Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, December 27, 2012

Video: Restoran guna semula cili yang telah dibuang

Satu pembongkaran telah dilakukan dimana sebuah restoran di China menggunakan semula cili dari sisa makanan yang telah dibuang.

Bagi penghasilan hidangan pedas istimewa cara Sichuan, kebiasaannya ia memerlukan lebih dari 10 biji cili kering. Restoran ini melakukan langkah penjimatan dengan mengguna semula cili dari sisa makanan pelanggan. Cili-cili yang telah diasingkan dari sisa makanan akan dimasukkan semula ke dalam hidangan seterusnya. Perbuatan ini tidak ubah seperti menjamu pelanggan dengan hidangan sampah.

guna semula cili yang telah dibuang

Video ini pula dikatakan diambil sendiri oleh salah seorang pekerja di restoran tersebut. Dia pernah bekerja di beberapa restoran sebelum ini namun belum pernah menjumpai perkara sebegini. "Ianya amat menjijikkan, Saya membuat video ini untuk memberi amaran kepada orang ramai bagi memastikan sisa makanan mereka terus dibuang. Jangan biarkan pihak restoran mengambil kesempatan."

Budak kemaruk nak menyusu

budak menyusu

Tak tahulah apa yang terlintas di fikiran budak ni. Mungkin dia terlalu geram dengan bentuk patung tersebut. Seharusnya pengukir patung ini diberi penghargaan kerana seninya mampu menarik minat bayi yang masih belum mengenal dunia. 

Video saat kejadian akuarium jerung pecah didedahkan

Rakaman saat-saat akuarium yang menempatkan beberapa ekor jerung pecah mula di dedahkan. Kejadian ini berlaku pada 18 Disember 2012 di pusat membeli belah Shanghai Orient di China. Insiden tersebut telah menyebabkan 15 individu tercedera termasuk pelanggan dan juga para pekerja. Akuarium ini telah dibina kira-kira dua tahun lalu. Beberapa kaunter kosmetik sekitar akuarium rosak teruk manakala air melimpah  keluar pusat membeli-belah tersebut. Tiga ekor jerung yang dipelihara dalam akuarium ini juga turut disahkan mati.

akuarium jerung pecah

Ngeri! Remaja berkecai dituai mesin

kematian ngeri

KANCHANABURI: Seorang remaja lelaki yang membantu menuai tebu terbunuh dalam nahas mengerikan membabitkan mesin penuai tumbuhan itu.

Polis menerima laporan mengenai kematian mangsa dikenali sebagai Watchara Chaisit, 14, tengah hari semalam.

Remaja terbabit bekerja di ladang tebu di tambon Takhram En, di daerah Tha Maka. Polis yang tiba di tempat kejadian terkejut mendapati beberapa bahagian tubuh manusia bertaburan di ladang berkenaan. Kepala mangsa yang terputus dan perutnya yang terburai ditemui dalam mesin penuaian tebu. Pemilik ladang itu, Arthit Thananuparbpan, 38, memberitahu polis, remaja berkenaan baru saja bekerja di situ. Pengendali mesin penuaian yang dikenali sebagai Kai melarikan diri selepas kejadian itu.

Tugas mangsa adalah mengutip tebu yang dipotong mesin penuaian itu sebelum memunggahnya ke dalam trak. Dia baru seminggu bekerja di ladang itu.

Rakan sekerja mangsa berkata, mereka berlima bekerja bersama-sama. Mereka tidak menyedari kemalangan itu hingga menemui bahagian tubuhnya dalam mesin penuai berkenaan. Mereka mengesyaki mangsa menyelinap ke dalam rimbunan pohon tebu untuk berehat dan dia mungkin terlelap sebelum dituai bersama batang tebu. 

sumber- Bangkok Post

Parking kereta di tempat meletak troli

Parking kereta di tempat meletak troli

LONDON: Gara-gara terlalu terdesak untuk membeli-belah, seorang pemandu tergamak meninggalkan keretanya di kawasan meletak troli pasar raya Asda.

Pemandu terbabit cuma dikenali sebagai Jim bersusah-payah memasukkan kereta Peugot 107 miliknya ke kawasan sempit itu selepas mendapati tiada lagi kawasan meletak kenderaan yang kosong. Tindakan Jim itu menarik perhatian orang ramai.

Walaupun sepatutnya didenda £75 (RM371), kakitangan Asda di Nuneaton, Warwickshire, memaafkan Jim selepas mendapati kesalahan itu sangat lucu. Jim berkata, dia ke pasar raya itu hanya untuk membeli minuman keras.

“Kenderaan terlalu banyak dan saya terfikir meletakkan kereta saya di tempat troli kerana ia memang kosong,” katanya. Jim mengakui dia mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.

“Ketika mahu pulang, ramai orang, termasuk pengurus pasar raya, mengerumuni kereta saya,” katanya. 

sumber- TS

Bunga bangkai mekar pada Hari Krismas

Bunga bangkai

MELBOURNE - Sekuntum bunga bangkai atau nama saintifiknya, Titan Arum mekar sepenuhnya pada Hari Krismas di Taman Botani Diraja di sini, lapor akhbar dalam talian Daily Telegraph semalam.

Media berkenaan melaporkan, orang ramai mempunyai masa cuma 48 jam untuk melihat bunga itu sebelum tumbuhan tersebut layu dan mati.

"Saya dapat menghidu bau bunga itu walaupun berada di luar rumah kaca taman botani ini," kata koordinator tapak semaian taman botani berkenaan, David Robbins.

Berukuran setinggi 1.8 meter, Titan Arum mengeluarkan bau busuk seperti mayat reput.

Tumbuhan yang berada dalam keadaan dorman dari satu hingga tiga tahun sebelum berbunga itu merupakan yang pertama di negeri Victoria.

sumber- Agensi

Dipukul sampai mati kerana kebakaran

MANILA, Filipina - Lapan orang terbunuh manakala 5,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kawasan setinggan di bandar San Juan ketika sambutan Hari Krismas, kata beberapa pegawai semalam.

kebakaran
SEKUMPULAN penduduk pulang ke rumah mereka yang hangus terbakar di kawasan setinggan di Bandar San Juan, Manila Filipina.
Pegawai Kanan Bomba, Domingo Cabog berkata, seorang penduduk dipukul sehingga mati oleh jirannya selepas dituduh memulakan kebakaran itu kelmarin.

Lelaki itu dilaporkan mabuk tetapi bukan penyebab kepada kebakaran tersebut.

Cabog berkata, kebakaran bermula di dalam sebuah rumah apabila sekumpulan kanak-kanak bermain dengan lilin.

Seramai 13 orang turut dilaporkan cedera. Mangsa yang cedera termasuklah dua anggota bomba dan sukarelawan akibat dibaling batu oleh penduduk yang marah, kata Cabog.

Polis kini menjalankan siasatan mengenai kejadian lelaki yang dipukul sehingga mati. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat. 

sumber- AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...