Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, January 20, 2013

Penarik bas sekolah di China

Lanca sememangnya sinonim sebagai pengangkutan tradisional di negara China. Perbezaan lanca dan beca ialah, lanca memerlukan tenaga manusia sepenuhnya untuk menggerakkannya berbanding beca yang berfungsi dengan kayuhan basikal. Kebiasaannya, setiap penarik lanca hanya mampu menarik 2 atau 3 individu dalam satu masa. Semakin banyak individu yang ditumpangkan, semakin berat beban yang terpaksa ditanggung dan lanca akan bergerak semakin perlahan. Namun, beban yang berlebihan ini tidak menghalang seorang lelaki bagi menukarkan lancanya menjadi sebuah bas sekolah. Mungkin dengan cara ini, dia mampu memperoleh pendapatan yang lumayan berbanding penarik lanca biasa. Yang pasti, penggunaan lanca adalah mesra alam dan mampu mengurangkan pencemaran udara.

Penarik bas sekolah di China

UiTM Lendu berhantu

hantu UiTM Lendu

ALOR GAJAH - Dakwaan kewujudan makhluk halus serta kejadian histeria membabitkan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini yang heboh diperkatakan menerusi laman siber menggemparkan pelajar di situ.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ada pihak turut mendakwa berlakunya kejadian pukau dan kehilangan barangan pelajar.

Malah, terdapat beberapa laman blog termasuk yang dipercayai dikendalikan pelajar institusi berkenaan turut memuatkan foto menunjukkan kelibat wanita seolah-olah penari Mak Yong di belakang salah seorang pelajar ketika mengambil gambar.

hantu UiTM Lendu

Cerita berkenaan kini hangat diperbincangkan di laman Twitter menerusi beberapa 'hash tag' yang diwujudkan khas untuk isu berkenaan termasuk #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForLendu.

Yang pastinya, dakwaan mengenai makhluk halus berkenaan bukan saja mencetuskan ketakutan lebih 9,000 pelajar di kampus berkenaan, tetapi turut mengakibatkan perdebatan antara mereka yang percaya dan tidak dengan cerita mistik berkenaan.

UiTM Lendu

Akui pernah berlaku histeria

Walaupun cerita mengenai wujud hantu di UiTM Lendu sedang hangat diperkatakan, namun bagi pelajar universiti berkenaan, kebanyakan pelajar tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.

Walaupun mereka akui pernah berlaku kejadian histeria di kampus berkenaan dan adakalanya mereka risau dan takut, namun setakat ini belum ke tahap membimbangkan seperti mana dilaporkan dalam laman siber.

Seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Nurul Amalina, 20, berkata, walaupun terdapat dalam laman blog, Twitter dan Facebook mengenai kewujudan hantu di UiTM Lendu, namun ia masih boleh dipertikaikan.

“Saya sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Bagaimanapun, memang ada pelajar yang balik ke rumah mereka kerana takut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampus berkenaan, semalam.

Menurut pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu, gangguan histeria berlaku di kalangan pelajar sebelum ini mungkin disebabkan teka-nan dihadapi atau lemah dari segi kerohanian.

Bagaimanapun, seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, kejadian histeria tidak mustahil boleh berlaku di mana-mana saja.

Sebagai pelajar, katanya, aspek ibadah dan rohaniah perlu mantap bagi memastikan pelajar tidak lemah semangat berhadapan pelbagai bebanan tugas sebagai seorang pelajar.
“Memang benar perkara ini kecoh diperkatakan kini. Saya rasa rakan-rakan perlu berhati-hati," katanya.

Belum ada bukti dipukau

Selain kemunculan makhluk halus yang heboh diperkatakan ini, dakwaan berlakunya kejadian pukau dan kehilangan barangan pelajar turut menjadi antara topik perbualan hangat.

Pihak pentadbiran universiti terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan kerana menurut mereka, setakat ini, belum ada bukti wujudnya kejadian seperti yang dilaporkan itu, sekaligus mendakwa kemungkinan ia dilakukan pelajar kampus itu sendiri.

Walaupun demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak universiti dikatakan telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap blok asrama pelajar sebagai langkah berjaga-jaga.

Mana-mana pelajar yang didapati terlibat dengan sebarang kes kecurian boleh didakwa di bawah Akta 174 Tatatertib atau sekiranya serius, akan dirujuk kepada polis untuk tindakan.

UiTM sifatkan kejadian sebagai kes terpencil

Sementara itu, pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini mengakui wujud kejadian pelajarnya yang tinggal di kampus berkenaan diganggu histeria.

Bagaimanapun, mereka mendakwa, keadaan kampus berada dalam keadaan baik dan terkawal dan turut berharap semua pihak mengelak dari membuat komen peribadi, terutama di alam siber kerana dibimbangi akan mencetuskan rasa kurang senang terutama di kalangan ibu bapa.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, kejadian histeria , penemuan makhluk halus dan laporan kehilangan barangan pelajar di asrama adalah kes terpencil dan peristiwa berlaku secara berkala.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada kes kronik sehingga menyebabkan pelajaran mahasiswa terganggu atau terpaksa berhenti pengajian berikutan masalah itu.

“Pengurusan UiTM menerusi Pusat Islam, Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej, pihak masjid, polis bantuan dan seluruh warga kampus berhadapan dengan isu ini buat jangka masa lama.

“Secara zahirnya, kebanyakan pelajar diganggu histeria adalah dari kalangan pelajar wanita dan memulakan pengajian dari semester satu hingga tiga,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Justeru, beliau menasihatkan hampir 9,000 pelajar di kampus berkenaan, selain kira-kira 5,000 pelajar yang ditempatkan di kampus cawangan bandar Melaka menumpukan kepada pelajaran dan tidak terpengaruh dengan cerita menakutkan.

Sementara itu, mengenai dakwaan pelajar berhubung kejadian pukau dan duit pelajar yang hilang, Muhammad Anwar Fahmi berkata, ia dipercayai disebarkan pelajar yang menyalah gunakan wang diberikan ibu bapa untuk perkara tidak bermanfaat.

“Laporan kejadian pukau, kononnya pelajar hilang wang masih belum ada kejadian serius berlaku,” katanya.

Beliau turut berharap ibu bapa tidak perlu bimbang dengan khabar yang dilaporkan dalam laman blog, Facebook dan Twitter mengenai kejadian itu yang turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selain pihak tertinggi universiti berkenaan.

sumber- Sinar

Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia

Mikel Ruffinelli , 40, mempunyai pinggul terbesar di dunia dengan ukur lilit mencecah hingga 8 kaki. Ruffinelli mempunyai ketinggian 5 kaki 4 inci dan seberat 420 pound. Dia memerlukan 3,000 kalori setiap hari bagi memastikan pinggulnya sentiasa menyerlah.

Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia

Ruffinelli mendakwa kelahiran anak keempatnya telah menyebabkan pinggulnya berkeadaan luar biasa. Beratnya mula bertambah semasa berumur 22 tahun selepas melahirkan anak keduanya, Andrew. Manakala pinggulnya mula mengembang selepas melahirkan anak ketiganya.

Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia

Ruffinelli merupakan model untuk laman sesawang Big Beautiful Women bagi memperoleh pendapatan tambahan dan bekerja dengan menggunakan Ijazah Psikologi yang dimilikinya.

Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia

Ruffinelli pernah cuba mengurangkan berat badannya dengan mengikuti diet tertentu, tetapi kini dia gembira dengan bentuk badan sebegitu dan bertungkus lumus untuk kekal sihat. Mungkin agak sukar untuk dia berlari di daratan, oleh itu dia mengikuti kelas aerobik di dalam air.

Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia

"Suami saya mengatakan bentuk tubuh saya cantik dan kami menikmati saat bahagia bersama. Dia mengatakan setiap hari saya kelihatan cantik. Lelaki tidak suka wanita kurus dan lebih menyukakan wanita yang mempunyai bentuk mengagumkan."

Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia
Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia
Mikel Ruffinelli dengan pinggul terbesar di dunia

Budak terjerut leher ketika bergurau dengan ibu

LONDON - Seorang budak lelaki secara tidak sengaja terjerut lehernya dengan baju kotnya sendiri ketika mahu mengusik ibunya, supaya membantu menyelamatkannya, menurut satu inkues, hari ini.

Budak terjerut leher ketika bergurau dengan ibu

Marlowe Isaac Myers, 12, ditemui tergantung pada penyangkut baju kotnya di dapur rumahnya di Cambridge pada 14 September lalu, ketika bergurau dengan ibunya yang lumpuh dan berkerusi roda.

Ibunya, Nicki Myers, 39, cuba memotong baju kot itu dengan pisau bagi menyelamatkan anaknya itu, tetapi oleh kerana penyangkut baju itu terletak terlalu tinggi dia mengambil pisau yang lebih besar untuk menyelamatkan anaknya yang sedang terjerut leher.

Ibunya kemudian memanggil paramedik untuk menyelamatkan budak itu, tetapi Myers diisytiharkan meninggal dunia di Addenbrooke's Hospital, Cambridge.

Budak terjerut leher ketika bergurau dengan ibu

Koroner, David Morris menolak insiden itu sebagai membunuh diri ketika inkues di Mahkamah Lawrencfe, Huntingdon, Cambridgeshire, hari ini dan bertegas menyatakan bahawa budak itu secara tidak sengaja terjerut lehernya ketika bergurau dengan ibunya.

Menurut mahkamah, polis turut menemui sebuah kerusi di sebelah tempat penyangkut baju itu, sekali gus menunjukkan budak itu mahu memakai jaket itu ketika baju itu masih tersangkut di tempat mengantung baju.

"Saya percaya Isaac tidak membunuh diri dan kami juga tidak boleh menolak kemungkinan budak itu mungkin mahu mengusik ibunya, kerana dia sering bergurau dengan ibunya atau bermain dengan baju kot itu.

"Tidak ada bukti menunjukkan budak itu seorang yang murung atau dia dibuli di sekolah," katanya. 

sumber- AGENSI

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Roopkund merupakan tasik glasier yang terletak di altitud kira-kira 5,029 meter di Uttarakhand, sebuah negeri di India. Apabila ais mencair, ratusan rangka manusia dijumpai di bawah permukaan air dan ada juga yang terapung.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Tasik ini ditemui pada tahun 1942. Dikatakan rangka manusia tersebut adalah mereka yang mati pada lewat abad ke-19. Pada mulanya, terdapat spekulasi bahawa rangka-rangka tersebut adalah askar Jepun yang cuba menyelinap masuk tetapi terkorban akibat sesuatu insiden. Ianya berlaku pada perang dunia ke-2. Pihak British menghantar pasukan untuk menyiasat. Tetapi hasil penyiasatan menyatakan mayat-mayat tersebut bukanlah milik askar Jepun.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Beberapa peneroka British ke Roopkund dan juga ramai cendekiawan membuat andaian bahawa rangka tersebut mungkin milik Jeneral Zorawar Singh dan juga bala tenteranya. Mereka dikatakan tersesat dan terkorban di banjaran Himalaya ketika dalam perjalanan pulang selepas pertempuran di Tibet pada tahun 1841. Namun, hasil pengujian radio-karbon mendapati mayat-mayat ini mungkin meninggal dunia sekitar tahun1960-an secara tidak langsung menyangkal teori tersebut.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Ujian tersebut masih samar dan mengelirukan. Tidak mustahil mayat ini berasal dari abad ke-12 hinggalah ke-15. Ramai pula pakar sejarah membuat andaian mayat-mayat tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan insiden kegagalan serangan yang dilakukan oleh Mohammad Tughhlak terhadap Garhwal Himalaya. Ada juga yang percaya mereka adalah mangsa serangan wabak. Tidak kurang pula teori dari ahli antropologi menyatakan mungkin ia sebahagian dari upacara membunuh diri.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Pada tahun 2004, sekumpulan saintis dari Eropah dan India  datang membuat kajian. Sedikit sebanyak misteri tersebut mulai jelas dan merungkai apakah sebenarnya yang berlaku. Setelah ujian karbon dan DNA dilakukan, ianya lebih mengejutkan dari yang difikirkan sebelum ini. Mayat tersebut kemungkinan besar berasal pada tahun sekitar 850 masihi.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Retakan pada bahagian belakang tengkorak menunjukkan kesemua mereka meninggal dunia akibat hentakan kuat di belakang kepala. Ianya bukanlah disebabkan runtuhan tetapi akibat objek tumpul yang bulat kira-kira bersaiz sebesar bola kriket. Ketiadaan kecederaan di mana-mana bahagian badan yang lain mengukuhkan teori objek tersebut datangnya dari atas. Satu-satunya penjelasan yang munasabah mengapa begitu ramai individu yang memiliki kecederaan yang serupa dalam masa yang sama adalah mungkin disebabkan ribut ais.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Tiada catatan sejarah mengenai laluan perdagangan ke Tibet di kawasan tersebut tetapi Roopkund terletak di laluan upacara keagamaan Nanda Devi yang diadakan 12 tahun sekali. Seramai kira 500 hingga 600 individu menyertai perjalanan tersebut. Apabila tiba di tasik, mungkin mereka ingin  mengambil air lalu tergelincir dan berlaku bencana yang tidak dijangka. Mereka terperangkap dalam air yang sejuk beratus tahun lamanya. Ada diantara mereka masih memiliki rambut atau kuku dan masih memakai cebisan kain. Walau apa sahaja versi teori yang dikatakan, kesahihannya masih tidak dapat ditentukan.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand
Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand
Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Jambatan Tidak Kemana-mana di New Zealand

Satu dari daya tarikan di Taman Negara Whanganui, New Zealand ialah Jambatan Tidak Kemana-mana (Bridge to Nowhere). Ianya adalah jambatan terbengkalai yang diperbuat daripada konkrit bagi merentasi jeram Mangapura di tengah-tengah hutan belantara. Dengan tiada laluan untuk dituju, jambatan tersebut bagaikan sesuatu yang mengarut. Sesiapa yang ingin ke jambatan tersebut harus menaiki bot atau kayak, kemudiannya perlu meredah denai-denai dan juga belukar kira-kira dalam 40 minit perjalanan.

Jambatan Tidak Kemana-mana

Jambatan tersebut dibina bagi merentasi Mangapurua sebagai laluan ke kawasan dimana kerajaan telah membuka tanah baru untuk perintis peladang pada tahun 1917. Ianya lebih dikhususkan kepada para tentera yang pulang dari perang dunia pertama. Jambatan tersebut dibina terdahulu dan ura-uranya laluan bakal dibina selepas jambatan tersebut siap. Namun, kawasan itu terlalu jauh malahan tanah-tanah disekeliling tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Kawasan yang seharusnya menjadi tapak pertanian tersebut akhirnya ditumbuhi semak dan menjadi hutan liar.

Jambatan Tidak Kemana-mana
Jambatan Tidak Kemana-mana

Sebelum ini, jambatan kayu pernah dibina sebagai akses utama untuk kuda-kuda merentasi lembah tersebut. Selepas beberapa tahun, masyarakat setempat membuat desakan dan jambatan konkrit dibina pada tahun 1936. Walaubagaimanapun, ianya hanya digunakan selama enam tahun. Tentera di Lembah Mangapurua keluar dari tanah mereka kerana tanaman mereka tidak menjadi. Hutan dan semak samun mula tumbuh dan mereka menghapuskan segala tinggalan kecuali jambatan tersebut.

Jambatan Tidak Kemana-mana
Jambatan Tidak Kemana-mana

Jambatan Tidak Kemana-mana ini hanya boleh dijumpai setelah menaiki bot atau kayak melalui sungai Whanganui dari Pipiriki atau Whakahoro ke Mangapura. Dari situ, pelancong harus berjalan kaki selama 40 minit untuk sampai ke destinasi. Alternatifnya, pelancong juga boleh berjalan kaki selama tiga hari dari Whakahoro ke utara melalui Kaiwhakauka dan juga lembah Mangapurua. Terdapat beberapa syarikat perlancongan yang beroperasi di sekitar sungai Whanganui, dan mereka menyediakan tempat tinggal bagi sesiapa yang ingin bermalam di sungai tersebut.

Jambatan Tidak Kemana-mana

Video: Wartawan Al-Jazeera mati ditembak penembak curi

BEIRUT - Seorang wartawan agensi berita Al-Jazeera, Mohammed Hourani terbunuh apabila ditembak oleh penembak curi di Basra al-Harir, wilayah Daraa, Syria kelmarin.

Wartawan Al-Jazeera mati ditembak penembak curi

"Mohammed Hourani ditembak mati di Basr al-Harir ketika beliau membuat liputan mengenai pertempuran antara penentang Presiden Bashar Al-Assad dengan tentera kerajaan," lapor Al-Jazeera.

Wartawan Al-Jazeera mati ditembak penembak curi

Sebelum menyertai Al-Jazeera, Hourani ialah seorang aktivis sewaktu kebangkitan rakyat menentang Bashar. Beliau merupakan wartawan kedua yang ditembak mati oleh penembak curi di Syria dalam tempoh 24 jam.

Pada Khamis, seorang wartawan perancis, Yves Debay mati ditembak di Aleppo, jelas Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.


Berdasarkan kepada pengiraan agensi berita AFP dan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Paris, Reporters Without Borders, sekurang-kurangnya 20 orang wartawan profesional telah terbunuh dalam konflik di Syria yang sudah berlarutan selama 22 bulan. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...