Wednesday, October 10, 2012

UAE pembekal sirip ikan jerung kelima terbesar ke Timur Jauh

sup sirip yu

DUBAI: Menurut angka yang direkod oleh Biro Bancian Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeksport 498 metrik tan sirip ikan jerung, setiap tahun.

Saintis Marin diberitahu dalam Forum Perlindungan Ikan Jerung pertama di Dubai semalam, penghantaran sirip kering dan beku sebagai makanan sup harga tinggi di pasaran Hong Kong menjadikan UAE pengeksport kelima terbesar ke Timur Jauh. 

Walaupun jumlah ikan jerung dibunuh untuk siripnya adalah besar dan mungkin menyebabkan populasi ikan itu berkurangan di seluruh dunia, terutama di Teluk, seorang pakar berkata, pemerhati perlu berhati-hati ketika memberikan angka kerana terdapat perbezaan dalam data perlindungan global. 

Ketika berucap pada pembukaan Bengkel Arab Perlindungan Ikan Jerung, Dr Nicholas K. Dulvy, pengerusi bersama Kesatuan Antarabangsa Perlindungan Alam Semula Jadi (ICUN), Kumpulan Pakar Ikan Jerung berkata, dia tidak percaya UAE menggunakan begitu banyak ikan jerung seperti yang ditunjukkan oleh angka itu.

Katanya, jumlah itu mungkin menunjukkan sirip diimport ke UAE kemudian dieksport ke Timur Jauh.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...