Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Sunday, December 23, 2012
Gambar ilusi yang kreatif
Apa yang dilihat ini bukanlah gambar yang dimanipulasi menggunakan perisian Photoshop. Ianya adalah hasil kerja Li Wei, seorang artis yang bertapak di Beijing, China. Menariknya, gambar ini adalah gabungan seni persembahan dan juga teknik fotographi yang hebat. Ilusi ini dihasilkan dengan menggunakan cermin, wayar kabel dan beberapa perkakas lain. Ada diantara gambar yang dihasilkan kelihatan bahaya namun difahamkan aksi tersebut dilakukan dengan selamat.
Cara mudah membuat luka palsu
Mengemis mungkin menjadi jalan pintas untuk seseorang memperoleh pendapatan. Ada sesetengah pengemis tersangatlah licik dengan berlakon seperti orang miskin sedangkan mereka berkemampuan untuk bekerja. Malah, ada diantara mereka mempunyai rumah serta kereta yang mewah. Pelbagai cara digunakan untuk meraih simpati antaranya dengan membuat muka sedih, berpakaian compang-camping, dan membuat kecederaan palsu pada anggota badan.
Cara membuat luka palsu pula bukanlah sesuatu yang sukar. Modal yang diperlukan juga tidak seberapa. Dengan kos sekitar RM2 hingga RM5, luka yang dihasilkan begitu realistik dan sudah memadai untuk memperdaya orang ramai. Berikut merupakan langkah-langkah untuk penghasilan luka palsu.
1. Sediakan bahan yang diperlukan iaitu dakwat merah, pencungkil gigi, putik kapas, berus, dan juga gam.
2. Buat kecederaan dengan menggunakan gam.
3. Tunggu sehingga ianya kering.
4. Rapikan gam dengan menggunakan pencungkil gigi supaya ianya lebih kuat.
5. Ratakan kesan gam yang masih menggumpal dengan menggunakan berus.
6. Samarkan kawasan kecederaan bahagian luar dengan sedikit dakwat merah.
7. Sapukan sedikit dakwat merah menggunakan putik kapas di sekitar luka supaya nampak lebih realistik.
8. Cungkil luka pada bahagian dalam dengan menggunakan pencungkil gigi bagi mendapatkan kesan kulit seperti terkoyak.
9. Sapukan dakwat merah di seluruh bahagian luka.
10. Tunggu sehingga ianya kering.
11. Akhirnya siap. Luka yang dihasilkan ini sudah mampu menipu orang ramai.
China akan buka laluan kereta api laju terpanjang
BEIJING/ZHENGZHOU - China bakal mempunyai landasan kereta api laju terpanjang di dunia apabila laluan tren itu yang menghubungkan bandar raya ini dengan kota metropolitan Guangzhou, di selatan negara berkenaan dirasmikan minggu depan, kata beberapa pegawai semalam.
SEBUAH kereta api laju tiba di sebuah platform dalam wilayah Hebei semalam. |
Perjalanan dengan kereta api laju antara dua bandar raya berkenaan kini mengambil masa kurang 10 jam pada kelajuan mencecah 300 kilometer sejam.
Laluan baharu itu memberikan peluang kepada Kementerian Kereta Api China yang dihimpit pelbagai skandal dan kesilapan untuk menebus maruahnya.
Pada Julai 2011, satu kemalangan kereta api laju meragut 40 nyawa dan mencetuskan kebimbangan berhubung tahap keselamatan laluan kereta api laju di negara berkenaan.
Beijing membelanjakan 2.3 trilion yuan (RM981 bilion) di bawah pelan lima tahun yang tamat pada 2015 untuk membangunkan sistem perkhidmatan kereta api laju di China.
sumber- Reuters
Subscribe to:
Posts (Atom)