Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, November 8, 2012

Hamba seks tertua meninggal dunia

TAIPEI - Wanita yang digelar hamba seks tertua dunia, menghembuskan nafas terakhir pada umur 96 tahun akibat kegagalan fungsi pernafasan di Taiwan, Sabtu lalu.

Menurut Pertubuhan Keselamatan Wanita Taipei (TWRF), Huang Wu Hsui-mei, adalah salah seorang daripada lapan hamba seks atau dikenali sebagai 'comfort women', yang masih tinggal di Taiwan selepas 50 yang lain meninggal dunia lebih 20 tahun lalu.

"Huang dipaksa kerajaan Jepun menjadi hamba seks kepada askar mereka di wilayah Guangdong, China pada 1940.

hamba seks askar Jepun
Huang (kiri) ketika bersama rakan-rakannya pada majlis memperingati pengorbanan mereka untuk negara.
"Dia dipaksa melakukan perkhidmatan seksual kepada lebih 20 askar setiap hari dalam setahun," kata wakil TWRF.

Sebaik kembali ke Taiwan, Huang mengalami penderitaan mental dan fizikal sekali gus diceraikan suaminya kerana gagal melahirkan anak.

Wanita itu turut mengembara ke Jepun, Australia dan Korea Selatan bagi mendapatkan sokongan masyarakat luar serta mendapat pembelaan daripada kerajaan Jepun.

Namun sehingga kini, perjuangan Huang untuk mendapatkan permohonan maaf daripada kerajaan Jepun masih tertangguh dan TWRF berkata, pihaknya akan meneruskannya demi keadilan hamba-hamba seks di zaman itu. 

sumber- Bernama

Mumia budak dikembalikan ke Peru

LIMA - Mumia kanak-kanak berusia kira-kira 700 tahun, dikembalikan semula ke Peru selepas diseludup oleh penyeludup barangan antik ke Bolivia, kelmarin.

"Kita mengiktirafnya sebagai artifak warisan kebudayaan negara yang perlu dipelihara," kata Menteri Kebudayaan, Luis Peirano.

Mumia budak
Beberapa helai lapisan kain masih membaluti tubuh mumia kecil ini.
Ia ditemui dalam kotak kertas, dua tahun lalu, daripada rakyat Bolivia yang cuba menghantarnya ke Compiegne, Perancis.

Mumia berkenaan diserahkan kepada Peru oleh Menteri Kebudayaan Bolivia, Pablo Groux dalam keadaan baik dan dibungkus bagi melambatkan proses pereputan.

Pakar arkeologi percaya, ia berasal daripada zaman pra-Inca pantai Peru dan ia adalah kanak-kanak berumur dua tahun. 

sumber- AP

Akhbar Buat Cerita Hantu Kelakar Harini!

gambar hantu

Kisah wartawan Sinar Harian yang menjumpai Lembaga misteri di Bukit Lengkok beberapa tahun yang lepas. Memang Seram. Dengan baju putih dan rambut panjang, siapa tak meremang bulu roma. Cuba kita Close-up. 

gambar hantu

CAAAKKK!!! Keluar pulak imej hantu yang sama harini dalam Sinar dan Kosmo. Cuba perhati, posisi rambut apa semua sama. Haha. Senang betul cari modal cerita. Hantu yang asalnya dari Aplikasi Android ni terus popular di Malaysia.

gambar hantu

hantu di Melaka
Sinar Harian, Telus & Tulus la sangatkan. 
foto hantu yang menakutkan
Artikel Sinar dan Kosmo ni nampak hampir sama. Wartawan mana sebenar yang mula-mula kena tipu? Ke sama-sama sepakat untuk menipu?

Pelajar dituduh berzina dengan guru

PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

dituduh seks dengan cikgu
Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.
“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,”
katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan  waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya.

sumber- Sinar

Guru gunting rambut murid dijel 6 bulan

KAHERAH: Seorang guru wanita warga Mesir semalam menerima hukuman penjara enam bulan yang digantung kerana menggunting rambut murid perempuannya yang berusia 12 tahun yang tidak berhijab, kata sumber kehakiman.

cikgu arab
gambar hiasan
Iman Abu Bakr Kilany, seorang guru sains yang memakai niqab berkata, bulan lalu dia dipindahkan dari sebuah sekolah di Luxor selepas menerima aduan daripada ibu bapa muridnya yang tidak berhijab terbabit. Dia berkata, dia dipindahkan untuk bertugas di bahagian pentadbiran dan dipotong sebulan gaji.

Kumpulan hak asasi manusia dan organisasi wanita mengutuk insiden itu sebagai contoh golongan konservatif cuba melaksanakan nilai pegangan mereka kepada orang lain sejak parti Islam mengambil alih kuasa di Mesir. Peguam Iman berkata, hukuman itu tidak munasabah dan anak guamnya akan membuat rayuan, lapora agensi berita kerajaan, MENA. Kebanyakan wanita Mesir memakai hijab, tetapi cendekiawan Islam negara itu pada umumnya berkata, ia patut dilakukan atas pilihan masing-masing.

sumber- AN

Khasiat Pokok Tasbih

pokok tasbih

Pokok Tasbih turut dikenali sebagai Pokok Jelai. Tumbuhan dari famili rumput ini mempunyai batang yang tegak serta mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak di kampung bermain buah ini dengan menjadikannya sebagai tasbih. Satu kepercayaan masyarakat Melayu mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih ini akan menjadi kurus serta tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Tumbuhan berumpun ini mampu mencapai ketinggian sehingga 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau cerah semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat apabila masak. Ianya akan menjadi hitam apabila sudah terlalu tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak. Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.

KEGUNAAN

Masyarakat kampung menggunakan ia sebagai herba bagi mengubati sakit kepala dan migrin. 

  • Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. 
  • Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.

Akarnya mampu mengubati demam kuning dengan cara:

  • Rebus 15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah. 
  • Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. 
  • Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.

Bagi merawat batu karang pula:

  • 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. 
  • Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.

Bagi merawat Reumatoid: 

  • 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. 
  • Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. 
  • Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit . 

Ia juga boleh menjadi penawar appendiks dan cirit-birit. Dalam perubatan tradisional Cina, Jelai adalah tumbuhan yang menyejukkan dan berfungsi bagi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam. Ia juga dijadikan ubat bagi merawat masalah cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup.

Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.

sumber- wannura

Tembak isteri di bank sebelum cuba bunuh diri

tembak isteri sendiri

BANGKOK: Pemilik sekolah persediaan membunuh isterinya di cawangan Bank Krung Thai di wilayah Phaya Thai dan kemudian menembak dirinya sendiri di kepala, semalam.

Polis berkata, Sombat Tanomwajamun, 45, membunuh bekas isterinya Nuttaya Boonyotin, 43, di Bank Krung Thai yang terletak di bangunan Wannasorn. 

Sombat, pemilik Akedemi Future, melepaskan tiga tembakan yang menyebabkan Nuttaya mati serta merta, kemudian melarikan diri ke sekolahnya yang terletak kira-kira 200 meter di mana dia cuba bunuh diri. 

sumber- BP 

Paksa nenek jual bumbung rumah

LAMPANG: Seorang lelaki memaksa datuk dan neneknya menjual atap rumah mereka supaya dia dapat menggunakan duit itu untuk membeli dadah.

Penduduk di tambol Ton Thong Chai di daerah Muang memanggil wartawan dan meminta mereka mendedahkan kisah pasangan tua itu. 

Mereka berkata, kehidupan Tomkam, 78 dan isterinya, Nangnoi, 73, amat susah. Pasangan itu kini tinggal di rumah kayu dua tingkat tanpa bumbung untuk berlindung. 

atap zink
gambar hiasan
Pasangan tua itu terpaksa tidur di atas lantai dekat dengan tandas. Lantai di bahagian atas banyak yang berlubang dan apabila hujan, mereka terpaksa menutup tubuh dengan plastik.

Nangnoi berkata, dia terpaksa menjual bumbung dan kayu rumah kerana cucunya, Kitipong, 28, perlukan wang untuk membeli methamphetamine (syabu).

Katanya, cucunya itu akan memukul mereka sekiranya enggan memberikan wang. Pasangan itu menerima pencen sebanyak 700 baht (RM70) sebulan. 

Nangnoi berkata, dia telah menjual semua barang kepunyaannya untuk membiayai dadah cucunya. 

Katanya, kali terakhir dia tidak mempunyai wang untuk diberi kepada cucunya, Kitipong membuka dan menjual paip bilik mandi. 

Menurut pasangan itu, Kitipong melarikan diri ke Chiang Mai selepas mendapat tahu polis memburunya kerana menjual dadah. 

sumber- BP

Dera sampai mati lalu campak dari tingkat 15

dera anjing

LONDON: Seorang pemilik anjing, menyeksa haiwan peliharaannya hingga mati sebelum mencampakkannya dari balkoni flat tingkat 15 untuk menutup perbuatan jahatnya.

Dean Edwards, 44, memukul anjing Staffordshire Bull Terrier bernama Diesel berusia dua setengah tahun dengan teruk di rumahnya di Bloxwich, Walsall sehingga menyebabkan organ dalaman haiwan itu mengalami “kecederaan dahsyat”. 

Semalam, Dean dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSCPA) dan polis menemui Diesel terbaring berlumuran darah di atas tanah. 

Dean mendakwa dia tahu mengenai Diesel yang terbaring selepas diberitahu oleh jirannya. Dia memberitahu jiran, Diesel mungkin tidur di balkoni dan terjatuh.

Polis mengesyaki Dean berbohong kerana mereka menemui tompokan darah anjing di balkoni dan di dalam flat itu.

sumber- Daily Mail

Rompakan ala filem James Bond

LONDON: Enam perompak mengejutkan orang ramai apabila melakukan rompakan bermotosikal dengan pantas.

Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam.

Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul. 

Rompakan ala filem James Bond
ENAM perompak menunggang motosikal berkuasa tinggi merompak kedai emas.
Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London.

Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri.

Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku.

Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look.

Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, “Mari mulakan keseronokan.”

Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang.

“Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik,” katanya.

Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu.

“Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak,” katanya.

Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah.

Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks. 

Katanya, “Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi.”

“Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross,” katanya.

Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar.

“Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya,” katanya.

Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. 

sumber- Daily Mail

Chef Riz mengaku sudah bercerai

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Chef Riz dan Ana Dahlia
Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia pada 1 Disember tahun lepas di Taiping, Perak hanya tinggal kenangan.
Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.

sumber- Kosmo

Imam surau mati dibunuh

TANAH MERAH - Hasrat seorang warga emas untuk melaungkan azan dan mengimamkan solat Subuh di sebuah surau bertukar tragedi apabila dia ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, dekat sini semalam.

Mayat Abdullah Nawang, 77, ditemui pada pukul 6 pagi oleh dua jemaah wanita yang mahu menunaikan solat Subuh di surau tersebut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah selepas kepala mangsa disyaki dipukul dengan objek keras.

Imam surau mati dibunuh
SEORANG penduduk, Zulkifli Mat menunjukkan tempat Abdullah ditemui mati di Tanah Merah semalam.
Difahamkan, mangsa disyaki diserang oleh seorang lelaki yang mempunyai masalah mental ketika dia sedang menunaikan solat sunat sementara menunggu jemaah lain tiba. Suspek berusia 57 tahun itu pernah menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang cedera parah di kepala dan leher.

"Suspek yang pernah mengganggu penduduk sebelum ini diberkas di sebuah kedai kopi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7.30 pagi.

sumber- Kosmo

Pelacur salun hias kuku diserbu

KUALA LUMPUR – Taktik licik satu sindiket pelacuran yang menjalankan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik salun menghias kuku terbongkar apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman kelmarin.

pelacur
SEBAHAGIAN daripada 10 pelacur yang ditahan dalam serbuan di salun menghias kuku di Jalan Klang Lama kelmarin.
Serbuan pukul 10.45 malam di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini itu berjaya menahan lapan wanita Vietnam dan dua warga China berusia antara 18 hingga 31 tahun yang disyaki pelacur. Turut ditahan seorang penjaga premis berusia 48 tahun.

Ketua operasi, Inspektor Muhammad Md. Jais berkata, ketika serbuan, seorang pelacur didapati sedang ghairah melayan seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

sumber- Kosmo

Kena belasah sebab Facebook

KUALA LUMPUR - Gara-gara memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook, seorang pekerja salun cedera selepas dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong di sini Isnin lalu.

Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika wanita berusia 18 tahun bersama suami, adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.

kena belasah sebab Facebook
DI SINILAH tempat seorang wanita dibelasah sekumpulan sembilan individu di Jalan Kepong Isnin lalu.
Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona, Nissan Sunny dan Toyota Vios.

Difahamkan, suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.

Sumber memberitahu, perbincangan itu bagaimanapun gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.

sumber- Kosmo

Ikan kap panggang jadi menu istimewa di Iraq

BAGHDAD - Rata-rata pengunjung yang tiba di al Khadra, Iraq pasti akan memilih menu istimewa masgouf yang merupakan santapan popular Iraq dengan menggunakan ikan kap yang dipanggang.

Ikan segar itu dibelah dua dan dimasak dengan kombinasi bawang, rempah-ratus dan sos tomato.

Haiwan tersebut kemudian dipanggang di atas rak di dalam sebuah lubang yang dipenuhi bara api.

Ikan kap panggang
SEORANG penjaja memanggang seekor ikan kap di Baghdad pada 5 Oktober lalu.
Pelanggan dikenakan bayaran sekitar 40,000 dinar (RM100) untuk setiap hidangan masgouf.

Harga untuk hidangan ini dipercayai mahal mengikut standard restoran di Iraq.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di sini memilih untuk membeli ikan di pasar dan memasaknya di rumah.

Seorang penduduk Iraq Umm Ahmed memilih seekor ikan kap di sebuah pasar di Shawka yang terletak di pusat bandar Baghdad untuk dijadikan menu masgouf.

"Saya memasak menu masgouf dan ia menjadi memori untuk anak dan suami saya.

"Mereka terbunuh dalam satu serangan pada tiga tahun lalu, semasa solat Jumaat," katanya sedih.

Seorang peniaga, Harith Faraj, yang mengusahakan sebuah gerai jualan ikan segar bersetuju dengan mendakwa bahawa harga ikan lebih murah berbanding daging.

"Sekilo ikan berharga 6,500 dinar (RM15.25).

"Kini, ikan semakin mampu dibeli oleh setiap orang. Beberapa tahun lalu ia terlalu mahal," katanya. 

sumber- AFP

Seram! Gambar hantu dirakam jururawat

MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

gambar hantu melaka
IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swastadi Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Keesokan paginya, saya melihat sekali lagi gambar ini dan terkejut apabila mendapati terdapat imej wanita berbaju putih dengan rambut panjang dan muka pucat di atas lantai depan lif,” katanya.

Menurutnya, selepas melihat gambar berkenaan, dia menghadapi kesukaran untuk tidur sehingga berlarutan beberapa hari.

Walaupun takut, katanya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan kerana menganggap ia sesuatu yang unik untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya.

sumber- Kosmo

Rangka gajah purba ditemui

MEAUX, Perancis - Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis kelmarin.

Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris.

gajah purba
GAMBAR fail menunjukkan seekor gajah purba dan anaknya.
Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra.

Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...