Sunday, January 20, 2013

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Roopkund merupakan tasik glasier yang terletak di altitud kira-kira 5,029 meter di Uttarakhand, sebuah negeri di India. Apabila ais mencair, ratusan rangka manusia dijumpai di bawah permukaan air dan ada juga yang terapung.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Tasik ini ditemui pada tahun 1942. Dikatakan rangka manusia tersebut adalah mereka yang mati pada lewat abad ke-19. Pada mulanya, terdapat spekulasi bahawa rangka-rangka tersebut adalah askar Jepun yang cuba menyelinap masuk tetapi terkorban akibat sesuatu insiden. Ianya berlaku pada perang dunia ke-2. Pihak British menghantar pasukan untuk menyiasat. Tetapi hasil penyiasatan menyatakan mayat-mayat tersebut bukanlah milik askar Jepun.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Beberapa peneroka British ke Roopkund dan juga ramai cendekiawan membuat andaian bahawa rangka tersebut mungkin milik Jeneral Zorawar Singh dan juga bala tenteranya. Mereka dikatakan tersesat dan terkorban di banjaran Himalaya ketika dalam perjalanan pulang selepas pertempuran di Tibet pada tahun 1841. Namun, hasil pengujian radio-karbon mendapati mayat-mayat ini mungkin meninggal dunia sekitar tahun1960-an secara tidak langsung menyangkal teori tersebut.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Ujian tersebut masih samar dan mengelirukan. Tidak mustahil mayat ini berasal dari abad ke-12 hinggalah ke-15. Ramai pula pakar sejarah membuat andaian mayat-mayat tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan insiden kegagalan serangan yang dilakukan oleh Mohammad Tughhlak terhadap Garhwal Himalaya. Ada juga yang percaya mereka adalah mangsa serangan wabak. Tidak kurang pula teori dari ahli antropologi menyatakan mungkin ia sebahagian dari upacara membunuh diri.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Pada tahun 2004, sekumpulan saintis dari Eropah dan India  datang membuat kajian. Sedikit sebanyak misteri tersebut mulai jelas dan merungkai apakah sebenarnya yang berlaku. Setelah ujian karbon dan DNA dilakukan, ianya lebih mengejutkan dari yang difikirkan sebelum ini. Mayat tersebut kemungkinan besar berasal pada tahun sekitar 850 masihi.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Retakan pada bahagian belakang tengkorak menunjukkan kesemua mereka meninggal dunia akibat hentakan kuat di belakang kepala. Ianya bukanlah disebabkan runtuhan tetapi akibat objek tumpul yang bulat kira-kira bersaiz sebesar bola kriket. Ketiadaan kecederaan di mana-mana bahagian badan yang lain mengukuhkan teori objek tersebut datangnya dari atas. Satu-satunya penjelasan yang munasabah mengapa begitu ramai individu yang memiliki kecederaan yang serupa dalam masa yang sama adalah mungkin disebabkan ribut ais.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

Tiada catatan sejarah mengenai laluan perdagangan ke Tibet di kawasan tersebut tetapi Roopkund terletak di laluan upacara keagamaan Nanda Devi yang diadakan 12 tahun sekali. Seramai kira 500 hingga 600 individu menyertai perjalanan tersebut. Apabila tiba di tasik, mungkin mereka ingin  mengambil air lalu tergelincir dan berlaku bencana yang tidak dijangka. Mereka terperangkap dalam air yang sejuk beratus tahun lamanya. Ada diantara mereka masih memiliki rambut atau kuku dan masih memakai cebisan kain. Walau apa sahaja versi teori yang dikatakan, kesahihannya masih tidak dapat ditentukan.

Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand
Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand
Misteri penemuan rangka manusia di Uttarakhand

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...