Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, February 22, 2013

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah menyelamatkan adiknya yang tercedera setelah terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa emak mereka. Dia cuba sedaya-upaya untuk mengheret adiknya keluar dari kenderaan tersebut dan menyelimutkan badan mereka sementara menunggu ketibaan bantuan.

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Dalam kejadian yang berlaku di barat daya Washington tersebut, ibu mereka, Jessica Marie Rath, 26, dari Astoria  sedang dalam perjalanan untuk mengambil suaminya yang baru selesai menangkap ikan. Namun, Jessica tertidur ketika memandu menyebabkan kenderaannya terbabas lalu melanggar pokok.

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Beberapa jam selepas itu, kira-kira pukul 8 pagi, seorang penunggang motorsikal yang kebetulan lalu di situ mendekati pokok tersebut untuk melihat apakah yang berlaku. Dia telah menemui dua kanak-kanak perempuan, Aryanna Rath, 4, dan adiknya Lylah Huff sedang berada disitu.

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan
Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan
Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan
Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Dapat hidung baru

Jakarta: Selepas hidup tanpa hidung selama tiga tahun, seorang wanita kembali tersenyum apabila kecacatan itu diatasi dengan bantuan artis kesan khas yang pernah memenangi anugerah Oscar.

Dapat hidung baru

Yustince, 30, mengalami kecacatan itu selepas hidungnya dipotong suaminya dengan pisau. Sejak detik malang itu, Yustince menutup kesan kecederaan itu dengan kain kasa. 

Dapat hidung baru

Namun, dengan bantuan sebuah pertubuhan amal Yayasan Kebakaran Grossman, seorang artis berpangkalan di Hollywood, Alec Gillis diminta menyiapkan hidung palsu untuk Yustince.

Dapat hidung baru

Kepakaran seni mekap Gillis pernah digunakan dalam banyak filem, termasuk Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.

Dapat hidung baru

Kata Gillis, biasanya dia menggunakan kepakaran untuk mencipta imej menakutkan orang ramai. Gills menghasilkan sejumlah prototaip menggunakan gambar dan ukuran muka Yustince. 

Dapat hidung baru

Hidung palsu itu boleh digam terus ke muka dan boleh dilekatkan menggunakan magnet dan diklip ke cermin mata. 

sumber- DM

Video: Orang tua tidak perasan hampir terbunuh dilanggar kereta

Seorang tua yang sedang melintas jalan hampir menjadi mangsa kemalangan. Namun, dia langsung tidak perasan tentang kejadian tersebut malah terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku.

Orang tua tidak perasan hampir terbunuh dilanggar kereta

Mujurlah kereta yang hampir merempuhnya sempat mengelak. Jika tidak, kemungkinan besar dia telah terbunuh. Kelihatan lelaki tua tersebut langsung tidak memandang kiri dan kanan ketika melintas. Tidak tahulah sama ada dia sedang mabuk atau sengaja bersikap begitu.

Gadis yang menjadi kegilaan ramai lelaki

Walaupun tanpa menunjukkan wajahnya, gadis ini telah menjadi kegilaan ramai lelaki. Semuanya disebabkan perbuatan mulianya yang cuba memayung seorang pengemis dari dibasahi hujan.

Kelihatan pengemis tersebut cacat upaya dan bergerak menggunakan papan beroda. Gadis tersebut pula memayungnya untuk mencari tempat berteduh tanpa menghiraukan diri sendiri yang telah basah.

gadis berhati mulia
gadis berhati mulia
gadis berhati mulia

Pertandingan laga kuda

Pertandingan laga kuda

BEIJING - Satu pertandingan laga kuda diadakan di Rongshui Miao, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, China kelmarin.

Pertandingan tradisi itu terkenal dalam kalangan etnik minoriti Miao.

Sejumlah penduduk menyaksikan pertandingan tersebut.

sumber- Reuters

Mayat ditemui dalam tangki air hotel

Elisa Lam

LOS ANGELES - Mayat seorang pelancong warga Kanada yang berusia 21 tahun, Elisa Lam ditemui di dalam sebuah tangki air di atas bumbung sebuah hotel di Los Angeles selepas tiga minggu dia didapati hilang, kata polis kelmarin.

Mayat itu ditemui pada hari Selasa lalu selepas pengunjung Hotel Cecil di sini mengadu mengenai tekanan air yang rendah.

Seorang pekerja penyelenggaraan menemui mayat Lam.

Lam yang berasal dari Vancouver dan mengembara seorang diri telah didapati hilang sejak akhir bulan lalu apabila dia didapati tidak lagi menghubungi keluarganya pada setiap hari.

Rakaman video keselamatan sebuah kamera litar tertutup dekat sebuah lif menunjukkan dia berkelakuan ganjil.

Pihak pengurusan hotel itu berkata, pintu masuk ke atas bumbung itu telah ditutup dan ia dilengkapi sistem penggera.

Namun, empat buah tangki simpanan air tidak dikunci.

"Kami tidak menolak ia adalah perbuatan khianat," kata jurucakap jabatan polis di sini, Rudy Lopez kepada akhbar LA Times.

Katanya, tiada apa yang didapati mencurigakan ditemui di kawasan kejadian.

Menurutnya, polis kini sedang menyiasat pergerakan Lam selepas dia tiba di Los Angeles pada 26 Januari lalu.

sumber- AFP

Video: Tukar tayar semasa kereta senget

LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Tukar tayar semasa kereta senget

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut. Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.

Tukar tayar semasa kereta senget
Tukar tayar semasa kereta senget

Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu. Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya. 


sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...