Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, October 18, 2012

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.

motosikal terbang
Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.

“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.

Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.

“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.

“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.

Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.

Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.

Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.

sumber- Sinar

Bumbung banglo runtuh, satu maut 3 masih perangkap

SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala empat cedera dan tiga lagi terperangkap selepas bumbung banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Empat yang cedera termasuk seorang dikatakan terputus kaki telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

banglo runtuh
Pemandangan di kawasan bumbung rumah banglo runtuh.
Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Jurucakap polis berkata, kesemua mangsa yang terperangkap masih hidup kerana ada kedengaran suara meminta bantuan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.

sumber- Sinar

Laman sosial kongsi cerpen lucah

IPOH: Laman sosial facebook dikesan menjadi sasaran terbaru remaja tempatan mendapatkan akses percuma kepada laman web atau blog cerpen lucah dari negara jiran, Indonesia serta tempatan.

Pengguna Internet terutama remaja belasan tahun hanya perlu ‘like’ atau ‘suka’ pada akaun lucah terbabit sebelum berpeluang ‘menikmati’ paparan cerpen lucah dalam talian secara percuma.

Lengkap dengan gambar pornografi dan aksi seks pasangan, akaun laman sosial berkenaan mempunyai ribuan pengikut apabila masing-masing memiliki purata pengguna facebook melebihi 1,000 orang bagi setiap akaun.

Bagi menarik perhatian, setiap akaun meletakkan gambar peribadi menggiurkan termasuk gambar gadis tidak berpakaian dan separuh bogel.

cerita tante ngentot

Selain itu, akaun facebook cerpen lucah terbabit memaparkan pautan kepada blog dan laman web lucah dengan setiap pengguna perlu memasukkan nama dan kata laluan sama seperti digunakan laman facebook.

Semalam, Harian Metro mendedahkan segelintir remaja menyalahgunakan telefon bimbit pintar untuk melayari laman web cerpen lucah lengkap bergambar dari negara jiran termasuk Indonesia dengan langganan RM17 seminggu.

Namun, laman web atau blog cerpen lucah ditawarkan menerusi laman facebook itu tidak mengenakan bayaran langganan, sebaliknya boleh diakses percuma dengan syarat mereka perlu memiliki akaun laman sosial itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati wujud ratusan akaun facebook menawarkan akses kepada cerpen lucah yang kebanyakannya menggunakan kata nama cerita seks Melayucerita seks dewasa dan cerita seks remaja 17+. Sementara itu, jurucakap SKMM ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya tidak mempunyai hak mengawal dan menutup akaun facebook kerana bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Wanita jalan bersendirian dirogol

CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.

Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.

“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

culik dan rogol
gambar hiasan
“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.

Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini.

sumber- HMetro

Saya rasa bagai mati hidup semula

KEMAMAN – “Saya rasa bagai mati hidup semula,” kata pemandu lori simen, R Kandasamy, 39, yang terselamat walaupun kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke dalam cerun dalam nahas di Kilometer 135 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Sawit Reezan, Air Putih di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lori simen yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, dipandu seorang guru berusia 27 tahun mengakibatkan lorinya yang gagal dikawal terjunam ke dalam cerun sebelah kiri jalan sementara kereta berkenaan terjunam ke dalam cerun di sebelah kanan.

Bagaimanapun, Kandasamy tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cerul itu mengalami patah paha dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

lori jatuh
Orang ramai melihat keadaan lori simen yang terjunam ke dalam cerun.
Kandasamy berkata, dia hanya terbayang akan menemui ajal ketika lorinya 'terbang' ke dalam cerun selepas melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebaik sahaja bergesel dengan kereta berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Bandar Seri Bandi untuk menghantar muatan simen sebelum membunyikan hon beberapa kali kerana kereta dalam jarak kira-kira 20 meter di depannya beberapa kali masuk ke laluannya.

“Bila saya hon, kereta itu kembali masuk ke laluannya tetapi apabila kenderaan kami saling menghampiri kereta itu kembali masuk ke laluan saya menyebabkan kenderaan kami bergesel,” katanya yang kelihatan masih terkejut dengan tragedi yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sejurus itu, kereta berkenaan merempuh sebatang tiang elektrik konkrit di tepi jalan menyebabkan tiang tersebut tumbang dan bahagian belakang kereta membentuk lekukan bulat serta remuk teruk sebelum jatuh ke dalam cerun.

Menurut Kandasamy yang juga bapa kepada tiga anak dan menetap di Kuantan, kemalangan itu adalah nahas pertama kali dialaminya sepanjang enam tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

sumber- Sinar

Pencuri sardin dipenjara 3 bulan, denda RM1,500

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali dipenjarakan kerana kesalahan mencuri, seorang buruh dilihat seolah-olah menjadikan jenayah mencuri ‘kerjaya’ sambilan bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Ini terbukti apabila sekali lagi, tertuduh, Mohd Normi Ismail @ Mohd Nor, 35, dengan lagak selamba mengaku bersalah mencuri tujuh tin sardin dan dua kotak cakera video digital (DVD) milik Pasar raya Mydin Mall, di sini, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Sebagai pembalasan dengan perbuatan yang dilihat tidak pernah serik itu, Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM1,500 atau penjara lagi sebulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Pencuri sardin
Mohd Normi dipenjara tiga bulan dan denda RM1,500 selepas mengaku bersalah mencuri tujuh tin sardin pelbagai jenama dan dua kotak DVD.
Mohd Normi yang beralamat dari Kampung Ladang Hospital, di sini, mengaku mencuri kesemua barang yang bernilai RM128.67 milik Pasaraya Mydin Mall, pada Sabtu lalu, iaitu 13 Oktober lalu lebih kurang jam 4.53 petang hingga 7.10 petang.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman boleh sampai sepuluh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Mohd Normi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tindak tanduk mencurigakan Mohd Normi dikesan oleh pekerja yang bertugas di bilik kamera rakaman litar tertutup (CCTV) sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas, Ibrahim Mat Piah, 33.

Tindakan Mohd Normi yang mencuri beberapa jenis barang di dalam kedai Mymart Mydin Mall dengan memasukkan ke dalam beg dapat dilihat menerusi rakaman CCTV tersebut sebelum dia ditahan di kawasan parkir di hadapan kedai itu oleh pengawal keselamatan yang bersedia menunggunya di situ.

Hasil pemeriksaan di badannya mereka berjaya menjumpai tujuh tin sardin pelbagai jenama dan dua kotak DVD di dalam beg dibawanya sebelum diserahkan kepada polis yang bertugas di pondok polis komuniti berhampiran.

sumber- Sinar

Foto separuh bogel Novi Amalia tersebar disiasat

Foto bugil Novi Amalia

JAKARTA: Polis akan menyiasat foto separuh bogel model, yang tersebar menerusi rangkaian media sosial dengan menegaskan mereka tetap akan bertindak jika pelakunya adalah anggota polis.

“Bagaimanapun, kami masih mendakwa Novi atas tuduhan menyalahgunakan dadah dan melanggar undang-undang jalan raya,” kata jurucakap polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanti semalam. 

Model majalah dewasa berusia 25 tahun itu merempuh tujuh orang Khamis lalu ketika memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Semua mangsa cedera ringan.

Foto telanjang Novi Amalia

Saksi memberitahu polis, Novi mencampakkan pakaiannya keluar dari kereta ketika memandu ke Ancol di Jakarta Utara. Ketika polis menahannya selepas nahas, dia hanya memakai seluar dalam dan enggan memakai pakaian.

Foto yang tersebar itu didakwa dirakam ketika Novi ditahan di balai polis Taman Sari, Jakarta Barat.

“Perlu diingat ada ramai orang yang berada di balai polis ketika kami menahannya. Keadaan dalam balai polis bukan selalu dapat dipantau secara teliti. Mungkin ketika Novi mahu memakai pakaian, seseorang mengambil gambar itu,” katanya. 

sumber- Jakarta Post

Wanita dipenggal kepala enggan melacur

HERAT - Polis Afghanistan semalam, menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita yang enggan menjadi pelacur.

Menurut Ketua Polis Herat, Abdul Ghafar Sayedzada, kepala Mah Gul, 20, dipenggal selepas menolak permintaan ibu mertuanya untuk dilacurkan di kediaman mereka, di sini pada minggu lalu.

pelacur paksa
gambar hiasan
"Polis menahan empat suspek termasuk ibu dan bapa mertua mangsa, suaminya dan seorang lelaki," katanya.
sumber- AFP

Gadis tolak cinta samseng diugut culik

NUSAJAYA – Gara-gara menolak cinta rakan sebaya, seorang gadis bukan sahaja diugut culik, malah bapanya juga nyaris dibelasah empat lelaki kerana dipercayai campur tangan dalam kisah cinta tidak berbalas itu.

Dalam insiden di luar pekarangan sebuah sekolah di Skudai, di sini, mangsa, M Chanmagieprya, 16, yang baru tamat menduduki kertas akhir peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikatakan diganggu empat lelaki yang juga rakan sekolahnya kira-kira 12.30 tengah hari, kelmarin.

“Budak lelaki ini dibuang sekolah sejak beberapa bulan lalu, dan hanya hadir ke sekolah hari ini (kelmarin) untuk menduduki PMR.

gadis India
Chanmagieprya (kiri) ditemani bapanya menunjukkan laporan polis yang dibuat.
“Sejak hari pertama lagi, dia sering ganggu saya, mengatakan dia suka saya dan apabila tidak dilayan, saya dihamburi kata-kata kesat.

“Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, saya hubungi bapa untuk bersemuka dengan mereka. Saya tidak sangka mereka bertindak kasar dan mengugut mahu menculik saya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Nusajaya, di sini, kelmarin.

Khuatir akan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan polis ditemani bapanya, K Masalamani, 53, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superin-tendan Nor Hashim Mohamad sahkan terima laporan dan tindakan susulan akan diambil.

sumber- Sinar

Bank sperma tawar air mani selebriti untuk RM74,000

LONDON: Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam.

Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah £15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian beradas premium” itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Fame Daddy

Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma “tokoh yang terbukti berjaya,” seseorang wanita boleh memberikan “permulaan yang baik” untuk anak mereka. “Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka,” kata laman sesawang itu.

Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup. Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema sebenar.

“Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma,” katanya.

sumber- TS

Penerima wajah kini boleh berus gigi, bercukur

Richard Lee Norris

ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam.

Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini.

Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.

Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.

Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.

Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. 

sumber- DM

Dipukau wanita berjubah hitam

KULIM – Seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai di sini Jumaat lalu.

Mangsa, Siti Shamshiah Ahmad, 60, mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut.

Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi.

Dipukau wanita berjubah hitam
SITI SHAMSHIAH menunjukkan beg tangan yang menjadi tempat dia menyimpan barangan kemas di Kulim semalam.
Ujarnya, ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.

“Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah.

“Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keladi Lambok di sini semalam.

sumber- Kosmo

Wanita sembunyi arak curi di celah paha

KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada 27 September lalu di KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.

Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.

Wanita sembunyi arak curi di celah paha
SELVAKUMAR (kiri) dan Michael (tengah) menunjukkan gambar beberapa suspek yang terlibat dalam kegiatan mencuri barangan di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.
“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo.

“Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

sumber- Kosmo

Buat laporan palsu dirogol bapa

KUALA LUMPUR – Seorang gadis tergamak membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirogol oleh bapa sendiri gara-gara terlalu marah dengan tindakan orang tuanya itu yang menghalang dia berkawan dengan seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja berusia 19 tahun itu membuat laporan polis pada 4 Oktober lalu dan mendakwa dia dirogol oleh bapanya ketika berada di dalam bilik di rumahnya di Brickfields pada awal pagi.

gadis kena rogol
gambar hiasan

“Ibu bapa remaja terbabit sudah tinggal berasingan. Remaja itu dan bapanya yang berusia 46 tahun tinggal di Brickfields manakala ibu gadis itu pula tinggal di Klang,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, sebelum ini remaja terbabit tinggal bersama ibunya namun berpindah ke rumah bapanya selepas gadis itu dikatakan kerap keluar bertemu dengan lelaki.

sumber- Kosmo

Terlelap: Guru besar sekolah agama maut

MUAR – Seorang guru besar sebuah sekolah agama di sini terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit dalam kereta dipandunya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Mukinah Warno, 52, yang baru beberapa bulan bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Agama Bukit Naning baru meninggalkan sekolahnya selepas tamat sesi persekolahan pada hari tersebut.

Perodua Kancil
KERETA Perodua Kancil dan treler yang bertembung di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar kelmarin.
Mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 17 namun tiba di tempat kejadian, Mukinah dikatakan terlelap menyebabkan keretanya terbabas masuk ke laluan bertentangan.

sumber- Kosmo

Bakal pengantin mati kemalangan

GEORGE TOWN – Hasrat seorang pemuda untuk melangsungkan pernikahan dengan tunangnya pada awal bulan depan berkecai apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Sheikh Mohd. Adam Mohd. Ishak, 20, mati di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di kepala.

Bakal pengantin mati kemalangan
MOHD. ADAM seorang anggota Rela terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam.
Bagaimanapun, tunangnya Noorfazliana Mohd. Ramli, 22, hanya cedera ringan.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas motosikal yang dinaiki mangsa bersama tunangnya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan di Lebuh Raya Lembah Permai.

Rempuhan kuat menyebabkan Mohd. Adam yang merupakan anggota Skuad Muda Ikatan Relawan Malaysia (Rela) Timur Laut tercampak ke bahu jalan dan menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

sumber- Kosmo

Bayi didera mati di pangkuan ibu

BATU PAHAT – Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin.

Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu.

jenazah bayi maut didera
ANGGOTA keluarga mengangkat jenazah Nur Irisyafida Balkis untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak, Batu Pahat, Johor semalam.
Bayi itu yang turut mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri dipercayai didera teman lelaki ibu mangsa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak di sini, pukul 5 petang semalam.

Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke hospital Khamis lalu, doktor memberitahu anaknya itu tidak mempunyai peluang untuk hidup.

sumber- Kosmo

Buah labu terbesar dunia milik Wallace

NEW YORK - Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rhode, Amerika Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and Michael di sini kelmarin.

Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg).

Buah labu itu direkodkan sebagai yang terbesar di dunia.

Ia mengatasi rekod Guinness World Records hampir 90.71kg.

biggest pumpkin in the world
WALLACE (kiri) bercakap kepada Kelly dan Michael (kanan) tentang buah labu gergasi miliknya pada program Live with Kelly and Michael di New York kelmarin.
Wallace memenangi pertandingan buah labu terbesar pada pertandingan hasil pertanian di Topsfield, Massachusetts baru-baru ini.

Dia menenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$5,500 (RM16,694) ekoran kemenangannya.

Wallace juga memperoleh wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM30,353) kerana berjaya memecahkan rekod dunia. 

sumber- Agensi

Psy menari tarian kanggaru

SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.

Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.

Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.

Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.

Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.

gangnam style Sydney
PSY menghiburkan para peminatnya dengan tarian baharunya di Sydney semalam.
Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.

"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain.

"Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.

Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.

Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. 

sumber- Agensi

Lelaki 96 tahun jadi bapa tertua di dunia

HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan ini, lapor portal berita Indian Today semalam.

Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun pertama perkahwinan mereka.

Pasangan yang bertemu jodoh di sebuah perkampungan Kharkhosa di daerah Sonepat itu menerima kehadiran cahaya mata sulung lelaki dua tahun lalu.

Bagaimanapun, anak kedua mereka, Ranjit dilahirkan 5 Oktober lalu.

Ramajit Raghav
LAMAN YouTube semalam menunjukkan Raghav dan isterinya mendukung kedua-dua anak mereka.
"Tuhan mungkin mahukan kami memiliki lagi anak. Saya sangat gembira," katanya yang juga seorang petani.

Raghav yang berasal dari Azamgarh berhijrah ke Sonepat 20 tahun yang lalu bagi mendapat pekerjaan.

Dia merupakan bekas ahli gusti ketika zaman mudanya.

Raghav memecahkan rekod sebagai bapa tertua di dunia buat kali pertama pada 2007.

Petani tersebut menewaskan rekod yang dipegang oleh lelaki dari Rajasthan, Nanu Ram Jogi yang berusia 90 tahun apabila memperoleh anaknya yang ke-21.

Raghav kini memecahkan rekodnya sendiri apabila dia memperoleh anak keduanya.

Menurut petani tersebut, dia mahu kedua-dua anaknya menjadi pegawai tinggi pentadbiran.

Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, Raghav mengamalkan diet dengan meminum susu, memakan buah badam dan mentega.

Petani itu berkata, jiran-jirannya berasa cemburu kerana dia berjaya memperoleh dua anak yang sihat.

Raghav berkata, jiran-jirannya kerap bertanya rahsia kesihatan dirinya.

Lelaki tersebut berkata, dia mengambil berat tentang isterinya dan memenuhi keperluannya.

"Dia seorang wanita yang amat gembira," katanya.

Ketika Shakuntala melahirkan anaknya di sebuah hospital di sini, petani tersebut diketawakan oleh doktor-doktor kerana dia menyatakan bayi itu ialah anaknya.

Shakuntala menyatakan dia amat sayang suaminya itu.

"Saya menyayanginya walaupun dia kadangkala menjerit ke arah saya," katanya.

Menurut portal berita International Business Times, dia tidak mahu anak lagi selepas memperoleh dua cahaya mata. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...