Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Thursday, February 14, 2013
Video: Anak jatuh motor, ayah terus memecut
Video yang mengejutkan apabila seorang anak yang membonceng motosikal bersama ayahnya tiba-tiba terjatuh namun perkara tersebut langsung tidak disedari oleh si ayah.
Kejadian ini berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat. Dipercayai si ayah memecut motosikalnya setelah lampu bertukar hijau. Secara tidak sengaja, anaknya telah terjatuh di atas jalan raya. Si anak terpinga-pinga bangun ke tepi dan cuba mengejar ayahnya. Setelah jarak beberapa meter dari tempat kejadian, barulah si ayah perasan dengan apa yang berlaku lalu memberhentikan kenderaannya.
Masih tersenyum walau berhadapan dengan singa
Lampu isyarat paling mengelirukan
Berhenti! Jalan! Entah bagaimana untuk mentafsir lampu isyarat yang terletak di Chongqing, China, ini. Ianya amat mengelirukan. Namun pihak berkuasa tempatan mengarahkan kesemua pengguna jalan raya untuk mengabaikan lampu isyarat tersebut kerana ianya hanyalah untuk menghiasi persimpangan jalan itu dan tiada kena-mengena dengan peraturan jalan raya.
Penunjuk perasaan bakar diri
KATHMANDU, Nepal - Seorang penunjuk perasaan Tibet mencurahkan petrol pada tubuhnya sebelum dia membakar dirinya di sini semalam.
Seorang pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, anggota-anggota polis dan orang ramai berjaya memadamkan kebakaran sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.
sumber- AP
Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin.
Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia.
Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal.
Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang.
Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah.
Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kon disinya.
Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.
Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996.
Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian.
sumber- Agensi
Bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja
GAMMESFELD, Jerman - Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di sini telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.
Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.
Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.
"Mengapakah saya perlu gunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?
"Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.
Felman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut.
Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.
Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld eG yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja.
sumber- Reuters
Acara unik pengantin Thailand rai perkahwinan
BANGKOK - Tiga pasangan pengantin Thailand meraikan perkahwinan mereka pada satu majlis yang unik di wilayah Prachin Buri, timur Bangkok semalam.
Majlis perkahwinan itu dianjurkan sebuah resort yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara suami dan isteri.
Pasangan yang menyertai acara itu ialah Sopon Sapaotong, 41, dan isterinya, Chutima Imsuntear, 37, selain Prasit Rangsiyawong 29, yang berkahwin dengan Varuttaon Rangsiyawong, 27.
Satu lagi pasangan ialah Sornwich Changtor, 28, dan isterinya, Rungnapa Changtor, 30.
Antara acara unik yang disertai para pengantin tersebut ialah berlari di atas permukaan tasik bagi mengelak mereka ditangkap seorang kakitangan yang berpakaian seperti lanun.
Pasangan itu juga menyertai acara terbang keluang dan terjun ke dalam tasik.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)