Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, July 15, 2012

Bayi seawal 6 bulan sudah ada payudara akibat susu tepung

Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara. Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.


Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.


Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali apabila bayi itu berusia dua tahun. Pengumpulan gejala-gejala ini, antara lain, memberi kesan satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.

Satu kajian dikeluarkan oleh University of North Carolina dalam 2010 mengemukakan gadis keturunan Kauskasia di AS mengalami satu pertumbuhan yang cepat diusia muda mereka bermula pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.

sumber- manokelpase

Kereta selam pertama di dunia


Kereta yang menggunakan kuasa elektrik ini mampu menyelam sedalam 10 meter. CEO Rinspeed, Frank Rinderknecht, pada March lalu mempamerkan prototype kereta selam  pertama di dunia sQuba, yang dapat berenang dan menyelam hingga kedalaman 10 meter. Ketika dipamerkan dipameran Kereta Geneva, Rinderknecht menunjukkan demonstrasi dalam sebuah video bagaimana kereta ciptaannya mampu bergerak  dalam air dan di daratan tanpa masalah. 


Kereta  buatan Rinspeed dari Switzeland  ini dikatakan  adalah yang pertama meskipun  sebelumnya telah banyak kereta sepertinya cuba dicipta terdahulu.

Kenderaan air sebelumnya yang juga termasuk dari kategori amphibia car seperti CLIMBER atau ALPHA, Citroen DS yang direka pada tahun 1960, Chrysler Labarron yang dibuat pada era 70 an, masih  belum memiliki kelebihan seperti apa yang ditawarkan oleh sQuba.


Kelebihan sQuba ialah ia mampu menyelam, tidak memerlukan bahan bakar, dan lebih ringan kerana  kerangkanya diperbuat dari besi namun sebahagian besar komponennya diperbuat dari bahan serat karbon.

Kenderaan ini  menggunakan  dua tenaga Seabob jet yang berada di hadapannya. Ianya berfungsi untuk pernafasan kenderaan mengikut putaran saat melalui HS Genion (untuk membuka dan menutup fungsi keluar masuk air). Jet ini dirancang khusus dengan bahan material karbon nano.

Bandar raya maya

pix_middle

THE Shard, bangunan tertinggi di Eropah, dirasmikan Khamis lalu. Dengan 11,000 tingkap yang boleh melitupi kawasan seluas lapan padang bola sepak, kerja membersihkannya pasti bukan kerja mudah.

Bangunan itu disifatkan oleh pemajunya sebagai ‘bandar raya maya’ yang lengkap dengan pejabat, sebuah hotel, apartmen mewah dan platform meninjau dengan pemandangan menakjubkan sekeliling London.

Dengan pembidaan untuk kerja pembersihan masih terbuka, beberapa syarikat di Britain menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kontrak mencuci tingkap paling lumayan di Eropah itu.

Foto
DUA DUNIA... pekerja mencuci bahagian luar tingkap bangunan setinggi 309.6 meter itu yang baru siap dibina.

Foto

Berbeza dengan bangunan biasa yang dibersih menggunakan gondola, permukaan bersudut Shard yang setinggi 309.6 meter itu memerlukan pasukan pakar untuk melungsur dari tingkap ke tingkap sambil mencuci.

Untuk memastikan tingkap sebuah menara itu bersih seperti bangunan Canary Wharf, kosnya boleh menjangkau £150,000 (RM750,000) setahun dan mungkin mengambil masa seminggu untuk membersihkan satu permukaan.

Seorang pekerja penyelenggara berkata: ‘Saya sudah naik ke tingkat 71 dan agak menakutkan apabila melihat ke bawah dari dalam.

“Saya tak dapat nak bayangkan jika berada di luar pada ketinggian itu. Namun mereka yang bekerja di atas sudah biasa.”



Reka bentuk Shard dengan penggunaan panel kaca menjadikan pencakar langit itu satu daripada mercu anda paling ikonik di London.

Ia dimiliki bersama oleh kerajaan Qatar dan Kumpulan Hartanah Sellar serta dibiayai oleh Bank Nasional Qatar.

Acara perasmiannya Khamis lalu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Bin Jassim Bin Jabor Al Thani, dan Duke of York, Putera Andrew, menandakan siapnya bahagian luar bangunan berkenaan, sementara kerja di bahagian dalam dijangka berterusan hingga 2013.

Bangunan pencakar langit itu adalah sebahagian daripada pembangunan di Southwalk yang dikenali sebagai London Bridge Quarter.

Kedudukan Shard sebagai menara paling tinggi di Eropah bagaimanapun tidak akan bertahan lama. Menara Bandar Raya Mercury di Russia yang setinggi 331 meter dijadual siap menjelang akhir tahun depan.

Tiket untuk naik ke atas dan melihat pemandangan sekeliling mula dijual Jumaat lalu. Namun, pembeli hanya boleh menaikinya pada 1 Februari tahun depan. Sehingga ini, lebih 17,500 orang mendaftarkan diri secara on-line untuk tujuan itu.

sumber- HMetro

Kelibat UFO gemparkan China

Kelibat UFO gemparkan China
Objek misteri didakwa sebagai UFO ini diambil di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu.

BEIJING - Penduduk di Heilongjiang, kelmarin gempar selepas mendakwa mereka terlihat kelibat objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dalam insiden kali kedua di wilayah timur laut China itu.

Kejadian tersebut turut disaksikan dua pekerja pemprosesanpasir di Harbin.

Mereka mendakwa objek terbang berwarna hitam itu seperti helang dan saiznya adalah lebih besar daripada pesawat.

"Ia berlegar-legar selama seminit pada jarak 500 hingga 1,000 meter dari permukaan tanah," menurut saksi, Zhang Wei.

Sementara itu, akhbar China Daily melaporkan Zhang Wei tidak dapat memastikan sama ada ia adalah objek misteri yang sama dilihat di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kilang pasir tersebut.


Pengurus Taman Hutan Gunung Phoenix, Kang Tai berkata, pihaknya sering kali menerima laporan mengenai kewujudan UFO di kawasan taman itu sejak 18 tahun lalu.

Namun, kurator di Planetarium Beijing yang membuat penyelidikan mengenai UFO mendakwa, objek itu sebenarnya adalah serangga.

"Imej menunjukkan ia adalah spesies serangga kerana mempunyai sayap. Objek itu kelihatan terang berikutan pancaran lampu kilat kamera," jelasnya.

sumber- Sinar

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup. 100 rentung cuba cedok minyak tumpah.
PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.

Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.


Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak.

sumber- Kosmo

Arak daripada haiwan berbisa

Arak ialah minuman yang memabukkan dan ianya diharamkan di dalam syariat Islam. Arak diperbuat dengan beberapa proses penapaian dan peram (brew). Di negara barat, kebanyakan arak diperbuat daripada buah epal dan anggur. Lebih lama arak tersebut disimpan, lebih berkualiti dan mahal harganya. Berlainan pula di Asia, kebanyakan araknya diperbuat daripada susu mahupun beras. Ada juga yang diperbuat daripada haiwan seperti tikus, kuda laut, ular, mengkarung dan sebagainya. Di bawah ini adalah beberapa imej arak yang diperbuat daripada haiwan-haiwan tersebut. Kelihatan agak menjijikkan dan kemungkinan tidak ramai kaki botol yang sanggup meminum minuman ini.

40 Orang Hindu Buta Akibat Meruntuhkan Masjid

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini.


Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Disember 1992,telah buta dan gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India.

Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilang penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .


Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya. 

sumber- HMetro

Misteri Batu Nisan Bernyawa Semakin Tinggi di Kuala Lipis

Ahmad Nazri menunjukkan batu nisan yang semakin tinggi.
KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.

Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.


“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.

sumber- HMetro

6 Negara Yang Pengemisnya Berpendapatan Tinggi

Biasanya di Malaysia orang yang mengemis ni memang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tak kais tak makan. Tapi berlainan pula pengemis di negara luar, pendapatan purata bulanannya untuk sebulan boleh mengalahkan pendapatan orang yang bekerja. Antara negara-negara yang pengemisnya berpendapatan tinggi ini ialah..


1. Amerika


Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.

Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai ‘pengemis kaya’ dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dari mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30 – $50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300 – $800 (sekitar RM945 – RM2,522).


2. Australia


Di Sydney pekerjaan mengemis dilakukan oleh kaum ‘homeless’. Seorang pengemis hanya perlu duduk selama 16 jam setiap hari sambil menadahkan tangannya di kawasan orang ramai di daerah George and Market Sydney CBD boleh mengumpul wang sebanyak $400 sehari atau setara RM1,216.
Mereka memiliki pendapatan paling kurang $175 sehari. Pengemis disana menabungkan wangnya di bank seminggu sekali.


3. China


Mengemis disana bukan lagi sebuah cara untuk mendapatkan makan atau bertahankan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap hari. Sebuah survey dilakukan di China, sekurang-kurangnya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou sahaja.

Biasanya pengemis disana melakukan pekerjaan itu kerana kecacatan atau penyakit yang dideritanya.
Pendapatan harian mereka rata sebanyak 20 hingga 100 yuan, atau setara dengan RM9.5 hingga RM47 sehari.


4. Arab


Arab merupakan salah satu negara yang sudah maju. Kebiasaannya pengemis-pengemis di sana memanfaatkan masa orang ramai datang ke masjid untuk solat. Seorang pengemis lelaki mengatakan biasanya dia meninggalkan isteri dan anak perempuannya di depan masjid untuk meminta sedekah.

Dalam sehari dia boleh mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau RM252. Bahkan ada seorang pengemis yang tertangkap dan didapati menyimpan wang sebanyak $19,300. Jika ditukar mata wang dalam anggaran RM16,227.



5. Rusia

http://static.guim.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/pictures/2009/8/31/1251742020483/Beggar-in-passage-to-Mosc-001.jpg

Di Moscow, beberapa shelter dan hospital adalah tempat bagi para pengemis. Pengemis2 di sana biasanya mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendatang asing.

Lebih dari separuh golongan pengemis di sana berusia 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles setiap jam. Ini bermakna dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak 2000-3000 rubles (sekiranya bekerja 10 jam sehari). Pendapatan sebulan mereka boleh mencapai 80,000 rubles, atau setara dengan RM8,037.


6. Morocco


Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai sejumlah 320,000 dirham dalam akaun banknya, atau setara dengan RM119,767. Dia jg mempunyai perhiasan dan rumah yang cantik. Hasil kajian yang dijalankan, 62.4% pengemis di sana adalah pengemis-pengemis profesional.

Mereka dapat mengumpulkan sekitar 200 dirham atau RM74.80 sehari. Purata pengemis di sana mendapat 6000 dirham (RM2,245) sebulan. 

sumber- syok.org

7 setem termahal di dunia

1. The Three-Skilling Yellow


The Three-Skilling Yellow, adalah setem yang tersalah cetah dalam penerbitan pertamanya pada tahun 1855 oleh pemerintah Swedia.  Three-Skilling Yellow adalah setem yang unik dan hanya ada satu di dunia. Pada tahun 1984, setem ini terjual dengan harga 977.500 Swiss francs oleh David Feldman. Tahun 1990 nilainya meningkat mencapai angka satu juta dolar US. Kemudian pada tahun 1996, ia terjual dengan harga $2,3 juta. Setiap kali terjual, nilainya akan terus meningkat dan direkodkan sebagai setem termahal di dunia.


2. The First Two Mauritius


The First Two Mauritius stamps (1847) adalah dua siri setem pertama yang dikeluarkan oleh kerajaan Kolonial Inggeris. Yang ada sekarang hanyalah sekeping setem pertama dalam keadaan baru (tidak pernah ditampal) dan tiga keping setem kedua (turut  tidak pernah digunakan). Pada tahun 1993, David Feldman melelong setem Mauritius milik Hiroyuki Kanai dengan harga tertinggi. Setem pertama yang berwarna oren terjual dengan harga $1,072,260 dan yang kedua dengan harga $1,148,850. 


3. The Inverted Jenny


The Inverted Jenny adalah setem Amerika tahun 1918 dengan imej pesawat Curtiss JN-4 dan secara tidak sengaja tercetak terbalik. Ianya mungkin setem tersalah cetak paling terkenal di dunia. Hanya terdapat 100 setem tersalah cetak yang wujud membuatkannya menjadi salah satu yang paling berharga. Satu blok penuh setem Inverted Jenny terjual ketika di lelong oleh Robert A. Siegel pada bulan Oktober 2005  dengan harga US$2.7 juta. Pada November 2007, sekeping setem inverted Jenny terjual dengan harga US$977,500. Disember 2007, sekeping setem (belum digunakan) dengan keadaan baik dijual pada seorang eksekutif Wall Street dengan harga $825,000.


4. British Guiana One Cent Black on Magenta


British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) adalah termasuk setem yang unik dan termahal. Setem ini dicetak di atas kertas kualiti rendah berwarna magenta dengan dakwat hitam. Dikatakan hanya terdapat sekeping di dunia ini. Tahun 1980, ianya telah dilelong kepada John Dupont dengan harga $935,000.


5. U.S. Franklin Z-Grill


U.S. Franklin Z-Grill, 1867. Merupakan setem paling unik dari kesemua setem Amerika Syarikat. Hanya terdapat 2 keping yang masih wujud. Pada tahun 1988, sekeping setem “Z-Grill” 1 cent tahun 1868 dijual dengan harga $930,000.



6. Hawaiian Missionaries


Hawaiian Missionaries, 1851 adalah setem pertama Hawai. Oleh kerana “Hawaiian Missionaries” dicetak secara kasar dengan kertas yang nipis dan berkualiti rendah, hanya beberapa setem sahaja yang berjaya diselamatkan. Setem 2 cent tahun 1851 adalah yang paling unik dari keseluruhan siri, dan hanya terdapat 16 keping sahaja kesemuanya. Sekeping setem Missionary 2 cent yang belum digunakan berharga $760,000 dan setem terpakai berharga $225,000.


7. The Penny Black


The Penny Black, adalah setem berpelekat rasmi pertama di dunia. Diterbitkan oleh Kerajaan Inggeris pada tanggal 1 Mei 1840 dan mulai digunakan pada tanggal 6 Mei. The Penny Black sebenarnya bukanlah setem yang unik atau jarang temui tetapi ia tergolong dalam kategori setem termahal. Sekeping setem Penny Black yang belum digunakan menurut katalog Scott pada tahun 2001 berharga $3,000 dan yang terpakai berharga $180.

Kereta halimunan yang pertama di dunia

Masih ingatkah kita dengan karakter dalam siri animasi Spongebob iaitu Mermaidman dan Barnacleboy yang mempunyai kereta halimunan? Kini, kereta halimunan bukan lagi fantasi dan ianya benar-benar dicipta. Sebuah kereta Mercedes F-Cell yang diselimuti sebelah badannya dengan lampu LED, manakala sebelah lagi diletakkan sebuah kamera memberikan imej terhadap LED tersebut seakan halimunan.

Teknologi yang pada asalnya diilhamkan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo telah digunakan oleh syarikat Mercedes Benz untuk iklankan kereta mereka. Mari kita saksikan gambar dan video di bawah.

KERETA+HALIMUNAN

KERETA+AJAIB








5 roller coaster yang mengagumkan

Adakah anda berani untuk menaiki roller coaster? Mungkin ramai yang pernah mencuba roller coaster di Genting Highland ataupun di Berjaya Times Square. Namun, ianya bukanlah roller coaster yang mengagumkan berbanding yang tersenarai di bawah ini.

1. Roller Coaster Kingda Ka


Kingda Ka adalah roller coaster tertinggi dan terlaju di dunia. Lokasinya di taman Six Flags Great Adventure di New Jersey. Melangkaui kelajuan 206 km/jam dan menaranya setinggi 139 meter. 


2. Roller Coaster Top Thrill Dragster


Satu lagi yang seakan Kingda Ka ialah Roller Coaster Top Thrill Dragster di Cedar Point di Sandusky, Ohio.


3. Roller Coaster 4 Dimensi

Eejanaika
Galaxy Orbiter di West Edmonton Mall, Kanada
Six Flags Magic Mountain

Roller Coaster 4 Dimensi mula menghiasi taman tema di dunia dari Six Flags Magic Mountain, dan Eejanaika di Jepun hinggalah yang terbaru Galaxy Orbiter di West Edmonton Mall, Kanada. Roller coaster ini bukan sahaja duduk setempat tetapi berputar 360 darjah. Eejanaika merupakan yang terpantas dan terpanjang berbanding yang lain.



4. Expedition Everest


Roller coaster ini dinamakan "Expedition Everest" di Orlando's Animal Kingdom. Landasannya masih boleh diperpanjangkan (dibuka pada tahun 2005), tetapi landasan yang sedia ada sudah cukup membuatkan penumpangnya pening dan muntah.



5.The Skycycle


Memegang rekod roller coaster terlambat di dunia. "The Skycycle" atau ada yang memanggilnya "Walking Roller Coaster" ini memiliki faktor ketakutannya tersendiri iaitu ketinggian dan cara mengendalikannya.

Kanak-Kanak 3 Tahun Ketagih Rokok Selepas Koma


2010 CHINA : Kanak-kanak perempuan ini berusia 3 tahun dan mula menghisap rokok dan minum minuman keras selepas sedar dari koma akibat kemalangan jalanraya.

Ya Wen merokok sekotak sehari sejak kemalangan yang menimpa dirinya setahun lalu.

Menurut ibu bapanya, Ya Wen mengalami perubahan personaliti selepas keluar dari hospital setelah 5 hari tidak sedarkan diri.


Dia mula berperangai seperti orang dewasa selepas itu dan turut meminum minuman keras.

Pada awalnya Ya Wen mencuri rokok bapanya dan hisap secara sembunyi-sembunyi di dalam tandas dan kini dia mula mendapatkan rokok sendiri dikedai-kedai runcit.

Selain gemar meminum minuman keras dan menghisap rokok, dia juga mengalami perubahan dari segi pemakaian kerana lebih gemar memakai pakaian lelaki.





sumber-selangor2u, dailymail, myphoxphilly

Pistol kecil berbentuk cincin yang unik

Jika anda seorang penyiasat atau ejen rahsia kerajaan seperti James Bond, senjata sulit ini amat sesuai untuk anda. Pistol yang berbentuk cincin ini mula dicipta pada awal abad ke-19 dari Perancis dan tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan diri khususnya buat kaum wanita. Malangnya ia disalah guna untuk siri rompakan bank bersenjata lalu terus diharamkan. Pistol ini mampu membuat 6 tembakan dari jarak dekat dengan peluru bersaiz kecil. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...