Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, February 13, 2013
Permainan kejam tentera Jepun ketika Perang Dunia Ke-2
Mengikut kisah yang diceritakan oleh mereka yang pernah hidup dalam zaman pemerintahan Jepun, kezaliman tentera Jepun tidak mengenal wanita mahupun kanak-kanak. Sehinggakan mereka sanggup untuk melakukan perkara paling kejam tetapi bagi mereka ianya hanyalah suatu permainan untuk bersuka-ria.
Bayi yang masih kecil akan dilambung ke udara dan kemudiannya ditikam dengan menggunakan bayonet yang tajam. Gambar ini dikatakan kemungkinan besar telah diambil di sebuah kawasan di China. Tidak hairanlah jika ianya berlaku di China kerana Jepun dan China merupakan musuh tradisi sejak turun-temurun.
Video: Beranak tepi jalan
London: Seorang ibu hamil bukan saja melahirkan anak di tepi jalan di luar sebuah pusat beli-belah, tetapi keseluruhan aksinya itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.
Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu.
Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.
Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu.
Kim berkata: “Ibu saya berkata ‘Tidak, belum lagi’ tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya.
“Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai ‘lain-lain’, jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.
“Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu,” katanya.
sumber- Daily Mail
Pembalak jadi tukang gunting rambut
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Tema memainkan peranan penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tema inilah yang akan memberi kelainan pada majlis tersebut. Sesetengah pasangan mempunyai minat yang sama dan dari minat tersebut, mereka mungkin dapat merancang tema apa yang bakal digunakan untuk majlis perkahwinan mereka. Contohnya, mereka mungkin meminati filem-filem atau rancangan televisyen yang sama. Apabila tema yang digunakan diadaptasi dari minat mereka, sudah pastilah ianya memberi kepuasan kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan.
Subscribe to:
Posts (Atom)