahun menjamu selera di restoran tersebut bersama anak perempuannya Isabella, 19, dan juga rakan-rakannya.

Pengurus restoran itu Darshit Hora, memberitahu akhbar Evening Standard, pihaknya terkejut ketika bintang tersohor itu masuk ke restorannya.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengesyorkan kepada bintang tersebut untuk datang ke restoran tersebut.

“Selesai menjamu selera, dia mahu membuat bayaran, tetapi pihak kami tidak menerima kad kredit American Express dan dia memberitahu hanya memiliki mata wang dolar sebelum seorang wanita datang membayar 50 pound (RM245)

Walaupun bintang tersohor itu memberikan wang saguhati, tetapi pemilik restoran sangat gembira dengan kehadiran tetamu istimewa tersebut dan bersedia memberi makanan dengan percuma.

Tambah Hora, bintang itu sangat pemurah dan memberikan wang sagu hati sebanyak 80 pound (RM393) selepas membayar bil keseluruhan sebanyak 220.85 pound (RM1,082). Pemilik restoran berkata, pengawal peribadi yang menempah restoran itu memberitahu seseorang yang istimewa akan datang ke restoran tetapi tidak menjelaskan siapa.

“Apabila dia melangkah ke restoran, kami sangat terkejut tetapi bertindak profesional,’’ katanya lagi.

Tambahnya lagi, bintang filem Mission: Impossible itu mahu makanan yang sedap untuk keluarganya dan mereka diletakkan berdekatan dengan dapur. 

sumber- Agensi

Suara monyet setaraf penyanyi soprano

monyet suara buluh perindu

KYOTO 24 Ogos - Monyet jenis ungka boleh dianggap sebagai penyanyi profesional soprano di dalam hutan rimba.

Kebolehannya itu ibarat penyanyi soprano yang mengadakan persembahan di New York Metropolitan Opera atau La Scala di Milan.

Kesimpulan tersebut dibuat oleh sekumpulan saintis Jepun yang melakukan uji kaji pada suara ungka untuk melihat bagaimana ia berubah pada nada yang tinggi dengan menggunakan persekitaran yang di kelilingi gas helium dan udara biasa.

Menurut Dr. Takeshi Nishimura dari Institut Penyelidikan Primat, Univeristi Kyoto, sama seperti penyanyi profesional, haiwan tersebut berkebolehan meningkatkan suara dengan menyelaras bentuk saluran tekak termasuk mulut dan lidah.

Kebolehan tersebut hanya mampu dilakukan oleh beberapa individu profesional dan ungka hanya melakukannya melalui usaha yang minimum.

Dr. Nishimura berkata, apabila ungka menyanyi di kelilingi gas helium bagi mengesan bagaimana haiwan itu mengawal suara, ia menghasilkan bunyi aneh.

"Menggunakan persekitaran yang mengandungi helium, kita boleh lihat dengan mudah bagaimana konsep resonans berfungsi dan bagaimana ungka menghasilkan suara tinggi menggunakan cara semula jadi," katanya. 

sumber- Agensi

1,000 semut dipasang alat radio kecil

1,000 semut dipasang alat radio kecil

LONDON 25 Ogos - Sebanyak 1,000 ekor semut spesies Formica lugubris dikenali sebagai hairy wood ant akan dipasang sejenis alat radio kecil bagi melihat mereka berkomunikasi dan bergerak dalam sarang mereka.

Ia merupakan eksperimen kali pertama di dunia dan akan diadakan di Longshaw Estate, Derbyshire di bawah projek selama tiga tahun oleh Universiti York.

Kawasan yang dilindungi tersebut mempunyai lebih 1,000 sarang spesies semut terbesar di Britain.

Pakar akan menangkap semut secara berhati-hati dan kemudian memasang alat radio sebesar satu milimeter itu.

Seekor semut dewasa adalah sebesar kuku ibu jari manusia.

Ahli biologi dari universiti tersebut, Samuel Ellis berkata, kajian itu akan melihat bagaimana semut berkomunikasi dan bergerak dalam sarang yang kompleks dan besar selain pergerakan di persekitaran mereka.

''Alat radio ini berfungsi seperti kod bar untuk menanda setiap ekor semut,'' katanya. 

sumber- Agensi

2 suspek perkosa remaja lelaki ditahan

rogol budak lelaki

MANCHESTER: Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol remaja lelaki berusia 14 tahun di pusat beli belah, semalam.

Remaja itu menjadi sasaran ketika berjalan di pusat beli belah Arndale di Manchester pada 2 Jun lalu. 
Lengan remaja itu ditarik, sebelum dibawa keluar ke kedai Debenhams tidak jauh dari situ. 

Dia kemudian dibawa ke bilik air yang terletak di bahagian atas kedai itu dan dirogol.

Kedua-dua suspek, seorang berusia 55 dan seorang lagi 41, ditahan polis kerana disyaki merogol.

Awal minggu ini, polis mengedarkan imej daripada kamera tertutup, dua lelaki yang dikehendaki untuk soal siasat kes itu. 

Dua lagi lelaki ditangkap kelmarin, menjadikan empat suspek ditahan dan kini dilepaskan atas ikat jamin sementara menunggu siasatan sepenuhnya dibuat. 

Superintendan Stuart Ellison berkata, “Kami membuat beberapa tangkapan dan siasatan kini diteruskan.” 

sumber- Skynews

Penjaga zoo terbunuh dibaham harimau terlepas kandang

Penjaga zoo terbunuh dibaham harimau terlepas kandang

BERLIN 26 OGOS - Seekor harimau yang terlepas dari kandangnya menyerang dan membunuh seorang penjaga haiwan wanita di Zoo Cologne, Jerman semalam sebelum ia ditembak mati.

Pintu kandang harimau itu yang tidak ditutup dengan betul membolehkan haiwan itu keluar dan menyerang wanita berkenaan yang meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian akibat luka parah.

Pengarah zoo, Theo Pagel kemudiannya menembak mati harimau itu sebelum polis dengan pantas membersihkan kawasan kejadian dan zoo itu kembali beroperasi seperti biasa. 

sumber- Reuters

Penjual lemang nyaris ditipu

Penjual lemang nyaris ditipu
Suspek ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
KULIM - Seorang lelaki berusia 30-an, yang menyamar sebagai pegawai Kastam ditahan orang ramai ketika cuba menipu pengusaha lemang di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, suspek pada mulanya kelihatan merayau sekitar kawasan membakar lemang sebelum memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Kastam.

Suspek kemudiannya memaklumkan pemilik premis menjual lemang bahawa dia mempunyai bekalan beras pulut dan mahu dijual dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Bagaimanapun, suspek meminta pemilik premis membayar wang pendahuluan dan akan menghantar beras pulut dijanjikan pada sebelah malam.

Perlakuan suspek yang mencurigakan itu menarik perhatian seorang penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian sebelum menegur suspek.

“Suspek kelihatan cemas apabila ditegur seorang lelaki yang mengenali dirinya. Menurut lelaki itu, suspek pernah menipu RM32,000 milik warisnya sebelum ini.

“Orang ramai kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis komuniti, Taman Kenari sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan penipuan dilakukan segelintir individu tidak bertanggungjawab dengan mengaku diri mereka sebagai  penjawat awam.

Katanya, sehingga kini beberapa kes penipuan dilaporkan berlaku dan ia melibatkan modus operandi yang sama, di mana suspek menyamar pegawai kerajaan.

“Peniaga lemang terlibat sudah membuat laporan di Balai Polis Kulim. Saya berharap orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana individu apabila mereka mengaku diri mereka sebagai penjawat awam,” katanya. 

sumber- Sinar

Rumah dilempar bom petrol

Rumah dilempar bom petrol
Mangsa melihat keadaan cermin kereta miliknya yang dipecahkan.
KULIM - Enam sekeluarga yang tinggal berhampiran kawasan perumahan Taman Tiong fasa satu di sini, terkejut apabila rumah mereka diserang beberapa lelaki tidak dikenali kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Seorang mangsa berusia 20-an berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.

Menurutnya, dia terdengar bunyi cermin dan botol kaca pecah sebelum menjenguk keluar melalui tingkap dan ternampak dua lelaki berada di luar rumahnya.

Apabila mangsa keluar, kedua-dua lelaki tidak dikenali itu melarikan diri. Menurut mangsa ini merupakan kejadian kedua berlaku sepanjang tinggal di situ.

“Menyedari kedua-dua suspek melarikan diri, saya cuba mengekori mereka dan nampak sekumpulan lelaki berada di tepi jalan. “Sebelum ini, rumah saya pernah disimbah dengan darah dan saya mengambil tindakan melaporkan perbuatan itu kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa berkata, selain cermin keretanya dipecahkan, suspek turut melempar bom petrol ke rumahnya, bagaimanapun ia tidak terbakar kerana botol mengandungi petrol itu pecah.

“Saya turut menemui beberapa besi yang digunakan untuk memecah cermin kereta saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes seumpama ini sering berlaku dan mereka yang terlibat selalunya mengenali suspek.

Katanya, perbuatan khianat itu merupakan satu kesalahan serius kerana ia boleh mengakibatkan kerugianharta benda.   

sumber- Sinar

Ghairah pikat budak, tawar khidmat urut kepada bawah umur

gambar seks bawah umur
Salah seorang daripada tukang urut begelut ketika cuba melarikan diri daripada diberkas anggota polis.
SUBANG JAYA –Terdesak mendapatkan pelanggan, wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat membeli-belah di USJ di sini bertindak berani menawarkan khidmat mereka kepada pengunjung bawah umur.

Taktiknya mudah, menghalang mana-mana pengunjung lelaki yang melalui kaki lima unit kedai pusat urut dan kecantikan tersebut sebelum memujuk mereka mendapatkan khidmat urutan ditawarkan.

Malah, wanita ini juga dilihat rakus dan sanggup bertindak agresif menarik tangan pengunjung lelaki masuk ke premis urut meskipun ada di antara mereka yang memberitahu masih di bawah umur.

Bagaimanapun, aksi mereka tidak bertahan lama apabila ada kalangan ibu bapa mangsa membuat laporan kepada pihak polis berhubung gangguan diterima anak mereka.

Susulan aduan itu, sepasukan polis ke tempat kejadian dan berjaya memberkas empat wanita warga China ketika sibuk menarik pelanggan untuk ke premis mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa yang mendakwa anak mereka didekati tukang urut yang terdesak menawarkan khidmat urutan ketika melalui deretan kedai dalam pusat membeli-belah itu.

Katanya, bertindak atas aduan, sepasukan anggota diketuai beliau sendiri menyerbu dua premis pusat kecantikan dan urutan yang masing-masing didapati tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Jelasnya, ketika serbuan salah seorang daripada wanita warga China terbabit cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara anggota dengan wanita terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka hanya mempunyai pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit bekerja.

“Kesemua ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang memberitahu ketika serbuan ke atas premis, seorang pelanggan berada dalam kedai.

Beliau dalam pada itu menggesa pengunjung yang mendapati kewujudan aktiviti negatif supaya memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat membeli-belah dan pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.

sumber- Sinar

Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

roti canai mahal
Khairul Azhar yang datang ke pejabat Sinar Harian untuk membuat aduan menunjukkan roti canai yang dibelinya di sebuah restoran.
KUALA TERENGGANU – “Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

“Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.

“Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum  di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.

“Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

“Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.

Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan.

sumber- Sinar

Neil Armstrong Meninggal Dunia

Neil Armstrong Meninggal Dunia
Neil Armstrong
WASHINGTON - Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.

Mendiang berusia 82 tahun.

Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.

Pembedahan itu dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos lalu.

Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai orang pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun. Detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.

November lalu, beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.

Armstrong dan rakannya, Edwin 'Buzz' menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 ialah Michael Collins

Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.

Pada 1971, Armstrong, yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.

Armstrong pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.

sumber- Sinar

Kembar seiras unik

Kembar seiras unik
BAHAGIA... pasangan Paul dan Claire Chalwin bersama anak kembar tiga.
KELAHIRAN pasangan kembar tiga seiras di Buckinghamshire, London, baru-baru ini mencatat keunikan tersendiri apabila persamaan itu hampir-hampir tidak pernah diketahui berlaku dalam sejarah manusia.

Secara perbandingan, kelahiran seumpama itu adalah satu dalam 200 juta.

Adik-beradik Thomas, Edward dan Harry Chalwin dilahirkan secara pembedahan Caesarian selepas 34 minggu berada di dalam rahim ibu mereka, Claire, 13 April lalu.

Ketika dilahirkan di Hospital Stoke Mandeville, berat badan mereka kira-kira 1.8 kilogram saja.

Untuk tiga minggu pertama, ketiga-tiga bayi terbabit terpaksa bergantung kepada tiub untuk mendapat bekalan susu.

Namun, selepas empat bulan, bayi terbabit kini berada di rumah ibu bapa mereka di High Wycombe. Berat badan mereka juga meningkat kepada 5.4 kilogram.

Menurut Claire, 33, pada peringkat awal dia terpaksa mewarnakan kuku setiap satu anaknya untuk membantu membezakan setiap bayi.

Claire yang juga bekas jururawat berkata, dia menggunakan kaedah calitan warna berbeza bagi setiap seorang anaknya seminggu sekali.

“Kini saya tidak ada masalah untuk membezakan mereka,” katanya.

Claire berkata, dia bersama suami, Paul, terdesak untuk mendapat anak kedua selepas dia keguguran, Jun tahun lalu. Sebelum ini, Claire dan Paul dikurniakan anak lelaki, William, yang lahir tiga tahun lalu.

Kata Claire, selepas keguguran, mereka mencuba lagi untuk mendapatkan adik kepada William.

“Apabila diberitahu bakal mendapat anak kembar tiga, kami sangat teruja,” katanya.

Kadar kelahiran kembar tiga tak seiras melalui kehamilan semula jadi adalah satu bagi setiap 4,000 manakala kelahiran kembar tidak seiras hampir-hampir tidak pernah diketahui.

Kata Claire, kedatangan Thomas, Edward dan Harry adalah anugerah yang sangat indah dalam hidupnya.

“Saya berasa seperti dirahmati,” katanya.

sumber- HMetro

Si Kaya Merempat

Si Kaya Merempat
MEREMPAT... Mat dan Azri menjadi gelandangan selepas dibuang keluarga.
KUALA LUMPUR: Dulu dua beradik ini hidup senang kerana ibu bapa mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya itu.

Bagaimanapun, akibat perangkap dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota hingga ada kala sisa makanan dalam tong sampah menjadi santapan pengalas perut.

Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25, selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.

Sebelum dibuang keluarga yang kini tidak mengaku mempunyai pertalian darah, dua beradik itu mendakwa pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana dianggap memalukan mereka.

Mendakwa insaf dan tidak lagi mengambil bahan terlarang itu, kedua-duanya mengakui detik hitam mereka berpunca daripada kesilapan sendiri akibat terlalu hanyut dalam nikmat dunia.

sumber- HMetro

Bersanding Atas Treler

aksi pengantin baru
MERIAH... pengantin Che Hasnan dan Ummi Hamizah bersanding dan berarak mengeliling Kampung Telari, Manir dengan menaiki lori 20 tayar.
KUALA TERENGGANU: Mencari kelainan di majlis perkahwinan adalah perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan. Ia bagi menjadikan majlis itu sebagai kenangan terindah buat pasangan raja sehari.

Bagi Che Hasnan Che Mat, 25, dan Ummi Hamizah Mohamad, 24, pasangan itu memilih untuk berarak, bersanding dan tepung tawar di atas lori treler di Kampung Telari, di sini, semalam.

Pasangan pengantin terbabit memilih bersanding di atas treler sambil dibawa berarak sejauh enam kilometer dari rumah pengantin lelaki di Kampung Telari hingga ke rumah pengantin perempuan di Kampung Kebur Air.

Che Hamizan berkata, idea untuk bersanding di atas treler tercetus daripada inspirasi perniagaan bapanya, Che Mat Salleh, 48, yang menjalankan perusahaan treler dan peralatan pengantin sejak tiga tahun lalu.

“Melihat pada perniagaan treler bapa membuatkan saya terfikir untuk menjalankan majlis perkahwinan di atas treler kerana bukan saja dapat memberi kelainan pada majlis perkahwinan saya, malah tidak perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menyewa treler.

“Saya gembira dengan persandingan di atas treler dan bersyukur majlis berjalan lancar. Walaupun cuaca panas, kami tidak kisah berarak menaiki treler untuk mengambil isteri di rumah pengantin perempuan,” katanya yang memegang jawatan penolong pengurus perusahaan treler terbabit.

Lebih memeriahkan majlis itu apabila pengantin dan tetamu dihiburkan dengan persembahan silat, alunan kompang dan muzik tradisional mengiringi perarakan itu di sepanjang jalan, membuatkan penduduk kampung tidak lekang memandang pasangan pengantin itu.

sumber- HMetro

Charles panggil Harry

Gambar Bogel bapa dengan anak
PUTERA Charles (kiri) mahu Putera Harry menerangkan secara peribadi apa yang berlaku di Las Vegas.
LONDON: Putera Charles memanggil anak bongsunya Putera Harry untuk berbincang dari hati ke hati mengenai kejadian dia berbogel di Las Vegas.

Sumber Istana menekankan, putera berusia 27 tahun itu tidak akan “dimarahi” tetapi Charles begitu ingin berbincang antara “bapa dan anak” mengenai kebimbangannya.

Walaupun kedua-duanya berbincang di telefon, Harry akan diminta untuk menerangkan secara peribadi bagaimana dia boleh bermain “judi bogel” dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali di bilik suite hotel, di mana sebahagian daripada mereka menjual gambar itu kepada laman web selebriti Amerika Syarikat.

Charles dan Harry perlu membuat keputusan untuk untuk mengambil tindakan ke atas akhbar The Sun, satu-satunya akhbar yang menyiarkan gambar bogel putera itu selepas Istana St James sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas mana-mana media Britain yang berani menyiarkan gambar itu.

Sehingga malam semalam, pegawai istana belum dapat memutuskan sama ada mahu membawa akhbar itu ke Suruhanjaya Aduan Media (PCC), atau memfailkan saman dan kini menunggu untuk mendapatkan keputusan Charles dan anaknya mengenai isu berkenaan.

Tidak diketahui lagi di mana perbincangan itu akan dibuat sama ada di Scotland, London atau Highrove iaitu kediaman peribadi Putera Wales di Gloucestershire itu. Tetapi, Charles kini bercuti di Birkhall, kediaman di wilayah Highland dan berkemungkinan besar Harry akan ke sana. 

Putera William tidak akan hadir di perbincangan itu, tetapi kedua-duanya bercakap panjang mengenai perkara itu di telefon.

Putera William dikatakan terperanjat dengan skandal itu dan Charles sangat “sedih dan bimbang” kerana sekali lagi Harry menjadi bahan berita tidak baik.

Jurucakap Istana St James berkata: “Kami masih menimbangkan pilihan yang ada dan tidak akan terburu-buru. Sudah pasti kami sentiasa memberi nasihat kepada Harry.”

Katanya, mereka percaya gambar itu diambil bukan di tempat terbuka dan terserah kepada editor sama ada mereka mahu menyiarkan gambar itu atau tidak.

Sumber lain berkata, pihak istana marah dengan keputusan The Sun menyiarkan gambar itu yang dilihat oleh berjuta-juta pengguna internet.

Pegawai kanan istana pula berkata, mereka perlu menimbangkan sama ada ianya menguntungkan untuk “berlawan” dengan akhbar paling laris jualannya itu atau tidak.

Mereka juga dipercayai takut lebih banyak gambar dan cerita mengenai kejadian yang memalukan di Las Vegas akan timbul.

Sikap mereka yang masih tidak dapat membuat keputusan itu bertentangan dengan sikap agresif mereka ketika cuba menahan gambar itu daripada disiarkan.

Rabu lalu, peguam Charles, Harbottle dan Lewis, menulis kepada PCC meminta mereka memastikan Fleet Street “benar-benar faham” bahawa akhbar itu tidak perlu menyiarkan gambar berkenaan kerana ia bukan kepentingan awam dan dengan berbuat demikian, ia “melanggar” peraturan media.

sumber- Daily Mail

Apek terlibat kemalangan di Bachok

Apek terlibat kemalangan di Bachok
KERETA Audi yang dipandu Apek rosak akibat kemalangan di Kampung Badak, Bachok malam kelmarin.
KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

sumber- Kosmo

Hanya teringat mati ketika ditahan lanun

Hanya teringat mati ketika ditahan lanun
GEORGE (tengah) dicium oleh isterinya, Bibik sambil diperhatikan anak-anaknya, (dari kiri) Natheniel Japang, Bill Easter dan Aaron Jay di KLIA, Sepang semalam.
SEPANG - "Rundingan ini gagal. Keluarga kamu hanya akan menerima mayat sahaja."

Demikian kata-kata daripada ketua kumpulan lanun yang masih terngiang-ngiang di telinga juruteknik petroleum, George Lipih Ambo, 42, serta tiga rakannya ketika diculik oleh lanun tersebut sehingga dia sudah terbayang saat kematian.

George yang berasal dari Sri Aman, Sarawak berkata, ketika itu dia terpaksa melupakan seketika perihal keluarganya kerana berada dalam ketakutan dan trauma.

"Hari-hari yang berlalu, saya hanya memikirkan soal hidup dan mati sahaja di samping berdoa dapat diselamatkan dengan segera," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Bagaimanapun, atas usaha Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nigeria, George berjaya dibebaskan kelmarin setelah 20 hari menjadi mangsa culik lanun terbabit dan tiba di KLIA pada pada pukul 2.15 petang semalam.

Kepulangannya disambut isteri, Bibik Suntek, 42, serta tiga anaknya iaitu Natheniel Japang, 18; Bill Easter, 15, dan Aaron Jay, 11.

sumber- Kosmo

Wanita Malaysia paling ramai curang

aksi awek melayu curang
WANITA Malaysia dikatakan yang ketiga paling curang di dunia. - Gambar hiasan
ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.

Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

sumber- Kosmo

19 maut loji penapis minyak meletup di Venezuela

19 maut loji penapis minyak meletup di Venezuela
KEADAAN loji penapis minyak di bandar Amuay yang terbakar semalam.
CARACAS - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera apabila loji penapis minyak terbesar di Venezuela meletup awal semalam.

Negara berkenaan merupakan pengeluar minyak terbesar di Amerika Selatan.

Letupan berlaku di fasiliti penapis minyak di bandar Amuay dalam negeri Falcon di barat daya Venezuela.

"Antara mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun," kata Gabenor Falcon, Stella Lugo.

Menurutnya, sebanyak 53 yang lain cedera dalam kejadian tersebut dengan angka korban dan kecederaan dijangka terus meningkat.

Menteri Tenaga Rafael Ramirez berkata, letupan dipercayai akibat kebocoran gas dengan punca sebenar kejadian masih disiasat.

Jelas Ramirez, letupan itu amat kuat menyebabkan kerosakan besar bukan hanya ke atas loji berkenaan tetapi beberapa kedai dan kediaman di sekitar lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal pada pagi semalam. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...