Wednesday, October 10, 2012

Tersalah letak barang

MANAMA: Pasangan dari Bahrain kehilangan barang keperluan untuk sebulan selepas si suami tersalah meletakkannya ke dalam but kereta orang lain.

Pasangan itu baru selesai membeli-belah di sebuah pasar raya di sini dan terus ke kereta mereka. 

Tetapi, isterinya kemudian memberitahu, dia terlupa membeli sesuatu dan meminta suaminya memindahkan barang dari troli ke dalam kereta dan kemudian masuk ke dalam kedai kembali, lapor akhbar harian Akhbar Al Khaleej, semalam. 

kereta merah untuk dijual
gambar hiasan
Suaminya membuka but kereta dan meletakkan barang ke dalamnya sebelum kembali ke pusat beli-belah.

Apabila tiba di rumah, mereka terperanjat kerana barang mereka tiada.

Lelaki itu berkata, model dan warna kereta yang diletakkan di pusat beli-belah itu sama seperti keretanya dan dia tersalah meletakkan barang ke dalam but kereta itu selepas membuka dengan kunci keretanya. 

Pasangan itu berasa mereka bernasib malang kerana kunci kereta mereka boleh membuka but kereta orang lain dan suaminya tidak menyedari perkara itu sehinggalah tiba di rumah. 

sumber- GN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...