Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Sunday, February 3, 2013
Ular jaga anak
Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.
Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.
Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.
“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.
Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.
Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.
“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”
Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.
“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan.
sumber- Daily Mail
Kehidupan pengantin kanak-kanak di India
KETIKA kanak-kanak seusianya sedang berseronok bermain dan menelaah pelajaran, dia terpaksa menamatkan zaman itu untuk bergelar isteri.
Kini, selepas tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga, nasibnya kian parah kerana dibelenggu kemiskinan berpanjangan.
Perkahwinan pada usia kanak-kanak menjadi tradisi biasa di India. |
Pada usianya 11 tahun, dia dipaksa berkahwin dengan remaja bernama Kishan Gopal berusia 13 tahun.
Kini, setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata kehidupannya menjadi lebih tertekan kerana suaminya diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan arak.
Krishna berkata, sejak suaminya menjadi kaki botol, dia berasa tidak selamat setiap kali suaminya memegang anak mereka yang kini berusia empat bulan bernama Alok.
“Tidak mustahil suatu hari nanti dia sanggup memukul bayi kesayangan saya ini ketika dalam keadaan mabuk,” katanya.
Menurutnya, kini suaminya tidak lekang dari memegang botol arak dan merokok bersama rakan-rakannya di hujung kampung.
“Saya mahu meninggalkan kampung ini dan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Kehidupan Alok adalah masa depan saya,” katanya.
Mungkinkah kehidupan pasangan ini akan berubah atau bakal mewarisi tradisi ibu bapa mereka yang menjodohkan anak ketika usia kanak-kanak?
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pernah mencatatkan, kira-kira 40 peratus perkahwinan di India bermula pada usia tersebut.
sumber- DailyMail
Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun
SURREY - Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.
David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.
“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.
Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.
“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.
Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit.
sumber- Daily Mail
Hakim tidur dipecat
Moscow: Seorang hakim dipecat selepas dia tertidur di mahkamah dan kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang defendan.
Hakim Yevgeny Makhno dari Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di timur jauh Russia dipaksa melepaskan jawatannya kerana tertidur beberapa kali ketika membicarakan seorang ahli perniagaan atas tuduhan menipu.
Kes berkenaan menjadi skandal kebangsaan selepas peguam defendan memuatnaikkan video dalam Internet yang menunjukkan Makhno tidur ketika perbicaraan. Makhno mendakwa dia tidak tidur, sebaliknya mendengar perbicaraan itu dengan mata tertutup.
Sebuah mahkamah lebih tinggi bagaimanapun enggan menghukumnya, sebaliknya menyuruh dia mengambil ujian sebelum dilantik semula menjadi hakim.
Defendan pula akan dibicarakan sekali lagi.
sumber- AP
Mohd Ezmi Mad Jan kembali ke rahmatullah
BATANG KALI, 2 Februari 2013 - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.
"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.
Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.
Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
"Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
"Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.
Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.
sumber- Sinar
Bila mak ayah kaki game
Walaupun kaki game, tanggungjawab sebagai ibu bapa harus dilaksanakan. Berdasarkan gambar-gambar lucu dibawah, mereka benar-benar melaksanakan tanggungjawab tersebut walaupun dengan keadaan yang tidak bersesuaian. Tidak mustahil anak-anak mereka bakal menjadi gamers terhandal kerana telah diasuh sejak kecil.
Wajah seiras tetapi bukan kembar
Jika dilihat pada gambar ini, ramai menyangkakan bahawa mereka adalah kembar kerana wajah mereka benar-benar seiras. Namun pada hakikatnya mereka adalah orang asing malah langsung tiada tali persaudaraan. Berdasarkan fakta, kesemua individu mempunyai wajah yang seiras seperti individu lain cuma ramai yang tidak berkesempatan untuk menemuinya.
Mangkuk kaca terbesar di dunia
Sebuah mangkuk kaca berketinggian 896 milimeter telah tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai mangkuk kaca terbesar di dunia dan dianugerahkan di Qinhuangdao, wilayah Hebei, pada 29 Januari 2013. Diameter dalaman bagi mangkuk tersebut adalah 1,024 milimeter manakala diameter bawahnya yang diukur dari dalam ialah 630 milimeter.
Kenderaan mencuci jalan raya rekaan China
Rekaan yang kreatif tetapi mengundang kontroversi apabila debu-debu yang disapu berterbangan di udara. Trak ini telah diubahsuai untuk menjadi kenderaan menyapu sampah di Dangyang, wilayah Hubei, China. Ianya diilhamkan oleh seorang tukang cuci tempatan dengan meletakkan 16 batang penyapu yang akan menjalankan tugas apabila trak tersebut bergerak. Sepanjang 20 kilometer jalan raya yang dibersihkan setiap hari. Namun seperti apa yang dilihat dalam gambar, debu-debu mula berterbangan ketika kerja tersebut sedang dijalankan.
Subscribe to:
Posts (Atom)