Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, December 3, 2012

Tentera AS di Jepun dilarang minum arak

jepun kena rogol

TOKYO - Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Okinawa, selatan Jepun dilarang minum arak di luar pangkalan ketenteraan, selepas dituduh terlibat dalam beberapa kes jenayah, termasuk merogol gadis tempatan.

Agensi berita Kyodo yang memetik sumber ketenteraan melaporkan, anggota tentera AS tidak akan dibenarkan minum arak sepanjang masa di mana-mana restoran, rumah rakan atau tempat lain di wilayah ini.

Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian di rumah masing-masing. 

sumber- AFP

Pelajar dihukum pegang tangan

pegang tangan

PHOENIX - Gara-gara bergaduh, dua pelajar lelaki Sekolah Tinggi Westwood, Arizona dihukum berpegangan tangan di luar kelas selama sejam. Hukuman itu turut mengundang kontroversi sebaik sahaja gambar mereka dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook.

Charles Crockett dan Julio, 14, dilaporkan bergaduh semasa menghadiri kelas tahanan pada Rabu lalu.

Pengetua sekolah Tim Richards, memberi dua pilihan sama ada mereka digantung persekolahan atau menjalani hukuman yang memalukan itu.

Tindakan Richards bagaimanapun, dikritik banyak pihak, namun sebahagian besarnya mengakui hukuman itu memberi pengajaran bahawa sekolah bukan tempat untuk bergaduh. 

sumber- MailOnline

Ikan robotik untuk dipelihara

Memelihara ikan dalam akuarium bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ikan yang dipelihara haruslah diberi makan, manakala akuarium pula haruslah dicuci dan ditukar airnya pada masa tertentu. Jika tidak, ikan-ikan tersebut mungkin akan jatuh sakit atau mati.

ikan robot

Dengan teknologi baru, Tiada apa lagi yang harus dirisaukan. Takara Tomy telah menghasilkan ikan robotik yang bergerak seakan ikan sebenar. Mungkin agak pelik jika memelihara robot sebagai ganti kepada haiwan peliharan. Namun, inilah penyelesaian terbaik bagi tuan yang malas menjaga haiwan peliharaan mereka.

robot ikan

Robot ikan tersebut dapat berfungsi seakan ikan sebenar. Ia mampu berenang, makan, serta boleh bergerak seakan ikan yang dipelihara. Setiap dari robot ini dihidupkan dengan kuasa 2 biji bateri jam lithium-ion yang membolehkan ekornya untuk bergerak.

ikan hias

Buat masa ini, patern yang dihasilkan dari jauh kelihatan seperti ikan sebenar, namun secara dekat, jelas menampakkan ia adalah robot. Harga untuk seekor ikan robotik ini dijual pada harga $37. Ianya mula ditayangkan pada umum ketika festival International Toy Show di Tokyo, awal tahun ini.

Gambar sebelum dan selepas ketagihan dadah

Roman Sakovich, seorang photographer dari London telah menghasilkan projek 'Half' ketika dia sedang belajar di Arts University College di Bournemouth. Gambar-gambar ini membolehkan kita melihat apakah akibat dari penyalahgunaan dadah dan kesannya dalam mengubah hidup seseorang.

gambar dadah
penagih dadah
penyalahgunaan dadah
kesan-kesan dadah
kesan dadah
bahaya dadah

Ubi keledek gergasi

PASIR GUDANG – Seorang penduduk terkejut sebaik melihat ubi keledek yang ditanam di Kampung Desa Pingitan Sungai Penderang Kong Kong, di sini, mengeluarkan hasil bersaiz luar biasa.

Mohd Barijan Jurimi, 65, berkata, pada mulanya ubi keledek yang mula timbul di permukaan tanah selepas ditanam sekitar lima hingga enam bulan lepas disangka cendawan tanah.

Bagaimanapun selepas digali, ternyata ubi keledek yang ditanam bersama ubi kayu itu bersaiz gergasi.

ubi keledek
Mohd Barijan (dua, kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan ubi keledek gergasi yang ditemuinya.
“Saya tanam ubi keledek ini bersama ubi kayu untuk dimakan, bukan untuk dijual, tapi telah dirosakkan oleh sekumpulan babi hutan sehingga menampakkan ubi keledek yang terkeluar di permukaan tanah.

“Pada mulanya saya sangkakan cendawan tanah, tapi terkejut sebaik digali ia adalah ubi keledek yang bersaiz gergasi. Saiznya sangat besar daripada ubi keledek biasa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Barijan berkata, ubi keledek seberat 14 kilogram itu telah menarik perhatian penduduk kampung dan rakan-rakannya yang baru pertama kali melihat ubi keledek bersaiz sebegitu.

Disebabkan keunikan itu, dia tidak berhasrat untuk menjual atau memasak ubi keledek itu, sebaliknya akan disimpan dan dipamerkan untuk tontonan orang ramai.

“Sepanjang hidup saya tidak pernah melihat ubi keledek sebesar ini. Biasanya paling besar pun bersaiz tujuh hingga lapan kilogram sahaja.

“Buat sementara ini, saya akan simpan ubi keledek ini selagi masih ada yang ingin melihatnya secara dekat dan tidak berniat menjualnya,” katanya.

sumber- Sinar

Terbakar lepas langgar lembu

MELAKA TENGAH - Suasana gembira sebuah keluarga yang baru pulang membeli-belah bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh seekor lembu, malam kelmarin.

Toyota Alphard
Toyota Alphard yang terbakar selepas merempuh lembu. Gambar kecil: Yok Chin
Dalam kejadian jam 11 malam di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) itu, kereta Toyota Alphard yang dinaiki tujuh sekeluarga berkenaan hangus bersama barang-barang yang dibeli bernilai hampir RM1,300.

Mangsa Lim Yok Chin, 46, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Muar, Johor selepas berbelanja di sebuah pusat membeli-belah terkenal di negeri ini.

“Setibanya di tempat kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong oleh sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat lembu tiba-tiba muncul di atas jalan.

“Saya gagal mengawal kenderaan kemudian merempuh lembu itu lalu terbabas sebelum melihat asap kecil keluar dari enjin kereta dan terus mengarahkan ahli keluarga keluar dari kereta,” katanya.

Yok Chin berkata, kira-kira 10 minit kemudian, kereta bernilai RM130,000 yang digunakan sejak 2010 itu terbakar tanpa sempat dia menyelamatkan barangan yang dibelinya di pusat membeli belah berkenaan.

“Walaupun mengalami kerugian, saya masih bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini malah berterima kasih kepada orang awam yang membantu menghubungi bomba.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku kepada pengguna lain, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri ini memasang tiang lampu sepanjang jalan yang sememangnya gelap dan pagar untuk mengelakkan binatang masuk ke dalam lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

sumber- Sinar

Nekad langgar polis kerana susu tepung

PUCHONG – Sekumpulan lelaki yang dipercayai mendalangi satu sindiket mencuri susu tepung bayi di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah terkenal di sini dikatakan bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu.

Terbaru, sindiket itu dikatakan membawa lari beberapa tin susu tepung dari pasar raya itu.

curi susu tepung
Papan tanda dilanggar kenderaan dinaiki geng curi susu tepung dan gambar suspek yang berjaya dirakam melalui CCTV di pusat beli-belah terkenal baru-baru ini
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang kelmarin, pihaknya menerima maklumat daripada Bahagian Keselamatan pasar raya berkenaan memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, empat lelaki dikenal pasti suspek sindiket geng curi susu tepung masuk ke dalam pasar raya dan tindak tanduk mencurigakan disedari pihak keselamatan yang mengekori mereka.

Abd Razak berkata, pihak keselamatan kemudian menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, kumpulan suspek itu dikatakan dalam pergerakan keluar dari kawasan pasar raya menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

“Bimbang diberkas, suspek kemudian memecut laju kenderaan menghala keluar dari kawasan pusat beli-belah dan melanggar besi palang serta tiang papan tanda di tepi jalan,” katanya.

Kata Abd Razak, dua anggota polis yang berada di laluan keluar dilanggar kenderaan suspek menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan kecil.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan dan kita meminta orang awam yang menpunyai maklumat boleh menghubungi  Balai Polis Puchong Jaya di talian 0380762222,” katanya.

sumber- Sinar

Derya Sert tetap mahu jadi ibu

LONDON  - Wanita pertama di dunia yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim, Derya Sert bakal menjalani pembedahan persenyawaan tabung uji (IVF) bagi meneruskan hasratnya untuk mendapatkan anak.

Derya Sert
Derya Sert ketika menjalani rawatan selepas pembedahan pemindahan rahim pada Ogos tahun lalu. - AGENSI
Namun, beberapa pakar kesihatan Britain memberi amaran, wanita dari Turki itu berdepan risiko kehilangan nyawa, sekiranya meneruskan hasratnya itu untuk menjadi seorang ibu.

Menurut pakar, Derya berpotensi menghadapi komplikasi yang boleh membawa maut jika mengandung dan terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan.

Ogos tahun lalu, wanita berusia 22 tahun itu menjalani pembedahan rahim yang dilakukan oleh pakar bedah Turki, Prof. Omer Ozkan.

Minggu lalu, pula Omer mengumumkan pada sidang media bahawa Derya akan menjalani ujian IVF di sini anjuran Imperial College London, yang bersedia memberi rawatan yang sama dalam tempoh dua tahun kepada beribu-ribu wanita Britain.

Omer berkata, tiga lagi wanita telah bersetuju menjalani pembedahan pemindahan rahim di kliniknya.

"Proses IVF akan menentukan sama ada rahim baharu Derya mampu berfungsi dengan baik atau tidak dan ia akan mengambil masa selama tiga bulan.

"Keadaan kesihatan Derya ketika ini sangat baik dan kami sentiasa memastikan pesakit memberi maklum balas kepada kami pada setiap masa," jelasnya.

Kira-kira 15,000 wanita Britain dilahirkan tanpa rahim atau telah membuang rahim mereka akibat penyakit kanser atau masalah kesihatan yang lain.

Wanita yang kehilangan rahim mereka akibat kanser memerlukan masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk bebas sepenuhnya daripada penyakit tersebut sebelum boleh menjalani pembedahan pemindahan rahim.

Namun, pakar kesihatan mengkritik pembedahan berkenaan yang didakwa tidak selamat dan boleh membawa maut dengan risiko penolakan rahim baharu dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat semasa hamil. 

sumber- AGENSI

Dua mati, 2 lagi cedera ditembak jurulatih mengamuk

SETE (Perancis): Jurulatih pusat latihan menembak di selatan negara ini yang berang dengan jirannya kerana berbuat bising ketika parti hari jadi mengamuk semalam, membunuh dua orang dan mencederakan dua yang lain, kata polis.

jurulatih mengamuk
Polis forensik sedang mengambil perkakasan untuk lakukan siasatan
Jurulatih berusia 49 tahun itu pergi ke kediaman jirannya di tingkat bawah meminta mereka memperlahankan bunyi muzik.

Apabila mereka enggan, dia memberi amaran: “Saya akan pulang ke rumah dan datang semula untuk membunuh anda,” kata pendakwa raya Brice Robin. Jurulatih itu menepati janjinya apabila menceroboh masuk ke pangsapuri jirannya pada jam 2 pagi dan melepaskan tembakan kearah tetamu di situ.

sumber- AFP

Kanak-kanak peribumi hilang diseret buaya

DARWIN: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun hilang selepas dia dibaham buaya ketika mandi bersama beberapa orang lain di Wilayah Utara Australia, semalam.

Ia adalah serangan kedua berlaku di situ dalam tempoh dua minggu.

gambar buaya
gambar hiasan
Walaupun polis dan renjer meneruskan operasi menyelamatkan semalam, pihak berkuasa bimbang mereka gagal menyelamatkan mangsa.

Kurang dua minggu lalu, seorang budak perempuan berusia tujuh tahun maut dibaham buaya di situ.Selepas seekor buaya berjaya ditembak mati, pihak berkuasa menemui cebisan tubuh mangsa dalam perut reptilia berkenaan.

Kejadian semalam berlaku di Port Bradshaw, membabitkan budak dipercayai daripada suku asli tempatan.

sumber- TS

Adik belasah abang sampai mati

GEORGE TOWN – Perkelahian dua beradik lelaki yang bermula dengan gurauan berakhir dengan tragedi apabila si abang maut akibat terkena tumbukan bertubi-tubi di belakang kepala oleh adiknya.

Adik belasah abang sampai mati
SEBUAH rumah kelamin di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas inilah lokasi seorang remaja maut dibelasah oleh adiknya sendiri kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam kelmarin berlaku di ruang tamu kediaman kelamin warga tentera di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas di sini menyebabkan mangsa, Muhamad Asyraf Muhamad Shukri, 17, cedera di kepala.

Asyraf yang dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh jiran disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam.

Mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada seorang anggota tentera itu baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin lalu dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Tun Uda, Jalan Tengah di sini.

Suspek anak kedua yang berusia 16 tahun pula dikatakan hanya bersekolah hingga tingkatan tiga dan kini bekerja sambilan membantu seorang rakan berniaga di sebuah gerai burger di Sungai Ara.

Pertengkaran tersebut tercetus pada pukul 7 malam apabila suspek yang sedang bermain komputer riba tiba-tiba mengusik adik perempuannya yang berusia empat tahun yang ketika itu baru masuk ke rumah selepas bermain.

Si abang yang ketika itu sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen tiba-tiba bangun lalu marah suspek sebelum menendang adiknya itu di badan.

Si adik yang berang dengan tindakan abangnya terus menerkam dan menumbuk mangsa di bahagian kepala berkali-kali hingga mangsa rebah ke lantai lalu pengsan.

sumber- Kosmo

Parah dikerjakan Ah Long

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan yang keluar bersarapan berdepan dengan detik-detik cemas apabila dia dilarikan oleh sekumpulan tiga ah long dengan sebuah kereta sebelum dibelasah dan ditikam di sebuah lorong di Jalan Tekun, Taman Maju Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Too Chow Siew, 50, juga ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Parah dikerjakan Ah Long
Chow Siew ditinggal ah long dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Tekun, Taman Maju, Johor Bahru semalam.
Bagaimanapun, Chow Siew dapat diselamatkan setelah orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu terdengar jeritannya dan terus membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dr. Hashim Haron, kejadian yang hampir meragut nyawa mangsa itu berpunca apabila ah long tersebut berang dengan mangsa yang tidak melangsaikan pinjaman yang dibuat.

“Mangsa telah dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan sebuah kenderaan di hadapan rumahnya kira-kira pukul 9.30 pagi dan kemudian dia ditinggalkan selepas dipukul oleh ah long berkenaan pada pukul 12 tengah hari di sebuah lorong di Taman Maju Jaya.

“Ah long berkenaan dipercayai memburu mangsa selepas dia dipercayai menimbulkan kemarahan kumpulan itu kerana tidak membayar hutang yang dipinjam,” katanya kepada Kosmo!.

sumber- Kosmo

Bina hotel ais di Sweden

KIRUNA, Sweden - Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu.

hotel ais
BEBERAPA orang menyiapkan sebuah bangunan hotel ais di Jukkasjarvi pada 16 November lalu.
Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu.

Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. 

sumber- Agensi

Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia

BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.

tempat pontianak
KINCIR air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia. 
Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.

Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.

"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.

"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.

Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.

Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.

Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.

Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.

Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.

Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.

Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.

Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.

"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...