Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, February 23, 2013

Video: Pemandu bas bermain dengan anjing ketika memandu

Tidak tahu sama ada mendapat kebenaran dari syarikat pengangkutan tersebut atau tidak, pemandu bas ini kelihatan membawa dua ekor anjing ketika melakukan rutin pekerjaannya. Anjing-anjing ini dibiarkan bebas berkeliaran di dalam bas. Bukan itu sahaja, pemandu bas tersebut turut bermain bersama anjing-anjing ini ketika bas sedang bergerak.

Pemandu bas bermain dengan anjing ketika memandu

Tak tahu otak bayi disimpan 13 tahun

Seorang ibu menyuarakan rasa kesal dan sedihnya ketika menceritakan bagaimana anggota polis tiba-tiba muncul di rumahnya untuk memaklumkan bahawa mereka menyimpan otak anaknya sejak 13 tahun lalu.

Tak tahu otak bayi disimpan 13 tahun

Hannah Cheevers, 34, berkata, dua pegawai polis mengetuk pintu rumahnya secara tiba-tiba untuk memberitahu otak Rhys, bayinya yang mati akibat serangan sakit jantung, masih disimpan di Hospital Southampton.

Kanak-kanak lelaki itu berusia dua hari ketika dia meninggal dunia pada 1998 dan keluarganya memberi kebenaran bedah siasat dilakukan, tetapi mereka mengandaikan tubuhnya lengkap ketika mengebumikan mayatnya.

Tak tahu otak bayi disimpan 13 tahun

Hannah memberitahu program Today radio 4 BBC: “Kami mengadakan upacara pengebumian dan meneruskan kehidupan seperti biasa dan 13 tahun kemudian kami diberitahu bahawa otak Rhys disimpan di hospital Southampton.” Hannah yang tinggal di Wimbourne, Dorset berkata, dia terkejut dan ‘tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan hakikat itu.’ “Kami sangkakan dia sudah dikebumikan bersama otaknya. Kami tidak tahu-menahu mereka menyimpan otak Rhys,” katanya. Polis memberitahunya otak Rhys disimpan di setor hospital tanpa disentuh, tetapi tidak dapat menyatakan sebabnya.

Tak tahu otak bayi disimpan 13 tahun

Hannah berkata, mereka sekeluarga memutuskan untuk mendermakan otak Rhys untuk penyelidikan hospital selepas diberitahu terdapat dua pilihan sama ada memusnahkan otak itu atau mengebumikan bersama tubuhnya. Hannah berkata: “Saya tidak mahu mengadakan satu lagi pengebumian. Saya sudah ada anak lain sekarang. Sukar untuk bercakap mengenainya lagi dan saya tidak mahu menjelaskan kepada anak saya yang lain mengapa kami perlu mengadakan upacara pengebumian lagi.

“Dan saya tidak mahu kubur Rhys digali semula hanya untuk mengebumikan otaknya. Saya tidak suka memikirkan kubur seorang kanak-kanak digali semula selepas dia dikebumikan selama 13 tahun.” Kisah itu terbongkar selepas siasatan BBC menemukan bahagian tubuh daripada hampir 90 kanak-kanak disimpan oleh polis tanpa memaklumkan ibu bapa mereka.

Tahun lalu badan audit nasional mendapati pasukan polis menyimpan hampir 500 bahagian tubuh yang bertarikh sehingga 50 tahun lalu.

sumber- HMetro

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Di sebuah perkampungan kecil yang terletak di Kapetakan, Jawa Barat, terdapat sebuah rumah penyembelihan ular untuk pemprosesan daging dan kulitnya. Wakira memiliki kilang yang memproses beratus-ratus meter kulit ular untuk dijual kepada kilang lain yang terletak di Jawa Barat dan Jawa Tengah dimana ianya akan dijadikan produk seperti beg, kasut, dompet, dan juga tali pinggang. Daging ular tersebut tidak dibazirkan. Ianya dipercayai mujarab untuk mengubati masalah kulit, asma, dan mampu memperkuatkan tenaga batin.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Wakira mengupah sepuluh orang pekerja dan memperoleh pendapatan kira-kira RM4,700 sebulan dari penghasilan kilangnya. Kebiasaannya, sebuah beg yang diperbuat dari kulit ular dijual dengan harga RM48 hingga RM100 bergantung pada saiznya. Jika ianya sampai ke butik pakaian barat, harganya mampu mencecah sehingga lebih RM12,000.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Ular-ular yang berusia sekitar 3 hingga 4 tahun ini kebiasaannya ditangkap oleh penduduk kampung dan dibayar mengikut hasil tangkapan. Adakalanya, tugas memburu ular ini dilakukan oleh sekumpulan besar individu yang akan memasang perangkap di hutan dan atau di kawasan semak. Ular yang ditangkap akan dikumpul dalam beg kanvas sebelum dijual kepada kilang pemprosesan seperti yang dimiliki oleh Wakira.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Tibanya di kilang, kepala ular-ular ini akan dihentak dengan menggunakan belakang parang. Kemudiannya mereka akan memproses ular tersebut dengan cara yang kejam seperti memasukkan hos paip ke dalam rahangnya dan pelbagai perkara lain yang sukar digambarkan sehinggalah ular tersebut terkeluar dari kulitnya seperti menanggalkan sarung tangan getah.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Kulit-kulit ini akan dikeringkan menggunakan ketuhar. Mereka juga akan mengeringkannya di bawah cahaya matahari bergantung pada bentuk dan gaya beg yang ingin dihasilkan. Ular yang telah ditanggalkan kulitnya akan dibiarkan mati mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Kilang Wakira merupakan salah sebuah kilang yang beroperasi secara haram di Asia Tenggara. Di Indonesia sahaja, industri ini mengupah kira-kira 175,000 individu dimana 150,000 adalah penangkap ular.

Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular
Kejamnya penghasilan beg kulit ular

Pasar pelik di Afrika

Di Lomé, Togo (Afrika Selatan), terdapat sebuah pasar yang berbeza berbanding pasar-pasar biasa yang menjual buah-buahan atau sayur-sayuran. Mereka di sini menjual kaki gajah, kepala harimau bintang, tangan cimpanzi, jantung kuda, dan pelbagai bahagian binatang yang tidak pernah terfikir. Barangan jualan ini bukanlah untuk masakan, tetapi digunakan untuk perubatan tradisional. Ada diantaranya digunakan dengan cara menelan, menggosok pada kulit, dan pelbagai cara lagi untuk mengubati bermacam jenis penyakit. Bomoh dan pendita voodoo tradisional akan membantu menyediakan ramuan tersebut. Bahagian-bahagian haiwan ini datangnya dari serata Afrika Selatan, begitu juga dengan pelanggannya.

Pasar pelik di Afrika
Pasar pelik di Afrika
Pasar pelik di Afrika
Pasar pelik di Afrika
Pasar pelik di Afrika

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...