Seorang bapa saudara yang mabuk telah mencincang anak saudaranya sendiri yang berusia 18 bulan dan kemudiannya memanggang bayi tersebut di dalam ketuhar.
Elena Titova, 29, telah meninggalkan anaknya kepada Andrey Gadzhiev untuk dijaga kira-kira 15 minit kerana ingin melawat jirannya.
Sekembalinya ke rumah, anaknya telah hilang dan adiknya yang sedang mabuk tidak dapat menjelaskan apakah yang telah berlaku.
Elena mencari disekeliling rumahnya yang terletak di kampung Oldonda, Timur Siberia. Akhirnya dia perasan terdapat bau pelik yang datang dari ketuhar.
Setelah dibuka, Elena amat terkejut apabila menemui sebahagian tubuh anak perempuannya sedang dipanggang. Bahagian kaki kanak-kanak malang tersebut turut ditemui berdekatan sinki di dapur.
Polis terpaksa menahan Gadzhiev tetapi dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah setelah membunuh dan memanggang seorang bayi.
Kejam betul
ReplyDeleteLatest Entry: Masalah Kekeringan Idea Update Blog