Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, October 10, 2012

Bekas polis 86 tahun mati selepas membunuh wanita dengan sebilah pedang

pedang berdarah

TOKYO - Seorang bekas pegawai polis yang disyaki membunuh seorang wanita dengan sebilah pedang telah ditemui mati di rumah mangsa di Setagaya Ward, Tokyo pada petang Rabu.

Menurut polis, lelaki berusia 86 tahun, yang dikenali sebagai Shigemasu Tokunaga telah mengelar Setsuko Kubo, 62, pada bahagian leher dengan sebilah pedang di suatu lorong kira-kira pada jam 11.30 pagi waktu tempatan. Kubo telah dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 1.00 petang.

Tokunaga, yang tinggal di seberang jalan rumah mangsa telah memecah masuk ke rumahnya dan enggan untuk keluar atau berunding dengan pihak polis. Ketika polis berjaya memasuki rumah mangsa pada jam 1.40 petang, mereka mendapati Tokunaga terbaring berhampiran pintu masuk. Suspek ditemui mengalami pendarahan pada leher dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Penduduk tempatan berkata, Kubo dan Tokunaga telah bertengkar sejak Mei lalu. Sebelum kejadian, Kubo pernah menelefon talian 110 untuk melaporkan bahawa jirannya telah menyembur racun perosak padanya.

Taman tema Paramount Pictures

Paramount Pictures vacancies

NEW YORK - Syarikat perfileman Hollywood, Paramount Pictures merancang membina taman tema di Britain, dianggarkan bernilai 2 bilion pound (RM9.7 bilion) untuk bersaing dengan taman tema Disneyland di Paris.

Perancangan itu akan membuka peluang pekerjaan kepada 27,000 orang dan mengubah landskap tanah tandus di Semenanjung Swancombe di Kent.

Taman hiburan bertaraf dunia itu akan menyediakan permainan taman tema air terbesar di Eropah, teater, persembahan muzik, panggung wayang, restoran, ruang majlis dan hotel.

Malah jika diluluskan kerajaan Britain, taman tema itu akan mempunyai keluasan dua kali ganda berbanding Taman Olimpik di London Timur.

Lokasi pembangunan tersebut terletak berdekatan stesen kereta api Antarabangsa Ebbsfleet yang hanya memerlukan masa selama 17 minit perjalanan dari London dan dua jam dari Paris.

Ketua projek syarikat pembangunan London Resort Company Holdings (LRCH), Tony Sefton berkata, pembinaan taman tema itu merupakan yang terbesar di Britain selepas projek Olimpik dan akan mengambil masa selama enam tahun untuk siapkan.

"Objektif kami adalah untuk membina destinasi hiburan bertaraf dunia dan yang pertama di United Kingdom.

"Kami berada di permulaan perjalanan yang panjang, namun kami menerima sokongan untuk meneruskan projek ini," katanya.

Menurut Sefton, syarikatnya menerima sambutan baik daripada pelabur yang berminat untuk melabur dalam projek berkenaan.

LRCH telah menandatangani satu perjanjian dengan bahagian pelesenan Paramount Licensing Inc. untuk mendapatkan lesen khas yang diberikan kepada syarikat Paramount Pictures bagi membina sebuah pusat peranginan di tengah-tengah taman tema terbabit. 

sumber- AGENSI

UAE pembekal sirip ikan jerung kelima terbesar ke Timur Jauh

sup sirip yu

DUBAI: Menurut angka yang direkod oleh Biro Bancian Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeksport 498 metrik tan sirip ikan jerung, setiap tahun.

Saintis Marin diberitahu dalam Forum Perlindungan Ikan Jerung pertama di Dubai semalam, penghantaran sirip kering dan beku sebagai makanan sup harga tinggi di pasaran Hong Kong menjadikan UAE pengeksport kelima terbesar ke Timur Jauh. 

Walaupun jumlah ikan jerung dibunuh untuk siripnya adalah besar dan mungkin menyebabkan populasi ikan itu berkurangan di seluruh dunia, terutama di Teluk, seorang pakar berkata, pemerhati perlu berhati-hati ketika memberikan angka kerana terdapat perbezaan dalam data perlindungan global. 

Ketika berucap pada pembukaan Bengkel Arab Perlindungan Ikan Jerung, Dr Nicholas K. Dulvy, pengerusi bersama Kesatuan Antarabangsa Perlindungan Alam Semula Jadi (ICUN), Kumpulan Pakar Ikan Jerung berkata, dia tidak percaya UAE menggunakan begitu banyak ikan jerung seperti yang ditunjukkan oleh angka itu.

Katanya, jumlah itu mungkin menunjukkan sirip diimport ke UAE kemudian dieksport ke Timur Jauh.

sumber- HMetro

Penghantar dokumen curi telefon bimbit

contoh surat

KUALA TERENGGANU: Seorang penghantar dokumen yang mencuri telefon bimbit milik pelanggan majikannya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM600 atau seminggu penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Zaki Rhani, 31, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

sumber- HMetro

Erin Malek: Tak adil kritik saya, bukan gambar bogel pun

Erin Malek Seksi
Gambar dimuat naik Erin Malek melalui Instagramnya
NAMA pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.

Erin atau nama sebenarnya Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.

Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

Erin sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia mengakui membuat tatu serta bertindik pada lidah tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang menjalani penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama.

sumber- Sinar

Ribut Ais Di Switzerland

Gambar ini diambil sekitar Versoix, bandar berhampiran Geneva di Switzerland. Keadaan pada waktu tersebut terlalu sejuk (-8 hingga -12 darjah C, 10 darjah F) ditambah pula tiupan angin kencang melebihi 100 km/jam (62 batu/jam) menyebabkan terbentuknya semburan yang membeku apa sahaja yang dilintasinya. Gambar ini diambil pada Januari 2005. Sumber air yang mengakibatkan kejadian tersebut datangnya dari Tasik Geneva (Lake Léman).

ribut ais

Sakit mental filem hantu

filem hantu

IPOH: Kerap menonton drama atau filem hantu selain percaya perkara mistik antara punca ramai kalangan rakyat Malaysia mudah ‘diserang’ penyakit mental.

Perkara itu lebih kronik apabila penghidap sakit mental lebih percaya kuasa bomoh atau pawang untuk mengubati penyakit jiwa dialami yang didakwa berpunca akibat gangguan makhluk halus, badi atau sihir. 

Bagaimanapun, kebanyakan kes sakit mental didapati turut disebabkan masalah emosi dan boleh dirawat pada peringkat awal melalui kaedah perubatan moden dengan bantuan pakar psikiatri hospital. 

Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh berkata, paparan dalam cerita seram atau hantu mempengaruhi pemikiran masyarakat apabila seseorang menunjukkan simptom berkaitan penyakit mental dianggap sebagai gangguan makhluk halus atau terkena buatan sihir dihantar individu tertentu.

Menurutnya, masyarakat biasanya terus merujuk masalah kepada bomoh yang diyakini boleh menyembuhkan penyakit tanpa mempercayai fungsi hospital.

sumber- HMetro

Mila Kunis wanita paling seksi di dunia

Mila Kunis

Aktres jelita, Mila Kunis kini memegang gelaran wanita paling seksi di dunia apabila gelaran tersebut diberikan oleh majalah Esquire Amerika bagi keluaran November.

Pelakon kelahiran Ukraine ini yang membintangi beberapa program televisyen seperti “That ‘70s Show” dikatakan dalam majalah tersebut sebagai seorang wanita yang paling cantik, mempunyai pandangan sendiri, ramah dan juga seorang pelakon yang kelakar.

Mila, 29, yang mula mencipta nama sejak berusia sembilan tahun itu, bakal muncul dalam filem “Oz: The Great And Powerful” dan filem “The Angriest Man in Brooklyn” yang masih dalam penggambaran.

Sementara itu, antara selebriti wanita yang tersenarai dalam kategori wanita paling seksi di dunia bagi tahun ini adalah Jessica Chastain, Anne Hathaway, Gabourey Sidibe dan juga Katie Holmes.

sumber- Tupai

RM10 yang unik, miliki dua wajah Yang di-Pertuan Agong.

wang kertas unik

TAWAU: Seorang lelaki yang mahu menyusun baki wang kertas diterima selepas membeli barang di pasar terkejut apabila mendapati sekeping wang kertas RM10 tulen diterimanya memaparkan dua wajah Yang di-Pertuan Agong.

Bagi Lim Chee Kah, 48, wang kertas itu dianggap terlalu istimewa dan membawa tuah pada dirinya lalu mengambil keputusan menyimpannya sebagai koleksi. 
“Wang kertas ini saya temui selepas membeli barang di pasar pagi di Tanjung Malim, Perak, kira-kira empat tahun lalu. 

“Saya perasan wang kertas ini ada dua wajah Yang di-Pertuan Agong ketika mahu menyusun wang baki ke dalam dompet di rumah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka wang itu palsu, tetapi selepas melakukan imbasan di beberapa syarikat kewangan, disahkan tulen.

sumber- HMetro

Lelong motor curi di facebook

Lelong motor curi di facebook

JOHOR BAHRU: Satu sindiket curi motosikal dianggotai empat lelaki menggunakan laman sosial facebook (fb) untuk mempromosi dan menjual motosikal serta komponennya ke seluruh negara sejak Februari lalu.

Dengan menggunakan nama Man LC Company di fb, sindiket terbabit sudah mengaut keuntungan mencecah RM63,000 sejak beroperasi.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit yang dianggotai individu berusia 22 dan 25 tahun itu berakhir pada jam 6 petang, 3 Oktober lalu, apabila sebuah rumah yang dijadikan bengkel meleraikan komponen dan menyimpan motosikal curi berkenaan di Taman Murni, Kluang, diserbu polis.

Mendedahkan kegiatan sindiket terbabit, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sindiket itu memaparkan gambar motosikal dan komponen untuk dijual pada laman FB berkenaan.

“Sindiket terbabit hanya menyasarkan motosikal Yamaha LC untuk dicuri dan dijual. Harga yang ditawarkan pula lebih 50 peratus murah berbanding harga asal iaitu kira-kira RM7,500.

“Pada masa sama, ahli sindiket itu turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi individu berminat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Menurut Mokhtar, selepas selesai berbincang, pelanggan yang bersetuju dengan harga ditawarkan diminta memasukkan bayaran ke dalam akaun milik anggota sindiket terbabit.

Mokhtar berkata, motosikal atau komponen yang sudah dibayar kemudiannya dihantar kepada pelanggan dengan menggunakan perkhidmatan bungkusan berdaftar.

“Seorang daripada ahli sindiket bekerja sebagai mekanik dan menggunakan kepakaran itu untuk meleraikan komponen motosikal dicuri. Tiga lagi anggotanya bertugas sepenuh masa untuk mencuri motosikal,” katanya.

sumber- HMetro

Pandu lori sedang terbakar

lori terbakar
Keadaan lori yang membawa muatan baja buahan terbakar di Kilometer 207.9 Lebuhraya Utara Selatan, lewat petang kelmarin.
ALOR GAJAH - Jeritan seorang penumpang kereta menyedarkan seorang pemandu lori bahawa kenderaan dipandunya sedang terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang kelmarin di Kilometer 207.9 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini.

Pemandu lori, Zairi Abd Manaf, 31, berkata, dia dalam perjalanan ke Labis, Johor dengan membawa muatan baja buahan dari Klang, Selangor.

Menurut Zairi, ketika kejadian, dia memandu seorangan di laluan kiri dan tidak menyedari bahagian tayar belakang lorinya sedang terbakar.

“Tiba-tiba sebuah kereta memintas lori saya dengan laju dan bergerak seiring. Penumpang kereta menjerit memberitahu tayar belakang saya sudah terbakar dan dia meminta saya berhenti segera,” katanya.

Menurutnya, dia yang bimbang kerana laluan berkenaan terlalu gelap pada mulanya merancang untuk berhenti beberapa ratus meter lagi di hadapan, namun membatalkan hasratnya.

“Tanpa fikir apa-apa saya terus berhentikan lori dan turun segera untuk melihat. Saya terkejut mendapati api marak sudah membakar tayar bahagian belakang sebelah kanan, termasuk muatan yang dibawa.

“Saya jauhkan diri dari kenderaan kerana bimbang api merebak ke depan sebelum mendapatkan bantuan kecemasan," katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana jeritan penumpang kereta berkenaan membolehkan dia bertindak cepat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Hairudin Atan berkata, seramai 14 anggota membabitkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Ayer Keroh tiba ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

sumber- Sinar

Rakan sekampung maut nahas

Proton Iswara Putih
Proton Iswara dan Toyota Avanza yang remuk. Gambar kecil: Othman
JEMPOL - Tiga rakan sekampung yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Bahau - Rompin, di sini, kelmarin, menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, kereta jenis Proton Iswara dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Toyota Avanza, ketika tiga rakan itu hendak pulang ke Felda Jelai, Tampin.

Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Othman Nayan, 58, dan penumpang hadapan, Yatim Majon, 59.

Katanya, kedua-duanya maut di tempat kejadian.

“Manakala seorang lagi penumpang duduk di belakang, Zainudin Abdullah, berusia sekitar 50-an, cedera parah dan kini berada di Hospital Tuanku Ja'afar,  Seremban," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa maut akibat tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

“Siasatan awal mendapati Toyota Avanza berkenaan yang datang dari arah Rompin - Bahau dinaiki sebuah keluarga, hilang kawalan,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengesahkan kejadian berkenaan, semalam.

Hamzah berkata, pelanggaran kuat menyebabkan Proton Iswara terbabas ke bahu jalan, manakala Toyota Avanza tersasar dari laluan asalnya.

“Keluarga yang menaiki Toyota Avanza itu selamat dan kini dirawat di Hospital Jempol serta Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing pada hari sama.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta pegangkutan jalan (APJ) 1987.

"Polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan, atau hubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) di talian 06-4582222," katanya.

sumber- Sinar

TV mudarat kanak-kanak

bahaya tv terhadap kanak-kanak

LONDON: Ibu bapa perlu mengurangkan secara ketara jumlah waktu anak mereka menonton televisyen atau melarang mereka sama sekali jika berusia kurang daripada tiga tahun, kata pakar psikologi terkemuka, semalam.

Dr Aric Sigman berkata, mengehadkan jumlah waktu golongan muda berada di depan televisyen memberi kesan positif kepada kesihatan, tumbesaran dan kehidupan mereka.

Katanya, menjelang usia tujuh tahun, seseorang budak yang lahir pada zaman ini didapati menghabiskan masa bersamaan setahun di depan televisyen.

“Secara perbandingan, masa mereka menonton televisyen adalah lebih lama daripada masa mereka mengikuti pembelajaran di sekolah,” katanya.

Menurut Sigman, meluangkan masa untuk permainan video, komputer, televisyen, telefon pintar dan komputer riba dikaitkan dengan masalah obesiti serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular atau diabetes.

Katanya, secara purata, setiap seorang kanak-kanak terdedah kepada lima skrin berbeza bagi setiap rumah. Sigman berkata, masa yang banyak diluangkan untuk televisyen turut menjejaskan daya tumpuan serta pelbagai kesukaran psikologi.

“Mengurangkan jumlah waktu harian menonton bagi kanak-kanak dan melewatkan usia untuk mereka mengenali televisyen boleh memberi kesan besar kepada kesihatan serta kehidupan,” katanya. 

Sigman berkata, jumlah masa menonton turut memberi kesan negatif kepada tahap perkembangan hubungan sosial kanak-kanak.

Menurut Sigman, ramai ibu bapa menggunakan ‘pelayan bayi elektronik’ - istilah merujuk kepada televisyen dan alat permainan - untuk mengawal pergerakan anak masing-masing.

Waktu diluangkan untuk skrin mencipta keluarga yang mempunyai tiga ibu bapa,” katanya. 

sumber- DM

Guru wanita Saudi buka pusat asuhan di sekolah

MANAMA: Guru di Arab Saudi meneruskan rancangan mereka untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak di sekolah mereka supaya “tidak merasa bimbang ketika menjalankan tugas.”

Langkah itu dibuat selepas meminta Kementerian Pendidikan membantu memudahkan guru sekolah selepas kes pembunuhan anak guru sekolah berusia empat tahun, oleh pembantu rumahnya, bulan lalu. 

Dalam petisyen dan kempen mereka di Internet, guru wanita berkata, mereka tidak lagi merasa selesa meninggalkan anak bersama pembantu rumah dan meminta pusat asuhan kanak-kanak atau tadika dibuka di sekolah. 

pembunuhan kejam di Yanbu
kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam
Namun begitu, ada guru yang dilaporkan tidak mahu menunggu dan mengadakan pusat asuhan kanak-kanak di sekolah mereka dengan bantuan pihak pengurusan sekolah.

Usaha itu mendapat sokongan daripada pihak pengetua sekolah.

sumber- HMetro

Yahudi musnah pokok zaitun

khasiat buah zaitun

NABLUS: Lebih 70 pokok zaitun milik penduduk Palestin berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat dimusnahkan dalam serangan yang dipercayai dilakukan penduduk Yahudi.

Penduduk Kampung Qaryut, 15 kilometer ke selatan Nablus berkata, penduduk Yahudi di penempatan di Eli, bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.

“Lebih 70 pokok zaitun ditebang oleh penduduk itu di tanah berhampiran penempatan Eli,” kata Ketua Kampung, Abdel Nasser Qaryuti.

Tidak ada siapa yang menyaksikan kejadian itu tetapi katanya, penduduk kampung menjadi sasaran serangan serupa daripada masyarakat Yahudi itu sebelum ini.

Tentera Israel tidak dapat mengesahkan kejadian yang berlaku pada hari pertama penuaian buah zaitun.

Ia masa yang sering digunakan oleh penduduk Yahudi itu untuk meningkatkan serangan terhadap petani Palestin dan tanaman mereka.

Angka yang dikeluarkan tahun lalu oleh kumpulan bantuan antarabangsa, Osfam, menunjukkan terdapat 9.5 juta pokok zaitun di Tebing Barat. Hasil daripada pokok itu menjadi sumber pendapatan penting petani Palestin.

Penuaian zaitun menyumbang kira-kira AS$100 juta kepada sebahagian kepada penduduk Palestin. 

sumber- AFP

Tersalah letak barang

MANAMA: Pasangan dari Bahrain kehilangan barang keperluan untuk sebulan selepas si suami tersalah meletakkannya ke dalam but kereta orang lain.

Pasangan itu baru selesai membeli-belah di sebuah pasar raya di sini dan terus ke kereta mereka. 

Tetapi, isterinya kemudian memberitahu, dia terlupa membeli sesuatu dan meminta suaminya memindahkan barang dari troli ke dalam kereta dan kemudian masuk ke dalam kedai kembali, lapor akhbar harian Akhbar Al Khaleej, semalam. 

kereta merah untuk dijual
gambar hiasan
Suaminya membuka but kereta dan meletakkan barang ke dalamnya sebelum kembali ke pusat beli-belah.

Apabila tiba di rumah, mereka terperanjat kerana barang mereka tiada.

Lelaki itu berkata, model dan warna kereta yang diletakkan di pusat beli-belah itu sama seperti keretanya dan dia tersalah meletakkan barang ke dalam but kereta itu selepas membuka dengan kunci keretanya. 

Pasangan itu berasa mereka bernasib malang kerana kunci kereta mereka boleh membuka but kereta orang lain dan suaminya tidak menyedari perkara itu sehinggalah tiba di rumah. 

sumber- GN

Pencuri kedai emas ditangkap, dibelasah

pencuri emas
Lelaki yang mencuri di kedai emas berjaya ditangkap oleh orang ramai selepas dikejar sejauh 200 meter.
KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 20-an dibelasah orang ramai selepas dia dipercayai mencuri di sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Buluh Kubu, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Suspek tersebut yang dipercayai mencuri seutas barang kemas di kedai berkenaan berjaya melarikan diri sebelum ditangkap oleh orang ramai di Jalan Tok Hakim. Difahamkan suspek tersebut yang berlari sejauh 200 meter itu berjaya ditangkap selepas dikejar oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Otham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, pihak akan menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang saksi Che Harun Ali, 33, yang merupakan seorang pekerja kedai makan memberitahu, ketika itu dia berada di dalam kedai yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai emas tersebut.

Menurutnya, tiba-tiba dia dikejutkan dengan jeritan orang ramai yang meminta bantuan.

“Sebaik mendengar jeritan, saya terus keluar dan diberitahu bahawa seorang lelaki telah mencuri barang kemas dari salah sebuah kedai emas yang berdekatan.

“Apa yang saya diberitahu sejak semalam (kelmarin) suspek ada datang ke kedai tersebut dan berpura-pura untuk membeli emas,” katanya.

Che Harun berkata, difahamkan kelmarin suspek berada di kedai tersebut agak lama bermula dari waktu Zohor sehinggalah jam 4 petang dan memberitahu dia ingin membeli barang kemas.

sumber- Sinar

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka

Chiew Yoke Woh
Mayat mangsa dibawa ke HTAA, Kuantan untuk bedah siasat.
RAUB - Mayat dipercayai warga emas yang hanya tinggal rangka ditemui dalam sebuah bilik di perumahan Taman Raub Jaya 1, semalam.

Mayat Chiew Yoke Woh @ Chiew Ngan Chai, berusia 67 tahun, ditemui terlentang atas katil ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumahnya untuk lawatan bagi mengemas kini data penerima bantuan.

Anaknya, Chiew Pit Yeong, 24, mengalami masalah mental merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Ketika ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

"Mayat dibawa ke Hospital Raub sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat," katanya.

sumber- Sinar

Mayat celah pokok hiasan

Mayat celah pokok hiasan
Anggota polis memeriksa mayat yang ditemui di aras bawah Plaza Melaka Raya, semalam. Gambar kecil: Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 13 apartment di Plaza Melaka Raya.
BANDARAYA MELAKA - Seorang wanita warganegara China ditemui mati dalam keadaan berdarah di muka dan kepala di aras bawah Plaza Melaka Raya, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Chen Hong Ling, 19, dari Guizhou ditemui di celah pokok hiasan oleh orang awam kira-kira jam 11.30 pagi dan terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan apartmen.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Superintendan PR Gunarajan berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari sebuah bilik di tingkat 13 hingga mengakibatkan kecederaan parah di kepalanya.

“Turut ditemui berhampiran mangsa adalah sebuah telefon bimbit dan sepasang sandal dipercayai milik mangsa.

“Bagaimanapun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa," katanya, semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kematian mangsa tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Tiada juga sebarang tanda pergelutan di dalam sebuah bilik di tingkat 13, dipercayai tempat mangsa menginap.

“Bagaimanapun, mangsa kali terakhir dilihat menangis berdekatan Pasaraya Senyum oleh seorang lelaki tempatan yang kemudian membantu menenangkannya kira-kira jam 12 tengah malam tadi (kelmarin),” katanya.

Gunarajan berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu menyelesaikan kes dengan menghubungi atau datang ke balai polis berhampiran.

sumber- Sinar

Gitaris Kristal, rakan terselamat

Ammar Izwan Alwi Aizhar
Ammar Izwan Alwi Aizhar
KUALA LUMPUR - Seorang gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar, 25, nyaris maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah daripada dua kereta yang bertembung dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sama, pemandu kereta Toyota Camry, Lim Gian Hau, 32, maut, manakala, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Nor Azlan Zainal Abidin, 26, yang memandu kereta Proton Saga BLM, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah sebuah daripada kereta terbabit melangggar lampu isyarat merah menyebabkan berlaku pertembungan di tengah-tengah simpang empat itu.

Kereta Toyota Camry yang datang dari arah Jalan Sri Permaisuri Satu merempuh kereta Proton Saga BLM dari arah Jalan Sri Permaisuri menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Menurut Ammar Izwan, dia dan rakannya yang juga bekas peserta Bintang Klasik Nasional, Nor Fazrah Bahari, 25, atau Fazz yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback ketika itu berhenti di simpang lampu isyarat yang sama.

Proton Saga BLM
Kereta Mohd Nor Azhar yang rosak teruk selepas bertembung dengan kereta Gian Hau di persimpangan lampu isyarat di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, semalam.
Katanya, kejadian berlaku sekelip mata, sebelum keretanya tiba-tiba dirempuh di bahagian depan.

“Saya nampak kereta Toyota Camry dipandu laju dari arah bertentangan, manakala kereta Proton Saga BLM pula dari arah kanan. Kedua-duanya bertembung dan berpusing beberapa kali di tengah-tengah simpang empat ini.

“Ketika itu, saya sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau dan terkejut apabila Toyota Camry itu merempuh bahagian depan kereta saya,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk, namun bersyukur dia dan rakannya terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Gian Hau disahkan maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk, manakala, Mohd Nor Azhar yang cedera parah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

sumber- Sinar

Bayi mati dihempap abang

bayi mati dihempap abang

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.

Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam.

sumber- HMetro

Ambil PMR umur 50

Ambil PMR umur 50

JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

Ambil PMR umur 50
LEGA...Nordin meninggalkan dewan peperiksaan, semalam.
“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.

“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.

Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.

sumber- HMetro

Senior melampau rakam video junior

video pelajar sekolah bogel

GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”

Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

kes buli yang serius
BUKTI...mangsa dan bapanya menunjukkan rakaman kejadian terbabit.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.

“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.

sumber- HMetro

Filem satira singgung orang India diharam di Singapura

filem Singapura diharamkan

SINGAPURA: Kerajaan Singapura mengharamkam penayangan filem satira tempatan, tiga hari sebelum pelancarannya kerana ia didapati menyinggung penduduk minoriti India, kata pemerhati media, semalam.

Kenyataan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) berkata, “Seks. Keganasan. Nilai Kekeluargaan.” pada mulanya dinilai sesuai untuk penonton berusia 18 tahun ke atas tetapi panel rujukan membuat kesimpulan satu daripada tiga cerita dalam filem bebas sepanjang 47 minit itu tidak sesuai untuk tontonon umum.

“Majoriti anggota panel merasakan filem itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum kerana melibatkan rujukan perkauman yang dianggap memperkecilkan dan menyinggung perasaan orang India.” 

Kenyataan itu turut menyebut, pemilik filem itu boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Rayuan Filem. 

Laman promosi filem itu di Facebook memuat naik kenyataan pengharaman filem berkenaan semalam dan menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap MDA dan meminta warga Singapura diberi kebenaran untuk menilai sendiri filem itu. 

Walaupun diharamkan, treler filem tempatan yang memaparkan aktor Adrian Pang mengejek aktor dari keturunan India dalam cerita yang bertajuk “Porn Masala”, masih boleh ditonton dalam laman web rasmi filem itu, semalam. 

sumber- Straits Times

Juara makan lipas maut

Edward Archbold

DEERFIELD BEACH: Pemenang pertandingan makan lipas mati selepas memuntahkan berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup.

Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan.

Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama sebelum dia meninggal dunia. 

Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan.

Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida.

Bagaimanapun, tidak seorang pun sakit selepas itu. 

Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.” 

Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tandasakit sebelum pertandingan. 

Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas. 

“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan. 

“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams. 

Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold.

sumber- DM

Gadis mangsa pemerkosaan dibuang sekolah kerana cemar nama baik

cewek SMA diperkosa

JAKARTA: Sebuah sekolah di sini membuang pelajar perempuan berusia 14 tahun kerana “mencemar” nama baik institusi itu selepas dia dirogol oleh sindiket pelacuran, kata aktivis, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, sebuah sekolah swasta di luar Jakarta itu bertindak membuang remaja itu dari sekolah ketika satu majlis yang dihadiri oleh pelajar sekolah itu, kelmarin. 

“Seorang guru memberitahu pelajar itu dia telah mencemarkan imej sekolah,” kata Arist. 

Pihak sekolah memburukkan lagi trauma pelajar perempuan itu dengan memalukannya di hadapan beratus-ratus pelajar lain di sekolah itu, katanya.

Arist berkata, suruhanjaya telah menghantar surat kepada pengurusan sekolah itu memprotes tindakan mereka dan akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran agar menilai kembali lesen sekolah itu.

“Remaja itu adalah mangsa sindiket memperdaya kanak-kanak. Pihak sekolah sepatutnya membantu dia menghadapi traumanya,” katanya. 

Arist berkata, remaja perempuan itu dihubungi melalui laman Facebook oleh seorang anggota sindiket yang menahannya selama seminggu, bulan lalu. 

Katanya, pihak sekolah gagal memastikan hak kanak-kanak mendapatkan pelajaran. 

sumber- Jakarta Post

Lelaki tanpa muka

Mohammad Latif Khatana
LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
KASHMIR: Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.

Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan. 

Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.

Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.

Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.

Mohammad Latif Khatana
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya,” katanya.

Latif yang tinggal bersama isteri, Salima, 25, di kawasan pergunungan di Tuli Bana di Jammu dan Kashmir, pergi ke Srinagar selama empat bulan dalam setahun untuk meminta sedekah. 

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.

“Ibu saya masih menangis setiap kali melihat saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib itu.”

Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan.

Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.

“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si mata satu.’”

Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan. 

“Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”

Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25) sehari dengan mengemis. 

“Pernah tiga gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya.

“Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya.

Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar mengenai Salima.

“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.

“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,” katanya.

Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu.

Sejak itu, pasangan berkenaan hidup bahagia. 

sumber- TS

Pemandu teksi geng perompak

bahaya driver teksi
TUN HISAN (tengah) mempamerkan sebahagian barang curi yang dirampas daripada Geng Botak pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Sikap peramah seorang pemandu teksi yang sering berbual-bual dengan penumpang rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat apabila dia sebenarnya cuba mengumpul maklumat sebelum menghantar enam perompak bergelar Geng Botak untuk memecah masuk rumah mangsa.

Mangsa yang sering terpedaya pula selalunya mereka yang ingin bercuti selama beberapa hari ke destinasi yang jauh dari rumah.

Bagaimanapun, kegiatan sejak tiga tahun itu berakhir juga apabila pemandu teksi dan anggota Geng Botak termasuk ketuanya diberkas selepas polis menjalankan siasatan terperinci selama tiga bulan.

Gelaran Botak diambil sempena nama ketuanya yang berusia 37 tahun.

Lebih mengejutkan lagi, semakan mendapati, pemandu teksi bergelar Bro berusia 54 tahun tersebut mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.

Tujuh suspek berusia antara 28 hingga 54 tahun tersebut ditahan secara berperingkat selama lima hari bermula 29 September lalu di sekitar Petaling Jaya dan di sini.

sumber- Kosmo

Eksekutif muda ditipu pencari bakat

tertipu jadi model
SEBAHAGIAN daripada peserta yang ditipu penganjur membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN – Hasrat 100 peserta uji bakat untuk bergelar penyanyi dan model bagi sebuah majalah baharu terkubur apabila mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur pencarian bakat di sini.

Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej swasta, peragawati sambilan dan eksekutif muda itu merupakan pemenang program Idol Search dan Cover Guy n Gurls bagi majalah tersebut.

Program pencarian bakat baharu itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jun hingga Julai lalu oleh penganjurnya, seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur.

Kesemua peserta berusia lapan hingga 28 tahun itu dikenakan bayaran pendaftaran RM50 hingga RM500 dan dijanjikan hadiah lumayan wang tunai RM2,000 dan telefon bimbit.

Pemenang turut ditawarkan sebagai penghias muka kulit majalah terbabit serta berpeluang merakamkan album di luar negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan China.

sumber- Kosmo

Jualan kereta Jepun merudum di China

rusuhan anti Jepun
GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk menterbalikkan sebuah kereta buatan Jepun di Suzhou, China pada 15 September lalu. - Agensi
TOKYO - Jualan kenderaan Toyota dan Honda merudum di China pada bulan lalu selepas sentimen anti-Jepun berlaku ekoran pertikaian wilayah yang mengancam hubungan kedua-dua buah negara.

China merupakan pasaran kenderaan terbesar Jepun.

Syarikat Toyota Motor Corporation menyatakan semalam bahawa jualan kenderaan baharu di China jatuh 48.9 peratus pada September lalu berbanding setahun lalu kepada hanya 44,100 buah kenderaan.

Firma Honda Motor pula memberitahu bahawa jualan kenderaannya untuk September merosot 40.5 peratus kepada 33,931 buah kenderaan.

Jualan kenderaan buatan Nissan Motor di China pula merudum 35.3 peratus pada bulan lalu kepada 76,100 buah kenderaan.

Perkembangan tersebut berlaku selepas Jepun pada bulan lalu mewartakan beberapa pulau kecil di Laut China Timur sebagai sebahagian wilayahnya.

Gugusan pulau itu yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China telah dikuasai Tokyo tetapi turut dituntut oleh Beijing.

Langkah tersebut mencetuskan bantahan ganas di China dengan rakyat negara itu digesa memboikot barangan buatan Jepun.

Beberapa kedai pengedar kereta Toyota dan Honda dibakar di sebuah bandar di China manakala orang ramai yang melaungkan slogan anti-Jepun berhimpun dan memecahkan beberapa buah kereta Jepun.

Walaupun protes tersebut semakin reda sejak beberapa minggu lalu, hanya pemandu yang berani sahaja sanggup memandu kereta buatan Jepun di beberapa buah bandar di China. 

sumber- Agensi

Api misteri sudah lenyap

api misteri
Ustaz Shamsuri (kiri) mengimankan solat sunat Hajat yang turut disertai oleh Zainab (kanan) semasa proses rawatan dilakukan.
KOTA BHARU – Mangsa gangguan api misteri, Zainab Sulaiman, 75, melahirkan rasa bersyukur dan gembira apabila kejadian api misteri yang berlaku semenjak tiga tahun lalu kini sudah tidak berlaku lagi.

Dia yang tinggal bersama anak dan cucunya di rumah yang terletak di Kampung Penambang Bunga Emas di sini berkata, mereka sekarang dapat hidup dengan tenang dan melakukan kerja harian tanpa perlu memikirkan masalah tersebut.

“Sudah 16 hari kami tidak diganggu oleh api misteri selepas mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Makcik berharap misteri ini akan berakhir buat selamanya dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami,” katanya.

Sementara itu, pengasas pusat rawatan tersebut, Shamsuri Shafie berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas rumah itu dalam usaha untuk memastikan gangguan tersebut tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya hanya mampu berikhtiar selebihnya ALLAH SWT yang menentukan dan memohon kepada keluarga tersebut agar memperbanyakkan solat Hajat serta berdoa semoga gangguan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Semua ini adalah ujian dari ALLAH SWT kepada keluarga makcik Zainab dan saya yakin mereka dapat mengharunginya dengan tabah,” katanya.

sumber- Sinar

PM Singapura bidas FB kecam majlis kahwin orang Melayu

Lee Hsien Loong
Lee Hsien Loong
SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menggesa rakyatnya agar "menghormati" kaum lain - gesaan yang dibuat ekoran kecaman berbaur rasis yang berapi-api menerusi laman sosial Facebook yang telah mencetuskan rasa tidak senang banyak pihak.

"Biar kita berhati-hati dengan apa kita kata, sama ada atas talian ataupun secara bersemuka," kata Hsien Loong menerusi akaun Facebook beliau.

Anak kepada pengasas Singapura ini melahirkan pandangannya  susulan komen seorang wanita yang mengecam majlis perkahwinan masyarakat Melayu di kawasan terbuka pangsapuri awam.

Bagaimanapun katanya, ia satu kes terpinggir dan "tidak menggambarkan kekuatan hubungan kaum di Singapura."

Bagaimanapun kata beliau, insiden itu menunjukkan sejauh mana beberapa perkataan yang dikeluarkan tanpa berfikir panjang, boleh membawa kepada ketidakstabilan hubungan kaum di Singapura.

Wanita berkenaan, Amy Cheong telah dipecat dari tempat kerja dan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dia membuat kenyataan itu kelmarin, lapor BBC.

Tulisan itu yang telah dipadamkan menerima lebih 10,000 komen.

Selepas dipecat semalam, wanita berkenaan telah berlepas ke Australia.

sumber- Sinar

Kereta pemain bola rempuh kedai

Jonathan Legear
Jonathan Legear
BRUSSELS - Pemain bola sepak Belgium, Jonathan Legear akan dihadapkan ke mahkamah dan dilarang daripada memandu untuk sekurang-kurangnya dua minggu selepas kereta Porsche yang dipandunya merempuh kedai di sebuah stesen minyak.

Seorang pelanggan lelaki cedera dalam insiden tersebut.

Kamera keselamatan yang merakamkan kejadian tersebut pada Ahad lalu menunjukkan kereta itu merempuh kedai di bandar Tongeren, utara Belgium.

Selepas rempuhan, kereta itu berhenti di hadapan mesin daftar tunai kedai berkenaan.

Jurucakap mahkamah, Michel Zegers menyatakan kelmarin bahawa pemain tengah untuk kelab Rusia, Terek Grozny itu akan didakwa kerana melakukan serangan secara tidak sengaja dan memandu dalam keadaan mabuk.

Legear berkata, dia memohon maaf berhubung insiden tersebut.

"Saya akan menerima segala hukuman ekoran insiden itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dia menafikan berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

Pemilik kedai terbabit menyatakan dia kerugian sekitar 250,000 euro (RM993,114) ekoran kejadian tersebut. 

sumber- Agensi

Ikan paus mati selepas diserang jerung

Ikan paus mati selepas diserang jerung
SEBUAH jentolak digunakan untuk menolak ikan paus ke arah pantai dekat Cape Town kelmarin.- Agensi
CAPE TOWN - Bangkai seekor ikan paus gergasi sepanjang 30 meter ditemui terdampar di tepi pantai dekat sini, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Haiwan tersebut dipercayai mati akibat diserang oleh beberapa ekor ikan jerung putih pada Ahad lalu.

Ikan paus yang mati itu akan dihantar ke pusat pembuangan bangkai haiwan di Vissershok di sini.

Bangkai ikan itu dihanyutkan ombak ke pantai Muizenberg.

Jurucakap Pusat Pengurusan Risiko Bencana Cape Town, Wilfred Solomons-Johannes berkata, dia belum mengetahui sama ada haiwan itu masih hidup semasa diserang ikan jerung putih.

Pantai itu terkenal dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung tersebut. 

sumber- Agensi

Roh si mati dihiburkan penari wanita

gambar penari bogel
SEORANG penari wanita menari di sebuah kuil di daerah Taoyuan, utara Taiwan pada 31 Ogos lalu.- AFP
TAOYUAN, Taiwan - Beberapa wanita Taiwan yang bekerja sebagai penari separuh bogel, membuat persembahan di atas pentas untuk menenangkan roh si mati yang disaksikan penonton lelaki, wanita dan kanak-kanak pada satu festival keagamaan.

"Saya perlu melakukannya untuk meneruskan hidup," kata salah seorang wanita itu En En seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam.

En En, 18, hanya memperoleh pendapatan sebanyak AS $100 (RM307) untuk setiap aksinya.

Beberapa penonton lelaki akan memberikannya wang jika mereka menyentuh tubuh penari itu.

Seorang lagi wanita, Chiang Pei-ying mengembara ke serata Taiwan bersama bapa dan dua beradiknya untuk menghiburkan penonton serta roh si mati.

Seorang pegawai di Kuil Wu Fu, Chen Chung-hsien berkata, kumpulan penari itu menjadi daya penarik untuk orang ramai pada festival tersebut.

Kuil itu mengamalkan ajaran Taoisme.

Ia merupakan ajaran agama dan falsafah yang berdasarkan doktrin Lao Tze pada abad keenam Sebelum Masihi.

Ajaran itu menganjurkan agar manusia menjalani kehidupan yang sederhana dan jujur sesuai dengan kehendak alam. 

sumber- Agensi

Petani menang pertandingan buah labu

buah labu besar
DANIKA STARR bergambar di tepi buah labu bapanya.
TELUK HALF MOON, California - Seorang petani dari Oregon, Thad Starr memenangi pertandingan buah labu paling berat di sini kelmarin.

Buah labu milik Starr, 45, itu seberat 805 kilogram.

Ekoran kemenangan itu, dia memperoleh wang tunai berjumlah AS$10,650 (RM32,700).

Menurutnya, dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya melancong ke Disneyland. 

sumber- AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...