Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, July 3, 2012

Kucing Paling Gemuk Akhirnya Mati

SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas. Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif. Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. 

sumber- AGENSI

Ayam Paling Tua Di Dunia

Kebiasannya ayam hanya boleh hidup kira-kira 8-9 tahun, tetapi ayam ini memecah rekod dunia sebagai ayam yang mempunyai jangka hayat yang paling lama. Seorang lelaki berusia 77 tahun yang bernama Yang Shaofudari dari Sidazhuang Baoshan Village Wilayah Yunnan China bercadang untuk merekodkan ayamnya di dalam buku rekod dunia Guinness Book, di mana Yang mempunyai ayam yang telah berumur 22 tahun atau sama dengan 400 tahun umur manusia. 


Seorang doktor haiwan tempatan berkata dalam Xiamen Daily News bahawa ayam amnya boleh hidup 8-9 tahun dan kadang-kadang lebih lama pun sehingga 12 tahun, tetapi ia adalah amat sukar untuk mencari umur ayam yang lebih daripada itu.

Sehingga kini, ayam yang dia dibeli pada 1988 masih hidup dan sihat, tetapi selera makannya telah menurun. Yang memberi jagung dan makanan haiwan lain untuk ayamnya.  

sumber- baikpunyer.com

Anjing Pelik Sehodoh Babi

Anjing Pelik Sehodoh Babi

Baka anjing pelik telah dilihat merayau di sekitar jalan-jalan Xinxiang di Wilayah Henan, Tengah China, mencetuskan kebimbangan dimana ia telah terlepas dari sebuah pusat penyelidikan perubatan yang berdekatan.

 Dengan kulit berwarna pelik dan badan tidak berbulu, ramai pemerhati berspekulasi bahawa baka yang jarang dilihat ini mungkin dari jenis babi mutan pelik.

Walau bagaimanapun ia kelihatan pelik dengan rerambut berbulu putih di kepala, ekor merekot dan taring ganjil tetapi ada yang melihatnya seperti seekor kuda mini.


Seorang saksi berkata, "kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik".

Bagaimanapun, polis telah menafikan haiwan itu adalah subjek eksperimen genetik - mengesahkan ia adalah sebenarnya satu baka yang dikenali sebagai anjing crested Cina yang tidak berbulu.

"Ia sudah tentu anjing, dan ia agak mahal", kata seorang jurucakap.

Baka asing kerap ditampilkan sebagai saingan dalam Pertandingan Tahunan Dunia Anjing Paling Hodoh yang diadakan di California.

Sumber- majalahbiarbetul.blogspot.com

Sang Kelembai


Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai. Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. 

Asal usul 
Kampung Gajah Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu. Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu. Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

Kritikan 
Masyarakat Melayu tradisional sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian dengan alasan yang tidak rasional. Contohnya bentuk batu-batu yang aneh bentuknya dan menyerupai manusia akan dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang. Masyarakat Melayu tradisional amat tidak gemar akan kanak-kanak yang suka bercakap banyak. Bagi mengunci mulut kanak-kanak ini yang petah bicara ini, barangkali cerita Sang Kelembai direka-reka. Peliknya sumpahan Sang Kelembai tidak pula menjadi emas atau benda-benda yang berharga lain. Hanya menjadi batu. Dalam filem Tenggang di Malaysia atau cerita Malim Kundang di Acheh, Sumatera , Indonesia, saudagar Tenggang atau Malim Kundang disumpah oleh batu oleh ibunya . Di Acheh memang wujud batu-batu di tepi laut yang menyerupai manusia yang sujud menyembah bumi dan tali-tali kapal.[perlu rujukan] Orang Melayu keturunan Acheh memang ramai di tepi Sungai Perak, khususnya di Kampung Gajah dan Pasir Salak. Dialek Perak yang digunakan hampir-hampir menyerupai dialek Acheh. Pelakon dan pelawak terkenal dari Acheh yang bertutur menyerupai dialek Acheh ialah Benjamin S. Kepercayaan kepada sumpah boleh membawa kepada syirik dalam Islam.

sumber- Wikipedia

Treler terjunam gara-gara elak lubang


Treler dinaiki dua beradik terjunam dari jejambat setinggi 10 meter di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya, semalam.

JOHOR BAHRU – Gara-gara cuba mengelak lubang, seorang pemandu cedera ringan dan kelindannya patah kaki kanan apabila treler dinaiki hilang kawalan, lalu terjunam dari jejambat setinggi 10 meter di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.07 pagi itu, pemandu, V Ramu, 22, manakala adiknya, V Iswaran, 18, dalam perjalanan menghantar barang dari Melaka ke Pasir Gudang bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.

“Saya cuba untuk mengelak jalan berlubang dan disebabkan itu, saya gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas lalu melanggar pengadang jejambat berkenaan sebelum terjunam setinggi kira-kira 10 meter.

“Ketika itu, kami berasa cemas dan terbayang bakal berdepan dengan maut, namun kami bersyukur kerana masih terselamat walaupun adik patah kaki, selepas berjaya keluar daripada treler berkenaan saya terus menghubungi keluarga di Melaka.

Ramu berkata, akibat kemalangan berkenaan beliau mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila treler yang dipandunya rosak teruk, selain perlu menanggung kos memperbaiki kerana perlindungan insurans hanya membabitkan pihak ketiga.

Sementara itu, bapa mangsa, P Veteveloo, 45, bergegas dari kediamannya di Melaka selepas menerima panggilan Ramu memaklumkan mengenai kemalangan terbabit, termasuk kecederaan yang dialami Iswaran.

“Saya bergegas ke tempat kejadian kerana risau terhadap keadaan mereka, namun bersyukur kerana kedua-dua anak saya selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba, Taman Johor Jaya, Azemi Abdullah berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian membabitkan enam anggota bagi mengalihkan treler berkenaan yang mempunyai muatan karung plastik.

“Disebabkan kemalangan itu, Jalan Ros Merah Utama ditutup daripada laluan trafik sekali gus menyebabkan kesesakan,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja mengalihkan kenderaan dan muatan selesai kira-kira 2.15 petang, manakala kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.

sumber-Sinar

Cacing Lima Inci Hidup Dalam Mata


Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.

Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.

PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.

Doktor kemudiannya memberikan ubat, namun dia masih terus dilanda kesakitan.

Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.

Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.

Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.

“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.

“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.



Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.

“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman.

Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal.

Sumber- Melayukini

Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal


Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.

Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.






Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.

Sumber- Melayukini

Maut dipaksa minum asid


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.

Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.

“Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan,” katanya.

Sumber itu berkata, anak lelaki mangsa yang dihubungi pihak hospital pada jam 9 malam Jumaat lalu bergegas ke hospital untuk menemui ayahnya. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di PPUKM jam 3 petang kelmarin dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kerosakan organ dalaman di perut akibat tindakan bahan kimia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengesahkan wujud bahan beracun dalam badan mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

sumber-Harian Metro

Bukan meminta sedekah

KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus daripada ahli Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Bekerja Sendiri (PKB) melakukan aktiviti ‘menarik’ atau menjual tisu dari restoran ke restoran sambil dipimpin orang celik sekitar Lembah Klang.

Presiden PKB, Raja Zainuddin Raja Ghazali berkata, antara 50 hingga 60 ahlinya terdiri daripada kaum lelaki berusia 30 tahun ke atas aktif mencari rezeki melalui penjualan tisu di restoran semata-mata menyara kehidupan keluarga masing-masing.

Sambil menafikan kegiatan dilakukan mereka adalah meminta sedekah, Raja Zainuddin mengakui langkah berkenaan sebagai satu daripada alternatif yang mampu dilakukan golongan buta akibat kesukaran mendapat peluang pekerjaan lain atas kekurangan dimiliki.

“Boleh dikatakan setiap ahli PKB mahupun orang buta secara keseluruhan mempunyai pelajaran, namun mereka tidak memiliki pilihan pekerjaan melainkan peluang ini untuk mencari rezeki.

“Saya juga menafikan wujudnya sindiket memanipulasi golongan buta didalangi orang celik kerana sepanjang pengetahuan saya, OKU itu sendiri mengetuai aktiviti ‘menarik’ dan dibantu wanita warga asing, khususnya Indonesia. Malah pembahagian keuntungan turut ditentukan si buta.

“Orang buta memerlukan bantuan daripada si celik untuk bergerak lebih mudah dan cepat untuk melakukan jualan, jadi warga asing ini memainkan peranan membantu OKU di samping menerima sedikit imbuhan sebagai ganjaran,” katanya.

sumber- HMetro

Lima warga Bangladesh, seorang warga Indonesia maut dalam dua kebakaran berasingan

KUALA LUMPUR: Enam warga asing, lima daripada merupakan warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia maut dalam dua kebakaran berasingan di Taman Puchong Perdana dan Kampung Baru Sungai Buloh di sini, awal pagi tadi.

Di dalam kebakaran di Taman Puchong Perdana pada kira-kira 3 pagi, yang maut ialah lima warga Bangladesh termasuk pasangan adik-beradik yang terperangkap di dalam rumah teres dua tingkat yang mereka sewa.

Mereka dikenali sebagai Sarova Baboo, Ruman, Abdullah Al-Farhad serta pasangan adik-beradik tersebut iaitu Md Basir dan Md Farouk.

Kesemua mereka berumur antara 24 dan 40 tahun.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul memberitahu pemberita, rumah tersebut didiami tujuh warga Bangladesh dan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Mereka yang terkorban dipercayai terperangkap di dalam dua bilik di tingkat atas rumah itu apabila tidak dapat membuka jeriji besi tingkap untuk menyelamatkan diri, katanya.


Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dan Subang Jaya bersama 15 anggota berjaya memadamkan api setengah jam selepas menerima laporan kebakaran pada 3.15 pagi.

Menurut M.D Rubel, 27, salah seorang mangsa yang terselamat, dia tidur di bilik bawah sementra seorang lagi rakannya yang terselamat iaitu Bilal Hussin tidur di ruang tamu.

"Saya tersedar dari tidur bila rasa panas. Bila saya buka pintu bilik, saya tengok api sudah besar di bahagian bawah. Saya cuba selamat kawan di bilik atas bila dengar mereka meminta tolong, tetapi api sangat besar di tangga, saya tidak boleh ke atas," katanya yang turut cedera di kaki akibat terkena serpihan kaca ketika menyelamatkan diri.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli ketika ditemui di tempat kejadian berkata kebakaran kemungkinan berpunca dari litar pintas dari tingkat bawah dan kelima-lima mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh pula, seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Asna, 55, pekerja sebuah kedai kopi maut dalam kebakaran kira-kira 2 pagi di sebuah rumah papan setingkat di Jalan Welfare yang merupakan tempat tinggal para pekerja kedai itu.

Pemilik kedai kopi yang beroperasi 24 jam itu, P. Tharitheran, 66, berkata pada masa kejadian dia bersama anak lelakinya sedang berniaga di kedainya yang terletak bersebelahan rumah itu, apabila mereka tiba-tiba melihat kepulan asap keluar dari rumah tersebut.

"Ada dua pekerja wanita Indonesia yang bekerja dengan saya sedang tidur dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu. Selepas ternampak kepulan asap itu, saya menjerit suruh mereka keluar. Tapi saya hanya nampak seorang dari mereka meluru keluar," katanya.

Tharitheran berkata dia kemudian dimaklumkan oleh Yehani, 50, bahawa Asna yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak enggan keluar kerana sibuk menyimbah air untuk memadam kebakaran.

Mohamad Sani berkata mayat Asna dijumpai di dalam bilik air dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Katanya dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dengan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

sumber- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...