Seorang artis dari Israel, Nirit Levav telah menghasilkan seni menarik dari besi terpakai. Dia menggunakan rantai basikal terbuang untuk menghasilkan arca anjing. Pelbagai bentuk spesis dihasilkan dan hasilnya amat mengagumkan.
Nirit Levav Packer merupakan lepasan dari Parsons School of Design, di New York dengan kelulusan rekabentuk fesyen. Dia membina kariernya sendiri dengan merekabentuk pakaian pengantin, tetapi setelah beberapa tahun dalam industri tersebut, Nirt berasa kurang kepuasan untuk digelar pereka. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk belajar mengenai arca besi, tembikar, barang kemas, dan juga seramik. Arca yang dihasilkannya ini ada yang kelihatan seperti hidup dan seakan anjing sebenar.
0 comments:
Post a Comment