Pages - Menu

Wednesday, February 13, 2013

Permainan kejam tentera Jepun ketika Perang Dunia Ke-2

Mengikut kisah yang diceritakan oleh mereka yang pernah hidup dalam zaman pemerintahan Jepun, kezaliman tentera Jepun tidak mengenal wanita mahupun kanak-kanak. Sehinggakan mereka sanggup untuk melakukan perkara paling kejam tetapi bagi mereka ianya hanyalah suatu permainan untuk bersuka-ria.

Bayi yang masih kecil akan dilambung ke udara dan kemudiannya ditikam dengan menggunakan bayonet yang tajam. Gambar ini dikatakan kemungkinan besar telah diambil di sebuah kawasan di China. Tidak hairanlah jika ianya berlaku di China kerana Jepun dan China merupakan musuh tradisi sejak turun-temurun.

Permainan kejam tentera Jepun ketika Perang Dunia Ke-2

Video: Beranak tepi jalan

London: Seorang ibu hamil bukan saja melahirkan anak di tepi jalan di luar sebuah pusat beli-belah, tetapi keseluruhan aksinya itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.

Beranak tepi jalan

Kim dibantu ibunya, Sue, 54. Beberapa pengawal keselamatan dari pusat beli-belah terbabit bergegas ke tempat kejadian dengan selimut selepas mengesan detik cemas itu di CCTV pusat beli-belah itu. 

Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu.

Beranak tepi jalan

KIM memberikan nama tengah Eden kepada Leanne sebagai penghargaan terhadap pusat beli-belah tempat dia dilahirkan.

Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.

Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu. 

Beranak tepi jalan

Ketika ibunya membantu dia menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.

Kim berkata: “Ibu saya berkata ‘Tidak, belum lagi’ tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya. 

Beranak tepi jalan

“Pengawal keselamatan berkenaan melihat apa yang berlaku di CCTV dan segera bergegas membawa selimut dan menenangkan saya hingga ambulans tiba,” katanya.

“Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai ‘lain-lain’, jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.

“Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu,” katanya.


sumber- Daily Mail

Pembalak jadi tukang gunting rambut

Inilah yang terjadi jika pembalak jadi tukang gunting. Kapak besar pun boleh dijadikan pisau cukur. Nasib baik tak guna chainsaw. Silap-silap bukan rambut sahaja dipotong, sekali kepala habis dikerat.

gambar lawak

Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv

Tema memainkan peranan penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tema inilah yang akan memberi kelainan pada majlis tersebut. Sesetengah pasangan mempunyai minat yang sama dan dari minat tersebut, mereka mungkin dapat merancang tema apa yang bakal digunakan untuk majlis perkahwinan mereka. Contohnya, mereka mungkin meminati filem-filem atau rancangan televisyen yang sama. Apabila tema yang digunakan diadaptasi dari minat mereka, sudah pastilah ianya memberi kepuasan kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan.

Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv
Perkahwinan bertemakan filem atau rancangan tv