Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Tuesday, February 5, 2013
Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban
Sebuah taman hiburan bernilai hampir RM100 juta akan dibangunkan di Abbottabad, Pakistan, dimana ianya merupakan tempat Osama bin Laden telah terkorban
Namun pihak berkenaan menafikan bahawa mereka mengambil kesempatan ke atas kematian bekas pemimpin Al-Qaeda tersebut. Pembangunan ini dikatakan bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan.
"Untuk fasa pertama, 50 ekar tanah akan digunakan bagi mewujudkan sebuah taman hiburan dan kemudiannya akan ditambah ke 500 ekar," kata Syed Aqil Shah, menteri pelancongan dan kesukanan di kawasan itu.
"Ianya akan menempatkan taman warisan, zoo hidupan liar, dan pelbagai perkara menarik."
Kerja-kerja pembinaan taman hiburan tersebut akan dilaksanakan beberapa bulan sahaja lagi dan dijangkakan bakal siap dalam tempoh lapan tahun.
Osama bin Laden telah terkorban pada 2 Mei 2011 selepas serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Amerika atas arahan Presiden Barack Obama.
Wanita cuba bunuh diri dengan terjun dari jejantas
Seorang wanita cuba menamatkan riwayatnya sendiri dengan membuat terjunan dari atas sebuah jejantas yang terletak di Wuhan, Wilayah Hubei, China, namun dia sempat diselamatkan oleh orang awam yang lalu-lalang disitu. Kejadian ini berlaku Sabtu lalu.
Saksi lain pula mengatakan orang ramai panik dan bergegas untuk menarik wanita tersebut sebelum sempat untuk dia terjatuh. Ketinggian jejantas tersebut dikatakan sudah cukup untuk menyebabkan kematian. Jika bernasib baik, seseorang itu mungkin akan mengalami kecederaan serius.
Perkahwinan tidak semestinya menggembirakan
Hari perkahwinan tidak semestinya hari paling berbahagia buat seseorang. Ada juga yang menangis dan bersedih. Mungkin disebabkan terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta atau belum bersedia untuk menjalani kehidupan yang baru. Gambar ini membuktikan perkara tersebut. Dari awal majlis perkahwinan hinggalah ke akhir, muka pengantin perempuan sedikit pun tidak tersenyum. Tidak tahu apakah yang bermain difikirannya. Atau mungkin wajahnya memang sebegitu.
Cara menjual susu kambing di China
Ramai yang tahu mengenai khasiat susu kambing. Apatah lagi jika ianya adalah susu segar. Di beberapa kawasan sekitar China, susu segar yang dijual adalah benar-benar segar. Penjual susu akan membawa kambing tenusu mereka menaiki van dan akan memerah susu tersebut di hadapan pembeli. Dengan cara itu, ianya dapat meyakinkan pembeli bahawa susu yang dijual tidak dicampur dengan benda asing seperti air atau telah diperah dalam tempoh yang lama.
Rangka manusia disahkan milik Raja England
LEICESTER - Identiti satu rangka tulang yang ditemui di dalam tanah di sebuah tempat meletak kereta di sini telah disahkan para saintis sebagai Raja Richard III yang pernah memerintah England.
Ujian DNA yang dibuat itu melibatkan seorang pembuat perabot yang dilahirkan di Kanada, Michael Ibsen.
Ibsen merupakan keturunan adik raja itu, Anne of York.
Pengumuman itu dibuat oleh seorang pakar arkeologi, Richard Buckley pada satu sidang akhbar di universiti tersebut semalam.
Rangka tulang itu ditemui pada September 2012.
Raja itu meninggal dunia dalam pertempuran Bosworth yang berlaku pada tahun 1485.
Menurut Buckley, rangka tulang tersebut akan dikebumikan di Gereja Leicester di sini.
sumber- Agensi
Baba pakai serban gergasi di India
NEW DELHI - Seorang lelaki, Baba 'Avtar' Singh memakai serban yang panjang kainnya sehingga 500 meter semalam.
Dia memakai serban itu semasa mengunjungi Kuil Emas di Amritsar di India dekat sempadan Pakistan.
Baba merupakan anggota Nihang iaitu kumpulan tradisional panglima beragama Sikh.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)