Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, February 12, 2013

Gambar keluarga yang lucu

Ramai yang mengatakan anak sulung sering diabaikan apabila adik-adik sudah dilahirkan. Yang bongsu pula sering diutamakan. Betul ke? Kalau diikutkan fakta, walau anak keberapa sekalipun, ibu dan ayah tetap menyanyangi kita. Cuma lebih atau kurang sahaja. Jika bergambar, anak bongsu sering ditempatkan di atas ribaan, kalau anak sulung mungkinkah tempatnya seperti dalam gambar ni?

Gambar keluarga yang lucu

Penjara yang luar biasa

Penjara San Pedro merupakan penjara terbesar di La Paz, Boliva. Ianya terkenal kerana mempunyai masyarakatnya tersendiri. Berbeza dengan mana-mana penjara yang lain, komuniti tahanan di San Pedro mempunyai pekerjaan  dan mereka akan membayar atau menyewakan tempat penginapan mereka malah sering membawa keluarga mereka untuk tinggal bersama. Anggota polis pula jarang memasuki kawasan penjara dan hanya mengawal dari luar sahaja.

Penjara paling luar biasa

Penjara ini menempatkan 1,500 banduan tetapi penghuninya adalah lebih ramai dari angka tersebut. Isteri dan anak-anak banduan sering dibawa untuk tinggal bersama dan mereka bebas untuk keluar masuk. Ini kerana, dengan keadaan si suami yang terpaksa menerima hukuman penjara, keluarga mereka tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar sewa untuk tinggal di bandar. Keluarga banduan ini jugalah merupakan rangkaian penting yang akan membawa masuk barangan dari luar bagi dijual di gerai-gerai yang disediakan. Seramai 200 kanak-kanak diasuh di dua buah taska yang disediakan dan untuk pengajian yang lebih tinggi, mereka akan belajar di sekolah yang berhampiran.

Penjara paling luar biasa

Secara purata, seramai empat kematian dilaporkan setiap bulan sama ada akibat kematian biasa atau berlakunya jenayah. Penjara San Pedro mempunyai peraturan dan juga undang-undangnya sendiri. Setiap tahun mereka akan mengadakan undian bagi memilih ketua dan juga setiausaha kewangan. Sesiapa yang melakukan keganasan terhadap wanita atau kanak-kanak akan dihukum oleh penghuni lain. Ramai yang terbunuh namun jika terselamat, mereka terpaksa menanggung sendiri kos perubatan di hospital yang telah disediakan.

Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa
Penjara yang luar biasa

Kejam! Bapa saudara cincang dan panggang anak saudara sendiri

Seorang bapa saudara yang mabuk telah mencincang anak saudaranya sendiri yang berusia 18 bulan dan kemudiannya memanggang bayi tersebut di dalam ketuhar.

Kejam! Bapa saudara cincang dan panggang anak saudara sendiri

Elena Titova, 29, telah meninggalkan anaknya kepada Andrey Gadzhiev untuk dijaga kira-kira 15 minit kerana ingin melawat jirannya.

Sekembalinya ke rumah, anaknya telah hilang dan adiknya yang sedang mabuk tidak dapat menjelaskan apakah yang telah berlaku.

Kejam! Bapa saudara cincang dan panggang anak saudara sendiri

Elena mencari disekeliling rumahnya yang terletak di kampung Oldonda, Timur Siberia. Akhirnya dia perasan terdapat bau pelik yang datang dari ketuhar.

Setelah dibuka, Elena amat terkejut apabila menemui sebahagian tubuh anak perempuannya sedang dipanggang. Bahagian kaki kanak-kanak malang tersebut turut ditemui berdekatan sinki di dapur.

Kejam! Bapa saudara cincang dan panggang anak saudara sendiri

Polis terpaksa menahan Gadzhiev tetapi dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah setelah membunuh dan memanggang seorang bayi.

Buaya terbesar mati di Filipina

MANILA - Seekor buaya jantan air masin terbesar yang pernah dipelihara di dalam kurungan, Lolong mati selepas 17 bulan reptilia itu ditangkap.

Buaya terbesar mati di Filipina

Lolong yang berukuran 6.17 meter (m) panjang mati pada malam Ahad lalu akibat penyakit misteri di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, Pulau Mindanao.

Buaya terbesar mati di Filipina

Taman itu dibina oleh kakitangan perbandaran untuk mempamerkan buaya berkenaan. Kehadiran haiwan tersebut menyebabkan ramai pelancong datang ke Bunawan sekali gus memberi pulangan ekonomi yang besar kepada bandar kecil itu.

Buaya terbesar mati di Filipina

"Ia merupakan hari yang paling sedih buat kami. Lolong telah membawa kemasyhuran kepada bandar kami," kata jurucakap bandar itu, Welinda Elorde kepada agensi berita AFP. Reptilia itu ditangkap di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan. Perangkap besi digunakan untuk menangkap haiwan itu. Buaya itu juga dipercayai membaham seorang nelayan.

Buaya terbesar mati di Filipina

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali dari anak sungai kecil sebelum ia diangkut dengan kren ke atas sebuah trak. Selepas ditangkap oleh sekumpulan penduduk tempatan dan pakar-pakar haiwan itu, ia diletakkan di dalam kurungan untuk dipamerkan kepada orang ramai. Akhbar The Philippine Star melaporkan semalam bahawa Lolong menelan tali pntal tiga minggu lalu. "Kami telah memberikan haiwan itu daging, ayam dan itik. Tidak mungkin, ia makan makanan lain," kata Elorde.

Buaya terbesar mati di Filipina

Pada tahun lalu, Guinness Book of World Records secara rasminya mengisytiharkan Lolong sebagai buaya terbesar pernah hidup dalam kurungan. Menurut Elorde, haiwan itu diberi nama Lolong sempena nama seorang pegawai alam sekitar yang mati disebabkan serangan jantung selepas dia pergi ke Bunawan untuk membantu menangkap buaya tersebut.

Satu majlis pengebumian khas akan diadakan untuk Lolong yang seberat hampir satu tan. Badannya mungkin diawet untuk dipamerkan di sebuah muzium. Penduduk Bunawan merancang untuk melakukan majlis ritual dengan menyembelih ayam bagi mengucapkan terima kasih kepada roh hutan kerana populariti yang dibawa haiwan berkenaan. Sekumpulan penganut Kristian juga akan berdoa sebelum reptilia itu dibedah siasat. Lolong menewaskan pemegang rekod sebelum in, Cassius yang sepanjang 5.48m. Cassius dipamerkan di sebuah taman di Pulau Green di luar perairan Queensland, Australia. 

sumber- Agensi

Masuk ular ke dalam hidung

BEIJING - Seorang lelaki membuat persembahan unik bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kuil Ditan di sini semalam.

Masuk ular ke dalam hidung
KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki memasukkan ular ke dalam hidung dan mulutnya di Kuil Ditan, Beijing semalam.
Lelaki itu memasukkan seekor ular hidup yang kecil ke dalam hidung.

Mulut lelaki itu juga dilihat mengandungi ular semasa dia membuat persembahan tersebut. 

sumber- Agensi

Kerbau dengan lembu dikahwinkan

AYUTTHAYA, Thailand - Seekor kerbau jantan berumur 21 tahun, Yai Chai-Yuen dikahwinkan dengan lembu betina berusia lapan tahun, Thong-Kwao di sini semalam.

Kerbau dengan lembu dikahwinkan
KERBAU jantan (kanan) dan pasangannya yang merupakan seekor lembu betina (kiri) diletakkan di depan hantaran perkahwinan haiwan itu di Ayutthaya semalam.
Beberapa penduduk menganjurkan majlis perkahwinan untuk kerbau jantan yang dianggap paling cantik di sini.

Lembu betina itu dicari oleh penduduk di sini selepas menimbangkan beberapa 'calon' lain.

Haiwan yang dipilih untuk menjadi pasangan Chai-Yuen itu berasal dari Ubon Ratchathan, timur laut Thailand yang terletak 600 kilometer dari sini. 

sumber- Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...