Thursday, December 13, 2012

Video papa jahat

KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”

budak kena dera

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anak tirinya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu. 

Difahamkan, mangsa adalah anak tiri hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.


Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.

sumber- HMetro

6 comments:

  1. Teruknye.Ape nak jadi ngan orang sekarang ni.Ya Allah.Emosi saya bace pasal ni pg2.

    ReplyDelete
  2. Orang macam ni patut tak payah ada anak......
    Elok rejam dengan batu je kot.....

    ReplyDelete
  3. Org mcm ni berhati binatang..binatang pn sayang anak..klu degil pn ada cara nak ajar..memang xbermoral langsung..Si mak pula, dh nampak anak kena pkl..larang la..suami isteri memang gila..bgga ke dpt buat anak mcm tu..pastu sebar lagi..memang bodoh menjerat diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. harap2 polis kasi dera c bangsat yg cilaka ni dalam lokap baru dia tau... budak 2 tahun mana tau apa2 buat anak pandai jaga ank bodoh manpus la kau....

    ReplyDelete
  5. Ikat si celaka ni dikawasan Bandar Dan lempar batu sampai dia mati... bangsat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...