Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, August 1, 2012

Gadis 17 tahun lelong dara di televisyen

GAMBAR menunjukkan wajah Miss Spring.
GAMBAR menunjukkan wajah Miss Spring.
BUDAPEST - Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.

Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan rumah milik keluarganya daripada dilelong akibat hutang tertunggak.

"Hubungan seks itu cuma untuk semalam. Bagi saya, ia agak romantik kerana saya melakukannya dengan lelaki yang membayar wang untuk membantu keluarga saya daripada kehilangan tempat tinggal. Dia adalah penyelamat saya," katanya.

Pada mulanya, gadis itu mahu merahsiakan identitinya tetapi mengubah fikiran apabila kisahnya disiarkan media tempatan. 

sumber- Agensi

6 gitar termahal di dunia beserta kisahnya

Seperti yang kita sedia tahu, gitar merupakan alat muzik paling popular dan digemari untuk pelbagai rentak muzik moden. Berikut merupakan 6 gitar termahal di dunia beserta kisahnya :


1.) “Lenny” – Stevie Ray Vaughan’s 1965 Fender Composite Stratocaster: $623,500

“Lenny” – Stevie Ray Vaughan’s 1965 Fender Composite Stratocaster: $623,500
Dimiliki oleh 'Great Blues Guitarist', Stevie Ray Vaughan. Gitar ini dihadiahkan oleh isterinya, Lenny pada hari lahirnya yang ke 26 pada tahun 1980. Ianya turut merupakan gitar kegemaran Stevie yang terus dimainkan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1990.


2.) Eric Clapton’s C.F. Martin & Co., circa 1939: $791,500

Eric Clapton’s C.F. Martin & Co., circa 1939: $791,500
Salah satu dari koleksi gitar Eric Clapton. Eric Clapton sendiri pernah menjual gitar ini bagi mengumpul dana untuk Crossroads Rehabilitation Center.


3.) Eric Clapton’s 1964 Gibson ES0335 TDC: $847,500

Eric Clapton’s 1964 Gibson ES0335 TDC: $847,500
Sering digunakan oleh Eric Clapton pada tahun 1964. Ianya adalah gitar jenis Gibson yang termahal pernah dilelong.


4.) Blackie – Stratocaster hybrid: $959,500

Blackie – Stratocaster hybrid: $959,500
Pada tahun 1970, setelah terpengaruh dengan guitarist handalan, Jimi Hendrix, Eric Clapton kemudian beralih dari gitar jenis gibson ke stratocaster. Blackie telah dijual pada tahun 2004 dengan harga $959,500.


5.) Bob Marley’s Custom made Washburn 22 series Hawk: estimated Price $1.2 to 2 million

Bob Marley’s Custom made Washburn 22 series Hawk: estimated Price $1.2 to 2 million
Diisytiharkan sebagai khazanah negara oleh pemerintah Jamaica. Gitar ini adalah salah satu dari tujuh gitar yang dimiliki oleh bapa reggae dunia iaitu Bob Marley.


6.) Reach out to Asia Fender Stratocaster: $2.7 million

Reach out to Asia Fender Stratocaster: $2.7 million
Gitar ini telah dijual di Qatar pada tahun 2005, dimana tujuan lelongannya bagi membantu mangsa tsunami di Asia. Diuruskan oleh Bryan Adams, ditandatangani oleh Mick Jagger, Keith Richards, Eric Clapton, Brian May, Jimmy Page, David Gilmour, Jeff Beck, Pete Townsend, Mark Knopfler, Ray Davis, Liam Gallagher, Ronnie Wood, Tony Iommi, Angus & Malcolm Young, Paul McCartney, Sting, Ritchie Blackmore, Def Leppard dan Bryan Adams sendiri.

Motosikal Hanyut Dari Tokyo ke Kanada

Motosikal Harley Davidson milik Yokoyama tersadai di sebuah pulau - AP
Motosikal Harley Davidson milik Yokoyama tersadai di sebuah pulau - AP 
Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang tatkala tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui 6,400 km jauhnya di sebuah pulau di Kanada.

Pemilik motosikal tersebut, Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat yang tertera pada motosikal tersebut.

Yokoyama gembira motosikalnya ditemui semula
Yokoyama gembira motosikalnya ditemui semula
Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.

Motosikal tersebut dikatakan antara barangan pertama disedari hilang selepas tsunami melanda Tokyo tahun lalu.

Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.

Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.

Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya.

sumber- AP

Pelik! Pokok Pisang Ada Tiga Tandan Dan Lima Jantung

Pokok pisang pelik

Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah mempunyai keajaiban tersendiri apabila mempunyai tiga tandan pisang dan lima jantung. Pokok pisang pelik ini amat jarang sekali ditemui kerana mempunyai tandan dan jantung lebih dari satu. 

Pemilik pokok pisang pelik setinggi empat meter itu, Sarman, 64, berkata, setiap tandan pisang tersebut mempunyai tujuh hingga lapan biji pisang serta lima biji jantung.

Pokok pisang ini ada tiga tandan & lima jantung . “Dua biji jantung ini tumbuh di bahagian paling atas, manakala dua lagi jantung di bahagian paling bawah dan bakinya di bahagian tengah pokok. “Saya tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang petanda mengenai pokok pisang aneh ini,” katanya kepada suaramerdeka.com Sarman berkata, dia menyedari hal itu ketika sedang membersihkan laman rumahnya dua minggu lalu.

Keanehan pokok itu turut menarik perhatian jiran-jirannya yang tidak henti-henti datang ke rumahnya untuk melihat keajaiban pisang pelik tersebut.

Dia menganggap keganjilan itu mungkin disebabkan pengaruh genetik pokok terbabit. “Saya bertekad untuk menjaga pokok pisang pelik ini sehingga buahnya masak dan hasilnya boleh dimakan bersama anak dan isteri. “Jika ada jiran yang teringin mencuba buah itu nanti, saya tidak keberatan untuk memberikannya kepada mereka,” katanya.

sumber- worldkelana

Pelik! Akar Pokok Menyerupai Jantung Manusia

Pelik! Akar Pokok Menyerupai Jantung Manusia

Sepasang suami isteri telah menjumpai akar pokok yang seakan-akan jantung manusia. Akar ganjil itu dijumpai ketika mana pasangan ini mencari akar kayu di hutan.

Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.

Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.

“Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar ganjil pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya.

“Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia.

“Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat,” katanya. Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan pelik itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar ganjil itu.

“Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu,” katanya.

Menurutnya, kerana merasakan ia sesuatu yang unik dan sukar dijumpai terutama pada zaman ini, mereka lebih suka menjadikan ia sebagai koleksi perhiasan di rumah berbanding dijual.

“Kami berat hati untuk menjual akar ganjil itu malah telah banyak kali menolak tawaran daripada pelbagai pihak yang ingin membeli akar ganjil ini walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan,” katanya.

sumber- Sinar

Pelik! Beribu Udang Ditemui Di Lubang Gunung Berapi

Satu kejadian pelik telah berlaku di sebuah lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang pelik kecil yang tidak diketahui spesiesnya. Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.

udang lipan

Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton. Di bawah merupakan gambar udang pelik yang dijumpai dalam lubang gunung berapi bawah laut.

sambal tumis udang
cucur udang

sumber- Tak Tao Ajer

Kejam! Gambar Pengawal Wanita Gaddafi Dibunuh Tentera NTC Libya

Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil “The Revolutionary Nuns” atau “Amazonian Guard” yang dianggotai oleh beberapa orang wanita ni telah diburu dan dibunuh kejam oleh pemberontak sebelum kematian Muammar Gaddafi.

Kejam! Gambar Pengawal Wanita Gaddafi Dibunuh Tentera NTC Libya

Semua wanita ini diburu dan dibunuh oleh askar yang ditugaskan untuk memburu Gaddafi ketika itu. Cuba kita lihat gambar-gambar yang menimpa nasib mereka ini. Sungguh kasihan dan mereka hanyalah menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan pemimpin Lybia ketika itu.

Kejam! Gambar Pengawal Wanita Gaddafi Dibunuh Tentera NTC Libya

Menurut sumber yang diperolehi, terdapat tiga mayat pengawal Gadaffi yang telah ditemui. Mayat pertama cuba melarikan diri bersama teman lelakinya kemudian telah ditembak mati. Mayat kedua pula dibelasah sehingga mati oleh penyerang. Mayat ketiga ini adalah paling kejam dan tidak berperikemanusiaan dimana wanita ini dirogol beramai-ramai sebelum didera sehingga mati.

Kejam! Gambar Pengawal Wanita Gaddafi Dibunuh Tentera NTC Libya

Perilaku tentera NTC ini adalah kejam dan lebih bersifat dendam semata-mata. Kemungkinan juga mereka akan menubuhkan gerakan memburu saki-baki keluarga atau individu yang berkaitan dengan Muammar Gaddafi.

Remaja Jatuh Mati Selepas Berkhalwat di Selayang

Remaja Jatuh Mati Selepas Berkhalwat di Selayang

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

Bagaimanapun, pemuda itu dipercayai tergelincir ketika cuba meniti tembok luar bangunan yang licin sebelum terjatuh dan mayatnya ditemui terperosok dalam longkang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pelajar terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

“Berdasarkan keterangan pegawai (Jais) terbabit, mereka melakukan serbuan ke rumah itu selepas mendapat maklumat ada aktiviti maksiat di situ. Bagaimanapun, ketika mengetuk pintu rumah berkenaan, mereka terdengar bunyi seperti objek jatuh. Pintu kemudian dibuka seorang gadis Melayu, dipercayai teman wanita mangsa dan didapati tingkap rumah itu terbuka. Curiga dengan keadaan itu, pegawai terbabit memeriksa ke luar tingkap dan mendapati ada seorang lelaki terperosok dalam longkang,” katanya.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan. Katanya, teman wanita mangsa yang turut menuntut di kolej sama kini ditahan oleh Jais untuk siasatan.

sumber- BHarian

Peniaga jadi buta kena gas pemedih FRU dapat RM150,000

buta kerana gas pemedih FRU

KOTA BHARU - Seorang peniaga yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata semasa rusuhan perlawanan bola sepak di luar Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 2009, hari ini mendapat ganti rugi RM150,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mendapati plaintif, Muhammad Huzaifah Muhd Noor, 22, berjaya membuktikan kecederaan parah di mata kanan yang dialaminya adalah akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata yang dilepaskan pihak defendan atau ejen-ejennya.

Beliau berkata, selain keterangan daripada saksi pihak plaintif, rakaman video oleh seorang saksi bebas yang juga penonton  perlawanan bola sepak itu,  menunjukkan berlakunya tembakan peluru gas pemedih mata ke arah gerai plaintif.

Berdasarkan rakaman itu, plaintif rebah sejurus tembakan itu dilepaskan dan beliau kemudian dipapah oleh orang ramai.

Bagaimanapun, Hakim Ahmad Zaidi berkata pihak defendan yang hadir di tempat kejadian bukan bertujuan untuk mencederakan plaintif tetapi untuk menyuraikan rusuhan yang  berlaku selepas perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan itu.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM20,000.

Pada 6 Ogos 2009,  Muhammad Huzaifah menamakan pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ASP M.Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Plaintif menuntut rugi am, ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif diwakili peguam Marwaliz Mahmud manakala kesemua defendan oleh Peguam Persekutuan Rohaiza Zainal.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Huzaifah dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, yang ditemani isterinya Ibnati Solihatul Nuri  Mat Taib, 22, berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu setelah menunggu sekian lama.

sumber- Bernama

Siti Saleha punya percaturan tersendiri

gambar siti saleha
Pelakon, Siti Saleha Mohd Baharum.
Memiliki rupa paras kacukan Inggeris Melayu adalah satu kelebihan buat Siti Saleha Mohd Baharum atau lebih dikenali sebagai Siti Saleha untuk terus kekal dalam industri lakonan.

Tidak pernah bergantung pada kelebihan itu, adik kepada penyanyi, Sam Bunkface ini terus berusaha keras memastikan bakat dan kebolehannya dalam bidang lakonan mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya pengarah dan penerbit tempatan.

Ia terbukti apabila lakonannya menerusi drama bersiri Nora Elena yang turut digandingkan bersama aktor popular, Aaron Aziz telah mendapat sambutan hangat daripada penonton dan sejak itulah namanya semakin mendapat perhatian umum.

Keberkesanan lakonan menerusi drama popular itu ternyata memberi kesan terhadap pencapaian kariernya sehinggakan dia kini dihujani pelbagai tawaran lakonan.

Bersyukur dengan rezeki yang ada, pelakon yang lebih mesra dipanggil Saleha ini mengatakan pencapaian yang dimilikinya hari ini adalah hasil usaha kerasnya yang terlalu meminati bidang lakonan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah putus ini. Saya gembira orang ramai dapat menilai dengan baik bakat dan kebolehan saya dalam bidang lakonan.

"Oleh kerana saya terlalu minat dengan karier ini, saya tidak akan berputus asa untuk membawa nama dan bakat ke peringkat yang lebih baik," katanya penuh semangat.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru karier lakonannya, Saleha mengakui tahun ini dirinya lebih memberi fokus terhadap tawaran lakonan filem.

"Saya tahu ada di kalangan peminat mula merindui kemunculan saya dalam drama televisyen, namun saya ada sasaran, di mana tahun ini saya mahu beri perhatian terhadap tawaran filem.

"Sejak awal tahun lagi, saya kerap menerima tawaran filem dan saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang datang demi kebaikan karier saya," katanya.

Selain bakal muncul dengan telefilem raya, Shawal, Aidil dan Fitri di TV Alhijrah, Saleha turut membintangi telefilem TV9, Aku, Dia Dan Tong Sampah serta Bila Kerbau Bunting Berkubang yang bakal disiarkan di saluran Astro.

Siti Saleha
Siti Saleha- Artis yang kian meningkat popular

Bersama pemain bolak sepak?

Tidak lari daripada persoalan cintanya bersama penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney, pelakon berusia 22 tahun ini, mulanya enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Menurut Saleha, ia terlalu peribadi untuk dikongsikan bersama orang ramai. Bagaimanapun, apabila sering diasak pertanyaan sama, Saleha akhirnya membuka mulut.

"Saya tidak bercinta dengan dia dan sekarang saya single. Bagaimanapun kami masih lagi berkawan seperti biasa.

"Semuanya telah berlalu dan apa yang penting sekarang ini adalah karier saya dalam bidang lakonan. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki dalam setiap lakonan saya untuk menjadi yang lebih baik," katanya.

Berbuka di lokasi

Berkongsi rutinnya di bulan Ramadan, Saleha yang sibuk jalani penggambaran beberapa buah telefilem tetap menjalani ibadah puasa.

Mengakui cabaran yang dilalui agak berat, namun ia tidak membatasi dirinya untuk beri yang terbaik dalam lakonannya.

"Walaupun puasa, saya masih jalani karier seperti biasa dan kadangkala terpaksa berbuka di lokasi. Tapi itu semua tidak beri masalah besar buat saya.

"Berbuka di lokasi bersama krew penggambaran juga lebih meriah. Kalau ada bazar terdekat, kami akan pergi dan berbuka di lokasi bersama," katanya.

Bertanya mengenai persiapan hari raya, Saleha berkata, tahun ini dia lebih bersederhana.

"Seperti tahun-tahun lalu, persiapan raya saya sederhana saja. Lagi pun masih ada baju-baju tahun lalu yang boleh dipakai lagi.

"Lainlah zaman kanak-kanak dahulu. Kalau boleh semua persiapan mahu yang baru," katanya.

sumber- Sinar

Ular tedung selar disangka tali

ular terpanjang di dunia
Izzuddin (tengah) bersama anggota JPAM Muar menunjukkan ular tedung selar sepanjang enam meter yang berjaya ditangkap.
MUAR – “Saya sangka tali, tetapi berasa pelik apabila objek ini bergerak-gerak dan setelah diamati rupanya seekor ular tedung selar,” kata Mohd Ghani Mahat, 26. Mohd Ghani yang merupakan pemandu jentera pengorek Kobe,  menjumpai ular tedung selar sepanjang enam meter itu ketika membersihkan sebuah parit untuk kerja-kerja pemasangan batu sangkar di Jalan Kangkar Senangar, Pagoh, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia menyedari kemunculan ular tersebut semasa mengangkat pengorek jentera itu untuk membuang lalang yang dibersihkan.

“Tiba-tiba saya nampak objek bergerak-gerak dan baru sedar terdapat seekor ular tedung selar terperangkap bersama lalang pada pengorek jentera ini. “Empat rakan lain yang menyaksikan kejadian turut terkejut, lalu mengarahkan saya supaya segera menurunkan pengorek dan tindih haiwan ini dengan pengorek bagi mengelaknya menjadi agresif,” katanya.

Katanya, mujur dia bertindak pantas, jika tidak, pasti reptilia tersebut boleh mengancam nyawa mereka. “Memang terkejut lihat reptilia ini kerana saiznya agak besar dan panjang, lebih-lebih lagi apabila ia cuba mengembangkan  kepalanya,” katanya yang pertama kali melihat ular tedung selar bersaiz seperti itu sejak lebih setahun menjadi pemandu jentera pengorek.

Mohd Ghani berkata, salah seorang rakannya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Muar untuk menangkap ular tersebut.

Sementara itu Ketua Operasi JPA Muar, Izzuddin Ali berkata, operasi menangkap ular tedung selar itu membabitkan lima anggotanya termasuk beliau sendiri.

“Kami terpaksa ambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular berkenaan yang berada di bawah pengorek. “Walaupun ular ditindih dengan pengorek, tapi kami tetap ambil langkah berjaga-jaga kerana reptilia ini sangat  merbahaya,” katanya.

Izzuddin berkata, kami bersyukur operasi berjalan dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan ular itu akhirnya dapat ditangkap.

Katanya lagi, reptilia tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). 

sumber- Sinar

Isu karikatur: Guru tuisyen mohon maaf

mengajar dalam Bahasa Melayu
Mohd Nor (kanan) menegur Lee Yee (kiri) dan Chong Yong.
JOHOR BAHRU  – Pusat tuisyen di daerah Ledang yang mencetuskan kontroversi kerana menggunakan karikatur dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah tingkatan empat menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW tampil membuat permohonan maaf, semalam.

Pengusaha pusat tuisyen, Lim Lee Yee, 26, hadir di Jabatan Pelajaran Johor di sini bersama guru terbabit, Ku Chong Yoong, 22, dan membuat permohonan maaf secara terbuka sambil disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Nor A Ghani.

Lee Yee berkata, segala alat bantu belajar serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan oleh setiap tenaga pengajar di pusat tuisyen itu akan dipantau dengan lebih teliti bagi mengelak berulang kejadian sama.

“Guru berkenaan (Chong Yoong) mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sejarah hanya subjek tambahan yang diajar kepada pelajar tanpa mengambil yuran,” katanya.

Bagi Chong Yoong, dia sudah meminta semua pelajar memulangkan kembali nota ringkas yang diberikan bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh.

“Saya meminta maaf kepada umat Islam terhadap tindakan saya yang tidak matang.

“Saya benar-benar ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam di Johor, Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, Jabatan Pelajaran Negeri akan memberi surat peringatan dan amaran kepada pusat tuisyen serta guru terbabit.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.

sumber- Sinar

Tarawih 100 Rakaat di Yemen hingga ke Subuh

tarawih 100 rakaat di Yemen

BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

“Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

“Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

“Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah,” jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja’far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Pusat ilmu

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba’alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana’a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya.

“Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman,” terangnya lanjut.

Penyucian jiwa

Apa yang pasti, kehadiran Ramadan sentiasa dirindui umat Islam yang mengetahui hakikat sebenar kemuliaan bulan tersebut. Ramadan merupakan satu bulan yang mampu mengembalikan kesihatan orang berpuasa dan penyucian jiwa dengan mengekang hawa nafsu daripada bertindak keterlaluan.

Menyedari kepentingan melaksanakan solat tarawih, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zuraida Ahmad, 44, mendorong beliau membawa anak-anak ke masjid bagi menunaikan ibadah tersebut.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki itu, semua itu dilakukan untuk mendidik mereka mengenal agama.

“Saya mula membawa anak-anak ke masjid ketika mereka berumur lima tahun. Bagi saya, ia waktu yang sesuai untuk mengajar mereka kelebihan melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan. Antaranya termasuklah mendidik mereka tentang adab-adab ketika berada di rumah Allah.

“Insya-Allah, apabila berbuat demikian kita boleh membentuk dan melahirkan generasi anak-anak soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati para ibu bapa,” ungkap Zuraida sambil tersenyum lantas meminta pendapat suaminya, Meor Abdul Razak Meor Musa.

Jurutera itu memberitahu, anak-anak akan melihat ibu bapa sebagai contoh terhadap apa yang ingin dilakukan. Jadi, sudah pasti ibu bapa perlu menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik untuk mereka.

“Pada usia lima tahun, bohonglah kalau kita katakan anak-anak ini akan sentiasa mendengar kata dan berkelakuan baik apabila dibawa ke masjid. Sebaliknya harus diakui sifat keanak-anakan masih melingkari dalam diri mereka.

“Justeru, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal tingkah laku mereka supaya tidak mengganggu jemaah lain. Antaranya membawa buku mewarna dan kelengkapan alat tulis termasuk pensel warna.

“Apabila mempunyai aktiviti seperti melukis dan mewarna, ia secara tidak langsung akan mententeramkan kanak-kanak dan mereka lebih fokus. Apa yang penting ialah membiasakan mereka dengan suasana di dalam masjid seperti ketika mengerjakan solat tarawih,” tutur Meor Abdul Razak.

Memilih Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor untuk menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pasangan suami isteri itu turut membawa semua anak mereka iaitu Meor Muhammad Hakim, 16, Siti Hajar Hadhirah, 12, Meor Abdullah Harith, 10, serta pasangan kembar Meor Adam Hazrieq dan Meor Ahmad Hazieq, 8.

Bagi Meor Ahmad Hazieq, dia mengaku hanya melaksanakan solat tarawih lapan rakaat berbanding 20 rakaat yang dilakukan pihak masjid tersebut.

“Saya berhenti selepas lapan rakaat kerana terasa penat. Kemudian selepas itu, saya hanya duduk di belakang sambil melihat orang ramai. Tahun ini, saya harap dapat menunaikan solat tarawih setiap hari sepanjang Ramadan,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap aspek pendidikan agama kepada anak-anak.

Sementara itu, Imam I Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein berkata, pihaknya sepakat mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat bagi Ramadan tahun ini berbanding lapan rakaat tahun lalu.

“Tidak ketinggalan, kami juga turut mengadakan sesi tadarus al-Quran selepas tarawih dalam kalangan ahli kariah lelaki yang berminat. Aktiviti ini berlangsung sehingga pukul 11.30 malam.

“Di samping itu, antara aktiviti lain yang dianjurkan pihak masjid termasuklah berbuka puasa dan moreh setiap hari yang ditaja oleh anak-anak kariah, tadarus al-Quran bagi muslimat di sebelah pagi serta majlis sempena memperingati penurunan al-Quran atau Nuzul Quran pada malam 27 Ramadan,” jelas Mohamad Khairi sambil memberitahu masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa.

sumber- Kosmo

Libas ibu dengan sabit kerana RM10

sabit

KUALA BERANG – Seorang penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54 tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan terus membawanya bergegas keluar dari rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, suspek dipercayai secara tiba-tiba naik berang lalu terus mengamuk setelah hasratnya untuk mendapatkan wang daripada bapanya tidak dapat dipenuhi.

“Terdahulu, suspek meminta duit daripada bapanya dan diberikan sebanyak RM40, tetapi dia tidak berpuas hati lalu meminta lagi RM10. Bapanya tidak dapat tunaikan kehendaknya kerana tidak mempunyai duit dan secara tiba-tiba suspek naik angin.

“Suspek mengamuk dengan mengambil sebilah sabit pemotong buah kelapa sawit sepanjang kira-kira dua kaki dari biliknya, dan terus meluru ke bilik ibunya dengan mengancam hendak menetak serta membunuh,” katanya.

Mohd Ismail berkata, suspek kemudiannya melibas dan libasannya terkena dinding bilik ibunya.

Bagaimanapun, bapa suspek berjaya membawa isterinya keluar dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, sehari selepas kejadian iaitu kira-kira jam 4.45 petang, suspek berjaya ditahan polis di hadapan Balai Polis Kuala Berang dan keesokan harinya pula suspek membawa polis ke rumahnya kira-kira jam 4.45 petang.

“Ketika tiba di rumahnya, suspek menunjukkan senjata digunakan dalam kejadian yang diletakkan di tepi dinding sebelum dirampas polis. Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

sumber- Sinar

Peluru kena mata tembusi kepala

ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.
ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.
JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.

Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.

Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

sumber- Hmetro

Polis 'palsu' rogol remaja

Mohd Harmozi (kiri) dan Rizal Azlie (kanan)
Mohd Harmozi (kiri) dan Rizal Azlie (kanan) memarahi petugas media merakamkan gambar mereka di Mahkamah Sesyen, semalam.
AYER KEROH - Dua sahabat dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan akibat melakukan perbuatan keji dengan merogol seorang remaja sejurus menyamun dan menyamar sebagai anggota polis, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, selepas Mohd Harmozi Abdul Ghani, 28, dan Rizal Azlie Abdullah, 34, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pada hari ditetapkan perbicaraan, semalam.

Hukuman itu selepas mengambil kira kelakuan jenayah berat dan kejam dilakukan secara bersama-sama tertuduh dalam satu transaksi.

“Walaupun kamu sudah insaf terutama bersempena Ramadan ini, kamu harus terima hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berpura-pura sebagai penjawat awam memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada pasangan remaja berusia 14 dan 17 tahun di sekitar Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira jam 11 malam pada 23 Disember 2010.

Kedua-duanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta seorang daripada mangsa dengan mengambil sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua telefon bimbit di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Atas kesalahan itu, kedua-duanya yang tidak mempunyai pekerjaan dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.  

Mereka juga didakwa merogol seorang daripada mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya di sini, antara jam 11.30 malam dan 1.30 pagi, tarikh sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan, kedua-duanya yang telah menyesal atas perbuatan dilakukan memohon hukuman ringan, selain hukuman penjara dijalankan serentak daripada tarikh ditangkap serta meminta untuk ditempatkan di Penjara Sungai Udang.

Bagaimanapun, Rebecca meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang berhadapan tiga pertuduhan termasuk melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 14 tahun.

“Perbuatan mereka telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan trauma," katanya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara  dua tahun bagi kesalahan menyamar, lapan tahun dan dua sebatan (rompakan berkumpulan) dan 15 tahun dan lapan sebatan (merogol).

Beliau turut mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh ditangkap pada 15 Januari 2011 dan tertuduh dipenjarakan di Sungai Udang.

sumber- Sinar

Leka berurut sambil bogel

khidmat urut batin
Tukang urut wanita dan pelanggan terkedu ketika premis diserbu pihak berkuasa.
PUCHONG – Keasyikan beberapa pelanggan diurut tanpa seurat benang di pusat refleksologi Bandar Puteri di sini terbantut apabila premis dikunjungi mereka diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, premis sama pernah diserbu sebelum ini namun pengusaha dikatakan tidak serik mengulangi kesalahan lama.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seramai 11 wanita warga asing, dua penjaga premis dan tiga pelanggan ditahan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan di Jalan Puteri 1/4 dan Puteri 1/8.

Menurutnya, anggota penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu masuk utama kerana penjaga premis menutup kesemua pintu bagi menyukarkan tindakan pecah masuk ke dalam premis.

Katanya, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap pintu dan di bahagian luar dipercayai untuk mengawal kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata, berapa kondom yang sudah digunakan ditemui dan hasil siasatan mendapati pengusaha premis menawarkan khidmat seks serta urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan.

“Ketika tindakan operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dijalankan di premis kedua, terdapat pelanggan yang diurut dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua premis dikenakan tindakan di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen yang dikeluarkan majlis dengan menggajikan wanita warga asing,” katanya.

Ahmad berkata, semua yang dicekup diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sehingga Julai lalu katanya, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan manakala 36 premis rumah urut dikenakan tindakan sitaan dan penutupan premis oleh MPSJ.

sumber- Sinar

10 penjenayah terkenal dalam sejarah Malaysia

botak chin

1. Botak Chin
Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.


Bentong Kali

2. Bentong Kali
Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987. Peluang kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya. Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis.


 Mona Fandey

3. Mona Fandey
Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat".  Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata-kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.


pemerkosa terkejam

4. Hanafi Mat Hassan
Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai.


Geng Azhar Kastam

5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia. Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor.  Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam lingkungan  antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.


sultan johor bunuh caddy

6. Prebet Adam
Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran pegawai Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.


pemerkosa terkejam, perogol bersiri

7. Ahmad Najib
Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny Ong Lay Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari Jumaat 13 Jun 2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu. Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belah Bangsar yang menempatkan Restoran Monte, lokasi parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya hendak pulang ke rumah. Ketika hendak membayar tiker parking di mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal dalam kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari situlah permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny. Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar. Sebelum Canny dirogol, Ahmad Najib mengakui mengacu pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa. Bukti paling kukuh yang menuduh Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.


Mat Komando

8. Mat Komando
Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun, mengetuai satu kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Kumpulan 13. Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan. Mat Komando kekal menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak Bank BSN dan Pejabat Pos. Anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota komando yang cukup terlatih dan berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya selama dua tahun. Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur. Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas. Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis, keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara. Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara maranya walaupun nilainya tidak seberapa. Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran. Mat Komando dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri (ilmu selisih) walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan rakanya yang lain mati ditembak polis. Mat Komando pernah terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada bercuti bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu. Mat Komando muncul semula enam bulan kemudian di Gemas, Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan polis. Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas, Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya. Menurut pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Mat Komando telah mati ditembak menembusi kepalanya dalam satu ops yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah.


Al Ma'unah

9. Al Ma'unah
Al Ma'unah  adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.  Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera. Mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut. Mereka menyatakan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm. Anggota geng tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin mengagih agihkan semua senjata yang dilarikan tersebut kepada orang orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampung telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Sepanjang 4 hari menjadi tawanan, anggota pasukan keselamatan  telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari Jusoh menembak Truper Matthews. Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Koperal Detektif Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar. Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan  Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat. Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Jeneral Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Jeneral Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau. Dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al Ma'unah iaitu Amin. Berlakulah perdebatan antara Abdul Razak dan Amin yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang ASP Abdul Razak telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya.


Rasidi Ismail

10. Rasidi Ismail
Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun. Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan. Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, unit anjing pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut. Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara itu, polis sedang mengesan seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini. Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL. Semasa penangkapan itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri. Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan hasil maklumat. Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam. Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit. Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan. Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut. Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. Dengan keputusan itu Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

sumber- awieomar

Dua balai polis ditawan di Aleppo

SEORANG anggota Tentera Pembebasan Syria meronda bandar Aleppo kelmarin.
SEORANG anggota Tentera Pembebasan Syria meronda bandar Aleppo kelmarin.
ALEPPO - Pemberontak Syria menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan menawan dua balai polis di sini selepas membunuh 40 anggota keselamatan, kata sebuah kumpulan pemantau ketika pertempuran di ibu kota komersial Syria itu terus memuncak semalam.

Pertempuran antara pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad turut dilaporkan di ibu kota Syria, Damsyik, bandar Deir Ezzor di timur dan Daraa di selatan negara berkenaan.

Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, Aleppo semalam digegarkan dengan pertempuran paling sengit selepas bandar raya ini digempur FSA.

Seorang pegawai kumpulan berkenaan, Rami Abdel Rahman berkata, pemberontak menggunakan sejumlah pelancar grenad dalam serangan menjelang subuh ke atas sebuah pekarangan tentera, ibu pejabat perisikan tentera udara dan cawangan Parti Baath di sini.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus pemberontak menyerang beberapa buah balai polis di kawasan penempatan penduduk Salhin dan Bab al-Nayrab.

"Sekurang-kurangnya 40 anggota polis terbunuh dalam pertempuran tersebut yang berlanjutan selama beberapa jam," kata Abdel Rahman.

Antara yang maut termasuk ketua polis balai Salhin, selatan bandar raya ini manakala tiga buah kenderaan turut musnah, tambahnya.

Siri serangan itu berlaku selepas misi pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, tentera rejim Bashar menggunakan beberapa buah helikopter, kereta kebal dan meriam untuk memerangi pemberontak.

Badan pemerhati itu turut merayu kedua-dua belah pihak supaya melindungi kira-kira 2.7 juta penduduk awam yang tinggal di bandar raya ini.

"Pertempuran sengit ini menunjukkan betapa pentingnya bandar raya ini kepada rejim Bashar. Mereka tidak mahu Aleppo menjadi kubu pemberontak seperti yang berlaku ke atas bandar Benghazi di Libya," kata Abdel Rahman.

Kelmarin, pemberontak merampas pos kawalan Anadan yang terletak sekitar lima kilometer ke barat daya bandar raya ini sekali gus memastikan laluan terus ke sempadan Turki.

"Dalam beberapa jam akan datang, impak kejatuhan pos kawalan ini akan dapat dilihat apabila banyak bekalan tiba melalui pos ini untuk dihantar ke Aleppo," tambahnya.

Penentangan rakyat Syria ke atas rejim Bashar bermula sejak Mac tahun lalu.

Lebih 19,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...