TUN HISAN (tengah) mempamerkan sebahagian barang curi yang dirampas daripada Geng Botak pada sidang akhbar di Shah Alam semalam. |
SHAH ALAM – Sikap peramah seorang pemandu teksi yang sering berbual-bual dengan penumpang rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat apabila dia sebenarnya cuba mengumpul maklumat sebelum menghantar enam perompak bergelar Geng Botak untuk memecah masuk rumah mangsa.
Mangsa yang sering terpedaya pula selalunya mereka yang ingin bercuti selama beberapa hari ke destinasi yang jauh dari rumah.
Bagaimanapun, kegiatan sejak tiga tahun itu berakhir juga apabila pemandu teksi dan anggota Geng Botak termasuk ketuanya diberkas selepas polis menjalankan siasatan terperinci selama tiga bulan.
Gelaran Botak diambil sempena nama ketuanya yang berusia 37 tahun.
Lebih mengejutkan lagi, semakan mendapati, pemandu teksi bergelar Bro berusia 54 tahun tersebut mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.
Tujuh suspek berusia antara 28 hingga 54 tahun tersebut ditahan secara berperingkat selama lima hari bermula 29 September lalu di sekitar Petaling Jaya dan di sini.
sumber- Kosmo
0 comments:
Post a Comment