Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, October 23, 2012

Juruteknik lemas, tangki kehabisan oksigen

ALOR SETAR - Seorang juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mati lemas manakala rakannya dalam keadaan kritikal ketika mereka menyelam di perairan Pulau Perak, berhampiran Pulau Langkawi hari ini.
   
Rosli Mohammad Isa, 32, dikatakan bersama rakannya Haris Abdullah, 44, menyelam kira-kira pukul 10 pagi sebelum tangki oksigen Rosli kehabisan gas.

Rosli Mohammad Isa
Anggota Polis membawa mayat mangsa lemas, Rosli Mohammad Isa, 32, di jeti Kuala Kedah hari ini. - Foto Bernama
Difahamkan Haris yang naik semula ke bot dan menyedari Rosli tidak naik ke permukaan dalam tempoh agak lama bertindak terjun semula ke dasar laut bagi mencari mangsa.
   
Haris berjaya membawa Rosli ke permukaan namun ketika itu mangsa sudah tidak bernafas manakala Haris pula dalam keadaan kritikal kerana timbul secara mengejut ke permukaan air. Rakan-rakan mangsa yang ketika itu memancing di atas bot terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
   
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Katanya, bot dinaiki mangsa didaftarkan di Kuala Kedah dan membawa 10 orang penyelam dan pemancing keluar memancing di perairan Pulau Perak sejak Sabtu lepas.
   
Mayat Rosli yang berasal dari Gurun dibawa ke Jeti Kuala Kedah dekat sini oleh sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala Haris dibawa ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
   
Sementara itu abang mangsa, Fazli Yusuf Mohammad Isa, 42, berkata adiknya kerap ke pulau tersebut untuk memancing dan menyelam bersama rakan-rakannya bagi menghabiskan masa terluangnya.
   
Katanya, dia agak terkejut apabila menerima panggilan dari salah seorang rakan mangsa sebelum datang ke Jeti Kuala Kedah bagi mengecam mayat mangsa.
   
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang berusia dua dan enam tahun.
   
Mayat mangsa yang tiba di Jeti Kuala Kedah kira-kira 6.30 petang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sebelum dituntut oleh ahli keluarga. 

sumber- Bernama

Menyamar kerabat diraja Kedah

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan 13 lelaki disyaki terlibat dalam kes penyamaran anggota kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang hari ini.
   
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua lelaki berusia sekitar 38 hingga 61 tahun itu ditahan ketika menghadiri program yang dinamakan 'Majlis Pelantikan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Diraja' sebagai tetamu kehormat di hotel berkenaan.

Menyamar kerabat diraja Kedah
Pihak polis merampas beberapa helai kain selempang dan sijil di majlis perlantikan Ahli Majlis Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia. - Foto Bernama
Katanya majlis yang dijadual berlangsung dari pukul 3 hingga 5 petang itu dihadiri kira-kira 120 tetamu yang terdiri daripada individu terlibat dengan pengurusan pusat hiburan di negeri ini.
   
"Polis bertindak berdasarkan maklumat awam dan masih menyiasat apa relevannya majlis yang diadakan itu dengan pertubuhan terbabit serta motif penyamaran suspek," katanya kepada pemberita di sini.
   
Katanya polis turut menyita sebuah kereta BMW, dokumen dan beberapa helai kain selempang yang didakwa milik kumpulan yang mendakwa sebagai kerabat diraja berkenaan.
  
Abdul Rahim berkata kesemua suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
   
Katanya kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
"Kita juga siasat kes ini mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana meletakkan logo yang tidak sepatutnya pada kenderaan," katanya.

sumber- Bernama

Dipedaya Ustaz, 6 suri rumah tak dapat tunai umrah

JOHOR BAHRU – Hajat enam suri rumah menunaikan umrah bukan sahaja tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian selepas terpedaya dengan tawaran seorang bergelar 'ustaz'.

Salah seorang mangsa, Noriah Alias, 55, berkata, 'ustaz' itu dikenali mereka sekitar Mac lepas ketika menghadiri kelas agama.

Dipedaya Ustaz
Suri rumah yang diperdaya Ustaz membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
“Dia kelihatan jujur dan menawarkan pakej umrah dengan harga RM3,540 seorang. Ketika itu kami teruja kerana harga ditawarkan lebih murah daripada pasaran.

“Atas dasar percaya, kami membayar RM1,100 bagi yuran keahlian dan RM400 bagi bayaran tambahan kerana membuat tempahan sempena cuti sekolah bulan Mei,” katanya sambil menjelaskan mereka masing-masing membayar sebanyak RM4,950 kepada 'ustaz' berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, sebulan sebelum tarikh berlepas, 'ustaz' terbabit memaklumkan bahawa perjalanan ke tanah suci itu ditunda dan kemudian ia dibatalkan kerana masalah visa.

“Agensi pelancongan yang diwakili 'ustaz' itu juga berjanji akan memulangkan semula duit kami, namun gagal,”  katanya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, hari ini.

Menurut Noriah, pembatalan itu menyebabkan mereka berasa malu kerana masing-masing telah membuat kenduri untuk ke tanah suci.

“Bagaimanapun kami tetap meneruskan niat dan mendaftar dengan agensi pelancongan lain. Alhamdulillah kami berjaya menunaikan umrah Ramadan lalu dengan pakej berharga RM5,000,” katanya.

Sementara itu, Presiden TTPM, Badius Zaman Ahmad kemudiannya membenarkan empat daripada lima tuntutan yang dikemukakan mereka mendapat pulangan wang RM4,950 setiap seorang kerana satu dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

Noriah dan tiga lagi rakanya dibenarkan mendapat wang mereka semula dalam tempoh 14 hari.

sumber- Sinar

Mesin ATM dipecah, penjenayah larikan RM76,000

SENAI – Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan wang berjumlah RM76,000 dari sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasaraya borong di Plentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mempercayai wang terbabit dilarikan kira-kira jam 5.30 pagi selepas suspek memotong mesin tersebut menggunakan gas Oxy-acetylene.

pecah mesin ATM
Mesin pengeluar wang automatik (ATM) yang dipecah di sebuah pasaraya borong di Plentong.
“Polis menemui tong gas Oxy-acetylene berkenaan yang ditinggalkan di tempat kejadian, namun gagal mengesan rakaman suspek yang terlibat memandangkan suspek berjaya menghadang kamera litar tertutup (CCTV) di mesin itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti rakaman CCTV lain yang dipasang di sekitar premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Roslan berkata, suspek turut memecahkan dinding cermin setebal kira-kira 2.5 sentimeter pada sebuah kedai yang sedang dalam proses pengubahsuaian sebelum memecahkan sebuah daripada empat mesin ATM di pasaraya itu.

Kejadian itu hanya disedari oleh dua anggota polis ketika pihak pasaraya memulakan operasi perniagaan mereka pada pagi ini.

 “Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini agar bekerjasama dengan pihak polis.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menyelesaikan kes ini dalam kadar segera dan mengenal pasti pihak yang terlibat,” katanya.

sumber- Sinar

Derita, anak macam Orang Pokok

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah...nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu.

Derita, anak macam Orang Pokok
SAKIT KULIT...Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.
Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.

Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’. 

Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.

Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.

sumber- HMetro

Dahsyatnya cara belajar di China

cara belajar yang terlampau

Media di China baru-baru ini dihebohkan dengan beberapa gambar menunjukkan betapa kerasnya pendidikan di negara tersebut. Gambar ini diambil dari sebuah sekolah di daerah Xiaogan yang memperlihatkan para pelajar sedang belajar dengan buku yang banyak. Selain itu, kelihatan botol-botol cecair tergantung di atas setiap dari mereka seakan berada di hospital. Botol-botol ini sememangnya digunakan oleh para pelajar tersebut.

Menurut salah seorang guru yang mengajar di sekolah ini, mereka sedang mempersiapkan diri bagi mengikuti ujian kemasukan perguruan tinggi. Peperiksaan tersebut dikatakan terlalu sukar dan ketat. Cecair dalam botol tersebut merupakan vitamin yang mampu membantu pelajar untuk terus segar ketika belajar. Pihak sekolah sendiri yang telah menyediakan segala keperluan tersebut bagi membantu pelajar menghilangkan stress dan menjaga kesihatan mereka dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Perigi Ajaib Yang Airnya Mencurah-curah

perigi ajaib

Terdapat sebuah perigi di perkampungan Tuhala, Estonia yang mempunyai kedalaman hanya 2.5 meter. Peliknya, perigi ini mampu mencurahkan ratusan gelen air pada satu-satu masa sehingga membanjiri kawasan di sekitarnya.

Bagaimana perkara ini terjadi? Perigi ini sebenarnya berada di atas sebatang sungai bawah tanah. Ketika hujan lebat, air di sungai tersebut menjadi penuh. Akibat tekanan yang tinggi, airnya muncurah keluar dari perigi ini.

Selain itu, air yang mencurah juga terjadi akibat salji mencair ketika penghujung musim sejuk. Kejadian ini tidak berlaku setiap hari dan hanya berlaku beberapa kali setahun. Dari keunikan perigi tersebut, maka ramailah pelancong yang datang untuk melihat keajaibnnya dengan mata kepala sendiri.

Telaga ajaib

Perigi ini dinamakan Witch Well yang bermaksud Perigi Ahli Sihir. Penduduk setempat percaya dengan cerita para ahli sihir membuat pertemuan di bawah perigi ini. Akibat pertelingkahan sesama sendiri, air pun mencurah membanjiri permukaan bumi.

Pada tahun 2010, sebuah syarikat ingin mengubah kawasan ini menjadi tempat perlombongan. Sudah pastilah ramai yang membuat protes yang datangnya dari pelbagai tempat. Sokongan protes melalui internet juga turut dikumpul.

Seni Dari Ganja

asap ganja

Ganja mungkin mampu memudaratkan kesihatan. Namun, perkara yang memudaratkan tidak semestinya tidak membawa sebarang faedah. Contohnya seperti seni luar biasa yang dihasilkan oleh Fernando de la Rocque. Seni dari asap ganja yang dihasilkannya dinamakan 'Blow job'

Karya Fernando tersangatlah unik, kerana dia berkarya dengan asap ganja yang dihisap. Cara pembuatannya cukup mudah. Pertama, Fernando akan membuat pola stensil atas sekeping kertas bersesuaian dengan kehendaknya. Biasanya Fernando membuat lakaran orang kenamaan dan terkenal. Selepas itu, Fernando akan menyalakan rokok ganjanya, dan menghembuskan asap ke pola stensil yang telah dibuat. Hasilnya, pola-pola stensil tadi menjadi coklat seakan diwarnakan dengan pensil warna. Ramai tidak menyangka bahawa asap ganjalah yang telah memberi warna coklat tersebut.

daun ganja
blowjob
cara hisap ganja
harga ganja

Rahsia Magik Tubuh Terbahagi Dua Chris Angel

Ramai yang pernah melihat silap mata yang dilakukan oleh Chris Angel ini. Seorang wanita dipotong  badannya menjadi dua tetapi masih hidup. Malah wanita tersebut masih boleh berjalan dengan kedua-dua tangannya. Ianya bukanlah video yang diedit. 

Chris Angel Magic
Perkara ini langsung tidak masuk akal. Adakah Chris dibantu oleh hantu atau syaitan? Mari kita lihat bagaimana ia dilakukan. 

Magic secret
Wanita yang diupah untuk menjadi subjek ini kelihatan cantik dan pinggangnya kelihatan ramping.

how to make magic
Kemudiannya dia ditidurkan di atas sebuah kerusi manakala Chris berada disebelah kiri wanita tersebut. Kemudiannya Chris beralih ke sebelah kanan.

Chris Angel Magic Revealed
Tangkapan kamera sedikit beralih sehingga wanita tersebut tidak terlihat dalam kamera (lihat gambar sebelumnya). Ketika itulah subjek ditukar dengan wanita lain. Sekilas pandang mereka kelihatan serupa, tetapi sebenarnya mempunyai wajah yang berbeza.

Real Magic
Perhatikan kain pada wanita tersebut. Kainnya menutupi bahagian bawah kerusi sehingga menyentuh tanah (kerana menyembunyikan sesuatu). Ukuran pinggangnya juga kelihatan lebih besar berbanding wanita sebelum ini. Posisi rakaman kamera juga sering berubah secara tiba-tiba.

Bahagian kaki yang dipegang seseorang itu sebenarnya adalah palsu. Ianya diperbuat daripada silikon. Kemudiannya wanita tersebut dipotong dengan "tangan maut" Chris Angel. Setelah tubuhnya terbahagi dua, dia menjerit lalu berjalan dengan tangannya.

woman leg
Bahagian terbahagi dari perut ke bawah masih berada di kerusi dan kakinya masih mampu bergerak-gerak. Mengapa? Kerana itu adalah kaki sebenar seseorang yang mampu menyembunyikan tubuhnya dalam kain tadi.

Bagaimana pula dengan bahagian atas tubuhnya yang mampu berjalan menggunakan tangan? Sebenarnya ianya adalah wanita cacat  Rose Siggins. Rose Siggins sememangnya  tidak memiliki separuh dari tubuhnya. Mungkin Chris agak keterlaluan dengan menggunakan wanita cacat sebagai subjek magiknya.


Rose Siggins

Muay Thai Orang Utan

Terdapat suatu persembahan yang berjaya menarik perhatian pelancong ke Taman Safari Thailand iaitu persembahan Muay Thai Orang Utan. Persembahan ini berjalan selama 30 minit.

Dua ekor orang utan telah dilatih untuk menewaskan antara satu sama lain. Ketika orang utan tersebut bertarung dan memukul antara satu sama lain, penonton hanya bersorak gembira. Aksi yang dilakukan oleh orang utan tersebut semuanya telah diatur dan sekadar lakonan. Para aktivis mengecam persembahan tersebut dan mengatakan ianya adalah penderaan kepada haiwan.

Pemerintah Thailand telah mengharamkan persembahan Muay Thai Orang Utan pada tahun 2004 tetapi ianya masih tetap diteruskan.

Tomoi Orang Utan

Aksi berani pemungut madu di Nepal

Memungut madu adalah salah satu kegiatan yang dilakukan sejak peradaban awal manusia. Pengkaji sejarah  menyatakan bahawa kegiatan ini telah dipraktikkan sejak 13,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan rekod lukisan batu yang ditemui.

Di Nepal, kegiatan memungut madu telah dipraktikkan sejak ribuan tahun yang lalu dan merupakan sebahagian dari budaya mereka. Sebilangan kecil penduduk di pedalaman Nepal bergantung hidup dengan hasil carian madu. laboriosa Apis merupakan spesis lebah madu terbesar di dunia dan kebanyakannya hanya terdapat di Nepal. Ianya membuat sarang di tebing bukit. Kerana itulah proses bagi mendapatkan madunya terlalu sukar dan memerlukan kepakaran.

Pemungut madu haruslah menggunakan tangga tali untuk sampai ke sarang lebah tersebut. Namun, sebelum boleh mengumpulkan madu, mereka haruslah menyalakan api dari kaki bukit dengan menggunakan ranting-ranting kayu. Tujuannya adalah untuk mendapatkan asap terlebih dahulu bagi menghalau serta melemahkan lebah sebelum madu-madunya mula dipungut. Jika tidak melakukan sedemikian, akibatnya mereka mungkin disengat.

Mereka juga melakukan ritual kecil dengan bacaan mentera serta penggunaan barang-barang lain seperti bunga, buah, dan juga beras sebagai korban sebelum menyalakan api. Apabila selesai memungut kesemua hasil, mereka akan menuruni tangga tersebut. Kebiasaannya pekerjaan ini tidak dilakukan berseorangan. Terdapat individu lain ditugaskan untuk memegang tali bagi menurunkan hasil pungutan serta peralatan yang digunakan.

cara mendapatkan madu
madu lebah bukit
pekerjaan sukar
pekerjaan bahaya
madu lebah

Pakaian samurai wanita dilelong

LONDON - Sepasang pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun bakal dilelong di sini awal bulan depan, dan harganya dijangka mencecah beratus ribu pound.

Wakil firma lelongan Bonhams, Suzannah Yip berkata, kelengkapan samurai itu yang dibuat pada tahun 1800-an akan dilelong pada harga permulaan 40,000 pound (RM200,000) di London pada 6 November ini.
Pakaian samurai wanita
Pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun ini diramal mencecah harga beratus-ratus ribu pound. - AGENSI
"Jumlah pakaian samurai untuk wanita sangat sedikit dan sukar ditemui.

"Pakaian yang dilelong ini dilengkapi perisai, yang berbeza dengan yang dipakai oleh lelaki kerana ia lebih mirip seperti pakaian tradisional wanita Jepun, kimono," katanya.

Perisai tersebut boleh dipakai oleh wanita yang bertubuh kecil yang mempunyai ketinggian kurang 1.5 meter.

Namun, dengan latihan yang ketat dan menggunakan pedang katana yang berbahaya, samurai wanita boleh menjadi lebih hebat berbanding lelaki yang dua kali ganda lebih besar.

Malah, untuk melindungi identiti wanita, pakaian perisai itu turut dilengkapi topeng merah yang mempunyai dua gigi taring dan misai.

Menurut Yip, perisai berkenaan dibuat khas untuk wanita Jepun kelas atasan dan pertengahan, namun ramai yang tidak menggunakannya semasa pertempuran.

"Gaya pakaian samurai juga berubah-rubah mengikut zaman dengan beberapa elemen berlainan dimasukkan.

"Perisai yang diperbuat daripada besi ini lebih ringan berbanding perisai lelaki," katanya. 

sumber- AGENSI

Suami bunuh isteri kerana keluar bekerja di Afghanistan

KABUL: Polis mengesahkan seorang lelaki di barat Afghanistan bertindak membunuhnya isteri kerana keluar rumah untuk bekerja. 

Jurucakap Polis Wilayah Herat, Noor Khan Nekzad, berkata suspek, Mohammad Anwar ditangkap di ibu negeri wilayah berkenaan kerana membunuh.

wanita Afghanistan
gambar hiasan
Anwar dikatakan mengaku membunuh isterinya, Ghulam selepas berlaku pertengkaran Jumaat lalu sama ada beliau bekerja di satu syarikat swasta di bandar berkenaan. 

Ahli keluarga isterinya pula mendakwa Anwar adalah seorang penagih dadah dan beliau dikatakan bertindak demikian selepas isterinya tidak lagi memberikan wang kepadanya. 

sumber- AP 

Dinoda ketika pengsan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, di sini, Sabtu lalu.

Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.

awek pengsan kena rogol
gambar hiasan
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.

“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri.

“Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.

sumber- HMetro

2 pakar cipta jean mesra alam

LOS ANGELES: Kebanyakan seluar jean berwarna biru. Tetapi pada masa depan, ia mungkin hijau.

Seorang ahli kimia dan seorang pereka fesyen menghasilkan seluar denim mesra alam yang dapat menghapuskan bahan buangan bahaya dalam udara.

Seluar berkenaan disalut dengan partikel titanium dioksida yang boleh bertindak terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen oksida, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang.

jeans mesra alam
HELEN bersama koleksi jean mesra alamnya.
Produk sampingan yang tidak berbahaya dan nitrat larut air itu boleh terhapus apabila seluar itu dicuci.

Sama seperti pengubah bermangkin yang membantu mengurangkan pencemaran ketika kenderaan dipandu, seluar berkenaan boleh membantu menghijaukan planet. 

Kira-kira 1.3 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun dikaitkan dengan kualiti udara yang buruk.

Semua jenis kain boleh digunakan sebagai Pakaian Bermangkin tetapi jean dianggap sebagai medium terbaik bagi proses itu kerana ia menjadi pakaian ramai penduduk dunia.

Mereka yang bertanggungjawab menghasilkan produk itu ialah ahli kimia Universiti Sheffield, Tony Ryan dan Profesor Helen Storey dari Kolej Fesyen London.

Hasil rekaan Helen pernah dipakai oleh bintang ternama, termasuk Madonna dan Cher.

Dia berminat menceburi bidang sains sejak 2004 menerusi adiknya, pakar biologi dan mula memberi tumpuan terhadap sains hijau apabila berkenalan dengan Tony.

Proses Pakaian Bermangkin sudahpun dikemukakan kepada syarikat sabun, Ecover untuk menghasilkan bahan tambahan pencuci yang diberi nama CatClo. Bahan itu terkandung dalam serbuk pencuci perapi fabrik.

Ujian keselamatan dilakukan terhadap produk berkenaan tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia menjejaskan kulit manusia atau bekalan air.

Ia mungkin mula dijual dalam masa dua tahun lagi.

Helen berkata, jean menjadi bahan ideal pakaian untuk ciptaan mereka kerana terdapat lebih banyak jean di planet berbanding manusia. 

sumber- DM

Porsche RM1 juta curi ditemui

KUALA LUMPUR – Kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta yang disamun di sebuah pusat pameran kereta mewah di Bukit Bintang di sini ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dekat sini semalam.

Porsche Panamera 4
ANGGOTA polis memeriksa Porsche Panamera 4 yang ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan semalam.
Jarak lokasi kereta itu disamun dan ditemui semula kira-kira 24 kilometer.

Satu sumber berkata, kereta mewah itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari hasil soal siasat dan petunjuk suspek pertama berusia 31 tahun yang ditahan pada 12 Oktober lalu.

“Sepasukan polis yang dipandu oleh suspek pertama bergerak ke tempat letak kereta Pasar Borong Selangor dan menemui semula kereta jenis Porsche Panamera 4 warna perak yang dicuri,” kata sumber itu.

Sumber itu memberitahu, semasa ditemui kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu WGU 123 selepas disamun pada 11 Oktober lalu.

sumber- Kosmo

Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia.

Jimmy Choo
JIMMY (tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada Sahol Hamid mengenai rekaan kasut di UiTM, Shah Alam semalam.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy akan bekerjasama dengan pihak universiti dari semasa ke semasa untuk menyumbang kepakaran beliau dan membawa pakar dalam rekaan kasut dari luar negara ke UiTM.

Menurut beliau, sebagai pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, adalah satu kerugian sekiranya UiTM tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran Jimmy untuk memberi sumbangan kepada anak tempatan.

"Penganugerahan Profesor yang diberi oleh UiTM kepada beliau menandakan kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan Jimmy untuk membawa pakar teknologi rekaan kasut dari luar negara ke UiTM pada masa depan," katanya.

sumber- Kosmo

Aksi pencuri arak dirakam CCTV

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki yang melarikan enam botol minuman keras daripada kedai serbaneka, KK Supermart di Batu 5, Jalan Ipoh di sini kelmarin pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka telah dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, tiga daripada enam lelaki itu yang menunggang motosikal masuk ke dalam kedai tersebut untuk membeli 24 tin minuman keras berharga RM120.

curi air mabuk
RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki membawa keluar minuman keras dari kedai serbaneka di Kuala Lumpur kelmarin.
Penjaga kaunter kedai yang beroperasi 24 jam itu, Mohd. Fareez Zamri, 18, berkata, kumpulan lelaki berusia sekitar 20-an itu bagaimanapun membayar kurang RM10 daripada harga minuman berkenaan.

“Mereka dengan selamba keluar dari kedai dan saya memanggil mereka supaya menjelaskan baki sebanyak RM10 itu.

“Akibat berang dengan permintaan saya itu, salah seorang lelaki menghampiri saya dan menumbuk muka saya,” katanya di sini semalam.

sumber- Kosmo

Yash Chopra meninggal dunia akibat denggi

MUMBAI - Pengarah tersohor Bollywood, Yash Chopra (gambar) meninggal dunia kelmarin selepas lebih seminggu menghidap demam denggi, kata seorang doktor.

Tokoh besar perfileman India itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Dr. Prakash Jiyavani berkata, Chopra yang meninggal dunia di Hospital Lilavati, Mumbai turut menghidap penyakit buah pinggang.

Yash Chopra
Yash Chopra
"Beliau meninggal dunia kerana demam denggi dan kegagalan beberapa organ dalaman," kata jurucakap hospital, Sudhir seperti dilaporkan oleh agensi berita Press Trust of India.

Chopra dikenali sebagai Raja Romantik dan telah menghasilkan filem Bollywood selama hampir lima dekad.

Antara filem arahannya yang terkenal ialah Deewar, Dil To Pagal Hai dan Chandni.

Filem terbaharu Chopra, Jab Tak Hai Jaan bakal ditayangkan di India bulan depan.

Anak sulungnya, Aditya Chopra juga merupakan pengarah filem yang berjaya. Anak bongsunya, Uday Chopra mengendalikan cawangan syarikat produksi keluarga di luar negara.

Chopra mula terlibat dalam bidang filem di bawah didikan abang sulungnya, pengarah veteran, B.R. Chopra yang mati empat tahun lalu ketika berusia 94 tahun. 

sumber- Agensi

Pereka fesyen nafi gelar Presiden Perancis bodoh

PARIS - Pereka fesyen terkenal, Karl Lagerfeld kelmarin menafikan beliau menggelar Presiden Perancis, Francois Hollande sebagai bodoh.

Beliau sebaliknya memberitahu, kenyataannya yang dilaporkan oleh sebuah majalah Sepanyol berpunca daripada kesilapan terjemahan.

Karl Lagerfeld
KARL LAGERFELD bersama penyanyi Jennifer lopez semasa menyertai program televisyen Jerman terbitan saluran ZDF di Duesseldorf pada 6 Oktober lalu.
"Apa yang nyata, saya tidak berkata demikian. Justeru, saya tidak perlu memohon maaf kerana saya tidak berkata begitu," jelas pereka fesyen dari Jerman yang beribu pejabat di sini kepada stesen televisyen tempatan, France 2.

"Sayang sekali, saya tidak bertutur dalam bahasa Sepanyol. Jadi, saya tidak tahu apa yang dilaporkan oleh majalah berkenaan," tambahnya.

Lagerfeld merupakan pengarah rumah fesyen terkenal Perancis, Chanel.

Menurut satu wawancara bersama majalah Marie Claire edisi Sepanyol, Lagerfeld menggelar Hollande bodoh kerana melaksanakan cukai 75 peratus ke atas individu berpendapatan tahunan melebihi 1 juta euro (RM3.98 juta).

Hollande sebelum ini memberitahu, beliau tidak menyukai golongan kaya.

sumber- AFP

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

SENAD HADZIC
SENAD HADZIC
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. 

sumber- AFP

1,679 peserta sertai acara renang rentas pelabuhan

HONG KONG - Seramai 1,679 peserta merenangi laut bergelora dalam perlumbaan renang Pelabuhan Victoria di sini kelmarin.

Peminat sukan renang berusia antara 12 hingga 78 tahun menyertai acara sejauh 1.5 kilometer itu yang kembali diadakan tahun lalu selepas digantung selama 33 tahun.

berenang ramai-ramai
BEBERAPA perenang terjun ke dalam laut untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan renang di Hong Kong kelmarin.
Mereka berenang merentasi Semenanjung Kowloon di timur pulau ini menuju Pulau Hong Kong yang berlatar belakang bangunan-bangunan pencakar langit.

Pemenang tahun lalu, Ling Tin-yu yang berusia 19 tahun mempertahankan kejuaraannya dengan memenangi perlumbaan itu dengan catatan masa 16 minit dan 57 saat.

"Selama lebih 70 tahun, perlumbaan merentasi pelabuhan merupakan antara acara paling terkenal di Hong Kong," kata Persatuan Perenang Amatur Hong Kong (HKASA) yang menganjurkan acara berkenaan.

Perlumbaan tahunan itu kembali diadakan pada tahun lalu ekoran permintaan orang ramai. Ia menjadi acara tradisi yang menarik penyertaan beratus-ratus perenang dan kehadiran ribuan penonton sejak 1906.

Acara berkenaan dimansuhkan pada 1978 berikutan kualiti air laut yang semakin tercemar. 

sumber- AFP

Batu penyendal pintu sebenarnya meteorit

TENNESSEE - Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik Universiti Tennessee memperoleh meteorit seberat 15 kilogram itu daripada keluarga Donna Lewis di sini yang menggunakannya sebagai penyendal pintu dan pelapik pokok bunga hiasan sejak beberapa tahun lalu.

tahi bintang
PROFESOR fizik dan astronomi di Universiti Eastern Kentucky, Rodney Piercey memeriksa meteorit yang ditemui pada tahun 1853.
Pada mulanya, batu itu ditemui di sebuah padang ragut ternakan dekat Tazewell, Tennessee, pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki, Tilmon Brooks.

Brooks ialah datuk Donna Lewis yang merupakan seorang setiausaha sekolah di Pineville, Kentucky.

Ujian yang dilakukan di Universiti Tennessee merumuskan bahawa meteorit itu berasal daripada hujan meteor yang pernah berlaku di sini pada 1853.

"Saya lihat kanak-kanak di sekolah kami berasa teruja apabila melihat batu meteor itu.

"Saya sangat lega apabila mengetahui Universiti Tennessee akan menyimpan meteorit ini dengan baik bagi tujuan penyelidikan," kata Lewis. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...